Monday, September 21, 2015

PERLU KE MAKAN JAMU SELEPAS BERSALIN?

Assalamualaikum.

Nampak gayanya, saya dah mengabaikan blog ini sekali lagi. Huhuhu.... memang terlalu sibuk sangat2 dalam seminngu dua ni. Sebenarnya, saya ada projek terbaru.... iaitu bisnes kopi & teh yg saya beri nama KOPI KITA :)

Nanti lah saya ceritakan tentang Kopi Kita ye. Hari ni saya habiskan tulisan yg saya dh draft beberapa minggu yg lalu. Ya, ia tentang persoalan perlu atau tidak makan jamu selepas bersalin. Sebab saya selalu ditanya oleh rakan2 dan sedara mara, sama ada mereka perlu makan jamu atau tidak.

Kalau ikut jawapan mudah dari saya -->> Ikut suka hati kamu lah. Heheheehe...

Betul, ia memang terpulang pada setiap individu kan. Tapi saya terpanggil untuk cerita apakah sebab saya sendiri makan jamu setiap kali lepas bersalin. Dan maklumat2 ini adalah hasil pembelajaran saya dari mereka2 yg sudah terlalu pakar, yg sudah berpuluh tahun dengan amalan ini, dan kita sendiri dapat lihat hasilnya pada mereka. Dengan itu, saya yakin dan saya amalkan.

Kenapa nak makan jamu?
1. Dalam jamu a.k.a ubatan berasaskan herba terdapat herba2 pilihan yg asli, semulajadi dan tiada bahan aditif. Biasanya memang jamu tradisi macam ni. Tapi kalau yg dah diolah dalam bentuk moden sekarang, saya kurang pasti. Mungkin ada syarikat yg nk buatkan tempoh jamu tahan lebih lama maka mereka campurkan sedikit bahan aditif, itu wallahualam.... Saya cadangkan, ambillah jamu asli dari bidan2 kampung, atau dari jenama yg sudah terbukti ketulusan mereka dalam menyediakan ramuan.

2. Jamu mengandungi herba2 yg "panas". Badan wanita selepas bersalain memerlukan kehangatan supaya tidak mudah jatuh sakit, demam, sakit urat, darah tidak lancar dan sebagainya.

3. Jamu mengandungi herba2 yg berfungsi khas untuk rawatan rahim. Antaranya ialah mencuci sisa-sisa & saki baki darah kotor yg tidak habis keluar semasa bersalin. Dengan mengambil jamu, insya Allah darah2 ini dapat dikeluarkan secara semulajadi dan ibu akan berasa lebih sihat.

4. Jamu dapat mengecutkan rahim dan mengurangkan risiko uterus prolapsed a.k.a rahim jatuh. Ramai kisah yg saya dh dgr tentang rahim jatuh ni, dan ia adalah igauan ngeri bagi wanita...

5. Antara lain fungsi jamu ilah melancarkan perjalanan susu ibu. Ya, tidak dinafikan herba2 yg digunakan dalam kebanyakan jamu bersalin mmg berfungsi melancarkan susu ibu! Memang masih ramai yg tidak menyedari kelebihan ini, malah ada yg takut makan jamu sebab takut bayi jadi panas, atau sakit perut. Utk atasi masalah pada bayi, saya cadangkan cuba dulu ambi jamu pada dos rendah, kemudian buat permerhatian pada bayi. Jika najisnya ok, baby pun ok then bolehlah continue dgn dos yg dicadangkan.

6. Jamu memulihkan luka2 di dalam rahim yg kita tidak nampak, juga memulihkan luka2 jahitan pada faraj dengan lebih cepat. Kebanyakan luka2 selepas bersalin ni kita tak boleh nampak dengan mata kasar, padahal bahagian dalaman kita sedang merana kesakitan.... kasihanilah organ badan kita....

7. Jamu melancarkan peredaran darah, membuang angin, menghilangkan pening, memulihkan pandangan mata kabur selepas bersalin. Ya, ini pengalaman saya yg agak kronik. Selepas bersalin Amani (anak ke-4), mata saya memang teramat sangat kabur. Kalau tgok tv kena tgok betul2 depan tv dan dekat2. Gambar & tulisan mmg nampak blur sangat. Selepas mengadu pada bidan saya, dia nasihatkan saya jgn tinggalkan jamu, dan teruskan dgn pemakaian pilis pada ubun2 dan sekeliling mata. Alhamdulillah, selepas 2 bulan amalan tersebut, mata saya terus sihat sampaikan saya tidak perlu memakai spek lagi untuk memandu.

Buat masa ini, mungkin itu sahaja dulu yg mampu saya tuliskan dari pandangan dan pengalaman saya sendiri.... Ada banyak lagi khasiat jamu ni. Insya Allah, sama-samalah kita menjaga aset anugerah Allah untuk wanita yg tidak ternilai harganya ini....

Bagi kawan2 yg baru nak cuba amalan jamu ni, saya ucapkan good luck & jangan cilok makan jamu ya!