Thursday, September 30, 2010

MALL OF DHAHRAN & IKEA

Sesapa yg terbaca cepat sgt, sila la layan gambar2 ni dulu ye. I x sempat menulis, my babies dh terjaga. kena layan depa dulu. Hehehhe...nanti i edit later..

Okeh dah siap setel sang puteri dua beradik bersiram dan bersantap, barulah boleh mak dayang nak berblogging...

Back to cerita asal, Mall of Dhahran nih terletak kat jalan nak ke Al-Khobar tu jugak. hahahha sebenaqnya I pun xtau nak habaq kat mana.tapi mmg jalan yg sama jek nak ke Al-Khobar. yg penting, ada GPS, masuk je nama tempat,dia akan guide.easy.hehehe...

Kat dalam mall ni biasalah,tempat shoppinglah. Akan tetapi, tempat ni masih agak baru, so byk lagi kedai yg "opening soon". Bila kami sampai, elok2 jek time azan Asar. so bila masuk, kedai2 semua tgh padam lampu. tapi baguslah jugak kan, kami pun boleh terus solat dulu. kalau tidak, mau terlajak waktu kalau dh ralit bershopping.

Satu benda yg i nak puji, kat Saudi ni, surau-surau yg disediakan di kebanyakan mall yg kami dah pi, mmg best, besar, luas, selesa n macam masjid! Mcm kat Dhahran Mall ni, surau dia siap sedia tempat utk kanak2 main (supaya x kacau mak-mak yg tgh solat), and tempat wuduk pun sgt luas, with auto-sensor pipes lagi. Cuma tu lah...i still wonder, why depa takleh buat toilet n surau kat R&R depa tu lawa2 camnih???

So lepas solat Asar kami round2. Amet suggest to carikan clothes as preparation for winter. Masuk Debenhams and belikan long socks for the sisters. then jalan2 lagik, just dapat one winter coat for Zuzu. utk Yaya punya x dpt cari yg sesuai, so postponed lah dulu.

Baru jek plan nak gi makan Chili's, tetiba dah azan Maghrib. huhuhuu... tak sempat nak terkam masuk, pintu restoran dah kunci... nampak pulak Tony Roma's, terliur telan air liur jek la... nak tunggu kedai bukak, mcm lambat jugak. so Amet suggest kami pi Ikea n solat Maghrib kat sana jek. Huhuhu...gudbye Tony, nanti i datang lain kali okeh...

IKEAActually Ikea ni berhadapan jek dgn Dhahran Mall tuh. tapi sbb naik keta nak kena masuk trafic light dan u-turn segala bagai lah. (Gambar Ikea di atas diambil dari parking Dhahran Mall).

Lepas solat, kami makan dulu kat cafe Ikea nih. biasalah menu Ikea, wajib ada Swedish meatball tuh. memula niat I mmg nak mkn meatball.pastu bila tgh queue tu, terorder plak Chicken Stir Fry+Rice. Bila makan....hmmm kecewa lagilah nampaknya...Nasib baik I ada sambar sepinggan Caesar Salad tadi, boleh la buat isi perut.

Amet plak mkn nasik dgn herbs fish (apa ke nama ntah). Yg penting, depa punya portion kat sini mmg ala Arab lah, penuh menggunung pinggan! An Oreo Cheesecake for Zuzu, and Nugget+fries for Yaya.

Zuzu ada misai mcm ayah..

"Kakak nak bilik kaler pink mcm nii..."

"Apa? ingat hangpa besaq, hangpa anak pak arab aku takott? Ade haku kesah?" - Yaya

Setelah meronda semua showroom, kaki pun dah lenguh. Maka baliklah ke istana hamba nun di Jubail. Oh oh apa yg I beli? Hehehhe... tak banyak pun. Just beli cermin, curtain rods (4 batang), meja yg empat segi tu (trademark Ikea nih), throw pillow (2 bijik), rak buku, cartoon cutains (utk bilik tuan puteri - konon2 je, mcm la mau tido sendiri), dan lain2 barang dapur (ibu punyalah banyak sekali heheheh). And ntah Hantu Raya mana hasut I, semua barang nak beli kaler MERAH. meja, bantai, curtain, sampaikan ke senduk pun I pilih kaler merah huhuhu..

