Tuesday, August 31, 2010

ENTERTAINMENT IN DA HOUZE

Rumah yg kami sewa ni mmg kosong, xdek apa-apa perabot pun, except kitchen cabinet jek. So alkisahnya sama mcm masuk rumah sewa lepas baru kahwin. Semua barang nak kena beli lah.

So far kami just beli yg basic-basic jek dulu. Masa I datang tu Amet dh siap-siap pasangkan aircond kat hall, bilik-bilk tidur dan jugak dapur. Kat sini kalau xdek aircond alamatnya mandi peluh la tukang masak kt dapur tu okeh..

And Amet kesayanganku (puji jgn x puji heh) jugak dah siap-siap sediakan gas stove, peti ais, washing machine, rice cooker, jug kettle etc. kira semua cukup lengkaplah untuk kerja-kerja surirumah nih. Cuma masa I sampai tu, alat-alat hiburan jek yg takdek. Huhuhuhu..sangap jugaklah seminggu. Anak-anak pulak I just bukak video2 kartun yg dah ada kt laptop jek. And ada jugak few cd yg I bawak. Nasib baik la depa layan jek.

Alhamdulillah…lepas balik Umrah tu, Amet terus belikan TV. Malam tu jugak org kedai tu mai pasang (oh kat sini masa bulan posa, kedai ditutup awal pada siang hari and dibukak semula selepas terawikh sampai 1.00 pagi). Amet belikan sekali decoder ala-ala Astro gitu. Cuma yg terkejut biawak sikit, bila “astro” tu ada 700 lebih channel!!

Harga decoder ni SR500, tapi sekali bayar jek, lepas tu tiap-tiap bulan dah x perlu pening tengok bil lagi.

Kebanyakannya ialah channel Arab Saudi, Dubai, Iran, dan Negara-negara yg sekitarnya yg mmg menggunakan al-lughatul arabiah lah. Yang lain-lain tu adalah sikit channel India (Hindustan wajib ada!), Bangladesh, Philipine (ramai rakyat depa kt sini), and ada gak Indon tp sokmo hilang signal, huh!

Oh channel yg I boleh terima buat masa ni ialah Fox, Oscar Movies, Max and apa ntah ada la few English-speaking channel. Yang selebihnya of course lah kids and cartoons channel for Zuzu n Yaya (ni channel yg paling kerap ditonton hehehhe…)

Sorry gambar gelap sikit x nmpak plak decoder 700 chanel tu. TV yg kami beli ni Made in Malaysia tau! Heheheheh bangga sat.

The next day Amet bawak balik broadband wimax plak. Hehehhe bab benda-benda internet nih I mmg x pandai nak cerita lebih-lebih. Cuma yg I tau ada wi-fi so kami bleh pakai terus tanpa mendail terlebih dahulu mcm pakai maxis bb dulu hehehe (syok ooo..). and Amet cakap lagi speednya sama mcm kat MIMOS dulu. Kira hebat la tuh (kot)…

Oh router ni pulak harganya SR400++, tapi yg ni 3 bulan jek free..lepas tu tiap-tiap bulan kena bayar lebih kurang SR100.

Setakat ni almost completelah keperluan kat rumah ni. Just perabot jek yg belum beli lagi. Tapi itu semua kurang penting sgt. Kalau ada lebih baik, lebih selesa..(ini hint khas utk encik Amet :). Cuma I rasa almari baju tuh mmg wajib beli cepat2, sbb tiap-tiap hari I kena kemas baju yg disepahkan oleh dua cik mek molek nih….phewwww…

Sunday, August 29, 2010

UMRAH

Since sebelum kami datang ke KSA lagi, Amet had informed us to be prepared for Umrah. Tapi I ni mmg x sempat nak prepare apa-apa, just beli buku panduan jek untuk refresh balik, sbb last sekali belajar pasal Umrah was masa nk exam SPM dulu hehhehe…

And bila sampai sini, he said the Umrah will be on 25th, which is just 4 days after our arrival. And we will be joining KRMJ (Kelab Rakyat Malaysia Jubail) punyer rombongan, dgn menaiki bas.

Bas kami bertolak pada pukul 5.30 petang. Oh lupa plak nk cerita, sebelum nak berangkat tu, hati kecik I ni sebenaqnya mmg 50-50 nak pergi. Bukannya I tak eksaited nak ke Tanah Suci, tp xtaulah, I mmg rasa mcm the Umrah this time will not be perfect, or at least smooth.

