Wednesday, September 28, 2011

THE KINGDOM TOWER

Finally, after so much hardwork and the Picasa went into my blacklist, here is my kelabu asap collage! Oh my.... sungguh blur maka sila guna mikroskop berkuasa tinggi utk melihat gambar ni ye kawan2. I dh tak kuase nk godek2 gambar ni lagi dah...


Well, Kingdom Tower ni x payah bagi co-ordinate lah. Dari jauh lagi dah nampak, so pusing2 mesti jumpa punya.... (sebenarnya ialah malas sbb GPS dok dlm kereta).

Harga tiket : SR25 (Adult), SR10 (Children)
Saaaangaattttt mahal okehhh!!!! Tak puas hati dgn harga mcm tu sbb kt atas view point tu kecik sekecik alam! And actually x bleh bawak camera (but camera phone is allowed)... tapi kalau nk bawak jugak digicam mcm I ni, pandai2 lah... hehehhehe... :D


Us @Kingdom Tower, Riyadh

Mcm biasa kt floor bawah tower ni ada shopping mall dgn butik2 glam yg I mmg tak akan beli sehingga akhir hayat seperti LV, Chanel, Gucci etc lah.

Hmmm ok lah, tu je kot nk cerita jalan2 kt Riyadh ni. Bolehlaa.... tapi still tak boleh lepak2 minum kopi kt tepi jalan/table open air, or tengok wayang ke apa pun.... it still Saudi lah!!!

(Eh terlupa pulak, I akan cerita satu lagi iaitu tentang Mutiara Restaurant, Riyadh yg amat disappointing ... but in next entry okeh....)

Tuesday, September 27, 2011

WHEN LIFE HITS YOU HARD

Ingatkan nak update/continue cerita holiday kt Riyadh. Hmm... tapi mcm2 hal dh berlaku sejak pagi tadi, sampai hilang terus mood nak updet. Ni pun tengah hangin tak habis lagi..... geramnyaaaa.... >.<

1. Henfon canggih I tu hari ni asyik hang dan semput. Nak bukak itu sangkut, nk bukak ini sangkut.Nak SMS pun tak boleh. Asyik naik "your phone memory full". Dia suggest suruh I delete few apps. Tapi bila I dh delete still sama jugak. Then timbul pulak "new message rejected.message memory full.". Pun sama, bila I dh delete mesage2 lama still jgk dok berulang2 appear mesage yg sama. Ni semua sebab encik Amet yg terover rajin nk mengupdate ntahapahapa firmware semalam la ni.... Adoiii.....

2. Memula ingatkan nk collage kan jek gambar2 kt Riyadh hari tu. Biasa guna picasa je sebab senang n free. Tapi berapa kali try buat, bila time nak save mcm2 hal pulak dia. Nak kata saiz gambar besar sgt, dah hbs sekecik ciput dh I kecikkan. Nak guna Photoscape mcm dh boring sbb dia takleh buat gambar2 tu scattered. Pastu try godek2 software lain tp mcm pening pulak. Dah lama2, biasalah.... laptop ni pun padam................................ Adoi lagi.

3. Pastu kan, gatai tangan nk mengubah suai font dan mcm2 benda kt blog ni. Pastu kan dah punya banyak step I buat, tetiba dekat Webs.com dah ada peraturan baru - tak bleh upload file .html pulak.... nk kena buat account premium pulak.... semuanya nak duit jer zaman skrg ni.... so cancelkan je lah hajat tu. takde maknanya I nk bagi duit kt kau....Adoi...

4. Pastu tetiba sedar diri yg byk pulak keja rumah tak buat lagi. Kain dh 2 kali basuh tapi tak lipat. Pastu tengok lantai toilet dh mcm belacan. Pastu perut pulak rasa lapar nk kena masak. Adooiiii laaaa..........

5. Pastu lagi tambah tensen bila pinggang dah start sakit dan kepala mula weng bila tiba time tengah hari. Apakah???? Oh, sebab belum mandi lagi!

6. Pastu sambil masak, fikiran menerawang mengenangkan satu keputusan/kejadian/peristiwa yg teramat besar terjadi semalam, nun jauh beribu batu dari sini, tapi rasanya seolah2 semua tu melekat sedekat2nya dlm hati n kepala. Nak kata kecewa... entahlah.Maybe tak kot. Just terkejut sikiiitttt je. Dah lama I bersedia untuk dengar n terima kejadian ni. Memang I dah bersedia. Menangis cuma 2 titik air mata, lepas tu rasa normal mcm biasa. Dan biarlah......... I takmau fikir lagi pasal ni. Itu pilihan mereka yg sudah dewasa. I hanya mampu mendoakan semoga Allah menganugerahkan mereka kebahagiaan di jalan masing2.

