Showing posts with label VISA n PREPS. Show all posts
Showing posts with label VISA n PREPS. Show all posts

Sunday, August 15, 2010

5 DAYS TO GO

So semua packing dh hampir siap.actually i balik KL last week, packing barang2 kat umah kat sana, and now sambung berpuasa di Perlis kampungku. Ada 2 bijik beg, and 2 kotak so far. penuh dgn periuk belangan dan barang2 makanan perisa Malaysia hehehehhe..

Now kat Perlis, me, Zuzu & Yaya berselang seli ke umah Maktok Nab and Maktok Kiah. Nasib baik Perlis ni jalan x busy dan kecik jek, so in very short time dah bleh sampai.

And i dah pun plan, i akan balik KL semula on 18th, so maybe sampai KL dalam 19th. then barulah nak gi collect pasport visa kat Firestar on that day. ya lah mcm tak berbaloi pulak i nak balik KL sekarang just utk colect benda tu kan. and if nak mintak dia pos pun, mcm takut2 jugak.so xpalah, insya Allah harap pertolongan Allah agar semua dilindungiNya dan dapat disetelkan bila i balik KL nanti.

And i dah mintak kat semua family, tak perlu hantar i ramai-ramai...bukan apa, inikan bulan posa, baik jugak kalau depa pi buat terawikh ke apa daripada dok lepak kt airport tu hehhehe..lagipun i ni pergi sebagai 'teman' jek, bukan i yg the main person yg nak gi keja kt sana pun...very not the important person pun okeh...

Thursday, August 12, 2010

FINALLY..OUR VISA IS READY!!!

okeh tadi received call from Puan Kamariah, and she spread the very happy news -->>

OUR VISA IS READY!!!

Yeayy!!! Alhamdulillahhh...lega bila semua benda-benda penting ni dah siap. barulah dapat duduk dgn tenang dan lega sikit.

So just counting days saja. its just 8 days to go! and spend time with family.Hmm nak kena arrange buat jadual la nak visit umah sedara-mara sampai habis nih.Ouchhh...

Tuesday, August 10, 2010

BERDEGUP JANTUNGKU

Hahahaha tengok tajuk macam dahsyat gila...hmmm mmg dahsyat pun!

Okeh setelah macam-macam yg dimintak oleh pegawai yg berkenaan, akhirnya YELLOW SLIP kami telah pun siap!!! Syukur tak terhingga pada Allah. setelah sekian lama berdebar-debar akhirnya terjawap sudah. Maka termaktublah nama Yuzaini Yusof, Ain Zulaikha Azmir dan Aleeya Zubaidah Azmir untuk menjadi resident sementara di the Kingdom of Saudi Arabia. Berita ini diterima pada hari Ahad, 8/8/10 hari tu.

The next one ialah WHITE SLIP plak. yang kes ni teramatlah kecoh.rasa geram pun ada, nak gelak pun ada, macam2...Hari tu selepas Amet pi ke MOFA tu kan officer situ cakap in 3 days mcm tu, akan siaplah proses white slip nih.so kami ni pun tunggu punya tunggu dah masuk seminggu punyalah gelabah.hari dah makin dekat, visa xleh nak start proses lagi selagi x cukup dokumen nih.

Amet dh try few times call MOFA, tak berjawab. email pulak, boleh full inbox dia??? Asyik bounce jek email. gilalah punya tak buat keja sampai inbox full pun tak sedar?

Then Amet jugak try email to embassy Malaysia di Arab Saudi, pun sama kes.inbox full. I pulak try communicate gdn Firestar kat sini if anything we can do from here. tapi memang xdek apa yg bleh buat...

Hmmm...last-last me and Amet pasrah ja lah.We decide to just buat solat hajat agar document ni siap and Visa pun dapat disiapkan just at the right time.

Tetiba ptg ni td, Amet call me and he said : White Slip mak dah siapp!!!!
Alhamdulillah..and on the same time i received an email,with attachment of that very- important- a-piece-of-paper tuh. Ohhhh...Leganyaaa.....

So i terus time tu jugak fwd to Firestar, to proceed with our Visa processing.

