Friday, May 8, 2015

Keajaiban Solat Dhuha 12 Rakaat



Sebelum kita teruja nak berusaha solat Dhuha 12 rakaat, saya ingin kita ‪#‎throwback‬ hadis Nabi SAW,
“Di pagi hari seluruh persendian kalian diharuskan bersedekah. Setiap bacaan tasbih (Subhanallah) adalah sedekah, setiap bacaan tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap bacaan tahlil (Laa ilaha illallah) adalah sedekah, dan setiap bacaan takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah.
Amar ma’ruf dan nahi mungkar juga sedekah.

Dan seluruhnya dapat digantikan dengan melaksanakan 2 raka’at shalat Dhuha...” (HR Muslim: 720)
Andai baca hadis di atas, solat Dhuha adalah ibarat hutang badan kita kepada Allah.
***

Syukur
Sedikit sekali hamba-Nya yang bersyukur. Sudah terlalu banyak nikmat yang Allah beri kepada kita dan tiada nikmat yang patut kita dustakan. Andai kita solat sunat Syukur 100 rakaat atau solat Dhuha 100 rakaat pun belum cukup untuk membalas kebaikan Tuhan kepada kita.
Oleh sebab itu ada hadis kata, apabila anak adam solat 4 rakaat di pagi hari, Allah akan cukupkan.
Daripada view yang lain, saat kita sedekahkan tubuh kita untuk Allah di pagi hari = refleksi syukur kepada Dia. Dia sudah berjanji, apabila kita bersyukur, Dia akan tambah nikmat.
Maka, tidak hairan ketika solat Dhuha 12 rakaat, Tuhan akan tambah nikmat. Saya berpesan dengan diri, buat kerana Allah, buat kerana rasa syukur kepada Allah, balasannya terserah kepada Allah nak bagi apa.
Daripada banyak kisah sedekah yang menjadi, pasti ada antaranya yang tidak terjadi yang termasuk dalam kategori bertangguh atau elak bala.
Saat menjadi, pasti ada antara hamba-Nya yang mula persoalan keadilan Tuhan,
"Kenapa aku buat tak jadi?"
Oleh sebab itu, saya pesan buat kerana Allah semata. Bulat kerana Allah.
1/0 = infiniti
1/1 = 1
Saat kita buat bulat kerana Allah, insya-Allah balasan-Nya tidak disangka-sangka. Suprise!
Saat kita bulat kerana sesuatu selain Allah, balasan-Nya terhad ( 1 )
Perbaharui niat - buat kerana Allah. Buat kerana rasa syukur dengan sedekah tubuh kita untuk Dia.
Perdagangan yang tidak rugi - surah Faathir ayat 29 iaitu baca Al Quran, solat dan sedekah.
***
Kisah Keajaiban 12 Rakaat Dhuha
Cuba untuk istiqomah duha 12 rakaat. Dah 1 minggu buat. Kesannya memang lain macam. Rasa macam tak keje. Tapi buat duit, banyak dapat ilmu baru dan dapat sparring partner.
.
Betul la Hj Napi cakap, memang 12 rakaat ni tarik rezeki yang jauh datang dekat. Hj Napi sendiri 3 bini dah. Kalau ada peluang mesti dia bagi jemaah masjid makan percuma hasil masakan isteri-isterinya.
.
Rupanya rezeki itu mudah. Berjalanlah kepada ar Razaq. Nescaya rahmatnya datang berlari kepadamu.
Kredit: https://www.facebook.com/5orgPembunuhDewa/posts/10153237290597822
***
Panduan solat Dhuha 12 Rakaat
Ini mungkin membantu anda untuk buat Duha 12 rakaat.
#1. Kelebihan
Pengalaman saya 12 rakaat Duha memang super power. Memang dapat feel rezeki datang mengejar kita. Takkan dapat rasa kalau tak buat! Confident dalam buat apa perkara. Dapat ilmu baru dengan pantas dan inshaAllah dapat partner yang tepat.
#2 Cara saya buat
- Seawal pagi kira-kira 100 minit selepas masuknya waktu subuh atau 15 minit selepas syuruk atau saat anda lihat matahari pagi sedang menyala masuk ke celah-celah ruang rumah.
.
Biasa ambil masa dalam 15 minit. Tak lama mana pun. Kalau kita boleh layan wasap sampai 1,2 jam takkan 15 minit untuk tarik rezeki kita tak bole buat. Kan? (Nak buat 2 rakaat tak masalah tapi feel dia tak sama langsung dengan 12 rakaat + awal pagi)
.
- Rakaat pertama surah Ad Duha dan rakaat kedua surah Al Asr
.
Rakaat ketiga sampai rakaat ke 12 baca surah Al Fiil menurun sampai ke An Nas. Saya buat begini supaya saya tidak lupa bilangan rakaat yang saya buat (saya juga insan yg lalai dalam solat)
.
Sujud akhir (rakaat ke 12) saya baca Al Wahab 40x (rujukan daripada kitab Hisni Hasin) fadhilatnya Allah akan beri rezeki dari sumber yang tak disangka-sangka.
.
Habis solat saya istighfar 3x dan baca Al Basit 10x kemudian sapukan pada wajah (juga rujukan kitab Hisni Hasin) dan disambung dengan doa solat Duha.
.
#3 Doa saya
InshaAllah ini perkongsian saya. Mudah-mudah anda yang membaca dapat amal dan sampaikan. Saya akan doakan anda dalam Duha saya menjadi orang yang penuh keberkatan, kekayaan dan kebaikan.
.
Share & sebarkan manfaat

