Monday, January 31, 2011

DOA UTK MESIR

Doakan lah utk mereka, bukan sahaja utk rakyat Malaysia, tapi utk semua yg teraniaya..

Baca updates terkini sahabat2 kita di MESIR (KLIK)

Sunday, January 30, 2011

TANGKAP!!!

During dinner time semalam....

Amet : Aik??? Ibu tak makan nasik ka?

Yue : No no... I'm on diet.

Amet : Hmm.. ok jugak tu. Ibu pun dh nmpak mcm mak-arab-wannabe...Gemokkk!!!

Yue : Cehhh... tgok la 2 minggu lagi slim la balik.

Amet : Alaaa.. ibu, mai la join kami.

Yue : No, thanks.

Selesai 3 beranak itu makan, I kemas-kemas meja n cuci pinggan. Depa semua dah kt hall tengok tv.

20 minit selepas itu...

Amet : Haaaaa!!!!! Ibu!!! Buat apaaaa..???????



Alamak!!! I kena tangkap basah belasah nasik sorang-sorang kt dapur daa.... Hehehee....

Saturday, January 29, 2011

EGGS BENEDICT

Dah agak lama since my last breakfast with Eggs Benedict. Hmmm... last sekali tu pun dah x ingat kt restoran mana I makan, but it was somewhere in KL. Or maybe masa I pergi kursus kt mana2 hotel kot? Memory destroyed... :)

Sesapa yg x pernah try, wajiblah try buat eksperimen nih kat dapur. Mmg magic dan sedap!

Haaa... nak tau sebab apa I cakap magic? Sebab utk buat telur dia tu ada satu rahsia.... Nama teknik masak telur ni ialah teknik "pouch". Ia hanya menggunakan teknik rebusan. Tapi biasa kan klu kita pecahkan telur dalam air mendidih (contoh mcm masak sayur lemak ke, maggi ke), telur putih tu mcm akan berselerak ke sana sini kan. So, dgn teknik pouch ni, bentuk telur akan dikekalkan dan putih telur tak akan berlari-lari.

Okeh, dgn ini I dedahkan rahsia eksklusif utk buat "pouched eggs" nih... Caranya ialah : didihkan air dlm periuk dan masukkan cuka (dlm 2-3 sudu). Pastu pecahkan telur dalam tu. Jika telur putih tu mula2 nmpak mcm kemana-mana jugak, jgn risau. Tunggu dan lihat, dia pasti akan mai berkumpul together-gether jgk nanti. Hehehe....

Apa? Tak paham? Oklah, I bagi VIDEO lah.....(tp bukan I yg berlakon tau!)


Eggs benedict nih best served dgn English Muffin. Tapi I x kuase lah nk buat roti sbb nk mengulinya tu buat sakit urat lengan jek (sesapa ada bread maker bolehlah buat ye). So I hentam serve dgn roti sandwich biasa tu je, nk bg comel potong lah bentuk bulat sikit....

And lagi satu, yg wajib ada kat Eggs Benedict nih ialah the Holandaise Sauce (resepi satgi I bagi kt bawah). Bila dicurah kt atas pouched egg tu, kena pulak dgn egg yolk yg melt.... hmmmm.... nak cakap pun x boleh dah... :)
And yg paling best, pouched eggs ni akan memberikan telur yg agak kenyal but soft kt luar, while the yolk is half-cooked and still melting bila dicedok kt situ. Nyumm..nyumm... :)

Oh lagi satu, klu berminat boleh letak sekeping ham, or beef bacon utk lg lazat n jelita (dan semakin byk kolesterol hehe..)

Hari terlebih rajin, utk breakfast je ada 3 jenis. Ibu nk kueteow, ayah nk nasik goreng, Zuzu & Yaya hentam semua...eggs benedict tu kira appetizer je tu hehehe...

Okeh utk Hollandaise Sauce (HOL) tu I bagi 2 resepi. Satu resepi original, and satu lagi resepi I punya style, ala-ala malas gitu.

HOL Original
2 bj kuning telur
2 sudu butter (melted)
2 sudu air
garam
sikit lemon juice

Cara : Masak semua ni cara double boiling. Kena kacau-kacau samai dia berkilat.

HOL Yue Style
1/2 paket cream soup (mushroom or chicken suka hati)
air secukupnya
1 keping chedar cheese (kaler oren)
lemon juice

Cara : Campur serbuk cream soup dgn air, masak atas api (x perlu double boil, tu yg I malas nk guna original recipe sebenarnya). Bila dh dekat nk masak, masukkan chedar cheese sampai cair dan lemon juice. Siap.

Enjoy your great breakfast everybody!

Friday, January 28, 2011

KITCHEN QUEEN

Memandangkan encik Amet telah mencanangkan kepada orang-orang kampung bahawa I telah menambah berat badan kerana asyik makan khabsa sahaja, maka kini harus & tibalah masanya utk I buktikan bahawa I bukan lah a big fatt lazy monster yg tidak memasak apa-apa di rumah. (Huh, mister, I am always ready that I always keep pictures of my cooking meals okeh!)
Yes, mmg I suka mkn khabsa n shawarma. Order tu order jugak. Tapi kt umah pun I tetap masak jugak, dan makan jugak. And I mmg takmau pi timbang berat badan, cukuplah dgn menyukat spare tyres kt perut dan lemak-lemak di peha yg semakin berlaga sesama sendiri nih ouuchhh!!!

So, mari kita terjah... apa yg menjadi kt dapur I sepanjang minggu nih (yg hangit tak termasuk kt sini :))


Bubur ni masak selepas balik dari Mekah tu, sbb lauk semua dh kehabisan. Tak sangka, habis licin seperiuk dimakan Zuzu n Yaya. Hmm..kecik2 masa baby dulu, tak le depa minat sgt mkn bubur, dah besar gini sapu bersih pulak..