Saturday, August 7, 2010

BAITI RUMAHKU

Alhamdulillah...Amet telah pun mendapatkan sebuah rumah sewa untuk kami sekeluarga hari ni.
Rumah terletak di kawasan Watertank, Jubail di mana ramai kawan-kawan Malaysian jugak menetap di sini.(dalam gambar tu tuan umah/tokey)

Insya Allah mudah-mudahan senanglah sikit nk tanya kawan-kawan yg dh lama kt sana tentang selok belok kehidupan di Jubail tu.especially tempat nak cari barang-barang dapurlah heheheh...

Wednesday, August 4, 2010

YELLOW SLIP + WHITE SLIP + LESEN

semalam Amet dah pergi ke Dammam utk setelkan 2 perkara : white slip & lesen memandu

1. Lesen Memandu

okeh Alhamdulillah...siap setel takde masalah.mudah.

2. White Slip

Memula hari tu kan org kt Saudi Kayan tu minak "Just fill up the online form". sounds so-o-o easy kan? then lepas tu dia mintak kita print dan bawak sendiri ke MOFA. ok fine. dah bawak ke sana, rupanya form tu kena isi dalam english plak, yg encik Amet yg mentang2 terrer arabic nih telah mengisi form in fully arabic!

oklah, disebabkan dia berjiwa kental, dan pemalas nak isi semula, dia cuba submit gak form tuh.Alhamdulillah..lepas...

TETAPI...white slip BUKAN SIAP ON THE SPOT okeh....diorang cakap, kena tunggu in few days, maybe 3 days, untuk diproses dan di approve dalam online system. then barulah Amet perlu print and scan and email back to Malaysia (Firestar).

dengan arab ni...semua benda masa first place kita tanya semua senaaaangggg ja arahan dia. tapi..lepas tu, satu demi satu benda dia mintak kita tambah.takdaknya yg sekali buat terus comlete.walaupun dah mintak advise para senior, ada sajalah yg x kena...

3. Yellow Slip

kisah ni lagi pening. mula-mula Amet fwd email from HR Dept dia bunyi mcm ni :

"As per your request for your Family Visa (Yellow Slip), please submit your original iqama today not later than 11.30 am."

Amet pun so excited he bbm me "Yahoo..yellowslip dah siappppppp"

Hahhahahaha tau tak apa berlaku lepas tu? org HR tu email balik cakap :

"Sorry i just copy paste the previous email.actually we need your iqama to process the yellowslip. "

Hahaahhahahha..tengoklah betapa peningnya,confusenya,takde guidelinenya keja kat sana kan. bleh pulak salah2 fwd email mcm tu?

apa kata ko salah fwd email ckp "We have bank in SAR1 million into your account" and then betul2 tersalah transfer? Alangkah bagusnya...oohhhhh....

Tuesday, July 27, 2010

SUDAH 80% COMPLETED

Alhamdulillah...hari ni i dah dapat result medical check-up. so dalam pukul 2 pm i dah terpacak kat hospital and terus collect result tuh. semua result memuaskan Alhamdulillah...

then i terus proceed to Firestar utk hantar result medical + paspot my MIL, and her visa photo.

Nasib baiklah i nih terer jugak jalan-jalan KL nih. hehehehe...(actually tak la terer mana pun..apa susah, kalau terlajak ke, u-turn la balik hahahha). Sampai jugak lah ke semua tempat utk urusan-urusan ni smua. and hari ni i terpaksa bawak si Yaya (Zuzu dh blk kg 3 hr lepas dgn maktok). nasib baik jgk cik Yaya kita nih tak meragam sgt sepanjang dalam kereta ke sana-sini tuh. Alhamdulillah..dlm pukul 4 pm dah setel semuanya...

So malam ni me n Yaya akan baik kampung yeyayy!!!! tiket dah pun beli, kami balik naik bas jek berdua-duaan. Along akan hantar kami ke stesen Duta.

Insya Allah i akan balik semula ke KL untuk kemas barang2 umah n packing sikit2 minggu depan, then balik kampung lagi untuk berpuasa di sana...

Oh ya, Amet pun dah bbm me tadi cakap dia dah submit additional docs yg diperlukan utk yellowslip tu, and Alhamduillah...kali ni diterima seadanya tanpa mintak apa-apa lagi...just tunggu approval jek in few days...