Cuma tak puas hati sikit, sbb x dapat cari mangkuk2 kecik yg colourful tu. mmg betoi2 serbaguna mangkuk tuh. I pun just bawak 2 bijik jek dari KL, kalau bawak 1 set bukannya berat mana pun, iskkk....

Tuesday, September 28, 2010

A MOTHER'S BLUESSS

Sorry, but at times I do feel that it’s quite hard and tough and exhausting to handle these 2 little handful girls. Huhuhu… so bad I have that feeling huh?

Well, actually tak lah banyak sgt benda yg depa makes me mad. Its just that I have to sapu tumpahan makanan each time depa makan, which means 5-6 times a day je. Better, if the tumpahan is oily or melekit so I just need to mop the floor. Very simple, rite?

Other things I have to do is just mengemas the toys well, maybe 10 times daily, only. Asking them to do it is just make me sakit tekak (even now my voice is already parau due to non-stop talking and berleter).

Yaya, the one who really loves drawing and writing – do that on walls and floors and ibu is always there to clean it. Don’t worry dear! Keep up ur good work! And she loves to read the flash cards herself too, so setakat bersepah penuh hall tu..small matter jeh sayang…

Zuzu, nowadays that she’s getting taller she can reach almost everything on the kitchen cabinet. Since she’s still sampai-tak berapa sampai- height, sumtime also spill the air asam, santan, or gravy on the floor. But hey, its ok hunney, ibu mmg takde keja lain… buat lagi yeee….

And maybe sbb rasa sunyi, or xdek kawan2 mcm kat babysitter dulu, they keep on following me wherever I go. To the kitchen, sidai kain, or be it to the loo. Bila ibu nak cepat, contoh : air dlm washing machine penuh and api atas dapur nak kena tutup, ibu will accidently melanggar depa and they will cry and ibu will have to stop doing all the tasks and calm them down first, ( which usually end up with makan ice-cream, or chocolate) or otherwise mmg tak bleh buat keja langsung.

And semalam, both of them happily memunggah kain baju yg I dah lipat. Peeenuuuhhhhhhh selerak satu bilik….and actually, masa I masuk bilik tu, I baru je lepas habis mengemop satu rumah sbb cik Zuzu dh muntah sambil berlari dari hall ke toilet! Owh owh owh!!! Now, tell me, how can I say that is not tiring? Sob sob sob L

But…thinking deeply, I am the one who asked for the child and Allah granted. Then why shuld I question it back now? Forgive me.

Bila fikir balik, all this while I’ve sent them to babysitter and I just take care of them at night which is just about 4-5 hours, and then they fall asleep. Itupun x tolak masa I masak kt dapur, or watching tv. So berapa jam sgt I spend time with them masa I keja dulu? That time, I was so badly wish that I always have more n more time for them.

Dan sebenarnya, kalau I renung betul-betul, di sebalik kepenatan n keletihan tu, there is always the moment of happiness and joy…just now, when Zuzu and Yaya were mandi-manda in the bath tub,depa menjerit-jerit tak hingat and bising giler mcm dah tak mandi setahun. So I pun datang nak marah. However, bila Zuzu said “ Ibu..ibu tengok kakak jadi puyong…” and dia buat posing ala-ala duyong berehat kat batu gitu…Hahhahaha….it makes me really laugh sampai terkeluar air mata…(puyong means duyung, anyway).

And now Yaya can also speaks, but of course in her pelat. And its only ibu who really understand what she says. So ibu is also a translator when Yaya is talking to ayah :)

And she got a new habit now.

Yaya : Bu…nak wah tan… (Ibu, nk buah rambutan – actually semua buah dia pangil buah rambutan)

Ibu : Buah dh finish..nanti ayah belikan lagi…

Yaya : Haaa? Haaa? Haaa? Haaa? (Buat2 tak dengar kalau benda yg dia tak suka dengar)


Hmmmm…isn’t that enough to make yue thankful of what yue have now? Yue shuld be gratefull with all the tiny, meaningful things yue have in life, because not everybody have the chance to have what yue have now….

