Wednesday, March 20, 2013

KRABI - FINAL PART

***Sorry... lama betui simpan entri ni buat jeruk ye... :D
 
Kesimpulan dari Island hopping trip kami tu : Terus terang I cakap, I tak puas hati dgn trip tu. Sebab apa? Sebab masa yg terlalu singkat disebabkan oleh drebar bot dan “tourist guide” yg malas nak bekerja. Sepatutnya, trip kami tu adalah dari 8.30 am – 4.30 pm. Tapi tau tak, hari tu jam 2.30 ptg kami dh tersadai kt Ao Nang dah... Ni semua sebab dia singgah sekejap2 ja dekat each island tu. Cakap jek nak stop sejam. Tapi baru 30 minit dh kalut nak blah. Ko ingat aku xtau ko malas nk bekerje n ingat nak balik membuta jek kt umah? Huhhhh... Geram jugak la. Ingat sampai pantai tu nk gi komplen kt opis agent u. Tapi malas la nk spoil mood. 

Terus balik hotel, ambik moto n round2 kt kampong Klung Muang tu. Takdak apa yg menarik pun sini. Singgah la kejap kt pantai dia. Nak cecah kaki dalam air dia pun takut sebab sepanjang pantai tu Nampak banyak jelly-fish tersadai kt situ.
 
So konon nk singgah minum la kt salah satu gerai kt situ. Sekali mata I caught the word “fried pork” kt situ. Waaahhh tersentap! Terus blah. Kt sini nk mkn mmg kena hati2. Pandai2 lah pilih gunakan segala kepintaran yg Allah berikan ye... *Maksudnya : Jgnlah pulak semua benda ko nk rasa was-was. Alamatnya tak makan langsung lah pulak...
Tips : Kebanyakan kedai makanan Islam di sini akan letak sama ada tulisan Halal atau logo bulan & bintang.
 
Maka baliklah ke hotel. Mandi manda bersiap sedia merempit ke Ao nang lagi la jawapnya... Hahahaha. Sebelum Maghrib dh pecut ke sana. On the way ke Ao Nang ni klu u alls pergi, akan jumpa satu masjid. Haa kt area masjid ni ada banyak kedai makan Muslim. Kami pun singgah dinner jap kt situ.


 I choose kue teow sup Jumbo - very very very deliciousooo!!!

 Amet biasalaa... tak habis2 dgn kue teow goreng dia... sedap sgt la tu smpai takmau bangun ambik gambaq!

Kali ni dapat makanan yg super sedap n murah – TB100 saja utk 2 org makan.
 
Hari tu ada jugak pasar malam kt masjid tu. Mmg best la klu dapat pi baru bleh kenal produk2 n makanan tradisional dia kan. Tapi masa amat mencemburui. Kami terpksa terus ke Ao Nang beach sbb nak cari tiket van utk balik ke Hatyai keesokannya. Huhuhu.... Tak cukup la 2 malam kt sini... sob sob sob...

Dipendekkan cerita, tiket van dh dapat. Harga Ao Nang – Hatyai TB350/person. Direct dari sini takde kena taxi sapu ke Krabi town lagi dah.
 
So lepas tu boleh lah jalan2 enjoy dan berjoli frog!!!! Yeehaaaaaa!!!
 
Aktiviti wajib kat sini – Thai massage dan rawatan kecantikan. Mula2 both of us buat massage. Bagi hilang sakit badan naik speed boat ala F1 tadi. Pastu I sorang pulak buat foot scrub. Biasalah pompuan kenalah treatment lebih sikit kan...

 Harganya??? Amat2 murah!!! Tengok ni...

  Geramnya... next time kalau sampai lg I nk buat SEMUA treatment ni HAHAHAHAHA 
(ketawa tamak haloba)
 
Then shopping lah serba sedikit souvenir utk kawan rakan n sanak sedara...


 Beg kalis air ni antara barang yg sgt HOT dijual di sini. can see almost everybody bawak ni especially masa nk jalan2 kt islands tu....


 Ni pulak snack yg palng glemer kt sini- bBanana Pancake. Actually mcm roti canai pisang kita je... cuma dia variasi sikit dgn pelbagai sos strawberry, coklat, nutella dan lain2...

 OK Till then.... Gudbye Krabi!!!! We definitely will come back here!!!!

 Oppss... jap nk tunjuk vendour machine petrol dia. Yang lawaknya harga miyak sini main tibai ikut suka jek. Ada yg TB350 ada yg sampai TB400 macam2 harga padahal petrol brand yg SAMA :)

Sekian... berakhirlah sudah huang entri Krabi yg dh sebulan dijerukkan hehehehe... 