Sunday, July 25, 2010

TAK CUKUP LAGI!!!

semalam Amet dah cuba pi submit lagi sekali application utk Yellowslip, bersekali dgn application utk Whiteslip (utk mak - visitor).

malangnya, jenis pak arab nih mmg tak reti buat guideline, ada jugak lagi documet yg tak cukup! Aduusssss...geramnya (i yg kat sini rasa mcm nk terbang jek gi sana mai hamun pak arab b*ng*k tuh!).

Utk yellowslip, doc yg dia mintak hari ni plak ialah : translation degree Amet yg certified true copy.
(Action taken : Amet has to go to translation centre kat Jubail City and mintak chop plak)

Utk whiteslip plak diorang mintak : copy pasport mak.
(Action taken : I have to scan paspot mak and email to Amet to be printed)
And for this whiteslip plak rupa-rupanya kena urus sendiri, means Amet has to go to MOFA (Min. of Foreign Affairs) yg terletak nuunnnn di Dammam plak. Huhuhuhu...dah la dgn takde transport lagi..mcm2 hal lah ko ni arab oiiii.....awat la cek tak habaq mai awai-awai haa???

Adehhhh...doa-doa ja lah semuanya agar dapat disempurnakan by the time we all nak fly nanti. Jgn la ada apa-apa aral lagi lepas ni Ya Allah....

Saturday, July 24, 2010

FLIGHT TICKETS BOOKED!

Oh ini sebenarnya ialah kisah backdated.

Actually, hari I dapat e-pin tu, I jugak try to booking flight tickets. We have decided to book somewhere around 18th August sbb keesokannya ialah weekend kat Jubail, so Amet could spend time with us.

Then I try la bukak MAS website, ada la flight bt on 20th,kira okeh la nak booking tergedik-gedik dah nih. Dah elok I isi smua info, tiba kat payment, sangkut plak..xtau hapa problemnya, then tetiba disconnect la pulak….bila I dah re-connect balik kena la plak booking baru sbb tadi x sempat nak confirm.

Tetiba pulak, MAS punya flight utk tarikh tu dah fully booked plak…dah la fully booked tarikh tu, try tengok tarikh lain2 pun full gak sampai lepas Raya! Huwaa…..biaq betoi…

So I pun try la flight lain – Qatar and Etihad. Okeh dua2 pun ada flight on 18th cantek dah. Tapi fare mahai sikit dari MAS. Okehlaa…nak booking la Etihad.tapi…sampai tang payment, pun sangkut lagik….katanya credit card not recognized la hapa..dah berkali-kali I try, still same problem. Okehlaa…we all pun decided esok I gi beli kat travel agent jek la…

Then masuk la tido dgn hati yg bengkek giler!!! (boleh plak tido tuh…hahahah)

Keesokannya pagi2 buta I bangun (sbb ada medical check-up kan), sempat gak ON laptop dulu. Tetiba terfikir nak try bukak MAS sekali lagi. Tetiba kan…punyalah hantu…ada la plak lagi tak habis2 juai pun lagi tiket 20hb tu….i pun cepat2 la pulun isi masukkan info kat order form semua, then terus proceed dgn payment. Alhamdulillah…successful!!! Hai..saje jek malam tadi nak menguji ketahanan mental I nih…

Tetiba kan, masa I tgh tunggu turn kat hospital tu, my BB prompted an email from MAS…And….
Barulah I perasan..semua 4 tiket yg I booking tu yg MH Low Fare punyer…means NO SEAT SELECTIONNN!!!! Huuwaaaaaaaaaa…!!! Manalah anak-anak ibu yg comel-comel tu akan tercampak nanti….adehhhhh…pening la balik kepala I nih…

I pun terus la buat panggilan kecemasan to MAS. Malangnya, utk MH Low Fare punya booking, u are not allowed to : upgrade, change date, cancel or apa2. Itulah maksud sebenar tambang murah!