Sunday, September 26, 2010

HUWAYLAT MALL

Sila refer to tulisan jawi kat belakang tu - Al-Huwailat. that is the mall's name. Actually mall ni x lah besar mana sgt. satu tingkat jek. and just ada kedai2 biasa, sikit restoran, games (yg ni mesti ada. geramnyah!!), and ada jgk satu Panda Supermarket dlm tu. This mall terletak kat Fanateer, dekat jek dari rumah. so kami pi lepas Maghrib.

After pusing2 mall, xdek beli apa pun. oh ada! both me n Amet menggatai pasang screen protector for our BBs which at the end i nyesal jgk sbb x lawa sob sob :( I always prefer my phones to be in its original (x suka okeh tukar2 skin ke hapa since pakai nokia cabuk dulu lagi..)

Disebabkan x best, we decided to go out and ronda-ronda jek area Fanateer tuh. Nampak satu kedai Babyshop yg besar. Interesting. Tapi..by the time kami sampai it's already azan Isyak. Oh okeh, satu lagi kat sini, kalau time azan /solat mmg semua kedai akan immidiately tutup lampu n tutup pintu. so kami pun dok la diam2 keras kt dlm keta while waiting org habis solat.

Bila kedai dh bukak, we all serbu masuk and the shop.....is reallly big, and full of babies n kiddies clothes n stuffs..!!! and it was sales going on too!!! Hehehhehe i loikee!!!
Mauk-masuk jek, Zuzu dh terus sambar satu Mickey Mouse bag for herself, while Yaya xtau berlari buat tawaf berapa pusingan dlm kedai tuh. Pilih punya pilih, last sekali we just bought a summer gown+hat and a T-shirt for Yaya, a pair of blouse+skirt and a beg+drinking bottle for Zuzu.

Perut pun dh lapar, tapi still xtau nak makan apa. Lastly, pilih Burger King. Huhuhuhu..mana laa nak carik kedai mamak yg ada juai goreng2 ke..kalau ada kue teow kantonis ke, nasik goreng kerabu ke, isk sedap no...
Yaya - buas tapi penakut giler kt uncle cleaner kt situ heheheh

Zuzu - kaki posing

Adik~Ayah~Kakak

Saturday, September 25, 2010

THE FORBIDDEN KINGDOM


Kawan-kawanku orang Johor (Nora, Arina, Cik Rai) sila jgn gelakkan bihun soto i ni ye..ni sajalah yg mampu sbb kat sini mmg tak ada taugeh. berpuluh kedai sayur i dh pi merata i tanyakan taugeh (of course i ckp beansprout okeh), tp sampai hati depa buat muka blurr jek. Sob sob sob...dah la i ni mmg peminat taugeh (walaupun i pendek). sedih giler dh sebulan tak dapat makan taugeh. terasa-rasa kerangupannya dalam mulut huhuhuhu...So i pun bagi nama Bihun Soto Cacat sbb x cukup bahan. tapi kira oklah i ada buat bergedel tu kan. sedap x sedap last2 telan habis gak seperiuk heheheh...


Okeh entri kali ni sebenarnya nak cerita beberapa perkara yang dianggap LARANGAN atau PELIK TAPI BENAR kat Saudi nih.

For me, after sebulan memakai Abaya kemana-mana, I mula rasa selesa and already get used to it. Especially time nak solat, ambik wuduk then terus jek perform solat. Tak perlu fikir nak bwk telekung or what. Senang sgt and I like that! And ingat, kat sini jgn cuba tanya/cari kain telekung kat mana2 surau or masjid dia sbb mmg x ada okeh.

Seperti yg semua sudah maklum, wanita Arab di Arab Saudi nih (tak termasuk negara2 jiran mcm UAE, Bahrain, Oman, Kuwait, Jordan etc) adalah WAJIB memakai hijab a.k.a purdah. Dan jihab ini hendaklah menutup bahagian dahi dan dari hidung ke seluruh bahagian muka. Hanya mata yg boleh nampak, malah ada yg menutup semua termasuk mata (pakai kain jarang). While me, just pakai hijab masa nak ke pekan Jubail, or market a.k.a pasar basah or tempat yg ramai giler lelaki pelik2 tuh.

