Friday, November 16, 2012

MY BITTER SWEET PRECIOUS YAYA


Seriously rasa mcm desperate gila sebenarnya nk update blog. Rasa mcm banyak sngat cerita ceriti nk letak kt sini.kadang2 (or selalu sgt) saya bermonolog sendirian dalam kepala otak semasa driving atau semasa mencuci pinggan mangkuk – mengarang ayat2 indah yg kononnya “sekejap lagi” nak taip dalam blog. Tapi lepas sampai rumah, lepas basuh pinggan… I adalah hakmilik mutlak anak-anak yg merindui bau masam ibunya…. Forget about blogging & other online things-sampai mereka terlena. Dan paling malang sekali – apabila I pun ikut terlena berpelukan bersama mereka… Hehehe itu yg selalunya berlaku, dan sebab itu blog ni sepi tanpa berita.


2 weeks ago, hampir hari-hari dalam kepala I ni mengarang cerita2 tentang Yaya. Sebab entah mengapa, 2 mingu lalu perangainya teramat sangat mengada-ngada, merengek menangis tanpa sebab munasabah atau apa-apa. I was so indeed stressful & depressed. Memang hampir setiap hari dlm minggu tu I naik hangin dgn dia. Kdg2 terpaksa “kurung” dia kat dapur untuk buat dia faham yg I don’t like her behaviour. Tapi Yaya is Yaya. Dia kalau melalak, tak ada cara to stop her. Just let her be – sampai dia letih dan berhenti sendiri. And frankly, I mmg mengaku kadang2 I kurung dia bukan sekadar utk bagi pengajaran, tapi juga atas dasar rasa marah & geram yg teramat sgt masa tu. Memang rasa bersalah sgt lepas tu. Tapi I am also manusia biasa… ada rasa penat,letih, marah & geram.

Yaya…. mmg I admit, it’s very challenging and tricky and she’s so not easy to take care of. Kadangkala I terfikir, kalau sedikit Iman tergelincir semasa dia buat perangai dengan bersungguh-sungguh tu… Tak tahu nak cakap apa lagi yg boleh berlaku pada dia. Nauzubillahi min zalik… Semoga Allah sentiasa kurniakan I dgn iman yg betul2 kuat dan kukuh untuk terus menjaga Yaya. Dan semoga Allah sentiasa melindungi dia dengan segala keselamatan….

And last Monday, 12 Nov 2012 was Yaya’s 4th birthday. Melihat dia meniup lilin 4 batang lilin, tersirap rasa bangga dan puas tak terkata dalam diri. Mcm tidak percaya sudah 4 tahun. She survived, I survived, we survived. The hard times, the pains, the menangis teriak menganga……Everything. Memang sudah banyak level kesabaran yg I rasa sudah belajar & lulus dengan menjaga Yaya. That’s why I think that I deserve to feel the satisfaction, to say that I am so proud.

Masih terngiang-ngiang suara tangisan dia since the first day I sent her to babysitter. Sejak umur 60 hari Yaya sudah pandai melontar suara kuat & nyaring. Dari rumah Mak Nah di tingkat 5, I can hear her cry sampai ke ground floor. Sangat sukar, sangat berat, sangat susah. Masa tu, selalu saja sampai ofis dgn mata bengkak sbb I juga ikutan menangis dalam kereta…

Sampailah sekarang. Yaya yg sama dgn umur 60 hari itu, sudah pandai ke toilet sendiri, mandi dan pilih baju (dan mekap juga) sendiri. Yaya yg sudah tidak minum “tesh” – sebab putting botol tesh sudah digigit lipas (ibu gunting hehehe). Yaya yg sudah pandai kayuh basikal. Yaya yg sudah sangat-sangat pandai bercakap & very talkative and is going to school next year. Itulah dia buah hati ibu…. Aleeya Zubaidah.

Happy Birthday Sayang.