And, bila sampai Dakwah Centre (tempat berkumpul naik bas), Amet just realize yg kain Ihram dia tertinggal. First sign. But I just keep on istighfar, while Amet pergi beli ihram baru kat area-area situ.

Dalam bas, bukak puasa just dgn kurma n apple. Alhamdulillah… the organizer announce that our dinner will be at 10 pm. Orait…but then tunggu punya tunggu bas x bleh berhenti sebab semua tempat persinggahan penuh gila. Sampai 11.30pm barulah bleh berhenti utk makan. Masa ni lah jugak semua nak gi toilet etc.

Tp pengalaman yg amat sedih kt sini, toiletnya selalu jek takdek air. Yang paling I tak tahan ialah tahap kebersihannya yg mmg kronik giler!! Setakat toilet design jenis kuno tu I don’t mind sangat. Serius geli dow!!! Nak basuh anak berak bayangkanlah betapa seksanya kena guna air dari botol mineral. Nasib baik kami bawak bekal air mineral 1 kotak x 24 botol! Nak berwuduk pun sama, pakai air mineral jek.

Dalam bas, anak-anak mcm biasalah tak reti duduk diam. Berjalan sana sini, kacau org, berkenalan. Tapi Alhamdulillah, compared dgn previous2 journey, kali ni depa tidoq agak nyenyak (especially adik), walaupun still ada ngok ngek ngok ngek. And susu plak mmg bancuh pakai air mineral sejuk jek atas bas. Alhamdulillah, none of them got kembung or muntah.

SEtelah sekian lama, yakni 20 jam naik bas, yesss…I ulang sekali lagi 20 JAM NAIK BAS okeh, pada pukul 1.30 tgh hari, kami pun sampailah ke Kota Makkah Al-Mukarromah….

Kami dihantar ke hotel dan bersiap-siap utk terus mulakan ibadat Umrah disebabkan masa yg terlalu singkat (esok dh nak balik). We decided to pergi semua sekali dgn Zuzu n Yaya. Mula-mula masuk Masjidil Haram, mmg dah nampak full n pack, sampaikan nak solat Zohor pun terpksa menyelit kat celah-celah org. mmg xdak ruang la nak solat selesa-selesa.

At first, anak-anak okeh jek. Then mula mintak air, ok fine..ibu pergi la mintak kat org dok isi air zam-zam tuh. Then mula nak merantau sana sini. I nih biasanya jenis biar jek diorang nak round mana-mana, tp kali nih I risau sbb manusia mmg ramai gila takut nanti dorang sesat dalam ramai-ramai org tuh. So I escort jek mana diorang pi. Then, adik mula mtk susu. I pun pi la mtk sekali lagi air zam-zam isi dalam botol susu. Come to the bag, tengok2 susu pulak tak ada dlm beg tuh!!! I tried to calm Yaya, tapi dia mmg dh mengamuk sgt2. So I called Amet and mtk dia hantar me, Zuzu n Yaya balik. Kesian Amet, tgh2 panas, dgn hotel yg nun di atas bukit terpksa hntar kami balik n dia pergi semula ke MAsjidil Haram utk buat Umrah dgn Mak Kiah.

Amet n mak selesai Umrah hampir waktu berbuka and diorang terus berbuka kat masjid, while I bukak sorang2 kat hotel, just dgn kurma n buah anggur. Dalam pukul 9.00 mlm, Amet balik utk bawak I pulak buat Umrah. Anak-anak kami hangkut sekali, dgn planning mak akan jaga depa kat masjid.

Rupa-rupanya bila sampai Masjidil Haram, orang memang penuh sepenuh-penuhnya buat terawikh. Jgn kata tempat nak duduk, nk berdiri pun dh kena halau dgn pak guard (kecuali yg betul2 nak solat jek dibenarkan). So mak mintak Amet hntar mak n anak-anak pulak balik hotel…Kesian Amet, masuk nih dh 3 round pergi balik. Dah le hotel kami tu siap kena mendaki sikit. Harap-harap beliau ikhlas n mendapat ganjaran dariNya…

Memang mak cakap kali ni lebih ramai orang dari musim haji sbb musim haji dah ditetapkan kuota. while masa bulan Ramadhan ni sapa-sapa jek boleh masuk. and barangsiapa yg mengerjakan umrah di bulan Ramadhan bersamaan dgn satu Haji, Insya Allah...