Sehubungan itu, di restoran-restoran akan disediakan ruangan keluarga (Family Section). Satu bahgian lagi dipanggil Single Section, means for men, tak kira depa datang sorang or in group. Wanita adalah dilarang sama sekali untuk menjejakkan kaki ke bhgn ini. Walaupun sekadar utk menunggu sekejap as 5 minit pun x boleh. Otherwise anda akan dihalau. So ingat, klu nak tunggu ur husband tapau pun mesti tunggu kat Family Section okeh (I dah kena sbb tu ingat sgt huhuhuhu…).

And family section ni disediakan bilik2 pulak, siap dgn tirainya sekali sbb bila nak mkn, wanita Arab akan terpaksa bukak hijab and definitely org lain x bleh tgok muka dia.

Ini contoh family section @Burger King yg ada bilik2...

Well, ada jgk family section sesetengah restoran yg xdek bilik2 camtu. Tapi kat sini the ladies x akan bukak hijabnya sbb ada lelaki dr family lain yg duduk situ. So depa akan minum/makan dgn hanya menyelak sikit hijab tu, means x bukak terus. Usually family section yg style mcm ni hanya for cafes like Starbucks, Krispy Kreme, Dunkin Donuts etc.

And masa nak order makanan pun, kat mana2 restoran / food court akan ada Ladies Line. So silalah beratur kt situ. Jgn gatai2 nak suka hati mana2 jek okeh.

Okeh, talking about the wanita Arab yg begitu menjaga auratnya, I still get confuse about few things here. Most of them mmg suka sangat pakai nail color, or as we always call, Cutex. Seriyesss..ramai giler yg pakai cat kuku nih.dah la letak kaler bukan2 hijau la, biru, purple, and of course yg merah n pink tuh berlambak2 giler lah. And this thing mmg dijual banyak giler jugak kat mana2 kedai kosmetik. Yang lagi pelik, masa gi solat kat surau pun bleh napak dgn jelas org sebelah tu pakai cutex. Lama jgk I dok tenung tangan dia nak tgok if its henna, but it’s not!

And as I told before, their kurang-sopan behaviours bleh tgok masa depa lepak kat family section tu lah (sila baca entry lepas).

Another thing is, kat sini wanita mmg xleh keluar sorang2. Sama ada u wait for ur husband to bring u out, or u may go out in a group of all ladies. So x payah nak berangan nak pi kedai beli gula ke hapa sorang2 diri. Mcm I mmg tnggu jek lah encik Amet balik. Luckily Amet mmg memahami jiwa I, as well as he is also kaki berjalan. Walaupun kdg2 I kesian gak kat dia sbb after balik keja penat2, then malam2 bwk we all keluar jalan2 pulak. But then, since dia pun sumtime boring gak kt umah, so mmg kerap sgt lah keluar (lgpun minyak murah hehehe). Cuma sometime, I still miss to drive on myself, and spend the whole day alone window shopping….…ouchhh…

Hmmm..apa lagi ek? i think tu jek dulu I nak share. Nanti bila I dh ingat apa2 larangan keras I tulis lagi kt sini oke. Ini pun kiri kanan I dh penuh dgn makhluk2 ketot menyebok giler nak tekan keybod…hY78390&75hb&# n


Friday, September 24, 2010

AL-RASHEED MALL

Today is Saudi's National Day. since ia jatuh pada hari Khamis which is already the weekend, so dapat replacement cuti hari Sabtu. Yahooo..!!! Heheehe..Amet jek la yg cuti, I ni keja kat umah tetap kena buat...huhuhu

So after Asar, Amet took us to Al-Khobar, another city yg lebih maju n modern sikit compared to Jubail. ada banyak tempat menarik kat sana. but our intention mainly is to hunt for Malaysian food at the Malaysian Kitchen. and maybe to go to IKEA kalau sempat.

Dipendekkan cerita, our pening-lalat-Garmin didn't show the place, so no choice, kami sekali lagi ke Al-Rasheed Mall. actually last 2 weeks dh pi sini with my MIL. but since i didnt cerita anything about this place yet, so xpalah, entry ni will be about Al-Rasheed Mall.

