Showing posts with label UMRAH. Show all posts
Showing posts with label UMRAH. Show all posts

Wednesday, December 28, 2011

UMRAH

Alhamdulillah, last weekend we have safely performed our 4th Umrah. Syukur ilallah atas rezeki dan panggilan dari-Nya. Kali ni kami pilih untuk join rombongan bersama KRMJ. Walaupun kami travel dgn menaiki bas, tapi Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan terlalu lebih baik berbanding dengan Umrah pertama dahulu.

Mungkin disebabkan Visa umrah belum dibuka kepada org luar (selepas musim haji), maka hanya org tempatan sahaja yg memenuhi jalan dan kota Mekah.

Alhamdulillah semua R&R yg disinggahi adalah memuaskan (read : toilet ok la... boleh guna, ada air and tak terlalu comot. but still jgn harap wangi dan lawa mcm PLUS hahahaha)

PERJALANAN
Kami bertolak jam 6 pm (selepas solat Maghrib) dari Jubail. Singgah makan jam 8.30 pm di R&R (mana entah). Kalau pergi rombongan dgn KRMJ, makanan biasanya akan disediakan (Dinner). Tiba di Miqat jam 8.15 pagi.

MIQAT
Alhamdulillah, keadaan di Miqat juga tidak begitu sibuk. Malah bilik air yg I gunakan, kebetulannya cuma ada I dan anak-anak sahaja (dgn 10 bilik mandi yg kosong - pilih yg mana suka!) Maka kami dapat mandi dgn tenang dan selesa. I tak begitu pasti dgn jemaah wanita yg lain mandi/berihram di mana sbb I org paling last turun dr bas kerana nak kejutkan anak2 bangun tidur. (tapi akhirnya Amet bagitau mereka menyewa bilik kerana Amet telah dilantk menjadi pegawai kebajikan dlm rombongan itu).

Alhamdulillah, walaupun tinggal I seorang diri bersama anak2 kecil, (sedang suami menjalankan tugasnya menjaga ahli rombongan lain sbb ada yg pertama kali mengerjakan Umrah), semua urusan di sini dapat diselesaikan dgn amat mudah sekali.


MEKAH AL-MUKARRAMAH
Kami tiba di Mekah pada jam 11.15 am dan ditempatkan di Hotel (lupa nama haha). Selepas lunch kami terus ke Masjidil Haram. Ya, kedudukan hotel kalau datang dgn rombongan mmg seperti yg telah dijangkakan, adalah agak jauh jaraknya. Namun begitu ia adalah lebih dekat berbanding rombongan pertama dahulu. Walau bagaimanapun, kami bersyukur kerana masih diberikan hotel utk mandi dan urusan2 lain, berbanding mereka2 yg terpaksa tidur di sidewalks dan masjid sahaja.

Selepas solat Zohor, I mengerjakan tawaf while Amet menjaga anak2. Kami bergilir2 sehingga selesai Sa'ie dan bertahallul selepas Asar.

Kami terus tinggal di masjid sehingga Isyak memandangkan hotel agak jauh. Semua bekalan n keperluan anak2 mmg I dah bawa secukupnya.

ANAK-ANAK
Alhamdulillah, kali ini adik n kakak sihat sepenuhnya. Syukur sangat2 kpd Allah kerana memudahkan urusan ibadah. Adik n kakak juga berjaya bangun seawal 4.30 pagi dan berjalan ke masjid (yg agak jauh dan kena mendaki sikit) utk bersolat Subuh! Tahniah kpd anak-anak ibu & ayah! Cuma sedikit cabaran apabila adik 'poopoo' 2 kali dan ibu terpaksa menyeret mereka ke toilet yg agak jauh. Dan kakak pulak sekejap "jadi" sekejap tidak. Hehehe.... begitulah cabaran kalau bawak anak-anak kecil.


Align Center
Suasana sebelum solat Subuh di kawasan Kaabah

BERJUMPA KAK NONI
Semasa dalam perjalanan untuk solat Subuh (dah masuk dalamMasjidil Haram), di satu tangga nak turun ke kawasan Kaabah, tiba-tiba ada seorang wanita bertelekung datang menegur "Assalamalaikum Yue.." dan terus memeluk I. Tergamam sebab rasanya tak pernah jumpa org ni dan dia tahu nama I pulak! (sempat perasan lagi tu!) "Ni Kak Noni...ni anak2 akak..." Hahahhaaha.... barulah I tau rupa2nya ini Kak Noni yg selama ini "berjumpa" di alam maya. Kami sempat bersalaman sahaja sbb masing2 sibuk nak ambik tempat utk solat.

Semasa bersarapan di D'Saji, kami kebetulan berjumpa lagi. Kali ni barulah sempat sembang panjang sikit. Kak Noni ni sebenarnya ialah super-duper senior I kt SMKAP merangkap bekas pelajar my MIL dan sudah tinggal di Jubail dlm sebulan lebih. Tak sangka betul jumpa di tanah barakah nun jauh dari Jubail. Masa dok kt sini, tak terjumpa pulak. To Kak Noni and family, nant jgn lupa mai rumah kami noo....