Tu je lah. Kadang2 masalah tu remeh temeh je pun. Tapi bila datang menerkam dalam satu masa yg sama, tercabar jugak kesabaran manusia yg lemah n kan.... (dah lega sikit dpt luahkan perasaan.....)

Ya Allah, may I be guided in the right path of way to be Your good servant Ya Allah....

Okay... awak jgn marah2 lagi... saya bg awak sebijik bunga yg comei ni.... hehehehe....

Monday, September 26, 2011

RIYADH ZOO

Destinasi : Riyadh Zoo
Tiket : SR10 (Adult), SR5 (Children), Free for 3years below.

Masa Melawat : Sila rujuk JADUAL LAWATAN (KLIK)
GPS co-ordinate : 24° 40'32.5"N, 46° 44' 14.7" E
Link

Tujuan utama ke Riyadh ni ialah untuk visit Riyadh Zoo nak bagi Zuzu & Yaya lebih bermesra dgn alam sekitar dan berminat utk join WWF mcm ibu suatu ketika dulu (tp dont be hot-hot chicken drop mcm ibu dh la ye...hehehhe..)

Bila dh masuk jalan2 dalam zoo tu, me & Amet were quite disapointed sebab haiwan yg paling banyak kt Riyadh Zoo ni hanyalah famili encik nyet je.... Tapi for Zuzu & Yaya, depa ok je, asalkan dapat jalan2 dah best gile dah. Tengok encik nyet melompat2 bergayutan sana sini really make them so excited. Hahahaha....

Tapi untuk visit ke zoo ni sila rujuk jadual lawatan yg I dh bagi linknye kt atas tu dulu, sebab kat sini dia akan bahagikan masa melawat untuk lelaki, perempuan, dan keluarga :)

Oh, one thing yg berlainan sikit ialah zoo ni tidak ditutup pada waktu azan/solat. Masa kami sampai tu tengah azan Asar, tapi kaunter tiket serta entrance terus bukak jek, walaupun sampai kedengaran org dh mula solat.


Cuaca yg sedang2 saja, just nice untuk jalan2 makan angin :)


Naik tram, tiket boleh beli kat dalam zoo dgn harga SR2 seorang

Ni pemandangan paling best - the Arabs ni kt mana2 saja suka piknik. Dalam zoo pun siap bawak tikar, makanan semua lengkap utk piknik. Eeewwww...!!! Oh siap solat lagi kt padang zoo tu, padahal masjid kt sebelah zoo ni besar gile...Macam2 ada....

The hayawan....Al-failah (elephant) - haiwan yg paling disukai Zuzu. Kat sini dia ada satu brand air kotak yg dia panggil "Air Gajah" hehehe....

Us @ Riyadh Zoo


Boleh tengok map yg pening ni kalau nak :)

Oh lagi satu yg best, zoo ni kurang berbau compared to zoo negara (dan zoo lain yg pernah divisit). Kesimpulan sendiri : sebab faktor cuaca yg panas dan kering.

Have a nice day everyone!

Saturday, September 24, 2011

ADA APA DENGAN 23 SEPTEMBER?

23 SEPTEMBER ialah....

Besday Mak sayaaa!!!!!
HAPPY BESDAY MAKKK!!!!!!

Beliau jelita macam I kan???? Hahahaha... :'( miss you badly mak...

Hahaha eksaited mcm besday I plak! So pukui 2 pagi (KSA time) I dh call mak sbb tau time tu bersamaan 7 pagi (Malaysia time) mesti mak baru nak pi keja. Dari kejauhan I hanya mampu mendoakan kesihatan yg berpanjangan untuk mak, dimurahkan rezeki secukupnya, dan semoga mak terus kuat n tabah menghadapi semua dugaan hidup.... maafkan anakmu tak dapat meraikan bersama... sob sob sob.... :'(


***********************************************************************

23 SEPTEMBER juga ialah.....

Al-yaum Al-watani !
@

National Day of KSA!


Over ehhh... masa Hari Merdeka & Hari Malaysia 2 minggu lepas takde pulak hang tulis dlm blog ni? Ohh... biasalah... I eksaited hari yg I dapat cuti je... Hari merdeka malaysia biar lah kawan2 kt malaysia yg buat entri... (mode jeles sbb Malaysia mcm lebih byk cuti bersepah2!)

Nak tengok sedikit gambaran mcamana org sini celebrate national day? Jom...

Sambutan biasanya mmg atas jalanraya. Tak byk tempat utk mereka berkumpul mcm Dataran Merdeka etc. Kami jumpa satu padang yg tak berapa luas utk encik menteri buat ucapan. Tapi lebih ramai yg suka celebrate atas jalan.