Al-Rasheed Mall ni boleh dikatakan lebih kurang mcm One Utama, or maybe PAviliion jugak. And as u can see in the pix, i didnt wear hijab sbb tempat nih kira mcm modern skt, and orang-orang kat sini pun agak open-minded sikit, plus banyak foreigner jugak kat sini. so tak takut sgt kena renungan tajam pak arab. however, be it minah saleh, or mek jepun or malay me, wajib kena pakai abaya. cuma yg minah saleh and non-muslims lain tu depa x pakai tudung, or ada yg just belit2 jek shawl kat leher gitu.

Okeh, dalam mall ni terbahagi kepada beberapa "wings".

ada tempat for entertainment : games (ala-ala Time Square tuh), ada section for Go-Kart, and so on lah. but...definitely no cinemas hehehe...

then their so-called Food Court which 80% are fast food (again! douhh...). and disebabkan dh muak dgn fastfood, so konon-kononnya we chose to have chinese food...which is sgt mahal and xdek rasa "kechinesean" langsung! Oh so baddd...we just eat siikiiiitt sgt sbb xleh nk telan dh.
I buat-buat muka senyum telan chinese food (konon) ni. padahal...phuhhhh...sabar jek la..

The price is SR24 and tak sedap gillerr!!!

Another wing of this mall called "plaza". and here is the place dimana all the glems n mahai-giler-butiks are. ada Guess, DKNY, Salvatore Ferragamo, Miss Sixty, Nine West, MANGO, Armani Exchange, Coach, and bla bla blahhhh la x mampu nak beli pun...hahhahaha. tapi we all gedik2 jek masuk all the butiks tengok2, pegang2, heheheh. tak sampai hati i nak galas handbag yg boleh bayar installment rumah 2 bulan tuh huhuhu...

tapi kan selamber jek minah-minah Arab nih pilih baju blaus or handbag, shoes yg beratus beribu tu, and betul2 depa gi bayar! pastu kan depa pilih baju yg seksi habis. padahai, nak keluar gi mana semua kena pakai abaya and hijab.membazir betoi baju mahai2 pakai kat umah jek. tapi gitulah nak kata betapa kaya gilernya org Arab nih, baju DKNY boleh buat baju dalam jek! (kebanyakannya kaya, tapi ada jugak yg moderate n susah n mtk sedekah).

And lepas penat jalan2, plus berhempas pulas bersama dua kanak2 yg macam2 akai nih, we stop for a coffee. Amet got himself Starbuck, while me, konon-kononnya nak try something new, chose the Seatle Best Coffee (same as Cinnabon). and...hehhehe biasalah, mesti terkena punya! Langsng tak best! Benci okeh hari ni asyik kena food yg x best jek! Hohohoo...


Rehat sat kat Family Section of the Cinnabon. kat Arab ni jgn ko gatai-gatai nak gi lepak sesuka hati kat kedai kopi / restaurant. mesti cari family section, baru pompuan bleh masuk. And klu nak tau, kat family section ni, u can see all the kurangsopan punya behaviour of the arab ladies..yes. yg duduk mengangkang, yg letak kaki atas meja, yg selak abaya sampa ke peha. seriously. and they are LADIES okeh...thats why lah gamaknya dea sediakan separate section nih...
Inilah rupa Iced Caramel I yg tak best langsung tuh!

Our last station was Jarir Bookstore, ala-ala MPH gitu. we just bought a cartoon magazine for Zuzu and balikkk... sekian kisah perjalanan yg sesat n melencong ke tempat lain.

okeh i need to google for MAlaysian Kitchen coordinates so that i can key-in in the GPS. bye.

Thursday, September 23, 2010

FANATEER MALL

Actually our visit to Fanateer Mall ni was masa cuti Hari Raya yg lepas.it was on 4th day of raya to be exact (as u can see the printed date on the pictures).

okeh, apa yg menarik kat sini? well...lebih kurang sama ja mcm shopping complex lain. tapi yg ni xlah besar. hmmm..maybe mcm The Store Sg. Buloh tu lah. ada banyak kedai-kedai n butik0butik kt dalam ni. paling byk i think, kedai baju n perfume kot.