Next SNORKELIING desnitation : Pulau Redang, Terengganu in May 2013. Insya Allah....

Tuesday, March 19, 2013

STRESS KE JAH???

Bila rasa unhappy, or stress dgn keja (buat2 stress argghhh), or geram dgn seseorang (cth : geram dgn Amet yg tak tolong mop tangga), saya akan pergi makan sorang-sorang.

Hehehehe... Bagus la kan.. pi makan je pun... bukan pi karate orang...

Hahahaha .... Syiokkkk!!! (Ni baru betul2 namanya syok sendiri!)

 Papa John's Pizza @Setia City Mall


 Served with Jalapeno chili. Droooolingggggg....

The creamiest mushroomiest soup ever....

Untuk rakyat bertaraf hidup sederhana mcm I ni, yg sentiasa memburu apa sahaja pada harga murah, silalah pergi time lunch (12 - 3 pm). So dapat Lucnh Set dia at RM8.90 only! Ye... consist all of the above - Pizza single, Mushroom soup, Ice lemon tea.

Alhamdulillah. Lega. Released. :)

***Sebulan sekali boleh la jahhh hang buat stress mcm ni... klu buat-buat stres tiap2 hari kopak le jah oiiii... Hahaha... nak kena bajet balik keja petang nanti apa pulak nak kena pau dgn pakatan Cik Leha & Cik Bedah nu... nasib baik Cik Kiah belum join pakatan itu... :)

Happy Working all! No stress stress no...

Monday, March 18, 2013

SLIMMING BEAUTY :)

Bangun pagi ni tetiba meroyan nak badan jadik gemok. Hahaaha. Pastu sepanjang drive ke opis, sepanjang jalan dok berangan betapa comeinya I kalau jadik gemok. Hahaha. Gile! (Bak kata Yaya : Syamil tu gile! – Nanti nak cerita pasal bebudak ni)


Dah rasa nipis melayang mcm duit syiling sekupang dah badan I nih! Kdg2 rasa mcm “Eh, aku ni tengah berjalan ka tengah kena tiup dgn angin?” Hahahha… serius… mmg serius kekeronikan kekurusan I nih.

And I rasa antara faktor2 penyumbang kepada kekurusan badan I ini ialah :

1. Faktor genetic – sebelah ayah kot. Kalau mak tu gemok gedempol la pulak. Ya ampun mak!

2. Faktor breastfeed – Nana ni kalau ibu dh balik keja, mmg asyik nk melekat ja la.. walaupun I tau dia sebenarnya dh kenyang, tp saja ja hobi “melekat”. Akibatnya habih la kering kontang badan ibu ni disedut Nana yg semakin memberat.

3. Faktor tugasan – keja kt opis walaupun byk duduk ja tp memerah otak tu letih oooo…. Pastu dh balik rumah paham2 je lah tugasan kt umah mcmana. Tak pernah habis. (Dah byk kali membebel dlm blog ni, taknak ulang dah)

4. Faktor dah memang Allah bagi rupa paras badan aku mcm ni…. Haaaa yg ni mmg takleh sangkal dgn sebarang kata-kata lah ye...

Ada orang, nak sangat mengkuruskan badan sampai berpantang-pantang makan. Nak makan nasik tak boleh, nak makan mee goreng tak boleh, makan malam sebelum pukui 7, makan siang dengan buah-buahan saja. Macam2 ada.

I ni pulak, actually kami satu family pulak, kaki makan. Pemakan. Kalau I tak masak, mesti kena makan kt kedai, or tapau. Sumthing heavy. Not just bread n soup. No no. Kalau burger kena 2 biji sorang. Tapi hakikatnya I yg mmg rajin masak akan masak almost everyday, heh. Cth : 2 hari lepas masak Daging Masak Kicap Blackpepper + Ikan Terubuk Masin + Budu. Semalam pulak masak Sambal Sotong Petai + Cencaru goreng + Sayur campur. Haaaa… kau ado??? Hahahaha…

Walaupun daku wanita bekerjaya skrg, tp masak tetap masak.

Masak = Menenangkan perasaan, mententeramkan jiwa.
 
Makan-makan dgn Kak Ngah & cousin Nurul Akma kt rumah last week - Mee Bandung.

Laki aku mulut laser tu biasa la, cakap ja “Ibu ni skrg masak dh x berapa kick mcm dulu…” Tapi... tengok pinggan takdak pulak saki baki tak habis. Lauk pauk dlm periuk pun licin. Mangkuk nasik tambah pun bersih!

Alhamdulillahhh.... hilang rasa penat letih bertarung dgn minyak dalam kuali tadi hehehe.
 