HAJARUL ASWAD
Walaupun telah beberapa kali mengerjakan Umrah, sebenarnya I masih belum pernah berpeluang untuk mengucup Hajarul Aswad. Bukan tak teringin, tp biasanya mmg orang terlalu padat dan rasanya mcm tak terdaya utk I rempuhi tolakan yg ganas di situ.

Selepas Subuh dan bersarapan, I terus mengerjakan tawaf wida' (memandangkan selepas itu ialah waktu solat Jumaat dan bas akan menjemput kami selepas Jumaat). Semasa tawaf, setiap kali sampai di rukun Hajarul Aswad, I asyik merenung dan bertanya sendiri dalam hati "Bila laa aku nk berpeluang cium kamu?" Dan pasa masa itu hanya jemaah lelaki sahaja yg sedang mengerumuninya. Selesai tawaf wida' I mengambil kesempatan berdoa di Multazam. Tiba2 ada sorang makcik Arab merayu pada polis penjaga utk membenarkannya mencium Hajarul Aswad. Sebaik sahaja encik polis itu meneyebut "Ya Hajjah" (memangil jemaah perempuan utk ke situ), tiba2 bagaikan segerombolan wanita berpusu ke Hajarul Aswad dan terus menolak I yg berdoa di Multazam. Dalam beberapa minit sahaja, tiba2 I dah berapa di depan Hajarul Asawad!
Subhanallah!!! Terus I berdoa secepat yg boleh dan mengucup batuan hitam itu dgn air mata kesyukuran yg tak terhingga.

Alhamdulillah, I tak sangka dalam keadaan pregnant mcm ni, Allah berikan I kekuatan dan peluang yg sekian lama I tunggu2 dan harapkan. I mmg dapat rasakan mmg tak ada sesiapa pun yg tersentuh kawasan perut I semasa tolak-menolak tu. Betapa besarnya payung rahmat dan lindungan Allah....


KEPULANGAN
Kami selamat tiba di Jubail jam 5 pagi keesokannya dgn perjalanan yg lancar. Di kesempatan ini I nak ucapkan ribuan terima kasih kepada aunty2 (Kak Nik, Kak Izan, Kak Zira & anak2, dan Kak Hasanah & anak2) yg banyak menjaga dan melayan kerenah Zuzu & Yaya yg superaktif dan banyak mulut nih (mmg baaanyak sangat mulut si Zuzu ni, tak percaya? baca blog Abg Eric(KLIK) nih hahahha...)


Us @Baitullah Al-Haram

Adik nak main kamera...


Kakak pulak request nak tangkap gambaq....


Wada'un Kaabah... ilalliqaa'.... (Selamat tinggal Kaabah, semoga berjumpa lagi)

Saturday, June 18, 2011

KISAH DI AIRPORT

Alhamdulillah, sepanjang perjalanan naik teksi dari Kota Mekah sampailah ke airport Jeddah, both Zuzu & Yaya tidur saja, so tak lah I risau sgt depa termuntah dalam teksi org tu.

Just bila sampai airport, Yaya tercirit sampai kena tukar baju. Huhuhu....dgn pasrahnya, terpaksa lah ibu mendobi pulak baju dia kt toilet sbb takut bau masam kalau tak basuh.

Then, tibalah masa utk check-in.... Masa ni lah berlakunya peristiwa hitam yg rasanya susah jugak nak dilupakan.

Biasalah kan, those stupid immigrations people (yg dah tak terbilang berapa ratus kali I maki dlm blog ni), kali ni buat hal lagi.

Okeh, kalau kt KSA ni, even kat airport pun dia pisahkan section lelaki - perempuan. So, hari tu Amet bawak Zuzu ikut kawasan checking lelaki, and I bawak Yaya (dlm stroller) ikut bahagian pompuan.

Di laluan wanita - dekat kaunter yg scan beg tu, 2 org imigresen lelaki yg jaga. Manakala dalam bilik utk scan badan pulak ada 2 org imigresen pompuan yg jaga.

Masalah bermula apabila seorang imigresen lelaki tu suruh I tutup (fold-close) the stroler, dan suruh I angkat stroler tu letak atas belt-scanner. Memula I mm cakap baik2, elok2, lemah lembut, that my kid is sick and she has to stay on the stroller. Lagipun I cakap, I tak larat utk angkat stroller tu sbb berat...scanner tu kan agak tinggi. Gila apa nk suruh aku angkat???

Tapi, bila dia asyik cakap "No, you close. Close.Put Here. Close. Put here." Dah la sambil dia duduk atas kerusi, kaki bersilang, tangan berpeluk tubuh. Cakap english pun tak reti, ada hati nk keja kt airport! Serius, I dah mmg start nampak keccciiiiiiikkkkkkkkkk dah natang nih!!!!

Bukannya dia nak tolog kaum wanita nih. Dah la duduk dgn gaya malas nk mampus. Nak keja mcm tak nak keja. Tapi nak buat keras kepala nk suruh haku tutup jugak. I dah mula geram.

I cakap " You help me close. I cannot." Sambil buat muka tak larat + malas layan I keep on pressure him " So how now? How? I go inside? They can scan me n this stroller inside.."