Yang berjoget dan menari2 atas jalanraya semasa kereta2 di sekeliling sedang bergerak. Actually yg sorang tu ialah driver kepada kereta silver tu. Ya, driver pun boleh turun utk berjoget atas jalan. Polis ada, tapi dia senyummm...je.

Ni yg style berjoget atas bumbung kereta. Memang ramai giler sepanjang jalan yg buat macam ni, sambil kereta yg dia pijak tu dipandu (kereta sedang bergerak ye) oleh kawan dia. Kira ni style paling hot la kot....

Kawan dia yg kt sebelah tu just bergayut jek kt pintu kereta sepanjang jalan. Kuat betoi hang no!


Bendera berkibar di ruang angkasa.... eeewaahhhh!!!

Dan mcm2 style lagi boleh tengok. Antaranya ialah :

1. Menconteng kereta dgn cat hijau (kaya gila!)
2. Spray jubah (thobe) dgn cat hijau.
3. Roller skate kt tengah2 jalanraya yg kereta laju2 sambil bawak bendera (seram gile yg ni!)
4. Yang berlari2 atas jalan sambil menjerit huu-haa-huu-haaa (aku pun x paham apa yg hang syok lebih ni?)
5. Masa ni bleh nampak makcik2 arab ambik gambar (perkara yg jarang2 berlaku di sini...)

Sekian.

Thursday, September 22, 2011

IT'S A HOLI-HOLIDAY!!!


*This is an auto-publish entry*

By the time you read this, we are most probably in our journey to visit Riyadh (kalau tak terlewat bangun). Memandangkan last time just singgah for a while (on the way to Madinah), so we missed the chances to visit the so-called "interesting" places, heh....

Since this weekend will be a bit longer as it will be continued with the Saudi National Day's replacement on Saturday. So we decided to spend our holidays in Riyadh (instead of London hahahaha) , the capital of KSA. It's about 500km from Jubail (mcm balik kampung KL-Kangaq je).

I've googled so many interesting co-ordinates (some places just not likely to muncul in our Garmin ggrrrr...). Lets hope we manage to visit them all in 3 days. Oh, not to forget the shopping malls.....

Till then, happy holiday!

Monday, September 19, 2011

WHEN ZUZU IS NOT AROUND

Where is Zuzu?

Actually malam kemarin, kami pergi beraya ke rumah Kak Tipah & Abg Khairi. Hehehe... after 2 weeks Eid, this is our first jalan beraya rumah orang. And maybe this is the one n only kot! Hahaha... so bad la...

Ok kisah Zuzu ni pulak. Bila dengar ja kami cakap about going to her "mak angkut's" house, dia dh buat plan sendiri nak spend a night there. Kebetulan, Kak Tipah pun mesage suruh bawak baju cik kak tu siap2 in case klu dia buat hal takmau balik.

Sebab dulu dia dh pernah tido sana. And she really enjoy to stay there sbb ada ramai abang2 yg melayan dia. So mmg betul lah, malam tu mmg confirm dia takmau balik.

Tapi bila tinggal ibu & adik saja kt rumah rasa sunyi la pulak kakak tak ada. Sebab biasa rumah ni kecoh dgn mulut potpet dia tu je lah. Hari ni dah tak ada orang mintak ibu belikan mekap, belikan tali pinggang, kasut skating and kasut tinggi. Bila kakak tak ada, teringat kesian pulak kadang2 I selalu marah dia bila dia asyik bercaaaaaakap tak berhenti2. Now I have learned that I really love her so-oo-o much and I really need her like nothing I have never known. And I have learned that her non-stop talking is the most melodious ones for my ears.

Huhuhu... we miss you so much kakak.... (poyo la ibu, mcm la umah aunty tu jauh beribu batu... hehehe)

Oh, btw this is the Trio Marble Cake yg sangat gebu gebas, resepi dirujuk dgn segala hormatnya di blog Cik Mat Gebu...

So in Love with the color...

Kek ni I bawak sikit sebagai buah tangan ke rumah Kak Tipah


Oh, sebagai mengingati kakak, ibu buat pulut udang. Sebab malam ni nak pi sambut kakak. So kena buat kakak punya faveret lah.


Kesian jugak adik tinggal sorang. Adik asyik cakap " Kakak tido je, nape kakak tak bangun lagi?" Huhuhu... dia tak sedar pun yg kakak dia tak ada kt umah. Sampai petang baru dia perasan, dan mula la merengek nak pi kt kakak.

Ok malam ni nak pi ambik kakak.