Blackbottom Cupcakes for Kak Ngah's besday :)

Makan syok-syok on a raining evening....


Well, maybe, one not so fine day, people will come and laugh at me for having diabetes and hypertension or some other chronic diseases due to my eating pattern nih... But at the moment, I just enjoy eating. Semuanya rezeki.... :D

Ok, sekarang apa kata if I bukak SALE! Eh bukan sale Tupperware no... nak kena lelong dah seluar dan jugak jeans yg sudah terlebih saiz dari pinggang rampingku ini....  If I buat iklan Pre-Loved Sale utk jeans/seluar saiz 27 & 28 (Takdak la yg mahal2 sgt... cap ayam biasa2 ja hihihi) ada dak org nak beli??? I mmg dh xleh pakai... dah londeh u!!!

Well, I sudah pakai seluar saiz 25 sahaja ye... oh, make it BOLD curve pleaseee..... Huahuahua.... **eyes rolling**

Till then, Happy Weekend everyone! It's the time to enjoy your Home-made food!

Wednesday, March 13, 2013

CRITICAL POINTS

Sebenarnya sekarang I masih keadaan keliru yang amat sangat. Keliru dan tak pasti sama ada pilihan I untuk bekerja makan gaji ni satu pilihan yang betul atau pun tidak. Semakin hari difikirkan situasi ni, semakin keliru jadinya. Kenapa I rasa begini? Begini kisahnya...


Suatu hari I bersembang dgn mak Farisha (salah seorang anak yg dijaga oleh pengasuh anak2 I ). Tanya dia tentang persekolahan anak2 – dia ada anak kat sekolah kebangsaan. So dia cerita since diorang mmg tinggal kt kawasan Bandar Baru Sg. Buloh, so anak2 mmg ke SKBBSB lah. Pagi van ambik bawak ke sekolah agama KAFA, pastu van ambik hantar rumah pengasuh, rehat dan mandi dan lunch, then van ambik lg kt rumah pengasuh then hantar sekolah kebangsaan pulak. Which is just nice lah schedule dia kan?

Tapi yg x berapa nicenya, dan menjadi dilemma kepada kami, ialah sbb rumah kami adalah beralamat Bukit Rahman Putra (which is about 2 km je pun jaraknya dari BBSB tu). Tapi kawasan kami mmg dah ada sekolah sendiri iaitu SKBRP. And this school I tell you... wins all the anugerahs and piala-piala here n there and the school is called “bestari” (or sumthing like that hehe...) and everybody is sanggup bertipu-tipuan pinjam bil lektrik, bil astro dan sebagainya just to send their kids here. To this very school which is just in front of my house!

So mak Farisha tu suggest I hantar je Zuzu ke SKBBSB, so that the same van dgn anak2 dia boleh pick n send them together. Sebab kalau nak hantar SKBRP, she said MAYBE mcm tak ada van yg sanggup hantar ke sana sbb agak jauh. Bukan apa, takut x sempat dgn anak nk balik dr sekolah KAFA and mandi makan everything.

And of course dalam kepala I cakap “Tak mungkin aku nk hantar Zuzu ke SKBBSB....???” Sedangkan org lain yg jauh pun berhempas pulas berebut tempat nak masuk SKBRP, tak kanlah aku yg alamat depan sekolah tu taknak ambik peluang keemasan ni??? So, pening lah di situ ya.

So bila cerita kat Amet, he suggested that I quit my lovely job and become a WAHM. So that I can hantar sendiri anak2 pergi sekolah. Yes, of course not just a full-time housewife, tapi mesti WAHM. Kalau tidak alamatnya xde lah tudung baru ye...Hahaha.

Well, actually the thing is, it’s not just about the tudung baru or handbag or whatever things like that. The thing is, I ada banyak tanggungan. Yes Amet said he can pay off my debt and so. But how about my single-mother mother? I don’t think she can afford a life with 2 boys yg kuat makan just with her small pay. I have to pikul the responsibilities to support them and I am trying my best. Walaupun sumbangan I ni takdaklah sebanyak mana, but at least bila I kerja, ada gaji tetap, I can still give additional supports.

So now, IF i jadik WAHM. Keja or bisnes kecil2an from home, will i still be able to give them such support again? What if my income tetiba jadik ciput gila? Or come the time yg tak ada sale langsung? Setakat jual tupperware main-main untung sepuluh dua tu x payahla nak berangan...Yes, my sister is also supporting them but as I said, kami pun boleh bagi sorang sikit je since we also have our own family. Nak beli baju anak, nak beli pensil eraser yg taktau berapa kali hilang... So sekarang ni, cukuplah setakat merasa sorang sikit...

I am in a dilemma.

Nak keja, or nak resign?