Marble cake nih buat utk lepas gian membaking (boleh gitu?) hehehe... And kebetulan keesokan harinya, ada satu majlis perpisahan utk Finaz yg nak balik Malaysia. So I hangkut kek ni jek lah as pot luck.
Haaaaa....... yang ni sila baca betul-betul ye. Bukan daging biasa... tapi daging al-jamal lah..daging unta! Kebetulan masa pi market hari tu, I tengok daging ni dok tergantung nampak lawa, fresh jek. Bila tanya, butcher tu cakap "It's not beef, it's camel, but it's best among the best. u shuld try". So kami pun try le beli. And turn up it taste really gooood...... Yummyy!!! Two thumbs up!!!

Daging Unta. 1kg = SR35. Setengah kg = SR18.

Kepala Unta. Hmmm... buat sup ke panggang... :)

Kerabu sotong, dimana sotongnya dibakar sekejap. Bau lebih wangi drpd sotong rebus. Letak daun ketumbar banyak-banyak... 5 ekor utk I sorang jek :)



Sekali lagi, daging unta (campur tulang sikit) dibuat gulai dengan rebung. Amboi.... Middle East - Asian cuisine hehehehe...


Hahahaha... setelah bertungkus lumus mempelajari ilmu selok belok dari Tok Guru Kak Leeza, akhirnya... makanan yg amat I idam-idamkan... Petaiii!!!!!! Yabedabedoooo!!!! Tenkiu so-o much kak Leeza atas tunjuk ajar ke kedai itu...

Alhamdulillah.... lunch di hari minggu dgn hidangan masakan kampung (unta tu kira kategori kampung jugaklah, kampung Badwi hehehe). Oh dapat ikan kering kembong masam pulak tu, lagi kick! Makan sampai sakit perut... :))
*Itu tangan kembon cik Zuzu yg menyebok...

Wednesday, January 26, 2011

MEKAH (samb.)

Cadangan utk hari ke-2 ni nak pegi masjid before masuk waktu solat Subuh. Tapi disebabkan I telah mengalami sakit perut dan ralit pulak terlepak lama-lama dlm toilet, sampai dh dgr azan barulah kami start berjalan ke masjid. Alhamdulillah nasib baik lah Zuzu n Yaya tak mengamuk sgt kejut depa tido pagi-pagi buta. Cuma bila nk berjalan tu, mmg sori le… Kami sempat solat di luar kawasan masjid jek. Memandangkan kat luar ni takde dilapik sejadah, masa sujud tu mak aaiii…. Rasa beku jek dahi tu hehehe… Tapi syok sgt sebenarnya dpt sujud directly kt lantai masjid tu :))

Lepas solat Subuh, kami ke kawasan Kaabah utk solat dan berdoa di Hijr Ismail (sbb semalam tak sempat). Orang agak ramai, tapi masih ada ruang utk kami walaupun agak bersempit-sempit. Tak lah mcm bulan puasa hari tu, sampai tembok Hijr Ismail pun tak nmpak langsung! Lepas tu kami bawak Zuzu n Yaya pusing Kaabah (satu round je), dan kami semua berpeluang memegang n mencium al-kiswah (kelambu) Kaabah. Kami cuba try utk mengucup Hajarul Aswad. Nak kata ramai sgt org tu tak lah sgt, tp disebabkan mereka berasak-asak dan berebut-rebut (biasalah arab… mana reti beratur2 ni…), dan kami pulak sambil mendukung anak-anak kecik, maka kami cancelkan saja hajat tu. Daripada satgi nk caci maki org, baik x pyh la kan. Namun Alhamdulillah, kali ni dapat mengusap-usap Rukun Yamani.

Kemudian kami balik utk breakfast di hotel dan berehat sampailah Amet ke masjid utk solat Jumaat.

Breakfast kt sini amat kaya dgn pelbagai jenis cheese, olive, dan jeruk sayur-sayuran. Ada kerabu sosej yg sedap - gud idea utk buat kt dapur I nih :)

Errrmm... camana nak makan breakfast arab ni ek? Belasah ja la labu...


HASUTAN SYAITAN

Lepas solat Jumaat kami keluar ke Safwa Tower utk mkn tengah hari. I ni dari semalam dok kepingin bangat nk makan khabsa. Maka oredrlah khabsa utk I, while Amet pi order nasik ayam kt D’Saji. Bila dpt khabsa tu, mak oi portionnya mmg 5 org mkn punyalah! I pun tnjuk kt Amet and cakap “Tengok ni banyak gile nasik ni”.

Amet yang mmg terkenal dgn mulut laser naga berapi dia pun cakap “Haa.. makan lah nk makan sgt. Nak sgt nasik khabsa…nasik khabsa. Makan sampai habis!!”