Sunday, September 18, 2011

HEALTHY FOOD WEEK

Well, tetiba saja I'm so gedik to look for healthy & good food. And what was on my mind that day pegi outing ialah to find tempe, tauhu and all sorts of fish (yg tak hanyir sahaja ye). Sebab rasa mcm dh muak dan melugai sgt dah asyik makan daging-ayam-daging-ayam.

So we headed to Toko Pulau Jawa & Toko Puncak, kedai makanan dan barang runcit Indonesia kat Khobar. Kalau nak GPS co-ordinate ini dia : 26°17'11.98"N, 50°12'42.34"E. Actually this is my first pi kedai2 ni. Dulu (dah lama gile) ada kawan Amet bg map ke sini, tapi sebab I ni kurang berminat sangat dgn makanan2 indonesia, so tak pernah try cari pun until today.

Hmm actually ada snap pic kedua2 kedai ni (2 kedai ni berdekatan saja). Tapi guna henfon I yg pening2 lalat macam tuan dia so xleh nk transfer. Try upload pi internet terus pun xleh jugak. So kita tengok gambar barang2 je la ya....



1. Tempe tu beli kt Toko Puncak.

2. Air soya tu beli kt Lulu Hypermarket. Rasanya ni first soya drink made in Saudi kot sbb before this mcm tak pernah nampak pun. Kalau ada yg jual kt sini pun (biasanya kedai siam / oriental) ialah V-Soy yg from thailand. Rasanya mmg jauh sangat tak sedap lah nk compare dgn product soya drink kt Malaysia. Tapi ada laa rasa2 soya tu sikit. Paling lawak nama dia : Joyah hehehe...


Ni ialah hasil tempe yg dah siap digoreng. Sedap. Zuzu Yaya makan byk sbb I cakap ini keropok yg boleh bagi kita jadi pandai n cantik hehehehe....

Masa kt Lulu jumpa salmon. Pastu jumpa ikan dory.Amet sibuk betul tanya ikan dory tu apa. Dia tak tau I dulu bekerja dikelilingi ikan dory . Dah berapa banyak eksperimen I buat dgn ikan dory ni dalam lab dulu, so dah kenal sgt dgn bau, rasa n warna nya

This one taste marvellous. Memula I mkn dinner time lepas Maghrib dgn lauk ni. Pastu supper pulak pukui 12. So finger lickin' good! Tapi takpe, yg ni kukus saja.... tak gemuk kan...?

Till then.

Friday, September 16, 2011

SO KESIAN ONE...

Dah 2 kali weekend I keluar jalan2 dgn perasaan yang kurang best.... :'(

Eehhhhhhh.... NO No No...bukan sebab encik Amet takmau belikan I handbag mahai! (tapi mmg dia tak beli pun hahahaha)

Tapi... sebab sebab utama adalah keadaan badan I yg sekejap OK sekejap KO. I pun x sure apakah faktor utama penyumbang kpd ketidaksihatan I nih. Rasanya sejak dok Saudi nih, mcm kerap sgt pulak ditimpa penyakit. Padahal dulu I adalah seorang agak cergas dan cerdas, menyertai international marathon n sukan renang (eewahhh!). Hmm... maybe betul lah pada firasat hamba, tanah gersang ini mmg tak sesuai utk menguatkan hamba menjadi badang yg gagah perkasa.

Oh ok, nak cerita nih. Last week pi jalan2 Rasheed Mall. Oh sebab dapat voucher shopping dari opis encik Amet. So mmg eksaited habis lah nk pi shopping free!!! Elok jek sampai mall, perut nih start meragam. Adoi.... mmg spoil mood betul la bila sakit perut memulas-mulas pulak tu kan. Camana nk jalan dgn bergaya? Nak shopping mcm org kaya? Hahaha... adoi... serius tak best betoi! Ada la 5-6 kali jugak berlari2 cari toilet. Tapi dalam2 tak berapa best tu sempat jugak la rembat sehelai seluar kerja (amboi berangan nak pi keja tu) and sehelai blouse. Sbb ada sale, dan ada voucher, takkan la tak ambik apa2 kan....

Then semalam punya outing, I kena penyakit "demam tak demam" and sakit kepala berdenyut-denyut. Mmg lah tujuan outing semalam cuma nk pi ambik kasut keja encik Amet je, dan nk pi grocery sikit je. Tapi still rasa tak best la, tak enjoy sgt bila badan mcm tak berapa larat, lemau semacam ja kan. Siap boleh tertido plak dalam kereta. Very not me lah...

Saja snap gambaq ni masa Amet tgh ambik kasut kt Red Wing. Mamat bangla sebelah tu cakap melayu sbb dia pernah keja kt Malaysia dulu. Di ckp dia keja kt Jalan 244, PJ. Oh geng lah kita.. I dulu kt Jalan 222 hehehe....