Nak hantar anak pergi sekolah best, or nak hantar sekolah biasa?

Sanggup tak tengok mak n adik2 tak cukup makan pakai?

Sanggupkah I menahan diri tukar baju 5 tahun sekali dan tak dapat beli mekap?  Soalan yg x penting. Sila abaikan.
What kind of business I can do to have enough?

Wahai Allah, dalam hatiku ini, ada baaaaaaanyak niat suci murni. Nak jaga anak2 and give them the best of life. Nak jaga mak n adik-adik. Nak bantu orang sana-sini. Maka aku pohon pada-Mu wahai Allah yang Maha Kaya, Yang Maha Pengasih, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Engkau bantulah aku untuk membantu semua yg memerlukan bantuanku... Kalau ada pekerjaan / sumber rezeki yg memudahkan aku melakukan semua ini (i.e : ofis yg dekat sgt2 dgn rumah + gaji yg banyak hehehe), datangkanlah ia padaku... Amiiinnnn...


***Tengah buat planning nak bawak anak-anak visit Rumah Amal Buah Hatiku. At least bila I ada gaji (walaupun tak sebesar mana), boleh jugak buat sedikit sumbangan pada yg memerlukan...

*** Opsss... sesiapa yg nak memberi sumbangan kepada Rumah Amal Buah Hatiku (barangan atau kewangan), boleh serahkan pada kami (sila hantar ke rumah ye). Insya Allah kami boleh tolong sampaikan. Tapi date belum confirm lagi. Will keep u all updated.

Monday, March 11, 2013

A BATTLE TO FIGHT

Alhamdulillah, finally dapat jugak meluangkan masa untuk melawat Semah a.k.a Nor Asmah Zamani yang telah masuk minggu ke-3 ditahan di wad. Sebaik saja tahu Semah dimasukkan ke wad dan melihat status update suaminya, Razlan, my feeling mula rasa x menentu. Memang dh lama Semah mengidap sakit buah pinggang. Tapi selama ini tak pernah dimasukkan ke wad sehingga begitu lama.




Keadaannya agak merisaukan. Walaupun masa kami visit dia, Semah tetap ceria seperti biasa. Masih nak buat lawak, nak gelak ketawa, walaupun kelihatan lemah. Tapi mmg itulah Semah yg I kenal. Kalau org suruh pilih satu perkatan untuk describe Semah – “Ceria” – will suit her the most.



So kami bersembang macam-macam. Tapi I x boleh lama-lama menempek dgn Semah. Sebab anak-anak semua I tinggalkan kt bawah dgn Amet since ward tu tak allow kanak2 masuk. Dengan cuaca yg agak panas hari tu, I risau budak2 tu mengamuk pecah tiang hospital ke hapa, terpaksalah spend just about 30 mins jek dgn Semah. After that, I turun dan tukar turn bagi Amet pulak naik melawat while I jaga anak2.



Melihatkan keadaan Semah, mmg I rasa sebak sangat2. Tapi sedaya upaya menahan airmata daripada meleleh keluar. I tried my best to show my happiest face, my biggest smile and laughter... Tapi maybe my sadness was too much and x dapat nak disembunyikan sangat sampai Semah tanya “Buat apa hang buat muka sedih ja?” Then I just said “Tak lah, aku tak sedih pun. Aku happy tengok hang happy...” Pada hal dalam hati rasa nak teriyak, nak keryau peluk Semah kuat2...



Semangat Semah mmg tersangat2 kuat. Selamba je muka dia cerita yg dia rasa incredibly pain bila one of the antibiotic dimasukkan ke badan dia and each treatment tu ambik masa 30 minit. So dia cakap selama 30 minit tu dia hanya boleh berzikir saja menahan sakit. And she has to go thru it everyday! Sedangkan dia yg biasa kena cucuk (for dialysis) tu pun boleh cakap sakit, I x dapat bayangkan kalau kitayg biasa2, yg lemah lembik ni kena mcm tu... Semah mmg kuat! Aku kagum dgn hang!



It’s not easy melalui life mcm tu. I understand. Tapi maybe tak boleh menyelami keseluruhan perasaan dia. No matter how I rasa sedih pun, I have never experienced being in her body. But I can feel that if I di tempat dia, mesti I tak dapat bertahan lama. Sebab I can’t see myself kuat mcm dia. Its not easy to see friends among you berseronok bergumbira ke sana sini. Makan-makan apa saja sesuka hati. While you have to hold yourself with a controlled diet and so. But Semah has made it! She is so strong and she enjoy her days happily and I believe that is the best defence yang buat dia berjaya melalui semuanya sampai ke saat ini.