(Eh, mmg all this while, sama ada kt airport Dammam or KL, stroller tu just scan kt door-scanner or scan jek dalam bilik scan wanita tu. Tak pernah kena angkat letak atas belt tu pun stupid!!!!)

Then, org semakin ramai beratur kt belakang I. I yg tersangut kt situ telah menyebabkan jam teruk. Dah la laluan tu sempit nak mampos mmg muat2 utk sorang lalu jek. Mmg bodoh gila lah arab sekor nih.

Dengan org belakang I tu pulak dok push I suruh jalan. I cakap kt org belakang tu "I cannot go. This people problem!!!!"

Si imigresen gila tu boleh pulak senyum2, sambil terus buat dek taktau dan keras kepala. Memang time ni rasa nak baling selipar kat batang hidung dia!

Sebab kesian kt org ramai kt belakang, dan semakin geram lama gile dah dok tunggu kt situ, I angkat Yaya dan tolak stroller tu dgn kasar kt natang bodoh tu sambil cakap "You want this??? You take!!!"

Pastu I terus jalan nk masuk bilik pemeriksaan. Tetiba masa nk masuk tu, org yg kt belakang I yg kelam kabut sgt nk jalan dari tadi tu telah melanggar si Yaya. Masalahnya, bukan sikit dia punya langgar, sampai PECAH BIBIR anak aku!!!!

Geng2 imigresen pompuan yg kt dalam tu terkejut sgt tengok mulut Yaya dgn darah terburai-burai. So diorang pun scan gitu-gitu jek. I yg sgt geram asyik cakap "Your friend outside make problem!!! Musykillah!!!"

Bila I keluar dari bilik tu, imigresen lelaki yg sorang lagi (bukan yg kerek tadi), datang hantar stroller. Then I show Yaya's mouth to him " You see???? My daughter's bleeding because of you!!!! Musykillah!!! Musykillah!!! Problemmm!!!! If you dont bother about the stroller, this wont happen!!! You problemm!!!"

Puas dapat lepas geram (tp dlm hati takut jugak hahaha). Tapi lepas tu mmg nangis la... badan I pun menggigil habis. Bukan apa, kerana engkau yg st malas + bodoh + bangang, anak aku yg kecik tu yg jadik mangsa. Kesian gila tau bila tgok Yaya agak lama jugak takleh minum sbb pedih kat mulut dia....

Bukankah mereka ada pelbagai options. Kalau bodoh sgt meh sini I nk bagitau cara-caranya :

1. Tolak stroller tu kt scanner berbentuk pintu tu (yg mmg dah tersedia kt sebelah kaunter dia, and I can see the power is ON, tp dia tak pakai).

2. Boleh scan dalam bilik pemeriksaan wanita tu.

3. Boleh tak kau yg lelaki gagah perkasa tu tolong kaum wanita mcm aku nih? Ni malas gila asyik duduk goyang b*nt*t sampai keras buat hapa????


Nasib baik Amet dok ingatkan I yg kita ni baru balik dari Umrah....tak elok marah-marah....kena sabar... just leave it to Allah to pay on him....and so on.


*Klu ikut otak jahat I ni cakap : Eleh diorang (arabs) tu dah berapa ratus kali pi umrah, tp langsung hati tak bersih, keja tak ikhlas, takdek niat nak mempermudahkan urusan sesama manusia. Macamana??? *

UJIAN DI TANAH SUCI

Dipendekkan cerita, we manage to catch the flight. Maka sampailah kami ke Tanah Haram pada hampir waktu Zohor.

This time, beside to perform our humble Umrah, kami jugak akan berjumpa dgn Mak tok (my MIL), Umie (my SIL) Ayah long (biras), and Unyang (my grandmother in-law) yg datang beberapa hari yg lalu bersama rombongan Umrah dari Malaysia.

Disebabkan planning kali ini agak last minute, our favourite hotel Al- Massa telah pun fully-booked. Since we’re looking for near-to-masjid-hotel, we have not so many choices. And dalam banyak2 tu yg paling murah pun adalah Hilton which is actually not very murah to be exact, sebab it’s peak season (cuti sekolah). Tapi, memikirkan anak-anak kecik yg kdg2 nak kena tukar pampers n bancuh susu, close one eye and the Hilton we chose.

Actually, mmg kami tak berniat utk memilih hotel yg terover selesa dan mewah. Bukan apa, takut best sgt dok dlm hotel sampai malas nk bangun berjalan ke masjid. Takut nanti niat nak pi beribadah jadi lain pulak.

So, bila dah katanya Hilton tu…mcm ni lah rupanya…..


Ada 3 beds, 3 sofas. So if u have big family mmg berbaloi-baloi lah.

The toiletteries... Crabtree & Evelyn (Paris Hilton's choice, maybe?)


View dari bilik - boleh nampak Masjidil Haram. Actually masa booking tu dapat yg view Kaabah. Tapi masa kami check-in, bilik tu tak siap lagi. Since anak2 dah mengamuk, so malas nk tunggu, just ambik je mana2 bilik.


Alhamdulillah, kami selamat menyempurnakan umrah jam 5 petang, dgn bantuan Umie menjaga anak-anak kat masjid. Then baru lah ke D’Saji utk mkn tengahari.