Adehhh….dah xleh buat apa la makcik…naik jek la. I Cuma mampu berdoa, moga-moga ada yg lembut hati, sanggup tukar tempat dgn I utk duduk dkt dgn anak-anak nanti…huhuhuhu…

So everybody, I hereby formerly announce that we (me & anak2 ) will be leaving on :

Date : 20/8/2010

Day : Friday

Time : 11.59 pm.

oh lupa plak..my MIL pun akan ikut sekali tapi as visitor sajalah, x dapat jadik resident hehehe :) She will fly back to Malaysia on the 18/9/2010, yesss..means she will berhari raya with us in Jubail. Oh adik kakok di kampung...jangan berdukacita tanpa mak di hari raya nanti ye...selamat menjamu selera dgn megi n nasik lemak kak Tuti hahahahhahahaa...

and thanks to my MIL yg telah meminjamkan credit card utk payment tiket2 nih. nanti sila claim dgn anakanda ye....hehehhehe....

Friday, July 23, 2010

MEDICAL CHECK-UP

Alhamdulillah…I dah pun selesai buat medical check-up pagi tadi. I sampai depan hospital Tawakkal lebih kurang jam 9.30 am.

Oh, mesti ada yg tanya, why I choose hospital Tawakkal yg sememangnya agak jauh dari umah I kat sungai nu kan. Okeh, FYI, utk medical check-up bg urusan work & resident visa to KSA nih, hanya ada beberapa hospital yg disenaraikan sahaja yg embassy luluskan. And kebanyakannya ialah KPJ Group punya hospitals.

I nih mula2 ingat nk buat kat KPJ Damansara Specialist, tapi disebabkan hari tu I ingat x dapat e-pin, so I buat la appointmen kt tawakkal. Sebab menurut Firestar, hospital lain mmg wajib ada e-pin, otherwise diorang xnak buat.

Okeh cerita masa check-up nih plak….kebanyakan test yg biasa dibuat masa medical kita nak masuk kerja, or masa masuk university tu lah : urine, x-ray, blood, physical etc etc lah. Tapi satu extra test yg I rasa amat jarang dilalui ialah : stool a.k.a air besar! Argghhhh… ini lah saat plg tension sepanjang2 I buat check-up hari nih. The lab astnt just bagi you sample bottle, then ko usahalah mcmana sekali pun, asalkan ada sample kat situ haa!

So pengajaran/peringatan utk sapa2 yg nak buat medcal check-up utk ke KSA nih, silalah makan banyak2 sehari sebelum anda membuat check-up, dan pastikan anda tidak “membuang” sebelum anda ke hospital! Hehehheehe…

So, result katanya akan siap dalam masa 3- 4 hari insya Allah…

Lain-lain info :

1. Fee utk package medical check-up for KSA : RM410

2. Kena bawak form (agen bagi) + gambar pasport

3. Kanak-kanak bawah 5 tahun TAK PERLU buat check-up nih.

4. Oh kena (WAJIB) ambik Meningtis injection, harga lain (additional) RM112.


Thursday, July 22, 2010

E-PIN NUMBER

Baru jek 2 hari lepas jumpa Firestar, hari nih dh dapat sms : your e-pin number is E*******.

Actually hari tu I dah tanya, lambat ke proses nak dapatkan e-pin nih.puan Kamariah cakap “saya xnak janji. Takut nanti saya cakap 2 hari, tengok-tengok jadik seminggu ke. Sebab buat keja online ngan arab nih paham-paham je lah..”

Huhuhu…okeh…paham sgt puan…hehehhe..so I pun just put in mind, estimation dpt e-pin maybe dalam 5 hari gitu lah. And I pun buat appointment dgn Hospital Tawakkal, nak buat medical check-up on 23/7/10, WITHOUT e-pin.

(note : hanya sesetengah hospital sahaja yg mau buat check-up tanpa e-pin nih. Salah satunya Tawakkal. Itupun I takut2 ketaq gak mana tau kot2 doctor yg I nak jumpa tu jenis susah xleh tolak ansur ke hapa, naya jek pergi jauh2…)

Tetiba dapat plak sms e-pin hari nih. Happynyaa….Alhamdulillah..mudah jugak urusan kali nih. Lega sikit nak gi check-up esok. Kalau tidak, mau kena hipertensi esok nih.hehehhee..