For me, I start Tawaf at about 12.00 midnight. Then terus continue with Sa’ie and Tahallul and habis at about 2.30 am. Masa Tawaf jek Amet temankan i sambil dia buat tawaf sunat, but masa Sa'ie i kesian la plak kat dia so i suruh dia rehat and i baut jek sorang-sorang. Habis tu temankan Amet pi barber plak...

Alhamdulillah…barulah rasa lega sikit…itupun I tak taulah apa yg I bleh dapat sbb masa dlm ihram tu dh berapa banyak mengutuk sbb geram yg teramat sgt. Geram dgn mcm-mcm benda termasuk organizer yg langsung x bagi apa-apa info harapkan kami buat aktiviti sendiri sepenuhnya, geram dgn org yg terlalu sangat ramai, ditambah cuaca yg panas terik dan anak-anak kecik yg x selesa.. Astaghfirullah…ampunkan daku…. Lemahnya iman I disebabkan benda yg remeh temeh mcm tu I dah marah-marah…hmmmm…

Dalam perjalanan balik, the same thing repeats – toilet dan surau yg takdek air, kotor, adusss…mmg I tak lalu sgt nak makan since the day kami bertolak tu lagi. Tapi perjalanan balik ni lebih singkat sikit iaitu 16 JAM SAHAJA huhuhuhu maybe sbb x byk berhenti kot.Isk isk mcmana la klu org hantar i jadik sukarelawan ke Somalia ke hapa, yg xdek bekalan air, xdek system hygiene langsug…mesti I lg kurus kering dr rakyat sana. Insaflah…

Begitulah pengalaman umrah I yg pertama. Mmg kurang berpuas hati, namun I masih tetap berdoa dan berharap agar Allah menerima seadanya ibadah kami semua…Insya Allah, jika dimurahkan rezeki dan sihat tubuh badan, I akan menjejakkan kaki sekali lagi ke Baitullah yg amat dirindui…

Pemandangan Kaabah dari tingkat 2, pada jam 2.30 pgi, orang masih penuh n ramai bertawaf...Masya Allah...x ada ruang kosong langsung

Saturday, August 28, 2010

SUSU

Satu hal yang paling merunsingkan jiwa keibuan I buat masa ni ialah – finding a suitable ‘chuchu’ a.k.a susu for the kids. Masa kat Malaysia dulu, dua cik mek molek ni minum susu Dutch Lady 123 dan kena mix flavor vanilla and chocolate.

Bila susu yg dibawak dari Malaysia tu dh habis, mulalah I pening kepala mencari susu ke sana sini.

Mula-mula per gi Panda, beli Abbot EyeQ Gain Plus.after minum 2-3 teguk, masing-masing dah xmau.Zuzu yg mulut potpet tu siap cakap susu apa ni, x sedap!

Then I gi pulak farmasi, cari punya cari, last-last decide nak try Wyeth Progress Gold. Bila bancuh, same kes jugak. Depa x lalu dan x mau minum. Memang bila I bau susu tu pun, x sesedap mcm bau Duth Lady. Klu Dutch Lady tu, ibu pun kdg-kdg terliuq dgn bau dia.

And one more problem, kat sini langsung tak ada susu yg flavor chocolate! Adoihh…si dua beradik tu mmg dh biasa dgn susu mix flavor nih, so kalau bagi yg plain vanilla mmg susah la kot tekak depa nak terima. Si Yaya siap sampai muntah-muntah lagk. Kesian giler tengok anak ibu….

Then I terpikir nak campurkan MILO dgn susu tuh. First time try, depa x la berapa suka sgt. Then I try kurangkan susu, lebihkan Milo. Nampak mcm ok lah sikit. Cuma yg merunsingkan I, takut nanti kot kembung perut ke, berak sembelit ke. And yg paaaaling I tak suka ialah nutritional intake especially DHA mesti dah berkurangan kalau susu dikurangkan. Huhuhuhu…..pening pening…

And bila ke Mekah hari tu, disebabkan dah terlalu rushing and last minute, I just sambar jek susu Nestle Nido (sama mcm Nespray kt Malaysia) which is actually more suitable for school kids and above. And tetiba, bleh depa suka bangat plak dgn susu tuh! Huhuhuhu itu susu org tua lah anak-anak…why lah yg itu jugak yg kamu nak suka..adeh….

Inilah deretan susu-susu yang telah dicuba...