Tapi Semah mmg beruntung. Sangat-sangat beruntung. The only thing she don’t have is a perfect kidney. But other than that, she has the most happiest life sbb Semah got the most lovingly husband the ladies are dying for!!!! Hahaha jangan takut Semah. He is all yours. Hehehe..takde org ambik ok? But seriously, susah kot zaman sekarang ni nak cari Mr. Perfect mcm Cik Lan nih. Mcmana kuatnya Semah, mcm tu lah kuatnya Cik Lan. Dengan sabarnya dia melayan dan menjaga Semah, kuatnya dia mencari rezeki, tabahnya dia mengharungi saat2 getir dan emergency (mcm sekarang ni), ikhlasnya dan sucinya hati dia melakukan semuanya utk Semah. Dalam diam2 I curi-curi pandang wajah kasih dan sayangnya dia pada Semah masa kt hospital hari tu. Sorry! Tapi sangat terharu tengok pengorbanan dan ketulusan jiwa Cik Lan ni. Tak ramai kot lelaki boleh sabar dgn isteri yg sakit bertahun-tahun mcm ni... And paling terharu, sbb dia tahu Semah sakit since before kawen lagi and he still accept her menjadi surihati nya... Pendek kata mmg elok sgtlah jodoh depa nih. Subhanallah...

To Semah and Lan, I wish and I doakan Semah cepat2 sembuh dan sihat. Nanti dah keluar hospital, mesti mai makan2 umah kami no...



***Until today, it is day-24 Semah been warded. Ada few implication including infection at heart and lung – so dia kena continue antibiotic yg kuat and make her nausea, pening, muntah2 lemah dan no appetite. BP turun naik. She had received few pints of blood since Hb very low. Tolonglah semua yg membaca, doakan utk sahabat saya yg kuat,yg saya sayangi, Nor Asmah Zamani.

Friday, March 1, 2013

TINTA KASIH SEORANG SUAMI

I would like to share Nizam's FB status (Husband to our beloved late friend - Yasnida)


Bismillahirrohmaanirrohim



Allahu Akbar! Allahu Akbar!Allahu Akbar!

Assalamu’alaikum warohmatullahi wabarokatuh

...

Alhamdu Lillah, baru hari ini berkesempatan untuk menulis sedikit coretan setelah agak lama jugak keadaan terlalu genting dan sibuk. Diharap dengan sedikit coretan ringkas ini akan dapat menjawab sedikit sebanyak persoalan mengenai apa yang telah diuji kepada keluarga saya dan isteri terutama kepada yang baru mengetahuinya. Coretan ini juga diharap menjadi kenang kenangan dan pengubat rindu dengan arwah yang sentiasa dekat di hati saya, keluarga serta para sahabat2 dan kenalan beliau.

Izinkan saya bermula begini…

Sebenarnya, saya sekeluarga telah pulang ke Malaysia pada penghujung bulan disember 2012 yang pada masa itu ayah saya berada di ICU disebabkan colon cancer, kami pulang bagi menziarahi beliau dan seterusnya Yasnida membuat keputusan untuk terus berada di Malaysia bagi menyambung perkhidmatannya sebagai guru. Ini disebabkan tempoh cuti tanpa gaji beliau sudah hampir ke penghujungnya iaitu pada bulan Jun 2013 nanti. Beliau juga merancang untuk bersalin di dalam perkhidmatan dengan harapan untuk menyambung lagi cuti tanpa gaji selama 5 tahun lagi bagi memberi tumpuan sepenuhnya kepada keluarga. Pada ketika itu Yasnida mengandungkan anak kami yang ke-5 dan kandungan ketika itu telah berusia 5 bulan. Alhamdulillah.

Saya berangkat balik ke Saudi Arabia bersama anak sulung saya yang bersekolah di sini. Yasnida berada di Malaysia bersama tiga lagi anak2 kami. Begitulah perancangan kami

Sesungguhyan Allah amat sayangkan keluarga kami lebih dari apa yang kami sayangkan. Allahlah jua sebaik-baik perancang dan penentu segalanya. Pada pertengahan bulan Januari 2013, Yasnida mula mengalami masalah kesihatan, badan belia terasa lemah. Beliau merujukkan perkara tersebut ke O&G consultan di KPJ Ipoh Specialist, dan Doktor suspect Pregnancy Anemia sahaja yang berlaku lalu Doktor memberikan ubat2 tambah darah serta acid folic sahajalah. Saya jugak menjangkakan itu adalah alahan mengandung yang memang selalu berlaku kepada beliau sejak mengandungkan anak sulung lagi. Menjelang minggu yang seterusnya, Yasnida merasakan diri dia semakin lemah dan di sendiri yang memandu kereta ke KPJ Ipoh Specialist dan meminta doctor masukkan di ke wad dengan menegaskan di memerlukan rawatan, dia rasa terlalu lemah sangat. Doktor pun masukkan beliau ke wad dan membuat ujian darah secara terperinci dan merujukkan kes Yasnida kepada pakar Hematology. Doktor juga telah memasukkan beberapa pint darah bagi menstabilkan kembali darah beliau selama beberapa hari.