Begitulah adanya kisah sorang budak gemok yg dah tak larat nk membawa badannya... hahahaha.... (ni Amet mengata I padahal dia sama, dah tembon!)


p/s : ehem ehem.. org kata kalau ada rasa2 hot flashes petang2 n malam2 tu biasanya.... dotdot dot....ehem ehem :D (saja gatai!)

Thursday, September 15, 2011

MILKY ME

At last, mau tak mau, I've decided to start taking milk. And kurangkan meminum nescafe. Why tetiba begitu insaf & baik hati?

Actually, since raya hari tu (waaahhh oredi 2 weeks aaa?) teah berlau satu insiden yg simple tapi menyakitkan. Masa I nk tukar baju, tetiba masa angkat tangan ke atas tu, terasa benda meletop kt leher dan bahu sebelah kanan I nih. Pastu bila I letak semula tangan ke bawah, adoiiii sakitnya!!!

Dan kesakitan tu berlarutan hingga ke hari ni. Ditambah pulak dgn sakit belakang dan sait pinggang. Dan bila terlebih gerakan, mmg berbunyi meletop-letop jek tulang I nih. Iskkk...mau tak risau????

Memang I nih kalau org sebut minum susu, adehhh... lemah semangat betoi la... Tapi kali ini kugagahkan jua dgn segala power dan kekuatan yg kumiliki. Minum susu. Sambil tutup hidung. Hahahahhaha punya teruk!!!

For starting ok la kan... saiz gelas besar ibu jari saja!!! Hahahaa....

Tapi after few days I dh mintak Amet belikan powder milk yg lebih suitable utk org tua mcm I nih... yg low fat but high in calcium. Kalau hari2 langgah full cream tu mau jadik double size la kot hujung bulan ni... Oh, and I dh start minum dalam mug size 250ml ye... :D

Butter + MILK cupcakes...


Eh ni takde pakai milk, saja nak tayang ayam pandan buat 2 hari lepas dgn bantuan Zuzu & Yaya yg sangat berminat dgn daun pandan tu. Pastu 2 beradik tu asyik nk mencium ja daun pandan tu sambil berulang2 kali dok cakap "Mmmm... wangi laa.." Peghak betoi budak2 ni. I dulu selamba main perang2, terjun dalam pokok pandan kt belakang umah hahahaha.

Wednesday, September 14, 2011

WORDLESS WEDNESDAY

Suddenly terpikir nak upload gambar yg berkurun I snap masa kt Fanateer Mall dulu. Jom tengok dulu gambarnye before I write....

[Kalau tak berapa clear, just click on pic to see bigger image.]

[Same goes to this, tengok betul2....]

Heh, now that you can see clearly, jgn terperanjat monkey pulak. This is a normal phenomena in Saudi. Awal2 sampai sini dulu, I was quite shocked jugak bila beli one magazine and semua gambar2 artis yg pakai dedah2 tu habis di"photoshop" dgn "inner" hahahahaha...

Mula2 heran jugak "Awat la Jennifer Lopez, semua2 ni pakai inner? Pakai legging plak kt gaun lawa ni? Mmg ni pesen terkini ke?" Hehehe lama2 baru perasan, itu semua adalah rekaan semata-mata.

Hmmm... I'm just not very sure if this will do any good.... (semua org ada pendapat masing2, rite?). With the internet at almost everyone's hand nowadays, tak ada apa pun yg boleh ditutup. Kalau dah ada niat nak tengok, mesti *dia akan tengok jugak....

*Dia = jejantan arab (Hahahahahaha)

Oklah, till then. (Apa daa.... kata entri WORDLESS wednesday...)

Monday, September 12, 2011

KECEWA TAPI KENA REDHA

Sebenarnya, me n Amet telah merancang untuk menunaikan rukun Islam ke-5 pada tahun ni.

Bagi memenuhi hasrat kami tu, kami bercadang nak bawak mak I dan Kak Ngah utk datang sini to babysit Zuzu n Yaya. Sekaligus bercadang jugak nak bawak both of them menunaikan Umrah.

Maka I mengarahkan mak buat pasport, and scan and send ke sini. Disebabkan kerisauan harga tiket akan melonjak lebih mahal, dan takut kehabisan tiket, maka kami pun beli lah 2 tiket flight KL-DMM-KL awal-awal lagi (sebelum posa lagi), tanpa merisaukan tentang visit visa mereka. Mcm confident gilerlah visit visa tu kita yg punya!