Milo dan Ovaltine pulak mmg tak begitu mudah nak cari kat sini. hanya ada certain tempat jek yg jual. and harganya toksah cakaplah, yg MIlo dlm peket aluminium kecik yg kt Malaysia dalam RM4.00++ tu, kat Jubail ni harganya SR10.90 ye! Tapi so far, mmg itu jek lah solutionnya. I still campurkan dgn Milo or Ovaltine. Xdek pilihan lain dah…asalkan depa mau minum, at least adalah masuk sikit khasiat susu hendaknya…

Tapi one thing i find yang agak best kat sini ialah....

cuba tengok betul-betul harga Baskin Robin kat sini hehehhehe....bleh telan hari-hari takdek masalah..murah giler!!!

Monday, August 23, 2010

KEJUTAN DEMI KEJUTAN

KEJUTAN PERTAMA

First time turun dari kereta, pijak pasir depan rumah. Hehehehe…biasa kat Malysia pijak tar, atau sekurang2nya batu. So rumah kami terletak kat second floor, means floor yg paling atas sekali lah tu. Kebanyakan rumah area sini memang yg jenis 3 tingkat mcm nih.

Melangkah masuk ke rumah, Alhamdulillah…cantik rumah ni. Sangat luas sampai kami tutup satu hall, dan satu bilik, sbb tak tersapu rasanya kalau pakai semua ruang huhuhuhu…

Kejutan pertama for me ialah, bila nak mandi, air tu rasa panas gila!!! I terus jerit panggil Amet sbb mmg I confident sgt heater tu mmg x pasang. Come Amet and gelak “air kat sini mmg panas..sbb tangki dia kat atas sekali, dan cuaca kat luar tu 48 deg C….” Ohhhh….macam tu ke?? Hahhahaha….mau melecur kulit kalau mcm ni. So I pun terus dapat satu idea – bath tub tu I jadikan kolah air. So lepas tahan air kt situ, and biar few minutes then bolehlah mandi….

KEJUTAN KEDUA

Petang tu Amet ajak I pi beli barang2 dapur sikit kat Pasaraya Panda. Oh untuk pengetahuan semua, umah kami ni terletak amat dekat sangat dgn pasaraya nih. Boleh jalan kaki jek, tp baiklah naik keta sbb cuacanya mmg panas sgt. And lagipun kat sini pompuan x digalakkan jalan sorg2. Kalau tidak harus zuzu n yaya I heret 5 kali sehari ke situ. Hehehehe….

Kejutannya ialah bila Amet hulurkan hijab untuk I pakai. I mcm x percaya and asyik jek tanya dia few times “Abg tipu ayg nih, abg mesti nak pekena ayg nih…mmg betul2 kena pakai benda ni ka?”

Amet cakap “ terpulanglah..tapi kat sini semua pompuan dia pakai hijab. Klu yg tak pakai tu cuma al-kaafirun saja…”

Hohohoho…scary gila statement tu. So, no more words, I just grab the hijab and tie it on my head.and bila sampai kat pasaraya tu mmg most of the women bertutup rapat, except yg lain kebanyakan ialah Philipines/christians or Indian/hindus.And bila berada kat luar tu, I understand why Amet asked me to wear hijab. Phuhhh…mmg mata pak arab ni rupa-rupanya,scary gila. Setara I dh cuma nmpak bijik mata je tu pun depa dh tenung tajam, lain mcm jek. Kalau tak pakai, rasanya mau I masuk sembunyi dlm poket seluaq Amet! Mmg rasa sungguh malu n segan kalau tak tutup muka. But, ini strictly on my own, personal feeling lah. Kalau kawan2 yg lain rasa ok n selesa x pakai, pun boleh jugak…

KEJUTAN KETIGA

Hehhehee..banyak sangat ye kejutan kat sini. Oklah, satu jek lagi, tentang electrical supply ia plak.

Kat sini, depa bagi 2 jenis plug iaitu for 110V and 220V.tapi yg agak I tak suka ialah, kebanyakan barang2 elektrik eg: rice cooker, heater, jug kettle, iron, charger henfon and laptop semuanya takbeh direct plug-in kat plug-plug dia tu, and mesti pakai “kepala” sambungan mcm nih…

And paling I tak suka lagi, plug kat sini takdek switch on-off! Oh…mmg sukar dan payah la utk I yg ada anak-anak technical ni kan. Huhuhuhu..hari-hari nak menepis tangan depa jek sbb asyik jek nak cucuk apa-apa benda kat lubang plug tuh.

hmmm...banyak lah jugak benda-benda yg i nak kena get used dan biasa-biasakan diri kat sini. memandangkan ini negara orang, terpaksalah ikut cara depa noo....

