Friday, August 24, 2018

BO'S CAFE AWOK ITER, KUALA TERENGGANU.

On da way balik dari Besut after majlis wedding Eid, kami singgah jap kat Kuala Terengganu. Singgah ni pun memang betul-betul niat semata-mata nak makan kat BO's Cafe Awok Iter ni haa.

Memang JJCM sungguh. Tinggal tak bawak production team ja lagi hahaha.

Alkisahnya, cafe ni dimiliki oleh superdupersenior Amet kat KISAS. So antara faktor nak singgah selain nak makan (memandangkan menu-menu dia nampak menarik), adalah faktor depa berdua nak menyembang lah.

Sampai saja, kami disambut mesra oleh boss cafe iaitu Encik BO. Hehehe apa punya nama lak BO ni kan? Actually it stand for Brader Omar. So everyone panggil dia BO. Sempoi.

Kedai ni senang ja nak cari location dia. Hampa search ja "MAMADIL HQ KUALA TERENGGANU" hahhh sebelah tuu ja cafe ni terletak.

Gambor ni saya cilok dari FB Page BO'S CAFE AWOK ITER since kami datang masa tu malam so gambor dok chomey sbb henfon mahal ni lupa nak set night mode kihkihkih.

Sementara Amet bersembang-sembang mengimbau kenangan dgn BO, kami order menu dinner dulu.

 Pizza ni ibu punya. Sedap! Roti dia gebu gebas. Anak-anak cakap mcm lagi best dari Pizza Hut je. Actually tang sayur tu hangit sikit, but the staff asyik datang mintak maaf dengan saya. Saya cakap takpe no problem...sikit je nih. Hehehe...saya suka their politeness and respects to customers. Keep it up guys.


 Nana yang tak habis-habis dengan kepok lekor. On da way nak sampai Terengganu tu lagi dah asyik zikir nak makan  kepok lekor kepok lekor hahahaha. Kepok ni pun sedap! Bukan sebarangan kepok tau.


 Air buah macam-macam. Dari kiri - Apple juice, mixed fruit juice, grape juice. Ada satu lagi Amet punya Kurma Susu tak sempat snap sbb dia dah hangkut bawak pi lepak meja lain. Semua sedap sangat.


Ok, gambar ni tak lawa sangat....Blur sebab ambik dengan iPhone. Hahahahahaha. Ok tu je caption dia hahahaha.

Amet order Sirloin Steak. Sedap sangat! Zuzu & Yaya makan Chickeng Cok Ayang - their signature dish. Translation of Chicken Chop in Terengganu dialect 😂



























Inilah the cafe's big boss. Yang baju hijau tu na...Yang baju hitam tu rakyat biasa ja hahahaha.

So that's all review kami setakat ni. Insya Allah lain kali sampai KT kami singgah lagi. Sebab food and drinks BO's Cafe mmg semua sedap-sedap sangat. Uols yg jalan-jalan ke Kuala Terengganu jangan lupa singgah sini ye.

Haa lagi satu area sini banyak tempat shopping jugak! Hahahaha. NAsib baik hari tu singgah malam kedai semua dah nak tutup 😁