Nak dijadikan cerita, masa ni lah ada iblis n syaitan yg terlepas masuk dalam badan I. Tetiba jek hati I rasa yg teramat sgt sedih dan kata2 Amet tu mcm betul2 mengguris n merobek2 hati I. Terus I menangis dgn ayaq mata keluar mcm nk banjir meja makan kami tu. Alaaahaii…. Pada hal bukan I tak biasa dgn kelaseran encik Amet nih. In our daily jokes pun biasa sangat dia panggil I kambing, I panggil dia lembu. And caci maki like “abang bengong” or “ibu bongok” tu mmg kat mulut je… (tapi mmg dielakkan drpd pendengaran anak2 ok…)

Selesai depa makan (I dh x lalu mkn sbb nasik penuh dgn air mata duyung), kami berjalan ke masjid utk solat Asar. Sampai depan pintu masjid tu, sebak dan sakit hati I semakin mejadi-jadi. Memang I menangis tahap tak pernah nangis punya. Sampai sakit mata, sakit dada n rasa hampir takleh nk bernafas dah. Sampai ada mak arab mana ntah mai dok usap-usap belakang I pulak. Hehehe... Lama jugak dok buat drama kt situ, smpai I semakin "sedar" sikit, then I pergi cari tempat utk berwudhuk. Hmmm... nk cari tempat wuduk ni pulak masa tu jadi susah sgt nk jumpa. Jauh gile I jalan (I pergi sorang sbb tinggal Amet jaga anak2 kt pintu masjid tadi), barulah jumpa. Setelah berwudhuk, barulah I rasa mcm "cerah" sikit dan berada di alam nyata. Begitulah adanya, syaitan n iblis mmg suka sgt cari mangsa kt sini utk ganggu ibadah kita.

Selesai solat Asar, kami membeli Al-Quran utk diwakafkan di Masjidil Haram.

Sebelah malam, setelah selesai solat Isyak, kami round2 jalan kaki sambil membeli sedikit cenderahati utk dibawak balik kampung nanti.

Dipendekkan cerita, hari ketiga kami dimulakan dgn Subuh yg lebih awal. Kemudian setelah agak lama jugak beriktikaf di masjid, kami balik ke hotel utk breakfast dan berkemas. Kami ke masjid semula apabila hampir masuk waktu Zohor, dan diteruskan dgn Tawaf Wida'. Then at 3.30 pm kami ambik taxi to airport (call org yg sama bawak kami from airport hari tu sbb dia sgt bagus!) Bila hampir keluar dari Kota Mekah, the driver suruh kami tengok belakang and asked us to give lambaian selamat tinggal kepada Masjidil Haram yg kelihatan dgn jelas dari situ. Ila lliqaa'...

Flight balik Dammam at 7 p.m.

Alhamdulillah... selamat sampai di rumah at almost 11 p.m.

Tuesday, January 25, 2011

AL-KISAH UMRAH

Finally, I dapat jgk curi masa utk catatkan pengalaman umrah kali ini sebagai kenangan.

Seperti yg dirancangkan, kami berjaya bertolak dr rumah pd jam 5.30 pagi hari Khamis yg lalu. Tapi, just me n Amet jek yg mandi, sebab kami mandi sunat ihram siap-siap di rumah memandangkan kami tidak akan berhenti di Miqat. Dalam kekalutan pagi, I masih sempat prepare bekal breakfast utk mkn2 dlm kereta - just karipap n sandwich.

SAUDI AIRLINE
Seperti yg telah dipesan oleh Kak Latifah, masa check-in kami mintak siap-siap utk dapatkan seats bersekali (satu family). Ikut pengalaman Kak Tipah, Saudi Airline ni selalunya bagi seat bersepah, and bila nak mintak tukar dlm flight mmg byk sgt cekadaknya. Alhamdulillah, dgn mudah kami dapat 4 seat sederet.

We can see few other families yg nak pi umrah jgk (sebab husben2 dh pakai kain ihram). Tips : Utk lelaki boleh pakai ihram siap2 dr rumah atau boleh pakai kat airport. Utk pompuan, pakaian ihram ialah pakaian biasa yg menutup aurat, means tak perlulah pakai telekung kt airport, cukup dgn abaya n tudung sahaja (TAPI, pastikan baju tidak terkena wangi-wangian).

Dalam flight, budak-budak ni langsung tak heran, main buas mcm biasa. Even masa flight nk take-off pun depa dok meloncat-loncat lagi. Even Yaya lagi eksaited bila flight tu speed laju. Cuma yg kurang bestnya, kt depan kami ada la sepasang couple ni (nk pi umrah jgk). Tapi bila anak-anak I buas sikit, depa akan toleh tgok belakang, jeling tajam, tanda marah la tu. And bila anak-anak I mcm terpegang skt kerusi dia, bini dia siap tepuk2 lagi kerusi tu (bhgn blkg tempat dia sandar). Hmmm.. klu ikut hati nk je I pegi sound dia "Dgn budak2 pun ko nk berkira sgt ke? Bukan anak aku tolak ko smpai jatuh tergolek pun". Tapi memandangkan kami ialah dlm holy journey, sabaaaaarrrrr lah byk2... Tapi sempat jgk ckp kt Amet "Takpe kita doa dia dapat anak cepat2, baru dia tau rasa mcmana."

Breakfast in the flight - makanan arab. Telan je laa...

Lebih kurang dlm sejam lepas departure, pilot bagi reminder yg kami akan melintasi Miqat in 30 minutes. So masa ni prepare lah siap2, jgn tido pulak, nanti klu tak sempat niat kena bayar dam. (Tapi mmg takleh tido pun spnjg perjalanan dgn nk layan budak2 kecik nih). Bila sampai Miqat, pilot announce "For those who are performing Umrah, we are now crossing the border of Miqat." So niatlah berihram di sini...

Perjalanan ambik masa lebih kurang 2 jam.
Sampai di Jeddah, kami ambik teksi ke kota Mekah dgn bayaran SR150. Perjalanan dr airpot Jeddah - Mekah ialah 1 jam.