Saturday, August 21, 2010

MELAPORKAN KETIBAAN KE BUMI ARAB

Setelah mengharungi perjalanan yg penuh perit getir dgn perangai cik puteri bongsu tu, akhirnya Alhamdulillah…me, zuzu,yaya and maktok Kiah selamat landing at King Fahd International Airport Damamm at 5.50 am this morning.

Dalam keseronokan dan excitement of meeting ayah, we still have to face the pak arabs’ punya unsystematic arrangement at immigration gate. Geram pun ada, lawak pun ada. Mula-mula kami diminta beratur kat line 9, bersama dgn ramai-ramai pendatang Filipina. Mula-mla ada dua barisan. Tak lama lepas tu, come one officer buat muka kerek, suruh kami jadik satu line plak. Dah…panjang gila lah.Bayangkanlah satu flight punya penumpang, just line up in one barisan and just one counter opened.

Tak lama pastu plak, officer lain plak datang cakap “those re-entry and family visa queue in one line”. Huhuhuu so kami pun lari la berpisah dr pendatang2 filpina tu (I guess they come with working visa kot).

Beberapa family kat depan kami yg “re-entry” dah pun lepas. Tiba giliran kami, lepas officer tu belek2 visa, then dia suruh “waiting here” sambil tunjuk kaunter sebelah bersama ramai-ramai filipines tadi. Aduhhhhh….pindah la pulakkk….kt line sebelah tu.

Tetiba, sekali lagi officer bodoh tu panggil kami ke kaunter yg mula-mula tadi balik. Lepas tulis few things on the form, da suruh kami pergi ke kaunter 1 pulak…

Dipendekkan cerita, setelah sejam ditolak ke kaunter sana sini, akhirnya setel lah urusan dn imgresen arab b*ng*k tu…

Tak lama lepas tu, datanglah si ayah berpelukan dgn princess-princessnya..

Then Amet terus bawak kami semua menuju ke Jubail, tempat terletaknya rumah kami di sini.

Sunday, August 15, 2010

5 DAYS TO GO

So semua packing dh hampir siap.actually i balik KL last week, packing barang2 kat umah kat sana, and now sambung berpuasa di Perlis kampungku. Ada 2 bijik beg, and 2 kotak so far. penuh dgn periuk belangan dan barang2 makanan perisa Malaysia hehehehhe..

Now kat Perlis, me, Zuzu & Yaya berselang seli ke umah Maktok Nab and Maktok Kiah. Nasib baik Perlis ni jalan x busy dan kecik jek, so in very short time dah bleh sampai.

And i dah pun plan, i akan balik KL semula on 18th, so maybe sampai KL dalam 19th. then barulah nak gi collect pasport visa kat Firestar on that day. ya lah mcm tak berbaloi pulak i nak balik KL sekarang just utk colect benda tu kan. and if nak mintak dia pos pun, mcm takut2 jugak.so xpalah, insya Allah harap pertolongan Allah agar semua dilindungiNya dan dapat disetelkan bila i balik KL nanti.

And i dah mintak kat semua family, tak perlu hantar i ramai-ramai...bukan apa, inikan bulan posa, baik jugak kalau depa pi buat terawikh ke apa daripada dok lepak kt airport tu hehhehe..lagipun i ni pergi sebagai 'teman' jek, bukan i yg the main person yg nak gi keja kt sana pun...very not the important person pun okeh...

Thursday, August 12, 2010

FINALLY..OUR VISA IS READY!!!

okeh tadi received call from Puan Kamariah, and she spread the very happy news -->>

OUR VISA IS READY!!!

Yeayy!!! Alhamdulillahhh...lega bila semua benda-benda penting ni dah siap. barulah dapat duduk dgn tenang dan lega sikit.

So just counting days saja. its just 8 days to go! and spend time with family.Hmm nak kena arrange buat jadual la nak visit umah sedara-mara sampai habis nih.Ouchhh...

Tuesday, August 10, 2010

BERDEGUP JANTUNGKU

Hahahaha tengok tajuk macam dahsyat gila...hmmm mmg dahsyat pun!