Apa yg lain dari yg lain kt sini ialah, MALAM IS ONLY OPEN FOR FAMILY. Hehehehe sounds good kan? so selesalah sikit zuzu n yaya nak berlari without terlanggar the teenagers yg selalunya memenuhi shopping complex.

kami just jalan-jalan untuk tengok apa yg ada kat sini.so that next time senang skt kalau nak beli apa-apa sbb dah tau where to find what.

HEHEHEHE..and i already found my "target"hehehehe....well..its the Kryolan TV Paint Stick which is only SR65 here!!! Yuuhhuuu...(@Malaysia is RM75).

Tapi..last2 i x beli pun sebab asyik dok kalut mengejar zuzu yaya yg asyik dok terkam kedai toys yg very-very attractive kat situ. Gggrrrrrrr...

While my MIL bought a handbag for herself, and few souvenirs for Along n CikNgah (my SILs).

Ini ialah kt kedai souvenir n home deco yg lawa2 giler itu...

Ini pulak ialah dua notty girl yg amat memenatkan ibu...

And just before keluar dari mall, i ternampak Mothercare and try masuk tgok if i can find botoi susu yg besaq sikit for Yaya sbb ususally i kena buat susu dua kali for her as she drinks about 13oz one shot, and we only have 8oz punya botoi. As i know Avent mmg ada 12oz size. tapi bila tanya, the salesboy (sini mmg tak ade salegirl okehh...) cakap saiz besaq punya dh hbs.

so just ambik jek yg 9oz punya sbb lgpun botoi kt umah tu dh buruk.and bila tgok harga dia...cuba teka for Twin Pack 2 x 9oz Avent 0%BPA (bukan yg PP tuh ok...) berapakah harganya???

Hehhehe....gelak besar la ibu...it's only SR56!!!! Hahahahha....well..well..well...find it kt Malaysia, masa sales pun still RM70 lagi yee..!!!

Kawan2 ingat lagi tak Bahasa Arab? Ad-Dajaj = Ayam.

And lastly,singgah beli fast food utk tapau balik. kat area Fanateer ni ialah penuh berderet dgn fastfood restaurants, name it - yg biasa ada kt Malaysia : Pizza Hut, KFC, Burger King, Krispy Kreme etc. or lain2 yg glemer kat Middle East like Tikka, Baba *apantah*, Hardees, Kudu and others.

Sekian.

Wednesday, September 22, 2010

OFFLINE


Oh oh... actually i ada baaaaaaaaaanyak cerita nk tulis. tp masalahnya i xdek mood nak menaip. instead of busy with the house chores, nak entertain my helpful n handful princesses pun ambik masa jugak.

and now that the bulan puasa dh habis, my encik Amet keep on ordering macam-macam menu (amboi-amboi..mentang2lah i ni fulltime housewife naa...). so that keeps me busy (hehehe boleh la alasan ni kan?)

so itu jeklah nak explain why i lama sikit offline ari tuh. its not that internet connetion problem or what, but it's me-mood-comnnetion problem hehehhehe...

oh cerita pasal PULUT SERUNDING kat atas tu, ia terhasil apabila i menyedari ada sgt banyak beras pulut dlm rumah ini and adalah tak tahu nak buat apa.and knowing that zuzu is so-o hantu pulut, i pun just kukus jek lah pulut tuh.and bila dh siap, ternampaklah pulak serunding saki-baki raya tu, so terus tetiba jek menjadikan ia bebola pulut yg disalutkan pada serunding itu. zuzu n yaya amat sgtlah suka, sebijik-sebijik depa pop up masuk mulut. hmmm...berbaloi-baloi jugaklah i masak pulut nih.

oklahh next entry i akan cerita few tempat menarik (oh,menarik ke??) that we've visited. oraittt...till then,bubbye..

Sunday, September 12, 2010

EID MUBARAK

Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua…

Suasana Raya di Jubail ni nampaknya langsung tak ada! Bermula dgn malam raya yg kami harapkan dengan Takbir , rupa-rupanya langsung tak kedengaran. Amet and MIL has gone to masjid untuk bertakbir. Tapi rupa-rupanya hanya solat Isyak berjemaah jek. Lepas tu semua cabut balik umah.And tempat solat wanita pun dikunci. Rasanya wanita Arab ni just keluar ke masjid masa terawikh jek.