HOTEL AL-MASSA
Kami smpai hotel dlm pukul 12 tghari. Nasib baik kt sini waktu Zohor ialah 12.30 (klu Jubail Zohor 11.45). So lepas cek-in, sempat la mandi-manda sikit dan tak lama lepas tu dh dgr azan. Alhamdulillah, hotel yg kami pilih melalui Booking.com ni mmg sgt2 dekat dgn masjid, dalam 200 meter dan tak sampai 5 minit berjalan kaki. Walau bagaimanapun, utk solat Zohor pertama ni, kami cuma sempat masbuk rakaat terakhir je disebabkan melayan kerenah cik mek-cik mek yg mcm2 tuh.Jarak hotel diambil dari kawasan Masjidil Haram. Alhamdulillah... boleh ulang-alik bila2 masa yg perlu. I sgt recommend hotel ni utk yg ada anak2 kecik, kalau depa berak ke, pampers bocor ke, boleh terus balik setel kt hotel.


Tapi masa ni, lobi hotel tgh construction. So tinggal kawasan agak kecik je utk urusan admin dsb.
Ada lagi hotel2 lain yg lebih dekat, tp so far hotel ni the most reasonable price, sesuai dgn keselesaan n kemudahan yg disediakan.

UMRAH
Lepas solat Zohor, kami terus ke kawasan Kaabah utk memulakan ibadat Umrah pertama iaitu Tawaf. Utk pusingan pertama, kami bawak anak-anak utk bagi depa rasa tawaf n kenal Kaabah. Tapi disebabkan matahari tgh memancar, walaupun suhu tak lah berapa panas, puteri2 ni mula ngok ngek dan xnak bertawaf. Mula-mula tadi, bukan main la masing2 pakai telekung bagai. Tak sempat ibu ayah habis tawaf, depa dh mula cabut dah...


So we take turn, I jaga depa dulu (sambil mengangkut air zam-zam 2-3 kali) while Amet tawaf. Alhamdulillah kali ni tawaf mmg rasa sgt puas sbb boleh lalu dekat sgt2 dgn Kaabah dan Hijr Ismail. Selesai tawaf I lepaskan hajat yg sekian lama terpendam utk berdoa di Multazam. Alhamdulillah...mmg tak ramai org dan boleh lah berdoa lama-lama sikit. Terasa satu perasaan yg mmg amat sgt luar biasa di situ... Kemudian solat sunat di Maqam Ibrahim, juga sgt lapang dan mudah. Alhamdulillah.... Cuma solat sunat di Hijr Ismail sahaja yg I tangguhkan dulu, sbb takut Zuzu n Yaya dh mula buat perangai (mcm tu lah jadi ibu...mcm2 nk kena consider..)

Selesai tawaf, kami terus ke Bukit Safa utk memulakan saie. Alhamdulillah... saie pun tak terlalu ramai orang. Kali ni boleh lah ada ruang utk pijak batu-batu di Marwah. Selesai tahahlul (kali ni lupa bwk gunting, nasib ada budak2 yg bwk gunting tu depa caj SR5 saja utk 2 org), maka completelah Umrah kami utk kali ini. Actually masa I tgh round terakhir saie tu, dah azan Asar. So kami terus solat di kawasan saie tu je. (Tips : Kat belakang Marwah ni ada toilet dan tempat wuduk pompuan. Kawasan luar. Saje nk bg info sbb toilet x berapa byk kt sini and masjid pulak sgt2 luas).

Selesai solat Asar kami balik dulu ke hotel sbb belum makan tengahari (walaupun dh petang!). So order je lah nasik bryani dr hotel tu sbb takut x sempat ke Maghrib pulak. Turn out the bryani was superb, but malangnya kami just order satu pinggan jek. Huhuhu takpelah... buat lapik perut je la dulu. Then terus ke solat Maghrib dan tunggu di masjid sampai Isyak.

Lepas Isyak kami ke Safwa Towers yg terletak betul2 berhadapan dgn Masjidil Haram, pintu no 1 : Pintu King Abdul Aziz. (Tips : Kalau datang ke Masjidil Haram ni, cuba ingat nombor pintu/nama pintu yg anda masuk. Insya Allah, tak sesat. Kalau apa2 jadi, cuba cari balik nombor pintu tu dan mintak suami/kawan2 dtg ke situ)

Di Safwa Towers ni terletaknya Hotel Al-Safwa Royale Orchid serta restoran D'Saji hakmilik Felda (Malaysia). So kami pun cuba mkn di D'Saji, but makanannya... emmmm... selain harga yg mahal, takde apa2 yg istimewa :)

Kalau nak rasa makanan ala-ala Malaysia tu ada lah roti canai, teh tarik, bihun sup, nasik ayam, nasik berlauk dan sebagainya. Ada beberapa keluarga Malaysian jugak, tp smuanya yg tinggal/bekerja di KSA sebab visa Umrah utk rakyat negara2 lain masih belum dibuka (selepas musim Haji).

Selepas makan, kami round2 sekejap jek (sbb masih belum berehat sejak bagun pukul 4 pagi tadi) dan balik utk tidur...

*** Ikuti sambungan kisah hari ke-2 di mana gangguan syaitan dan iblis bermula...... jeng jeng jeng...!!!

Monday, January 24, 2011

MAKKAH AL-MUKARRAMAH

Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah...I'm back... but for now, nak letak gambar je dulu. nanti esok lusa tulat tungging bila dh habis kemas and unpack kain baju, and dh habis mendobi smua, I tulis cerita pengalaman Umrah kali ni ok. But overall, I can say, Alhamdulillah... semuanya lebih mudah daripada yg dulu. Syukur....

Dalam flight from Dammam to Jeddah. Departure 8.00 am.

Di Bukit Marwah. Lepas selesai Umrah dan bertahalul - baru boleh bergambaq.
Bukan bergambaq dulu baru buat Umrah tau!