Orang mmg agak ramai time ni. Jemaah dari Malaysia pun sgt-sgt ramai sbb tgh cuti sekolah kt Malaysia...

Malamnya, selepas Isyak kami melepakkan diri bersama Umie n Mak tok di Safwa tower. Masa ni lah kakak mula menunjukkan symptom-symptom that she’s not feeling well. Dia tak mau makan or minum, but just lying on me. But I thought it’s just because dia baru bangun (she fall asleep masa Maghrib sampai kami nk keluar masjid tadi).

************************************************************************************


Keesokan harinya, kakak n adik start muntah2 dari Subuh dan seterusnya. Bermula time tu jugak, ibu mmg dah tak solat di masjid n jadik nurse je kat bilik.

And I pun dah tak sure berapa kali asyik call housekeeping mintak tukar bedsheet yg kena muntah and spray bilik yg bau masam giler tu.

Badan depa pulak sekejap panas, sekejap turun. All I can do was sponge-bath them, sekejap lap adik, sekejap lap kakak. While I let Amet go to masjid and do all the ibadahs (at least he can pray for the kids to get better).

Malamnya, badan makin panas. Plus they start to have diarrhea + vomitting + fever, which is not a very good sign. So I ajak Amet take them to the Ajyad Emergency Hospital (kt bawah Safwa Tower tu).

Rupa2nya hospital tu just layan pesakit dewasa sahaja. Kalau kanak2 kena pi hospital lain, and kena naik teksi from there. Ooohhhhh....

So, kami decide to keluar dan lepak jek kt perkarangan masjid tu. Well, at least we get some fresh air, and fresh view seeing the Masjidil Haram. If lest say they are getting worse by midnight, then baru lah we'll take them to hospital.

And Alhamdulillah, mmg the kids show some improvement bila kena angin luar instead of just staying in the room yg dah penuh bau muntah tu.

They have their breakfast in room, sebab masa bawak pi breakfast kat cafe tadi, kakak telah memuntahkan segala isi perutnya kat cafe... Huhuhuhu...

Alhamdulillah, they still wants to take some food. Walaupun lepas makan, keluar balik. But at least, better than nothing.

Adik hanya mahu berbaring n main game...

Kakak always be the lorat one....sangat kesian....

The last day tu, both of them nmpak mcm ada energy sikit. So after Subuh, ayah take care of them dalam bilik while ibu go to masjid and spend time sampai almost Zohor. Oh, I still dont want to miss the peace and serenity that you cant find in any other places in the world!

Then, I balik bilik to check if everything's fine. Bila Amet cakap the kids look ok, tak muntah, so we decided to take them for Zohor prayer kat masjid. Besides, that will be the last time to see maktok, ummie, ayahlong n unyang before we back home. Alhamdulillah, sepanjang ibu solat they really did well! Alhamdulillah....

And the kids spend their sweet time dgn umie n maktok while ibu n ayah buat Tawaf Wida'. Terima kasih tak terhingga kepada semua yg telah membantu menjaga adik & kakak semasa di Mekah ... Mau tak mau, we have to say farewell to maktok, umie and ayahlong...Sob sob sob.... Till we meet again... :'(

Wednesday, January 26, 2011

MEKAH (samb.)

Cadangan utk hari ke-2 ni nak pegi masjid before masuk waktu solat Subuh. Tapi disebabkan I telah mengalami sakit perut dan ralit pulak terlepak lama-lama dlm toilet, sampai dh dgr azan barulah kami start berjalan ke masjid. Alhamdulillah nasib baik lah Zuzu n Yaya tak mengamuk sgt kejut depa tido pagi-pagi buta. Cuma bila nk berjalan tu, mmg sori le… Kami sempat solat di luar kawasan masjid jek. Memandangkan kat luar ni takde dilapik sejadah, masa sujud tu mak aaiii…. Rasa beku jek dahi tu hehehe… Tapi syok sgt sebenarnya dpt sujud directly kt lantai masjid tu :))

Lepas solat Subuh, kami ke kawasan Kaabah utk solat dan berdoa di Hijr Ismail (sbb semalam tak sempat). Orang agak ramai, tapi masih ada ruang utk kami walaupun agak bersempit-sempit. Tak lah mcm bulan puasa hari tu, sampai tembok Hijr Ismail pun tak nmpak langsung! Lepas tu kami bawak Zuzu n Yaya pusing Kaabah (satu round je), dan kami semua berpeluang memegang n mencium al-kiswah (kelambu) Kaabah. Kami cuba try utk mengucup Hajarul Aswad. Nak kata ramai sgt org tu tak lah sgt, tp disebabkan mereka berasak-asak dan berebut-rebut (biasalah arab… mana reti beratur2 ni…), dan kami pulak sambil mendukung anak-anak kecik, maka kami cancelkan saja hajat tu. Daripada satgi nk caci maki org, baik x pyh la kan. Namun Alhamdulillah, kali ni dapat mengusap-usap Rukun Yamani.

Kemudian kami balik utk breakfast di hotel dan berehat sampailah Amet ke masjid utk solat Jumaat.