Suatu hari, (hari kedua puasa) kami telah ke pejabat MOFA di Dammam utk submit application white slip mak n kak ngah. Mula2 pegawai2 tu langsung takmau terima borang kami. Even tak tengok langsung pun. Dan depa asyik cakap "Ba'da hajj... ba'da hajj.. (datang lepas haji je...)" Sedangkan dah tertulis kat situ tujuan membawa ibu n adik saya ialah : utk menjaga anak2 ketika kami mengerjakan haji. Tapi setelah 5,6,7,8 kali Amet ulang alik masuk keluar dalam ofis tu, sorang pegawai tu pun ambik la borang tu.

Masa solat Zohor di surau kt MOFA tu, Amet terjumpa seorang India yg telah meluahkan rasa hampa da kecewanya sbb permohonan dia pun ditolak. Dia punya kes ialah nk bawak mak mertua dia ke sini utk jaga isteri dia yg sedang sakit. Malah application dia siap berserta dgn surat reference dari doktor lagi. Tapi tetap jugak kena rejek.

Setelah beberapa hari memeriksa status di website MOFA, kami mengetahui bahawa permohonan kami jugak direjek. Tapi ada sorang kawan Arab Amet cakap, boleh guna cara "berbayar" tapi kena pilih org yg tertentu saja lah sbb tak semua yg buat kerja menerima "bayaran" ni.

Amet pun cuba jumpa orang tu. Tapi memandangkan masa tu bulan puasa, bangsa Arab ni mmg seolah-olah "mati" atau pun "posa mampoih", iaitu mereka adalah di tahap amat sangat malas ut buat keja klu dah posa. So, mmg dia tak buat apa-apa.

Setelah mencuba beberapa kali, dan hati pun rasa x sedap bila nk guna cara "bayar" ni, sedangkan kami nak pi buat ibadah. Maka kami membuat keputusan utk menangguhkan dulu niat kami tu.

Mmg ada kawan2 yg tinggalkan anak2 pada jiran ketika membuat haji. Tapi kes mereka lain di mana mereka memang tinggal secompound dgn kawan2 Malaysia, maka anak2 mereka sudah pun mesra dgn jiran2 mereka itu. Berbeza dgn I yg tinggal lone ranger dikelilingi jiran2 arab yg x pernah bertegur sepatah kata pun. Dan kalau I nak pi cari kawan2 Malaysia yg lain utk menjaga anak2 I adalah agak sukar kerana anak2 I tak begitu biasa dan hanya berjumpa sekali sekala sahaja dgn mereka.

Dan kalau boleh, kami nak tinggalkan anak-anak dalam keadaan yg betul2 yakin dan tak sentiasa merisaukan mereka ketika beribadah nanti. Maklum saja lah cik Yaya tu kalau dgn orang luar bukan boleh bertahan lama. Risau pulak kalau dia dok buat filem amuk kt rumah orang nanti.

Kecewa memang lah teramat kecewa dan hampa sekali bila niat & hajat besar di hati tak dapat dicapai. Tapi apa pun, kami redha atas segala aturan dari-Nya. Dan kami yakin pasti ada kebaikan dan hikmah atas apa yg telah ditentukan untuk kami. Insya Allah, kalau ada rezeki pasti kami akan tunaikan juga rukun ini suatu hari nanti.

Dan sekarang, kami sedang menunggu hasil budi bicara dari MAS, if the tickets boleh ditukar kepada DMM-KL-DMM, dan jugak ditukar nama kepada Amet, Yue, Zuzu & Yaya :D
Kalau boleh, maknanya adalah muka kami kt kampung raya haji ni........... Hehehehehe..... Amin...



TAKE NOTE
: hasil pemerhatian dan perbincangan dgn kawan2, kalau nk bawak family masa musim haji, apply lah white slip >sebulan before puasa. Bila dah start ramadhan/syawal, Saudi dah kira sbg musim haji dan agak sukar utk mengeluarkan white slip. Walaubagaimanapun, setelah mendapat white slip di sini (KSA), visit visa di kedutaan saudi (di Malaysia) boleh dibuat dekat2 nak fly.

Saturday, September 10, 2011

MALAS


Terus terang mengaku, memang dalam keadaan yg amat malas teramat sangat nak updet blog. Isk isk isk... asal bukak blogger.com ja rasa pening lalat n mata berpinar2 tak leh tengok lama2.... Hahahaha...

Okeh saja jek boh gambaq donut tu, buat masa bulan posa hari tu, tapi lupa nak tayang. Oh itu donut kentang yg sangat sedap dan tak jemu ditelan! Hari ni nk buat lagi utk bukak posa. Ok, I baru nak start puasa 6 huhuhu...

Oh dah alang2 tertulis ni, just nak cerita sikit keadaan diri I yg tetiba dalam sekelip mata je I rasa terlebih isi! Serius, tetiba je jadik Gomooookkk!!! Adoiiii.... mcmana buleh tak perasan? Maybe sbb dah lama tak buat senaman dan asyik makan makan makan.... I sedar pun bila rasa dah start rasa sakit pinggang, sakit lutut, sakit urat...