Di Bukit Marwah jugak

Nak pi solat Maghrib. Masa ni kt Mekah time Maghrib 6.03 pm, lewat sejam dr Jubail.
(Abaikan kelakuan Yaya yg mmg macam tu...)

Lepas Isyak, jalan-jalan kt Safwa Towers sambil cari makan...

Oh, ni masa tunggu ayah saie. Mula-mula buat sama-sama 4 beranak, sampai round ketiga, budak-budak kecik ni buat letih pulak... so ayah habiskan dulu, pastu baru ibu sambung.

Lepas solat Subuh, nak balik breakfast kt hotel.
Setiap kali lalu jalan ni, mesti kena tunggu cik Yaya main dgn bird dulu baru boleh jalan.

Terubat rindu di hati.... tp masih merindui...

Kakak posing last dalam Masjidil Haram sebelum balik... Sob sob sob...
Suasana tenang dalam masjid yg sukar utk ditinggalkan...

Selamat tinggal Baitullah... Insya Allah kami datang lagi bertemu denganmu...

Semua gambar-gambar ini hanya exclusively available di blog zuzuyaya ini sahaja dan tidak akan diupload di facebook atau tempat lain. hanya pembaca bertuah blog ini sahaja yg berpeluang melihatnya :) Harap maklum.

sekian dulu, wasalam...

Wednesday, January 19, 2011

THE SPIRITUAL JOURNEY

Insya Allah, esok pagi, seawal jam 5.30 pagi, sebaik sahaja selepas solat Subuh, kami sekeluarga akan bertolak ke King Fahd International Airport and our flight will depart at 8.00 am to Jeddah.

Dengan itu, dengan rasa rendah diri, rendah hati, I ingin memohon ampun dan maaf dgn sesungguh-sungguhnya daripada semua pembaca blog ini tidak kira saudara-mara, kawan-kawan, mahupun silent readers.

If any of my writings make any of you terasa hati, or uncomfortable, or sakit hati, or sedih,

If my writings make you think that I am menunjuk-nunjuk, or showing off,

If you think I berlagak sebab tayang makanan yang mewah, (pada hal lepas tu sebulan kami x mkn luar)

If you think I nak tunjuk terer sbb asyik tempek gambar makanan yg I masak, (while u dont know- my most solid secret : I'm so bad in masak telur, any kind of telur - mata kerbau, or telur dadar, serious! I tak boleh!)

If you think that kata ganti diri "I" instead of aku or saya tu looks like I'm so berlagak nk jadik org putih, (sebenarnya I malas nk taip "AKU" tu kan 3 huruf, while "I" is just one!)

PLEASEEEEE............. Forgive me. Seriously, seriously I didn't mean it. Seriously, I tak berniat utk menunjuk-nunjuk, but just to share. Seriously, I tak sedar that some of the entries are just sensitive to some of you, guys. Seriously, maafkan I sepenuh hati u all ye...

And please mention us in your doa too... that our journey (pergi n balik) selamat, and our Umrah will be smooth and easy.

Apologize.

Monday, January 17, 2011

THE HOLY LAND

Tiba-tiba this morning, bila terbangun dari tido, I terfikir satu soalan yg mungkin akan membuatkan org anggap I ni sgt tidak berpengetahuan or jahil. Takpelah, call me whatever u want, but i still have these questions in my mind : Why do Kaabah is so special? Why does it has to be located there, in Mekah?

The only jawapan yg ada dlm kepala otak ni hanyalah : Ia special sbb ia tempat ibadah. And ia terletak di Mekah sbb di situ tempat nabi-nabi.

And definitely I know that is NOT an appropriate answer.

How come I never bother to get to know about Kaabah's history? Astaghfirullahalazim.... I dah pun sampai ke sana sebelum ni. But still tak kisah nak ambik tahu. All that I know, org pegi sana utk buat Umrah, buat Haji, and doa kat sana insya Allah lebih mustajab. Itu jek. Yue is so-o bad!

I learned about Melaka n Parameswara, I know about Eiffel Tower's story, yet not very clear about Kaabah, yg konon-konon I selalu cakap I rindukan ia.

Alhamdulillah, just few days before I pergi bertemu dgn Baitullah, Allah swt telah membuka pintu hati I utk mencari maklumat dan mengenali Kaabah dgn lebih dekat. Barulah kini I rasa lega, dan lebih-lebih lagi merinduinya. Lebih kenal, lebih cinta.. :)

Istimewanya Kaabah sebab ia ialah rumah ibadah yg paling pertama sekali dibina di muka Bumi ini. Dibina pertama kali oleh Nabi Adam (ini pun I xtau, selama ni ingat ia terus dibina oleh Nabi Ibrahim. Teruknyaaaa....), kemudian dibina semula beberapa kali lagi setiap kali Kaabah ditimpa bencana alam seperti banjir dan sebagainya. Namun, peristiwa yg paling besar dalam sejarah pembinaan Kaabah ialah pada zaman Nabi Ibrahim n anaknya Nabi Ismail dan tentulah juga pada zaman Rasulullah saw.

Dan Kaabah berada di situ, di Mekah Al-Mukarramah bukan sekadar kerana di situ tempat nabi-nabi... (Teruk gile tahap pengetahuan I nih. Kronik! Astaghfirullah...) Tapi, sbb kedudukan Kaabah itu adalah sama kedudukannya dgn Baitul Makmur - iaitu tempat para malaikat mengerjakan ibadat tawaf di langit tanda mereka taat n patuh kepada Allah swt. Subhanallah... Indahnya aturan Allah...

Terima kasih kepada adik Shahida Amira yg berkongsi info yg amat sgt berguna tentang Kaabah, dari sejarahnya dan rahsia-rahsianya.