Breakfast kt sini amat kaya dgn pelbagai jenis cheese, olive, dan jeruk sayur-sayuran. Ada kerabu sosej yg sedap - gud idea utk buat kt dapur I nih :)

Errrmm... camana nak makan breakfast arab ni ek? Belasah ja la labu...


HASUTAN SYAITAN

Lepas solat Jumaat kami keluar ke Safwa Tower utk mkn tengah hari. I ni dari semalam dok kepingin bangat nk makan khabsa. Maka oredrlah khabsa utk I, while Amet pi order nasik ayam kt D’Saji. Bila dpt khabsa tu, mak oi portionnya mmg 5 org mkn punyalah! I pun tnjuk kt Amet and cakap “Tengok ni banyak gile nasik ni”.

Amet yang mmg terkenal dgn mulut laser naga berapi dia pun cakap “Haa.. makan lah nk makan sgt. Nak sgt nasik khabsa…nasik khabsa. Makan sampai habis!!”

Nak dijadikan cerita, masa ni lah ada iblis n syaitan yg terlepas masuk dalam badan I. Tetiba jek hati I rasa yg teramat sgt sedih dan kata2 Amet tu mcm betul2 mengguris n merobek2 hati I. Terus I menangis dgn ayaq mata keluar mcm nk banjir meja makan kami tu. Alaaahaii…. Pada hal bukan I tak biasa dgn kelaseran encik Amet nih. In our daily jokes pun biasa sangat dia panggil I kambing, I panggil dia lembu. And caci maki like “abang bengong” or “ibu bongok” tu mmg kat mulut je… (tapi mmg dielakkan drpd pendengaran anak2 ok…)

Selesai depa makan (I dh x lalu mkn sbb nasik penuh dgn air mata duyung), kami berjalan ke masjid utk solat Asar. Sampai depan pintu masjid tu, sebak dan sakit hati I semakin mejadi-jadi. Memang I menangis tahap tak pernah nangis punya. Sampai sakit mata, sakit dada n rasa hampir takleh nk bernafas dah. Sampai ada mak arab mana ntah mai dok usap-usap belakang I pulak. Hehehe... Lama jugak dok buat drama kt situ, smpai I semakin "sedar" sikit, then I pergi cari tempat utk berwudhuk. Hmmm... nk cari tempat wuduk ni pulak masa tu jadi susah sgt nk jumpa. Jauh gile I jalan (I pergi sorang sbb tinggal Amet jaga anak2 kt pintu masjid tadi), barulah jumpa. Setelah berwudhuk, barulah I rasa mcm "cerah" sikit dan berada di alam nyata. Begitulah adanya, syaitan n iblis mmg suka sgt cari mangsa kt sini utk ganggu ibadah kita.

Selesai solat Asar, kami membeli Al-Quran utk diwakafkan di Masjidil Haram.

Sebelah malam, setelah selesai solat Isyak, kami round2 jalan kaki sambil membeli sedikit cenderahati utk dibawak balik kampung nanti.

Dipendekkan cerita, hari ketiga kami dimulakan dgn Subuh yg lebih awal. Kemudian setelah agak lama jugak beriktikaf di masjid, kami balik ke hotel utk breakfast dan berkemas. Kami ke masjid semula apabila hampir masuk waktu Zohor, dan diteruskan dgn Tawaf Wida'. Then at 3.30 pm kami ambik taxi to airport (call org yg sama bawak kami from airport hari tu sbb dia sgt bagus!) Bila hampir keluar dari Kota Mekah, the driver suruh kami tengok belakang and asked us to give lambaian selamat tinggal kepada Masjidil Haram yg kelihatan dgn jelas dari situ. Ila lliqaa'...

Flight balik Dammam at 7 p.m.

Alhamdulillah... selamat sampai di rumah at almost 11 p.m.

Tuesday, January 25, 2011

AL-KISAH UMRAH

Finally, I dapat jgk curi masa utk catatkan pengalaman umrah kali ini sebagai kenangan.

Seperti yg dirancangkan, kami berjaya bertolak dr rumah pd jam 5.30 pagi hari Khamis yg lalu. Tapi, just me n Amet jek yg mandi, sebab kami mandi sunat ihram siap-siap di rumah memandangkan kami tidak akan berhenti di Miqat. Dalam kekalutan pagi, I masih sempat prepare bekal breakfast utk mkn2 dlm kereta - just karipap n sandwich.

SAUDI AIRLINE
Seperti yg telah dipesan oleh Kak Latifah, masa check-in kami mintak siap-siap utk dapatkan seats bersekali (satu family). Ikut pengalaman Kak Tipah, Saudi Airline ni selalunya bagi seat bersepah, and bila nak mintak tukar dlm flight mmg byk sgt cekadaknya. Alhamdulillah, dgn mudah kami dapat 4 seat sederet.

We can see few other families yg nak pi umrah jgk (sebab husben2 dh pakai kain ihram). Tips : Utk lelaki boleh pakai ihram siap2 dr rumah atau boleh pakai kat airport. Utk pompuan, pakaian ihram ialah pakaian biasa yg menutup aurat, means tak perlulah pakai telekung kt airport, cukup dgn abaya n tudung sahaja (TAPI, pastikan baju tidak terkena wangi-wangian).