Allahu Akbar! Keputusan yang keluar memang memeranjatkan kami. Yasnida didiagnosed menghidapi T-Cell Acute Lymphoblastic Leukimia (ALL) a.k.a Blood Cancer. Doktor mempunyai keyakinan sebanyak 99% pada ketika itu dan meminta untuk melakukan Bone Marrow Test bagi mengesahkan lagi 1% keyakinan beliau itu. Maka Bone Marrow test pun dilakukan dan keputusannya memang ternyata beliau menghidapi penyakit tersebut dan doctor mencadangkan untuk membuat rawatan Kemoterapi secepat mungkin untuk menyelamatkan keadaan. Termat pedih lagi apabila doctor menyatakan bayi di dalam kandungan terpaksa digugurkan bagi member laluan kepada kimoterapi dan untuk menyelamatkan nyawa si ibu sendiri.

Pada ketika ini, saya sudah kembali ke Malaysia dan membuat keputusan untuk membuat second opinion ditempat lain.Yelah, keputusan yang perlu di ambil adalah amat penting dan amat mempengaruhi kehidupan keluarga kami pada masa akan datang, jadi kami perlu membuat kepastian yang jitu terhadap keputusan perubatan ini. Kami meneruskan second opinion di SIME DARBY MEDICAL CENTER, Subang Jaya. Sekali lagi ujian darah dilakukan dan keputusannya adalah sama juga dengan apa yang telah kami ketahui. Allahu Akbar! Pada masa ini doctor sudah mulai memberikan Yasnida Prednisolone (sejenis steroid untuk mengawal sel kanser yang sangat aggresif dan juga sebahagian dari kimoterapi itu sendiri).

Kami seterusnya merujuk perkara ini ke sebuah pusat Rawatan Islam, Perubatan Al-Hidayah yang mempelopori rawatan kanser mengunakan terapi Al-Qur’an. Perawat tersebut juga mengakui bahawa sel kanser yang dihidapi beliau amat aggresif katanya. Perawat tersebut memberikan air penawar dan beberapa petikan surah AlQur’an untuk di amalkan. Perawat juga mencadangkan isteri saya untuk membuat Kimoterapi kerana menurut beliau sel kanser sangat aktif di dalam badan Yasnida. Alhamdu Lillah, ada sedikit perubahan setelah melakukan terapi Al-Qur’an. Jari2 Yasnida agak kembali merah setelah terlalu pucat sebelum ini. Kami bersyukur.

Kami juga merujuk kepada Darussyifa’ di Puchong dan Bangi untuk mendapatkan rawatan tetapi rawatan menggunakan Kayu kenderak tidak dapat dilakukan kerana pada ketika itu Yasnida sedang mengandung. Panas katanya.

Kami telah bermesyuarat dan bersepakat sesama kami untuk berjuang habis habisan bagi merawat penyakit ini kerana inilah tanggungjawab kami. Keputusan telah diambil untuk bersetuju menggugurkan kandungan tersebut walaupun ia amat berat sekali. Terlalu berat tetapi kami sebenarnya tidak mempunyai banyak pilihan sangat pada ketika ini.

Seterusnya, saya merujukkan kembali isteri saya ke KPJ Ipoh Specialist bagi menggugurkan kandungan tersebut dengan hati yang cukup berat sekali. Alangkah terkejutnya kami lagi apabila KPJ Ipoh Specialist menolak kes ini kerana berisiko tinggi. Doktor menyatakan si ibu mempunyai risiko tertalu tinggi kerana keadaan seperti berikut.

1. darah ibu tidak normal ataupun tidak stabil di mana sel darah putih terlalu tinggi, darah merah terlalu rendah dan yang paling berbahaya ialah platlet juga terlalu rendah. Dikhuatiri sekiranya apa2 berlaku darah tidak dapat membeku semula.

2. Kandungan sudahpun bernyawa pada ketika itu walaupun masih tidah matang.

3. Si ibu sudah pun melakukan 2 kali C-Sec surgery untuk kelahiran yang sebelum ini. Ini memberikan risiko sekiranya si ibu perlu melakukan surgery lagi.

Doktor menolak kes ini ke Hospital Besar Ipoh setelah tidak sanggup mengambil risiko.