Boleh juga baca maklumat tentang Baitullah di SINI (tp maaf sbb web ni agak byk iklan-iklan yg kurang menyenangkan di tepi2nya.)

Boleh baca kisah n pengalaman Ustaz Haron Din yg berpeluang masuk ke dalam Kaabah di SINI

Atau boleh baca di SINI, cerita tentang Kaabah yg juga lengkap.

Kali ni, I mmg rasa amat sgt excited, amat rindu, amat teringin, amat tak sabar utk ke sana. Insya Allah I rasa lebih bersedia utk mengerjakan Umrah kali ini. I hope that this time our journey will not be as "eventful" or banyak cekadak as our first Umrah trip. As per advised (by a "sister"), I start to recite Surah Yaasin from today (seelok-eloknya dibaca setiap hari selepas Subuh utk memudahkan segala urusan, wallahualam...)

Actually, last time, I mmg rasa kurang selesa n kurang yakin sbb masa tu I was having excessive bleeding a.k.a masalah kesihatan kewanitaan. Dgn hotel yg jauh, dan tiada toilet berdekatan, mmg agak sukar utk I pastikan I berada dlm keadaan yg "bersih". However, itu semua dh lepas. I just can berdoa semoga Umrah I masa tu diterima oleh-Nya. And I really hope that this time, segala urusan Umrah dan ibadat-ibadat kami yg lain akan dipermudahkan Allah.

This time, I also would like to remind myself (and Amet the laser-mouth of course) not to sweat on the small stuffs. We are in the Holy Land to do our ibadah, to seek the Pleasure and Forgiveness from Allah. so we should always be mindful of our words and actions.

And maybe jugak because this time, I will bring together lots of prayers yang dikirimkan oleh kawan-kawan n families, that makes me even more supercharged!

And of course, I have list of doas that I want to seek for myself and my family too... Maybe most of you think that my life is always full of just happiness, (as that's what I wrote in this blog all this while.) But believe me, in another corner in my heart, there're problems that sometime I just need to keep it alone, and only Allah the one and only that will be able to help me.... Insya Allah... :-|

Sunday, January 16, 2011

LAZY DAYS

I think the day has been too-oo short now, as it getting dark very fast and Maghrib's azan can be heard at 5 pm. (Oh, anyway, I heard now beberapa tempat kat Malaysia azan dh tak boleh dipasang kuat2 kt speaker masjid? Really that bad negaraku tercinta???)

Kdg2 I ada jugak fikir lawak bodoh : so nk panggil pukul 5 ptg ke 5 malam? Hehehe... and Isyak is at 6.30pm. So 6.30 malam lah, isn't it?

And terus terang je lah kan, with the weather yg getting colder this few days, plus it's cloudy n a bit hazy, hmmm... mmg hibernation is the best thing to do lah! Plus, it is so-o-o cozy to be under the duvet, apa lagi nak kata... berbungkus jek mcm hantu bungkus! By the way, I just got myself the "Jubah Bulu" yg sgt comfy n make me warm. Just beli kt tepi2 jalan kt highway tu je....So bila bangun pagi tak la ketaq menggigil dan mengerekot sampai sakit urat lagi.

But then, for me nih sebenarnya, mana ada masa nk berbungkus lama-lama. Baru jek nk duduk rehat jap, dh ada yg menjerit.

"Bu..!!! A lo.. kakak ni...num..." (Ibu, nk milo. kakak ni minum adik punya)

"Bu..kakak nk *kongkong krunch." (*Coco Crunch)

"Bu! Cepat ambik pampers! Kakak nk berak ni!!!"

"Bu..pah ni...air..." (Ibu, air tumpah ni)

"Bu...kakak lapar la.."

Hmmm.... musim sejuk ke, panas ke. Ibu tetap kena "on-call" tiap-tiap hari. And sejuk2 mcm ni, time ibu tgh malas2 ni lah.... request for food increase! Nak tak nak...masak je laa...

Popia pisang - dalam dia letak setengah biji pisang dan balut lah dgn kulit popia. Sgt sedap sbb bila goreng, pisang tu jadi almost melt, while kulit dia pulak crispy. Yummy!!! Mesti cuba. Sgt2 senang nak buat sesuai utk org malas mcm I

Ni resepi hentam keromo. Yg ni I letak telur. Maybe next time x letak telur dh kot, sbb mcm jadik kureng sikit rasa cheese tu, masked by the eggs. And black pepper pun mcm terlebih skt, so budak2 mkn sikit jek ibu yg mkn banyak.

Buah-buahan wajib sentiasa ada khas utk Puteri Yaya. Musim sejuk nih buah2 agak murah sikit.

Gambar hiasan : muka-muka yg sentiasa kelaparan dan tak reti kenyang.... :-)

Saturday, January 15, 2011

LADIES STREET, DAMMAM

Kat Saudi nih bila sebut je nama Ladies Street selalunya mmg tempat membeli abaya lah. Apart from that selalunya ada jugak other shops yg jual barang2 ladies, contoh mcm lingerie, underwears, pyjamas, kasut n beg2 dan brg2 dapur.

Kat Jubail pun ada jugak Ladies Street, tp I belum pernah pun buat review kan? Dah few times pegi tp ntah, maybe sbb dh biasa kot, so tak teringat plak n buat entri pasal tempat tu. It's ok, today I buat review bout Ladies Street yg jauh sikit dari rumah dulu, which is in Dammam (about 70km dr rumah).

Main reason cari tempat ni mmg sebab I nak beli abaya. Senang jek nk cari tempat ni, cari lah Al-Bilad Mall (ada dlm GPS, klu takde boleh google utk dapatkan co-ordinate).