Wednesday, May 6, 2015

KHATAN ANAK PEREMPUAN ~ AMANI ZAHIRAH

Hehehhe... dah memang sah-sah la semua anak-anak saya adalah PEREMPUAN! Hahahhaha..

Yup, tapi sebelum ni tak pernah tulis kot pasal khatan kan baby perempuan ni kan? Padahal ini dah masuk kali ke-4 :)

Well, maybe sebab sebelum ni, urusan mengkhatan semua anak-anak bukan saya yg buat sendiri.. Heheh thats why lah mcm tak pernah ada rasa keinginan nak cerita.

Masa Zuzu dulu, mak saya bawa ke bidan kat kampung. Masa Yaya pulak, mak mertua bawakan ke bidan kat kampung depa pulak. Masa Nana, makcik2 saya iaitu Teh dan Cik Ton yg bawakkan Nana ke klinik di Perlis utk dikhatankan, sebab masa tu saya tengah berpantangkan Nini.

So untuk Nini ni barulah saya & Amet yg bawak sendiri. Itu pun dah terlajak "tua" dah si Nini ni....  Dah masuk umur 1 tahun 6 bulan dah.. Aduhai...saya betul2 terlupa sebab asyik bertangguh dari hari ke hari... Maafkan ibu na sayang..

Mula-mula kami bawa Nini ke Klinik Keluarga kat Bandar Baru Sg. Buloh tu. Kat sana mmg dah tanya sebelum ni, ada perkhidmatan khatan bayi perempuan dgn doktor wanita kat situ. Harga RM40. Tapi bila sampai semalam, org dah penuh padat sgt2 dlm klinik tu. Padahal jam baru je pukul 8.30 pagi. Malas pulak nak tunggu lama2 kang meragam Nini & Nana ni.

So, saya cuba call PMC. Bila tanya, diorang cakap Dr. Ratna yang buat khatan tu. Dan kbetulan doktor mmg tengah ada. Ok, terus kami ke PMC pulak. Alhamdulillah org tak berapa ramai, dapat no.5 .

Nini punyalah happy dalam klinik tu, berjlalan-jalan sana sini, siap dok "yeay-yeay yeay-yeay" masa nak masuk bilik doktor hehehe. Sampai Dr. Ratna pun cakap "Oooo awak yeay-yeay ye...hihi".
So doktor mintak saya bukak pampers dia dan letakkan atas katil. Saya peluk Nini supaya tangan dia tak meronta/menggangu.  Doc letak antiseptik skt dan guna gunting tajam. Tapi saya tak dapat tgok dgn jelas sgt proses tu sbb terlindung tangan nurse.

Alhamdulillah, Nini tak nangis pun... cuma bunyi ekk-ekk sikit je. Lepas dh siap tu dia terus aktif nak tekan2 mesin scanner kat bilik doktor tu pulak..Hehehe.. And lepas khatan tu, doc tak bagi apa2 ubat pun..sama je mcm kat bidan kampung. So dont worry sbb mmg tak luka byk pun, mcm tertoreh pisau kt dapur gitu je... :)

Gambar ni 3 hari sebelum dikhatankan. See...dah besar dah Nini domei-domei ni :)

Bagi yang masih tertanya-tanya tentang hukum berkhatan bayi perempuan, boleh lah merujuk kepada kenyataan dari Majlis Fatwa Malaysia di SINI (KLIK). 

Untuk maklumat lanjut tetang Khatan bayi perempuan pula, boleh baca dengan lebih detail dari Blog Dr. Zubaidi (KLIK) ini ya...