Di Hospital Besar Ipoh, Pakar O&G mengambil lebih kurang 3 hari untuk membuat keputusan bagi kes ini bersama2 pakar Hematology. Akhirnya keputusan di ambil untuk mengeluarkan bayi dengan menggunakan kaedah ubat Cervagem yang agak mengurangkan risiko. Tetapi sekiranya tidak Berjaya, kaedah C-Sec terpaksa juga dilakukan. Akhirnya, bayi Berjaya juga dikeluarkan melalui kaedah Cervagem ini.
Alangkah luluhnya hati si ibu apabila mendenga anaknya menangis dengan sekali teriakan tatkala bayi kami keluar kea lam fana ini. Allahu Akbar! Saya sendiri sempat mengazan serta iqamat bayi ini sebelum menghembuskan nafas terakhir. Yasnida sendiri tidak sanggup untuk melihat bayi ini kerana terlalu hiba sangat. Alhamdu Lillah, Nurul Iman binti Mohd Hashanizam telah selamat di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam Simpang Pulai, Perak.

Seusai saja dua hari selepas bersalin, kami dengan kadar yang segera berangkat kembali Jubail untuk mendapatkan rawakan Kimoterapi bagi melawan penyakit kritikal ini. Kami sempat berehat semalam saja di rumah dan terus mendapatkan rawatan di Saad Specialist Hospital, Al Khobar, Saudi Arabia setelah berbicang dengan doctor. Sebelum berangkat, doctor telah membekalkan kami Prednisolone (steroid) bagi mengawal keadaan sehingga kami mendapatkan rawatan yang bersesuaian.

Sesampai saja di hospital, dektor membaca laporan dan seterusnya membuat pemeriksaan ke atas kes kami, doctor immediately, meminta Yasnida masuk wad pada 3 Februari 2013. Pemeriksaan tahap penerimaan kimoterapi dibuat dan doctor berpuas hati untuk melakukan kimoterapi. Disamping itu, pengesahan sekali lagi melalui Bone Marrow Test dilakukan oleh doctor.

Bermulalah kehidupan yasnida di dalam wad hospital. Beliau menanggung penyakit kritikan bersama sakit rindu yang teramat kepada permata hatinya yang ditinggalkan di Malaysia bagi berjuang untuk melawan penyakit ini.

Mungkin ramai yang bertanya, mengapa tidak melakukan kimoterapi di Malaysia saja, kenapa mesti berada di Saudi. Berikut mungkin boleh menjawab persoalan tersebut;

1. Arwah pernah menyatakan bahawa dia tidak sanggup untuk menghadapi penyakit kritikal ini dengan keadaan berjauhan dari saya. Yasnida memerlukan sokongan yang sepenuhnya dan berterusan dari pada saya. Memang, pada ketika ini, emosi beliau amat terganggu dengan kesdeihan kehilangan orang tersayang serta menghadapi ujian penyakit kritikal itu sendiri. Yasnida banyak termenung dan menangis kata ketika itu. Apabila di tanya, beliau menyatakan amat merisaukan apa akan terjadi pada anak2 dia apabila dia tiada. Allahu Akbar!

2. Banyak keputusan2 pentingyang memerlukan perbicangan terus di antara kami berdua perlu diambil. Kami kena sentiasa bersama.

3. Medical Insurance Coverage. Ya, Pantai Specialist Hospital mengenakan kos sebanyak RM 60k untuk satu kitaran kimoterapi. Sekiranya Berjaya, Yasnida mungkin memerlukan kira-kira 6 kitaran untuk menghabiskan keseluruhan kitaran kimoterapi. Kami memerlukan RM 360K untuk hal ini.


Dipendekkan cerita, Kimoterapi pun bermula sehingga ke minggu ketiga dari kitaran pertama. Sejak bermulanya kimoterapi, Yasnida ada mengadu yang badan dia terasa amat lemah sangat. Kita paham, memang itulah kesan perubatan kimoterapi yang perlu dihadapi.

Pada Jumaat 15 February 2013, saya dan anak sulung kami, Nurul amirah datang melawat beliau seperti biasa. Beliau nampak agak lemah tetapi masih ceria seperti biasa. Kami makan2 bersama di dalam bilik isolation beliau. Saya menyatakan kami perlu pulang cepat ke rumah, tak boleh lama2 kat hospital kerana bimbangkan ada jangkitan kepada beliau memandagkan darah putih beliau sudah menurun hingga ke sifar yang mana badan beliau tidak mempunyai pertahanan yang kuat untuk menghadapi sebarang jangkitan kuman sementelah pada ketika itu saya dan anak agak berasa sedikit selsema walaupin kami memakai penutup mulut dan pakaian yang bersesuaian sebelum masuk ke bilik isolation dia.