Wednesday, July 21, 2010

KIRIMAN KEPADA AMET

Okeh, hari ni plak, tugasan I ialah menghantar birth certs + marriage certs ORIGINAL seperti yg dimintak oleh Saudi Kayan utk apply YellowSlip. Kat mana nak hantar tu? Okeh I kena hntar kat rumah Kak Latifa, yg husben dia keja kat sana jgk (sory, nama abg tu I lupa).and rumah dia is kat Bukit Antarabangsa, which I think the last time I pergi sana was emmm…maybe 7-8 tahun lepas kot? Hehehehe….

So apalagi, dalam ingat-ingat lupa tu I hentam jekla…Alhamdulillah..hentaman yg tepat! Hehehe..dalam sejam dh terpacak depan umah dia.

It was so-o-o nice to know Kak Latifa. A very motherly and cool lady. Dulu belajar oversea, dulu keja Petronas, but now surirumah fulltime since anak-anak stat sekolah, because her intention is to betul-betul jaga anak-anak dia, not just in academic, but in akhlak grooming as well. Isk isk…terharu….

And kak latifa and her family akan bertolak ke Jubail this Friday, means esok lusa dah. Bestnya! Diorang naik flight Qatar Airways sbb MAS dah sold out masa dia booking tu.

And she gave me lots of info and tips of going to Saudi. Thanks a lot kak!

1. Sebaik-baiknya beli lah tiket awal, plg lambat pun 2 bulan sebelum depart. Sebab takut price mahai. (huhuhu nampaknya I mmg last minute…)

2. Bulan Julai to September is peak season sebab cuti summer kt Saudi, so tiket might be a little bit pricey.

3. Selagi boleh sumbat or ada ruang kosong, bwk je la serba sikit pekakas dapur tu sbb sayang gak kalau semua nak beli sana. Betul jgk, nak duduk sekejap jek, membazir la plak semua nak beli baru.pastu nanti nk hangkut balik satu hal.klu bawak periuk yg buruk2 dari sini, tak le regret sgt nak tinggal kt sana, and balik sini beli baru! Heheheheh….Good idea huh!

4. Bawak sikit brg2 masakan yg sukar didapati/ ada tapi mahai kat sana. Contoh : serai, lengkuas, sos cili, milo etc. (Cik Nora yg keja Nestle, pas nih tolong jadik supplier Milo kat aku tiap2 bulan ek)

5. Dan mcm-mcm tips serba guna especially bila ada anak2 sekolah. Tapi yg ni I tak ambik port sgt sbb anak2 I kecik-kecik lagi hehehhe….

Tuesday, July 20, 2010

FROM THINKPLUS TO FIRESTAR

Today, I pergi Firestar and Pn.Kamariah mintak I isikan borang permohonan visa, borang medical check-up.

Dia jugak suruh I terus pergi buat medical check-up. I mean, buat appointment dululah, not pergi terus masa-masa tu jugak…hehehhe…and she suggest Tawakkal Hospital (banyak lagi list hospital lain yg involve, tp yg lain mcm byk songel skt).

E-pin? Ohhh…takpe takpe..itu x payah tunggu dapat dulu. Just pergi buat check-up, and bgtau jek hospital tu yg I will bring the e-pin masa I dtg ambik result nanti. So while she’s applying for the e-pin, I plak dh buat check-up and tunggu result. So both go concurrently. And bila dpt e-pin, result pun dh sama-sama ready. So fast n effective huh?

Then docs lain yg I submit masa kt Firestar ialah :

1. Original passport (me & anak-anak)

2. Original marriage cert

3. Photostat copy of birth certs (anak-anak)

4. Visa photos-background putih (me & anak-anak)

Oh selain tu, I jugak tanyakan procedure to bring my mother in-law (MIL) bersama-sama ke sana. But she will just need to apply for “Visiting Visa” and not “resident visa” mcm kami nih. And to apply for visit visa, Amet has to apply for “White Slip” plak kat Saudi Kayan.oooo…mcm tu ke…

VISIT VISA

Dokumen yg diperlukan

1. Original paspot

2. Visa photo (background putih)

3. White Slip (Amet has to apply at Saudi Kayan and send to Malaysia)

4. Photocopy of birth cert (Amet punya)

So itu sajalah. Oh tentang fee plak, you all bleh call dia utk quotation J