Dalam flight, budak-budak ni langsung tak heran, main buas mcm biasa. Even masa flight nk take-off pun depa dok meloncat-loncat lagi. Even Yaya lagi eksaited bila flight tu speed laju. Cuma yg kurang bestnya, kt depan kami ada la sepasang couple ni (nk pi umrah jgk). Tapi bila anak-anak I buas sikit, depa akan toleh tgok belakang, jeling tajam, tanda marah la tu. And bila anak-anak I mcm terpegang skt kerusi dia, bini dia siap tepuk2 lagi kerusi tu (bhgn blkg tempat dia sandar). Hmmm.. klu ikut hati nk je I pegi sound dia "Dgn budak2 pun ko nk berkira sgt ke? Bukan anak aku tolak ko smpai jatuh tergolek pun". Tapi memandangkan kami ialah dlm holy journey, sabaaaaarrrrr lah byk2... Tapi sempat jgk ckp kt Amet "Takpe kita doa dia dapat anak cepat2, baru dia tau rasa mcmana."

Breakfast in the flight - makanan arab. Telan je laa...

Lebih kurang dlm sejam lepas departure, pilot bagi reminder yg kami akan melintasi Miqat in 30 minutes. So masa ni prepare lah siap2, jgn tido pulak, nanti klu tak sempat niat kena bayar dam. (Tapi mmg takleh tido pun spnjg perjalanan dgn nk layan budak2 kecik nih). Bila sampai Miqat, pilot announce "For those who are performing Umrah, we are now crossing the border of Miqat." So niatlah berihram di sini...

Perjalanan ambik masa lebih kurang 2 jam.
Sampai di Jeddah, kami ambik teksi ke kota Mekah dgn bayaran SR150. Perjalanan dr airpot Jeddah - Mekah ialah 1 jam.

HOTEL AL-MASSA
Kami smpai hotel dlm pukul 12 tghari. Nasib baik kt sini waktu Zohor ialah 12.30 (klu Jubail Zohor 11.45). So lepas cek-in, sempat la mandi-manda sikit dan tak lama lepas tu dh dgr azan. Alhamdulillah, hotel yg kami pilih melalui Booking.com ni mmg sgt2 dekat dgn masjid, dalam 200 meter dan tak sampai 5 minit berjalan kaki. Walau bagaimanapun, utk solat Zohor pertama ni, kami cuma sempat masbuk rakaat terakhir je disebabkan melayan kerenah cik mek-cik mek yg mcm2 tuh.Jarak hotel diambil dari kawasan Masjidil Haram. Alhamdulillah... boleh ulang-alik bila2 masa yg perlu. I sgt recommend hotel ni utk yg ada anak2 kecik, kalau depa berak ke, pampers bocor ke, boleh terus balik setel kt hotel.


Tapi masa ni, lobi hotel tgh construction. So tinggal kawasan agak kecik je utk urusan admin dsb.
Ada lagi hotel2 lain yg lebih dekat, tp so far hotel ni the most reasonable price, sesuai dgn keselesaan n kemudahan yg disediakan.

UMRAH
Lepas solat Zohor, kami terus ke kawasan Kaabah utk memulakan ibadat Umrah pertama iaitu Tawaf. Utk pusingan pertama, kami bawak anak-anak utk bagi depa rasa tawaf n kenal Kaabah. Tapi disebabkan matahari tgh memancar, walaupun suhu tak lah berapa panas, puteri2 ni mula ngok ngek dan xnak bertawaf. Mula-mula tadi, bukan main la masing2 pakai telekung bagai. Tak sempat ibu ayah habis tawaf, depa dh mula cabut dah...


So we take turn, I jaga depa dulu (sambil mengangkut air zam-zam 2-3 kali) while Amet tawaf. Alhamdulillah kali ni tawaf mmg rasa sgt puas sbb boleh lalu dekat sgt2 dgn Kaabah dan Hijr Ismail. Selesai tawaf I lepaskan hajat yg sekian lama terpendam utk berdoa di Multazam. Alhamdulillah...mmg tak ramai org dan boleh lah berdoa lama-lama sikit. Terasa satu perasaan yg mmg amat sgt luar biasa di situ... Kemudian solat sunat di Maqam Ibrahim, juga sgt lapang dan mudah. Alhamdulillah.... Cuma solat sunat di Hijr Ismail sahaja yg I tangguhkan dulu, sbb takut Zuzu n Yaya dh mula buat perangai (mcm tu lah jadi ibu...mcm2 nk kena consider..)

Selesai tawaf, kami terus ke Bukit Safa utk memulakan saie. Alhamdulillah... saie pun tak terlalu ramai orang. Kali ni boleh lah ada ruang utk pijak batu-batu di Marwah. Selesai tahahlul (kali ni lupa bwk gunting, nasib ada budak2 yg bwk gunting tu depa caj SR5 saja utk 2 org), maka completelah Umrah kami utk kali ini. Actually masa I tgh round terakhir saie tu, dah azan Asar. So kami terus solat di kawasan saie tu je. (Tips : Kat belakang Marwah ni ada toilet dan tempat wuduk pompuan. Kawasan luar. Saje nk bg info sbb toilet x berapa byk kt sini and masjid pulak sgt2 luas).