Saya menyuruh anak Nurul Amirah untuk bersalaman dengan mama nya sebelum pulang. Pada ketika itu, saya sudahpun berada di muka pintu untuk beransur pulang. Sengaja saya terus bersedia untuk balik dengan tidak mahu bersalam salaman dengan yasnida bagi mengelakkan sad moment kepada dia. Pasti dia akan menangis kerana terpaksa tinggal berseorangan. Saya tidak mahu dia menangis, saya mahu dia kuat, tabah dan kental menghadapi situasi ini. Tetapi beliau meminta sangat untuk bersalaman dengan saya sambil dari kejauhan menghulurkan tangan. Saya sendiri tidak sampai hati, dan terus menyambut tangan itu, Kami bersalaman.

Rupa-rupanya, itulah kucupan tangan terakhir seorang isteri kepada saya dan ciuman kasih terakhir seorang ibu kepada anaknya. Pada 17 february 2013, Doktor menelefon saya member tahu saya yang Yasnida berada dalam keadaan kritikal dan memelukan kebenaran saya untuk membuat pembedahan dileher bagi memasukkan saluran bantuan perubatan ke badan beliau. Ya Allah! Isteriku sudah jatuh koma mulai saat itu. Beliau tidak sedarkan diri kerana menghadapi serangan Septic Shock yang bermula dengan hypotension sehingga menyebabkan beliau berlu bantuan pernafasan sepenuhnya. Kedua2 buah pinggang beliau juga sudah rosak sehingga memerlukan dialysis 5 jam setiap hari bagi menyelamatkan keadaan. Mulai saat itu, kami tidak mendengar lagi suara dan senyuman mesra Nor Yasnida Mokhtar.

Pada 26 february 2013, setelah 8 hari berada di ICU, yasnida pergi menghadap Ilahi membawa meninggalkan seribu kenangan terindah serta suka duka hidup bersama.

Dikesempatan ini saya bagi pihak Arwah Nor Yasnida Binti Mokhtar, memohon ampun dan maaf setulus hati kami sekiranya ada sebarang kesalahan atau kesilapan sama ada sengaja atau tidak daripada semua. Pihak keluarga juga memohon maaf kepada semua pihak kerana sepanjang Yasnida terlantar di hospital sama ada di Malaysia ataupun di Saudi Arabia, Yasnida agak keberatan untuk menerima pelawat kerana menurut beliau, dia inginkan ketenangan untuk menghadapi rawatan ini. Ramai saudara mara serta kawan2 yang berhajat untuk berjumpa beliau tetapi terpaksa saya menolaknya atas permintaan arwah sendiri. Mohon Maaf.


Sekiranya juga ada sebarang hutang piutang juga daripada pihak arwah, diminta hubungi saya dengan kadar segera untuk urusan penyelesaian in shaa Allah.

Bagi pihak keluarga, ingin juga saya merakamkam Jutaan penghargaan dan terima kasih kepada Tuan2, Puan2 Saudara saudari, saudara mara, para sahabat baik di Malaysia, Saudi Arabia atau di mana jua yang sejak dari mula tidak putus2 mendoakan kesejahteraan ke atas arwah dan kami sekeluarga serta menghulurkan segala bentuk bantuan, sokongan kepada kami. Tidak termampu saya menyebutkan nama seorang demi seorang kerana terlalu ramai dan banyak bentuk pertolongannya. Hanya ALLAH jua lah yang dapat membalas budi baik kalian.

Sesungguhnya Allah datangkan ujian itu bersama dengan bantuannya. Kami merasa amat bersyukur sangat kerana bantuan itu dating dari sumber yang tidak di sangka sangka dari pelbagai pihak. Masya Allah! Subhanallah! Allah sangat sayangkan keluarga kami. Indeed.

Kami bersyukur kera dipertemukan dengan saudara2 yang sungguh budiman.

Semoga ujian ini menambah dekatkan kami kepada Mu ya Rabb!..
Sekian daripada saya, Salam Kasih salam Ksesyukuran
Kepada isteri tercinta, Abang doakan Yas ditempatkan dikalangan Orang2 yang solehah serta aman di sana hendaknya. Doa abang sentiasa bersama mu. Jika kunci syurga itu ada pada abang, telah lama abang serahkan kepadamu. Telah abang redho dan maafkan segalanya. Alhamdu Lillah.

Sekian. Sebuah coretan rasa.
Mohd Hashanizam Bin Abdul Rahman

Nurul Amirah

Muhammad Amril Hashanizam

Muhammad Raisalfaruqi Hashanizam

Nurul Fasehah



1/3/2013