So lepas balik from masjid, Amet bawak I pergi beli brg2 dapur kot-kot ada tetamu nak datang umah (walaupn pada firasat I mmg takde sapa yg akan datang). At first, Amet cadangkan beli dinner set. Waahhh…klu pompuan lain mesti dh terus rembat, but not me definitely. Instead I just want to buy few pieces of plates jek. And thinking of one serving bowl, maybe.

Round punya round, I fikir kalau org x datang, membazir jek beli pinggan segala bagai. So we decided to just buy paper plates n cups hehehhehe….alaaa buat jek ala-ala open house kan biasa pakai paper plates jek??? But maybe Amet kesiankan kat I yg terlalu bersederhana ni, so he rewards me with this…

Ini hadiah Hari Raya untuk saya..syukran jazilan ya habibi Amet...

Itu pun at first I cakap “Tak payahlah..membazir la...” But since he insist to hadiahkan, so tak cukup tapak tangan, sekarung beg plastic I siapkan.

Pagi Raya pulak, Amet and MIL jugak yg pergi masjid. since the princesses tak bangun lagi, I have to tunggu depa kat rumah. While on the same time membakar macaroni untuk dibawak ke tempat beraya nanti. Solat sunat aidil fitri dikatakan stat at 5.30 am kat sini. So Amet and MIL keluar umah at about 5.20 am mcm tu since masjid kat belakang umah jek.

Tak lama lepas tu, I dengar depa dah balik. Eh, so fast ke solat raya kat sini? Rupa-rupanya depa x dapat pun bersolat sbb jemaah dh penuh melimpah ruah sampai ke tepi-tepi jalanraya. And MIL pulak cakap, langsung tak nampak kaum hawa kat situ. So, bleh agak lah mcmana life wanita kat sini kan?

After that kami bertolak ke Ibn Zahr Beach Camp, dimana KRMJ (Kelab Rakyat Malaysia Jubail) berkumpul. Kat sini, adalah sikit suasana hari raya. Mmg awal-awal dh diinformkan, tak perlu pakai abaya.so bleh la masing2 melaram dgn baju raya tradisional Malaysia.

Kaum bapak mcm biasa...bersembang 24 jam...

Kelihatan Presiden Jumaa AnNisa' Kak Nina and Kak Norma sibuk menyusun juadah

Sesi makan-makan dan cakap-cakap (gossip xdek lagi sbb belum ada geng)

Me and MIL (mak sdg sedih ingat anak-anak lain kt Malaysia)

Yaya yg sentiasa membuas tidak kira hari raya atau hari-hari...

Sambil makan-makan adalah acara bersembang dan berkenalan especially for me, org yg paling baru kat sini. Most of them terkejut I sampai dlm bulan puasa (hehehe kalau lah I tahu raya kat sini mcm ni, sah I x dtg lagi hahahhaha).

Then after Solat Jumaat, ada sorang member buat aqiqah. Maka hidangan lunch ialah khabsa kambing! Ohhh….mula2 I tengok nasik tu, alahai..berketul2 daging kambing, besar2 plak tu, errkkkk….

Disebabkan ramai sgt kawan-kawan dok ajak makan, I pun dgn paksa-rela cedok la skt nasik dgn secubit kambing (ohh it’s KAMBING okeh). Bila I suap jek kat mulut, eh ok lah plak. Betul ke kambing nih? Takdek bau hamis pun? Bukannya I tak pernah nak try mkn kambing. Dah berkali-kali I cuba suap kat mulut before this. Tp belum masuk mulut, bau dia I dh takleh tahan. But this time, mcm takdek bau kambing langsung. Hmmm…last-last habislah jugak sepinggan khabsa kambing I makan hahahhaha…

Lepas makan kami pun balik umah and golek-golek. Gitu jek lah raya kat sini….macam pergi makan kenduri jek.

Wednesday, September 8, 2010

Cerita Ceriti

Today’s breakfast for Zuzu n Yaya is Roti John. Of course kat sini x kenal Roti John heheheh…so ibu yg terrer ini masak sendiri okeh…

Roti John Ibu - makan hingga menjilat pinggan...