Hmmm... tp masa kami sampai tu agak wrong timing sikit, sbb tgh azan Maghrib. So lama jgk lah nk tunggu kedai bukak. Terpaksalah terperap dlm supermarket (lupa plak nama dia) kt Al-Bilad Mall tuh (which is sbb terlalu boring I terbeli cabai kering yg bila balik masak teramatlah sgt sedapnya, tak pedas gile mcm cili yg selalu dijual kt sini). So lepas solat n kedai dh bukak, barulah kami melintas ke seberang jalan di mana terletaknya tempat menjual abaya tuh.

Bezanya Ladies Street kt Dammam ni ialah kedai2nya ialah gaya-gaya atap zink, mcm bazar2 atau Padang Besaq dulu2. Sekali tengok mcm pasar malam atau uptown pun ada. While Ladies Street in Jubail ialah terdiri drpd shoplots.

Tp off course lg best shopping tempat open-air mcm ni. And harga pun triple lebih murah dari Jubail! Cuma yg penting, kena pandai pilih kain sbb kt sini diorang campur2 jek abaya dari kain yg elok dgn yg kurang sikit kualitinya.

Senyum sbb dapat tawar menawar dgn tokei abaya...

Zuzu & Yaya pun beli abaya jgk....

Kiri-kanan-depan-belakang-abaya.

Evening dress - jubah2 yg "meriah" dipakai dlm rumah atau dlm abaya.

Seriously, masa sebelum I menjadi pemakai abaya, I keep wondering - boleh ke I pakai abaya kt tempat panas ni? Because it is black, and of course it will absorb heat. But... Alhamdulillah, bila pertama kali menyarungkan the real abaya, i found out that, it keep myself cool in the heat instead (pada hal masa tu mmg tgh summer). And abaya is definitely a lot easier to wear, compared to the blouses and jeans that I used to (tp skrg ni pun pakai jgk kt rumah/dlm abaya :)) And the best thing is, kat sini tak perlu nak beza-bezakan, nak lawan-lawan baju sapa lawa, colour apa yg lebih cantik or so, as abaya is all black, thus it gives equality to everybody. Nice kan?

Hmmm.... Maybe i will continuously pakai abaya when I'm back to Malaysia.... *thinking* :)

Thursday, January 13, 2011

HALF MOON BEACH

Aktiviti weekend ni ialah ke Half Moon Beach bersama geng-geng Malaysia... Perjalanan asal kami dari Jubail bersama 2 other families iaitu Kak Latifah/Abg Khairi n Yas/Nizam. While the other 4 families - Kak Zura, Kak Jah, Kak Maznah n Kak Noor dalam rombongan lain as they're going to visit a friend in hospital first, then only will join us at the beach.

Disebabkan dalam rombongan kami tu mmg takde sapa2 pun yg pernah pergi ke sana, maka we all mmg depend sepenuhnya lah on the GPS. Jarak perjalanan seperti yg ditunjukkan oleh GPS ialah 97km dari rumah.

Malangnya bila sampai di pertengahan jalan (dah kt Dammam), banyak jalan yang sedang under construction. Dan jalan-jalan yg dicadangkan oleh si GPS semuanya tidak boleh dilalui. Kebanyakan jalan meletakkan signboard "DETOUR AHEAD", bermaksud kena cari tempat U-turn (and usually it takes about 4-5km) utk masuk ke jalan yg dikehendaki.

The road condition makes our journey agak tak smooth. We have to stop by few times kat tepi2 jalan for discussion between the drivers. We asked people here n there, which most of them yg ditemui just know to say "yamin" (kanan) n "shimal" (kiri).

However, when others are getting stress sbb dah sesat entah ke mana2, and no sign of beach yg nampak instead of desert, I ni pulak have another feeling :) Hehehe....

Know what? I really feel excited! Excited to be lost! Hahahaha... Seriously I really like it when we have to stop for discussion, reading our own map n draw it on the sand, instead of just follow the gps. I was so excited to go on adventurous journey, guna jalan2 yg ada cabaran sikit, compared to just guna highway yg lurus n membosankan mcm tu jek. (Well, I was a member of Kelab Kembara in school and we went for camping in jungles n caves... :))

So setelah bersesat-sesatan selama 3 jam (supposed to reach in 1 hour jek!), akhirnya sampailah jugak ke tempat yg dinanti-nantikan. Actually masa dah last2 minit before sampai tu, almost all of us (maybe except me sorang je!) dah berputus asa and decided to just pergi jek picnic kat mana2 tempat sebab perut dah berkeroncong dari pagi tak makan (kami bertolak pukul 8 pagi...just imagine..) Tapi Alhamdulillah... dgn berkat kesabaran dan usaha semua, Half Moon Beach kini di depan mata.

Tempatnya Subahanallahhh.... mmg cantik yg teramat sgt indah! Air lautnya biru kehijauan (tak mcm pantai PD n Langkawi yg skrg dh nampak mcm air Sg. Korok je). Pantainya pulak mmg bersih dan cantik sangat. Kalau berdiri kat tepi pantai boleh nampak air yg sgt-sgt jernih.

Di seberang jalan daripada pantai tu pulak ialah desert yang jugak sgt bersih dan indah. Di sini tempat orang (lelaki) main ATV. Yang ni I tak nak cerita lebih sbb I jeles takleh join sekaki!

Facilities are quite satisfying - ada paip2 air, ada pondok utk piknik yg selesa, ada toilet (toilet je yg kureng skt), and yg penting ada petunjuk kiblat kt pantai nih, I loike! So amat recommended utk pergi ke sana cuma bersabarlah dalam mencari jalannya buat masa ni sbb jalan yg mudah mmg tak ada sbb under construction. Tapi tak le bleh pegi tiap2 minggu mcm Fanateer beach kot sbb agak jauh :)

Agenda pertama bila sampai - kita makan dulu!