Selesai solat Asar kami balik dulu ke hotel sbb belum makan tengahari (walaupun dh petang!). So order je lah nasik bryani dr hotel tu sbb takut x sempat ke Maghrib pulak. Turn out the bryani was superb, but malangnya kami just order satu pinggan jek. Huhuhu takpelah... buat lapik perut je la dulu. Then terus ke solat Maghrib dan tunggu di masjid sampai Isyak.

Lepas Isyak kami ke Safwa Towers yg terletak betul2 berhadapan dgn Masjidil Haram, pintu no 1 : Pintu King Abdul Aziz. (Tips : Kalau datang ke Masjidil Haram ni, cuba ingat nombor pintu/nama pintu yg anda masuk. Insya Allah, tak sesat. Kalau apa2 jadi, cuba cari balik nombor pintu tu dan mintak suami/kawan2 dtg ke situ)

Di Safwa Towers ni terletaknya Hotel Al-Safwa Royale Orchid serta restoran D'Saji hakmilik Felda (Malaysia). So kami pun cuba mkn di D'Saji, but makanannya... emmmm... selain harga yg mahal, takde apa2 yg istimewa :)

Kalau nak rasa makanan ala-ala Malaysia tu ada lah roti canai, teh tarik, bihun sup, nasik ayam, nasik berlauk dan sebagainya. Ada beberapa keluarga Malaysian jugak, tp smuanya yg tinggal/bekerja di KSA sebab visa Umrah utk rakyat negara2 lain masih belum dibuka (selepas musim Haji).

Selepas makan, kami round2 sekejap jek (sbb masih belum berehat sejak bagun pukul 4 pagi tadi) dan balik utk tidur...

*** Ikuti sambungan kisah hari ke-2 di mana gangguan syaitan dan iblis bermula...... jeng jeng jeng...!!!

Monday, January 24, 2011

MAKKAH AL-MUKARRAMAH

Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah...I'm back... but for now, nak letak gambar je dulu. nanti esok lusa tulat tungging bila dh habis kemas and unpack kain baju, and dh habis mendobi smua, I tulis cerita pengalaman Umrah kali ni ok. But overall, I can say, Alhamdulillah... semuanya lebih mudah daripada yg dulu. Syukur....

Dalam flight from Dammam to Jeddah. Departure 8.00 am.

Di Bukit Marwah. Lepas selesai Umrah dan bertahalul - baru boleh bergambaq.
Bukan bergambaq dulu baru buat Umrah tau!

Di Bukit Marwah jugak

Nak pi solat Maghrib. Masa ni kt Mekah time Maghrib 6.03 pm, lewat sejam dr Jubail.
(Abaikan kelakuan Yaya yg mmg macam tu...)

Lepas Isyak, jalan-jalan kt Safwa Towers sambil cari makan...

Oh, ni masa tunggu ayah saie. Mula-mula buat sama-sama 4 beranak, sampai round ketiga, budak-budak kecik ni buat letih pulak... so ayah habiskan dulu, pastu baru ibu sambung.

Lepas solat Subuh, nak balik breakfast kt hotel.
Setiap kali lalu jalan ni, mesti kena tunggu cik Yaya main dgn bird dulu baru boleh jalan.

Terubat rindu di hati.... tp masih merindui...

Kakak posing last dalam Masjidil Haram sebelum balik... Sob sob sob...
Suasana tenang dalam masjid yg sukar utk ditinggalkan...

Selamat tinggal Baitullah... Insya Allah kami datang lagi bertemu denganmu...

Semua gambar-gambar ini hanya exclusively available di blog zuzuyaya ini sahaja dan tidak akan diupload di facebook atau tempat lain. hanya pembaca bertuah blog ini sahaja yg berpeluang melihatnya :) Harap maklum.

sekian dulu, wasalam...

Wednesday, January 19, 2011

THE SPIRITUAL JOURNEY

Insya Allah, esok pagi, seawal jam 5.30 pagi, sebaik sahaja selepas solat Subuh, kami sekeluarga akan bertolak ke King Fahd International Airport and our flight will depart at 8.00 am to Jeddah.

Dengan itu, dengan rasa rendah diri, rendah hati, I ingin memohon ampun dan maaf dgn sesungguh-sungguhnya daripada semua pembaca blog ini tidak kira saudara-mara, kawan-kawan, mahupun silent readers.

If any of my writings make any of you terasa hati, or uncomfortable, or sakit hati, or sedih,

If my writings make you think that I am menunjuk-nunjuk, or showing off,

If you think I berlagak sebab tayang makanan yang mewah, (pada hal lepas tu sebulan kami x mkn luar)

If you think I nak tunjuk terer sbb asyik tempek gambar makanan yg I masak, (while u dont know- my most solid secret : I'm so bad in masak telur, any kind of telur - mata kerbau, or telur dadar, serious! I tak boleh!)

If you think that kata ganti diri "I" instead of aku or saya tu looks like I'm so berlagak nk jadik org putih, (sebenarnya I malas nk taip "AKU" tu kan 3 huruf, while "I" is just one!)