Due to the night’s before Amet bought us the most famous Arab’s burger – Hardees. So lepas makan tu, cik Zuzu kita nih asyik sebut burger,burger,burger. Disebabkan xdek daging burger kt umah, so I pun buatkan Roti John tu memandangkan rupa n rasanya ada lah ala-ala burger gitu…

Inilah rupa burger Hardees yg glemer kt sini. McD pun ada, tp yg ni special sikit sbb "charbroiled."

even my MIL come out with an idea – I boleh pasarkan Roti John nih kat sini hehehhee…takut nanti I lebih kaya dari encik Amet pulak…

okeh another tips/ info I nak bagitau, kat tempat we all tinggal ni ialah berdekatan dengan laut. Mcm area-area Paka, Terengganu gitu lah. So air paip adalah kurang sesuai untuk digunakan sebagai air minuman memandangkan ada bau/rasa air laut sikit. But actually kat area rumah I nih taklah terlalu “kelautan” sangat rasa air dia. Since Amet pernah tinggal umah sewa lain before this, dia cakap mmg lebih kuat unsur-unsur air laut kat sana.

So untuk minum/masak, mmg kami membeli air mineral iaitu dengan harga SR7 untuk botol saiz 19 litre. For our family yg ada 2 budak kenet yg kuat giler minum susu nih, maka air tu hanya bleh bertahan lebih kurang dlm 2-3 hari jek.

Oh one thing yg agak membuatkan I happy ialah kat sini so far mmg takdek semut. Langsung sekor semut pun belum ada dalam rumah ni. So I suka hati letak susu pekat manis ke, roti ke apa-apa makanan manis pun lah kat cabinet jek. Hmmmm..senang keja.

sekian cerita dan tips untuk hari ini.

Saturday, September 4, 2010

DAPUR GAS

Okeh satu tips I nak bagi for those yg planning nak datang sini ialah : JANGAN BELI GAS STOVE / DAPUR GAS.

Yess, belilah yg electric ke, yg pakai kayu arang ke apa, asalkan NOT the gas one. Seriousss…bila I dah kena, mmg rasa nyesal sgt2. Even Amet asked me to write this entry supaya kawan-kawan yg belum membeli dapur tak mencaci-maki penuh dapur during cooking nanti (mcm org tu…) hehheheh…

Okeh the main problem is, “kepala penyambung” kat tong gas kat sini adalah mmg tahap zaman batu dan adalah amat tidak user-friendly. Dan ia adalah amat susah utk diketatkan, menyebabkan gas sentiasa keluar dari sambungan tersebut. Disebabkan itu, gas yg kami beli hanya bertahan untuk jangkamasa 15 hari sahaja! Dan ia hanya digunakan utk memasak makanan berbuka puasa, tidak termasuk sarapan, makan tengah hari n dinner.

Tak mcm tong gas kat Mesia, which is easily pasang cabut by graceful lady like me.uhukk…yang ni kalau x cukup kederat, or x pernah pegang hardware tools, jgn berangan nak pasang sendiri.

So, what we can do now is just tutup the head bila tak memasak. Tapi once ia dibukak masa nak memasak, gas akan keluar pada dua tempat, iaitu pada lubang stove (supposedly), dan jugak pada kepala itu. That means double usage and that’s why ia cepat habis. Dan bau gas itu just enuff to make me sakit kepala.

Walaupun harga refill gas kat sini adalah lebih murah, iaitu SR17 sahaja, tapi xkanlah sampai sebulan nak kena beli 2 kali? Compared to tong gas kat Malaysia, walaupun harga is about RM24 (if I’m not mistaken), tapi satu tong boleh last for about 4-6 months! (tertakluk kepada penggunaan).

Eventho kami dah pun panggil orang from kedai gas tu datang tengok kat umah, and dia pun konon-kononya pakailah segala spanar, screwdriver, tukul etc. Tapi still, bila nak masak ada bunyik and bau gas keluar lagi. Memang sabar jek laa…(tunggu la laki aku dpt bonus tahun depan siap kau aku lelong kt kedai!)

As now, kami spare kan 2 bijik tong gas kat rumah, in case gas habis masa Amet tgh keja, and I cannot go out on my own. Ouchhhh..!!!