Hmmmm nk naik senang je, nk turun entah la bila... kena ada daya usaha sikit nih.

Wednesday, September 7, 2011

RAYA DI AL-MUNAWWARAH

Finally I blog about this!!!

Sorry frens, I was so busy with the laundries and coooking and stuffs bla bla bla.... (bluff!) Ok, just forget about me. Let start the story :)

Kami mula bertolak on 28.8.2011 dari Jubail dan singgah berbuka & bermalam di Riyadh, 500km away from home.


Adik tido secara duduk, tungging dan mcm2 gaya dalam kereta.

Kakak prefer tido atas Toto yg ayah bentang kt tempat letak kaki belakang sbb dia nak direct air-cond. Macam2 ada...

Wasat Ar-Riyadh = Riyadh City Centre.


Then bila dah nampak Kingdom Tower ni, memang sah dah masuk Riyadh, the capital of KSA. Kiranya tower ni mcm KLCC kita le... boleh naik atas ni, tapi hari tu kami tak naik lah sbb just singgah sekejap. Maybe next time insya Allah.

HARI TERAKHIR RAMADHAN (29.8.2011)

The next day teruskan perjalanan ke Madinah. Jarak Riyadh - Madinah ialah about 800km. So far jalan highway dia ok dan cantik, tapi biasalah pemandangan desert je la...

Kami bertolak around 7.30 a.m. and sampai Madinah at about 5.30 pm. Sebab byk stop dan rehat.

Since dh lewat sampai, bukak posa pun ala kadar jek and Maghrib pun kt bilik sbb terlalu kepenatan dgn macam2 hal. Amet spent almost 2 hours utk cari parking! Pity him. Inilah salah satu cons bila bawak kereta sendiri.. Then time Isyak baru lah mula solat kt Masjid Nabawi.

HARI RAYA PERTAMA (30.8.2011)

Solat sunat aidil fitri ramai sangat orang. So, kami dapat tempat atas jalan raya saja. Lepas tu balik hotel utk mkn hidangan hari raya iaitu : khabsa dan shawarma! Sadisss....

Lepas tido jap, pergi balik masjid dan lepak sampai Zohor sampai lepas Asar. Hmmm... baru rasa puas hati boleh duduk lama2 dalam Masjid Nabawi tu. Mmg hari raya tu kami tak ke mana2, ulang alik hotel-masjid jek.


HARI RAYA KEDUA (31.8.2011)

Baru nk mula jalan2 ziarah. Mula-mula ke Masjid Quba.

Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa berwuduk di rumahnya, dan kemdian mengerjakan solat 2 rakaat di Masjid Quba, pahalanya sama seperti orang yg mengerjakan Umrah."

Us @ Masjid Quba, Madinah.

Ice cream on a sunny hot day kt depan Masjid Quba.

Lepas tu continue to jalan2 cari makan, then solat Asar kt Masjid Qiblatain. Yes, daripada namanya, masjid ni mmg ada 2 arah Qiblat. Wonderful.

After Asar, ziarah diteruskan ke Bukit Uhud. Rasa sebak ketika menziarahi pusara pejuang2 syahid di sana.


Depan bukit harta karun.

Tapi agak menyedihkan, lepas jalan2 ziarah tu, Zuzu & Yaya agak kurang sihat dan nampak keletihan. Maybe due to the very very hot weather kot. Walaupun we keep giving them water, tp still nmpak a little bit dehydrate jugak. Badan pun panas-suam ala-ala nak demam tp not as bad as mcm kt Mekah hari tu lah. Oh, Zuzu muntah sekali masa nk balik dr Bukit Uhud tu.

HARI RAYA KETIGA (1.9.2011)

Dah tiba masanya utk meninggalkan Rasulullah dan Tanah Haram. I terpaksa buat Ziarah Wida' agak awal sebab pintu utk perempuan hanya dibuka pada waktu tertentu sahaja. Disebabkan org terlalu ramai, I have no choice, pukul 7.30 pagi dah kena masuk kawasan Maqam Rasulullah. I pergi 7.30 am, tapi dapat selesai semua urusan dah pukul 11 am! Bayangkanlah betapa ramainya manusia masa tu....

Kami bertolak balik dalam pukul 2 ptg.

Singgah makan kat R&R yg mmg tak mesra langsung. Tapi kt Saudi mmg dh biasa pemandangan mcm ni. Kdg2 ada R&R yg ada restoran tp penuh sesak. So better prepare tikar sendiri. (Kelihatan adik yg monyok sbb baru muntah dan demam sikit)

Lampu stesen minyak yg mcm funfair. Mmg depa suka sgt letak lampu byk2 mcm tu kt stesen minyak. Maybe tokei2 tu kaya sgt kot...