Okeh setelah macam-macam yg dimintak oleh pegawai yg berkenaan, akhirnya YELLOW SLIP kami telah pun siap!!! Syukur tak terhingga pada Allah. setelah sekian lama berdebar-debar akhirnya terjawap sudah. Maka termaktublah nama Yuzaini Yusof, Ain Zulaikha Azmir dan Aleeya Zubaidah Azmir untuk menjadi resident sementara di the Kingdom of Saudi Arabia. Berita ini diterima pada hari Ahad, 8/8/10 hari tu.

The next one ialah WHITE SLIP plak. yang kes ni teramatlah kecoh.rasa geram pun ada, nak gelak pun ada, macam2...Hari tu selepas Amet pi ke MOFA tu kan officer situ cakap in 3 days mcm tu, akan siaplah proses white slip nih.so kami ni pun tunggu punya tunggu dah masuk seminggu punyalah gelabah.hari dah makin dekat, visa xleh nak start proses lagi selagi x cukup dokumen nih.

Amet dh try few times call MOFA, tak berjawab. email pulak, boleh full inbox dia??? Asyik bounce jek email. gilalah punya tak buat keja sampai inbox full pun tak sedar?

Then Amet jugak try email to embassy Malaysia di Arab Saudi, pun sama kes.inbox full. I pulak try communicate gdn Firestar kat sini if anything we can do from here. tapi memang xdek apa yg bleh buat...

Hmmm...last-last me and Amet pasrah ja lah.We decide to just buat solat hajat agar document ni siap and Visa pun dapat disiapkan just at the right time.

Tetiba ptg ni td, Amet call me and he said : White Slip mak dah siapp!!!!
Alhamdulillah..and on the same time i received an email,with attachment of that very- important- a-piece-of-paper tuh. Ohhhh...Leganyaaa.....

So i terus time tu jugak fwd to Firestar, to proceed with our Visa processing.

Saturday, August 7, 2010

BAITI RUMAHKU

Alhamdulillah...Amet telah pun mendapatkan sebuah rumah sewa untuk kami sekeluarga hari ni.
Rumah terletak di kawasan Watertank, Jubail di mana ramai kawan-kawan Malaysian jugak menetap di sini.(dalam gambar tu tuan umah/tokey)

Insya Allah mudah-mudahan senanglah sikit nk tanya kawan-kawan yg dh lama kt sana tentang selok belok kehidupan di Jubail tu.especially tempat nak cari barang-barang dapurlah heheheh...

Wednesday, August 4, 2010

YELLOW SLIP + WHITE SLIP + LESEN

semalam Amet dah pergi ke Dammam utk setelkan 2 perkara : white slip & lesen memandu

1. Lesen Memandu

okeh Alhamdulillah...siap setel takde masalah.mudah.

2. White Slip

Memula hari tu kan org kt Saudi Kayan tu minak "Just fill up the online form". sounds so-o-o easy kan? then lepas tu dia mintak kita print dan bawak sendiri ke MOFA. ok fine. dah bawak ke sana, rupanya form tu kena isi dalam english plak, yg encik Amet yg mentang2 terrer arabic nih telah mengisi form in fully arabic!

oklah, disebabkan dia berjiwa kental, dan pemalas nak isi semula, dia cuba submit gak form tuh.Alhamdulillah..lepas...

TETAPI...white slip BUKAN SIAP ON THE SPOT okeh....diorang cakap, kena tunggu in few days, maybe 3 days, untuk diproses dan di approve dalam online system. then barulah Amet perlu print and scan and email back to Malaysia (Firestar).

dengan arab ni...semua benda masa first place kita tanya semua senaaaangggg ja arahan dia. tapi..lepas tu, satu demi satu benda dia mintak kita tambah.takdaknya yg sekali buat terus comlete.walaupun dah mintak advise para senior, ada sajalah yg x kena...

3. Yellow Slip

kisah ni lagi pening. mula-mula Amet fwd email from HR Dept dia bunyi mcm ni :

"As per your request for your Family Visa (Yellow Slip), please submit your original iqama today not later than 11.30 am."

Amet pun so excited he bbm me "Yahoo..yellowslip dah siappppppp"

Hahhahahaha tau tak apa berlaku lepas tu? org HR tu email balik cakap :

"Sorry i just copy paste the previous email.actually we need your iqama to process the yellowslip. "

Hahaahhahahha..tengoklah betapa peningnya,confusenya,takde guidelinenya keja kat sana kan. bleh pulak salah2 fwd email mcm tu?

apa kata ko salah fwd email ckp "We have bank in SAR1 million into your account" and then betul2 tersalah transfer? Alangkah bagusnya...oohhhhh....