Pondok utk piknik. Ada tempat bbq sekali...

Kanak-kanak riang ria di tepi pantai

Ada boat yg boleh disewa utk round2

Geng bapak2 n anak2 lelaki main ATV

Geng ibu-ibu ditinggalkan - refreshing ourselves with latest gossips :)

Zuzu & Yaya - enjoying the cool breeze n "pure oxygen" :)

With their lovingly ibu angkat :)

Ok, dah ready nak balik... (dah dekat Maghrib nih)

Oh, one more thing I nak pesan, kalau sesapa yg ke sana time musim sejuk camnih, silalah pakai baju 2-3 helai (or better if u hv long john) dalam abaya, and bawaklah sehelai lagi sweater utk pakai kt luar. Muka I nih dah takleh senyum. Memang beku I tell you...!!!!

Monday, January 10, 2011

ZUZU YAYA UPDATES

The weather seems to be unpredictable these few days. About 4-5 days back, it was freezing cold; during wake-up time it was 6⁰C, then increased a bit to 8⁰C by noon, and might either increase or decrease at night. But seems like today and yesterday, my home-temperature-logger shows 19 - 20⁰C during day time, and 22⁰C at night. And it's been heavily hazy these 2 days as well. We're pretty sure it's not thunderstorm, but haze.

Eh, thought I wanna update bout the princesses? Tetiba jadik weather updates pulak. Mcm tu lah I ni, kdg2 masa tgh basuh pinggan, bukan main lagi - so many things and words dancing in my mind tp bila dh online apa pun x ingat dah. Sign of aging? Huhuhu...



AIN ZULAIKHA

Kakak is 3 years 6 months and 2 weeks old (to-date). Known as the most talkative and pot-pet in the house. Able to berleter non-stop and potentially to drag small matter to be huge one. Hobi ialah mekap, mekap, mekap. And so in-love with girly stuffs - baju cantek, shopping, barbie, shoes etc. Her current most favorite quote is "Orang cakap dia pun tak paham" - and we are yet to understand it either....

If I ask her to count 1,2,3....10, mmg sgt malas. She will say " Kakak penat laa bu...Kakak ngantuk ni.." and buat2 pejam mata nak tido. But it's ok if ada learning aid mcm flash card or so. Itu pun kadang2 mmg kena paksa baca, and ibu has to transform to "guru disiplin" at times.
She can now hafal few simple doa like doa makan, doa nak tido, etc. And I'm currently training her on doa penerang hati.

We are planning to send her to school this year. But school semester here starts in September, and they only accept kids with minimum age of 3 years 9 months. Just a right time for kakak.

Kakak is no more drinking milk from bottle. A big applause for kakak, and for ibu as well hehehhe (pada hal ayah yg buat hardcore training nih). During day time, most likely kakak dh x pakai pampers. She can go to the toilet on herself. Except for poo-poo time, dia akan mintak I pakaikan pampers "Ibu!!! Cepatlah pakai kan pampers kakak ni!!!" Haaa.. klu dengar dia dah menjerit mcm tu, means adalah benda nak terkeluar tu!

So far, bolehlah dikatakan kakak is quite a big girl already. She eat by herself, tido on her own. Not very much depends on ibu dah... Alhamdulillah...

ALEEYA ZUBAIDAH

Adik pulak is almost 2 years 2 months. Adik is more famous with her super-loud voice. Seriously, she dont speaks but shouts! And we know that adik inherits this from Amet's late grand-grandfather, Tok Mat Guruh (he's been called "Guruh" sbb suaranya yg kuat :-))

Since being here in Jubail, adik has suddenly "membesar". Just like mcm eh tiba2 jek adik nampak besar! We was so worried that her teeth pun mcm xnak grow. But just almost to her 2nd birthday, mcm tiba-tiba jek gigi adik semua keluar!

Hmmm.. the only one more suprise we are waiting from adik is : cakap lebih banyak and tanpa pelat. Now looks like she knows n understand almost evrything, cuma x boleh nk sebut penuh jek sesuatu word tu but sebut yg hujung2 jek. And she starts almost everything with "A", contoh : Awah (Buah), Abu (Ibu, oh...) Alur (Telur), and so. She understand hampir semua arahan, except the word "sekejap". Means if she wants anything, she wants it NOW as really NOW! (especially susu lah...)

And satu lagi tabiat adik yg famous ialah dia akan pegang telinga org bila nak tido. Kadang2 time tak tido pun tangan dia bleh jugak merayap ke telinga org (terutama ibulah, sapa lagi).

Hmmm... anything that the sisters share or have in common? The only thing I can see is suka sangat-sangat berebut benda. Tak kira be it toys, books, food, even telekung pun boleh jadi, or berebut nak buat sesuatu bila ibu suruh, contoh : Ask kakak to buang sampah, and adik will also berebut to do that.
Oh ada satu lagi yg both of them suka ialah watching cartoons - Barney, Thomas & Friends, Bob the builder, Shaun the Sheep dan sebagainya. Setiap hari, at 9-12, the tv belongs to them :)

But somehow, ada jugak time yg I can see that they do have fond sisterhood. Bila kena marah dgn ibu, both of them will hug each other, and cry together and then pujuk-memujuk session heheh... I'm just so grateful to see my sweethearts grow up. Sure, its been headache on-off looking at the mess they make, but having their little hands hug me and their little sweet lips kiss me.... everything just melt away....