Pemandangan biasa di sini - penuh dgn sampah sarap :(( No wonder bila nak mai sini, wajib kena ambik Meningitis vaccine :(( Buat malu jek...

Setelah menempuhi perjalan pelbagai dugaan dan dgn izin dariNya, kami sampai rumah pada jam 9 pagi, 2.9.2011. Hmmm..... rasa mcm lamaaaanyaaa kt atas jalan....

RUMUSAN
1. Perjalanan siang sangat meletihkan. Malam ok kurang sikit letih, tapi seriously kena byk brhati2 dgn speed- trap.

2. Bawaklah bekalan air minuman dan basuhan secukupnya. Toilet mmg ada, tapi air belum tentu. Dan selalunya time orang ramai2 ni mmg tak ada air.

3. Bersabarlah bila singgah di R&R di sini. Jgn lah harap toilet yg cantik lawa, bersih n kering mcm hiway PLUS kita. Banyakkan beristighfar sbb kita nk pi beribadah (walaupun dalam hati f&*^K@# semua ada kan hahahaha)

4. Kalau nampak t*ik yg berlonggok2 kt toilet tu buat derrkkk je lahhhh..... cari lah toilet lain yg OK SIKIT. Maybe dlm 15 pintu toilet ada lah 3 yg ok...Sabar ye...sabarrrr....

5. Time raya/puasa ni mmg sgt amat teramat ramai org kt Madinah n Mekah. So nak masuk masjid, nak solat, nak buat ibadah mmg kena BANYAK-BANYAK bersabarrrr.... kena pulak yg ramai time kami pi tu ialah geng kel*ng kan.... so tahan hidung, telinga dan sebagainya lah....

6. Just nak bagitau la.... geng K tu kan, mmg tak reti jaga kebersihan masjid. Serius habis kotor, belengas depa bg tumpah air, makanan dan mcm2 kt masjid. Adussss.... tu yg paling I geram. Takpelah nk dtg ramai2 tp pleasseee lah..... ini masjid!!! Dah la Masjid Nabawi pulak tu!!!

7. Pasal geng K ni lagi - boleh tak... kat tempat air minuman tu, depa pi buat basuh inai?????? Gila serius haku rasa nak lempang sungguh la geng nihhh.... dah la air x berapa mencukupi!!! Nasib baik masih boleh ingat I kt tanah suci...

8. Geng K ni jugak biasanya takde hotel. So ramai2 tido masjid. Takpela tido masjid, tp tolong la jaga kebersihan. Ini dn beg plastik bergantungan sana sini iskkkk............ xtaulah nk ckp apa. Kang habis pahala I dok maki hangpa....

9. Since org teramat sgt ramai, mak guard kt masjid semua jadi "cengei" (garang). Dan puncanya tak lain x bukan mmg drpd geng K tu jugak yg taktau nak bersabar asyik nak rempuh je. Smpai yg tercabut2 tudung pun ada. Hmmm....

10. Time masuk Raudhah ialah (a) 10 mlm - 1 pagi (tp masa I masuk tu, pukul 11 dia dh tutup pintu utama sbb ramai sgt org) dan (b) 7 pagi - 10.30 pagi.

11. Ohhhhh.... lupa nk cerita satu nih. Kami telah kehabisan minyak on-the way nak ke Madinah tu. Tapi tak lah habis smpai mati enjin. Tapi mmg dah pakai reserve-tank punya minyak lah. Aduh serius masa tu tak jumpa langsung stesen minyak. Bila tengok GPS, ada yg masuk mcm dlm kampung sikit (about 12km jugak la from highway). Tapi bila dh masuk ke kampung (dh la seram sunyi mcm citer Jeepers Creepers), stesen minyak tu boleh kehabisan minyak lah pulak...! Then the next one ialah dalam 60km lagi! Masya Allah, mmg tak ada apa yg kami boleh buat selain bertawakkal dan terus berdoa sesungguh2 hati dan teruskan perjalanan. Betul2 mendebarkan! Alhamdulillah di saat minyak kereta dah tingga titisan2 terakhir, nampaklah stesen minyak.... Kesimpulannya : Isi minyak sekerap yg mungin setiap kali nampak stesen minyak. Takpe isi 5 riyal sekali pun boleh.... (dah nk buat mcmana minyak sini murah sgt hahaha). Sekian.

Alhamdulillah.... apa2 pun syukur sgt sbb dah dapat sampai ke tempat yg sangat diimpikan. Semoga dipermudahkan olehNya utk kami menziarahi Rasulullah lagi...