Tuesday, July 1, 2014

SALAM RAMADHAN :)

Asslamualaikum & hi kawan2 semua :)

 Ramadhan Inspirasiku, Al-Quran Sahabatku!


Di kesempatan ini I ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yg penuh barakah kpd semua yg terbaca blog I nih. Dan I jugak nak mintak maaf jika tanpa sengaja menyakitkan hati, atau tersentuh perkara2 yg sensitif buat kawan2 semua.

Semoga kita semua dapat berpuasa dengan hati yang penuh ikhlas, rasa rendah diri dan penuh berserah kepada Allah.

Bulan Ramadhan kali ni I ada 2 azam. Haaa... bukan tahun baru ja nk berazam, bulan Ramadhan pun elok sangat berazam sbb ia bulan yg baik & penuh dengan kebaikan. Maka possiblity utk merealisasi azam tu lebih tinggi! Insya Allah...

1) Azam I yg pertama ialah nak menjadi isteri & ibu yg lebih bersabar, kurang marah, dan berjiwa tenang dengan lebih banyak masa mendekatkan diri kepada Allah. Selama ni I mmg jenis tak sabar sikit..especially bila anak2 meragam hehehe... So harap2 ramadhan kali ni dpt membawa perubahan. Lagipun, bukankah ramadhan dikenali sebagai bulan tarbiyah - khas untuk mendidik hati & peribadi insya Allah...

2) Azam yang kedua ialah nak banyakkan Bersedekah. Ya, I nih mmg seorang yg jarang sangat bersedekah. kadang2 rasa curiga la nk bagi, kadang2 rasa tak cukup la... Tapi Allah dah janji, siapa yg rajin bersedekah Allah akan gantikan berlipat ganda kebaikan untuknya. Bukan sahaja balasan dari segi wang ringgit, mungkin anak2 yg bijak, sihat dan menyenangkan I untuk menajga mereka (Ya, skrg ni pun tak susah sgt, tapi masing2 ada saja pe'el yg buat ibu naik singa tiap2 hari!). Mungkin juga anugerah suami yg penyayang dan lembut tutur kata nya... (amin2..hehehe), atau mungkin juga rasa berlapang dada dan ketenangan yg ternilai nikmatnya!

Anda pula bagaimana? Ada azam ramadhan?

Okeh, now jom tengok gelagat hari pertama Ain Zulaikha berpuasa penuh. 

 Punya teruk... sampai tak boleh bangun dh konon... (time ni dh pukul 7 pm)

Hehehehe...mcm2 ragamnya...naik pening ibu menjaga. Sekejap sakit perut, sekejap rasa lembik, sekejap lapaaaarrrrr sangatttt...Hahaha tapi this time me & Amet keraskan hati n paksa dia puasa jugak sampai habis. Selepas berbuka, Alhamdulillah Zuzu mula rasa nikmat "kemenangan". Haaa tau pun best kan!

Sekian, Selamat Berpuasa & Menghayati Ramadhan buat semua kawan-kawan :)