PLEASEEEEE............. Forgive me. Seriously, seriously I didn't mean it. Seriously, I tak berniat utk menunjuk-nunjuk, but just to share. Seriously, I tak sedar that some of the entries are just sensitive to some of you, guys. Seriously, maafkan I sepenuh hati u all ye...

And please mention us in your doa too... that our journey (pergi n balik) selamat, and our Umrah will be smooth and easy.

Apologize.

Monday, January 17, 2011

THE HOLY LAND

Tiba-tiba this morning, bila terbangun dari tido, I terfikir satu soalan yg mungkin akan membuatkan org anggap I ni sgt tidak berpengetahuan or jahil. Takpelah, call me whatever u want, but i still have these questions in my mind : Why do Kaabah is so special? Why does it has to be located there, in Mekah?

The only jawapan yg ada dlm kepala otak ni hanyalah : Ia special sbb ia tempat ibadah. And ia terletak di Mekah sbb di situ tempat nabi-nabi.

And definitely I know that is NOT an appropriate answer.

How come I never bother to get to know about Kaabah's history? Astaghfirullahalazim.... I dah pun sampai ke sana sebelum ni. But still tak kisah nak ambik tahu. All that I know, org pegi sana utk buat Umrah, buat Haji, and doa kat sana insya Allah lebih mustajab. Itu jek. Yue is so-o bad!

I learned about Melaka n Parameswara, I know about Eiffel Tower's story, yet not very clear about Kaabah, yg konon-konon I selalu cakap I rindukan ia.

Alhamdulillah, just few days before I pergi bertemu dgn Baitullah, Allah swt telah membuka pintu hati I utk mencari maklumat dan mengenali Kaabah dgn lebih dekat. Barulah kini I rasa lega, dan lebih-lebih lagi merinduinya. Lebih kenal, lebih cinta.. :)

Istimewanya Kaabah sebab ia ialah rumah ibadah yg paling pertama sekali dibina di muka Bumi ini. Dibina pertama kali oleh Nabi Adam (ini pun I xtau, selama ni ingat ia terus dibina oleh Nabi Ibrahim. Teruknyaaaa....), kemudian dibina semula beberapa kali lagi setiap kali Kaabah ditimpa bencana alam seperti banjir dan sebagainya. Namun, peristiwa yg paling besar dalam sejarah pembinaan Kaabah ialah pada zaman Nabi Ibrahim n anaknya Nabi Ismail dan tentulah juga pada zaman Rasulullah saw.

Dan Kaabah berada di situ, di Mekah Al-Mukarramah bukan sekadar kerana di situ tempat nabi-nabi... (Teruk gile tahap pengetahuan I nih. Kronik! Astaghfirullah...) Tapi, sbb kedudukan Kaabah itu adalah sama kedudukannya dgn Baitul Makmur - iaitu tempat para malaikat mengerjakan ibadat tawaf di langit tanda mereka taat n patuh kepada Allah swt. Subhanallah... Indahnya aturan Allah...

Terima kasih kepada adik Shahida Amira yg berkongsi info yg amat sgt berguna tentang Kaabah, dari sejarahnya dan rahsia-rahsianya.

Boleh juga baca maklumat tentang Baitullah di SINI (tp maaf sbb web ni agak byk iklan-iklan yg kurang menyenangkan di tepi2nya.)

Boleh baca kisah n pengalaman Ustaz Haron Din yg berpeluang masuk ke dalam Kaabah di SINI

Atau boleh baca di SINI, cerita tentang Kaabah yg juga lengkap.

Kali ni, I mmg rasa amat sgt excited, amat rindu, amat teringin, amat tak sabar utk ke sana. Insya Allah I rasa lebih bersedia utk mengerjakan Umrah kali ini. I hope that this time our journey will not be as "eventful" or banyak cekadak as our first Umrah trip. As per advised (by a "sister"), I start to recite Surah Yaasin from today (seelok-eloknya dibaca setiap hari selepas Subuh utk memudahkan segala urusan, wallahualam...)

Actually, last time, I mmg rasa kurang selesa n kurang yakin sbb masa tu I was having excessive bleeding a.k.a masalah kesihatan kewanitaan. Dgn hotel yg jauh, dan tiada toilet berdekatan, mmg agak sukar utk I pastikan I berada dlm keadaan yg "bersih". However, itu semua dh lepas. I just can berdoa semoga Umrah I masa tu diterima oleh-Nya. And I really hope that this time, segala urusan Umrah dan ibadat-ibadat kami yg lain akan dipermudahkan Allah.

This time, I also would like to remind myself (and Amet the laser-mouth of course) not to sweat on the small stuffs. We are in the Holy Land to do our ibadah, to seek the Pleasure and Forgiveness from Allah. so we should always be mindful of our words and actions.

And maybe jugak because this time, I will bring together lots of prayers yang dikirimkan oleh kawan-kawan n families, that makes me even more supercharged!

And of course, I have list of doas that I want to seek for myself and my family too... Maybe most of you think that my life is always full of just happiness, (as that's what I wrote in this blog all this while.) But believe me, in another corner in my heart, there're problems that sometime I just need to keep it alone, and only Allah the one and only that will be able to help me.... Insya Allah... :-|