Thursday, June 18, 2020

JALAN-JALAN MAKAN MALAM PKPP @BAGAN LALANG, SEPANG

 13 JUNE 2020, Sabtu

Memandangkan PM telah mengumumkan PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan), di mana semua rakyat Malaysia telah dibenarkan merentas negeri dan bergerak 'sedikit' bebas dari waktu PKP, maka ramai yang ambik kesempatan untuk keluar berjalan-jalan bersama family & balik kampung.


Kami pun tak ketinggalan. Dah lama berkurung, ni lah masanya nak lepas bebas keluar rumah yahooooo!

Kami pilih destinasi dekat Selangor ja dulu. Tak berani nak jalan jauh-jauh lagi. Kita bukan pulih sepenuhnya, just dalam tempoh pemulihan. Maih kena banyak berjaga-jaga & ikut SOP.

So kami decide nak spend masa ke Bagan Lalang, Sepang yang hanya mengambil masa dalam 1 jam 30 minit saja dari rumah.

Tapi sebelum keluar, memang semua ahli keluarga bawak mask, hand sanitizer, kain telekung dan jugak sejadah. Takmau share-share di tempat awam tau.



Kami sampai di Bagan Lalang dalam pukul 4 petang. Just nice cuaca hari tu. Tak panas sangat. Hujan ada jugak sikit-sikit. Memang best sejuk berangin saja.



Nana & Nini sampai saja teruih mintak nak masuk ayaq. Mula-mula tu macam geli-geli la jugak sebab dah lama betul tak pijak pasir kan. Tapi lepas tu habis semua baju seluar basah! Haaa mujurlah ibu ni memang dah bersiap-sedia untuk depa dua org ni, bawak baju salin siap-siap. memang dah agak dah....




Kami tak berkelah berpiknik apa pun kat sana. Memang niat nak pi ambik fresh air ja.
Memang syoklah rasa setelah berbulan duduk terkurung dalam gua, dapat keluar dan tengok seluas-luas alam macam ni kan... Rasa nikmat sungguh!



Masa ni dah nak mula sunset. Tapi kami kat sebelah sini, terlindung dengan Avani Resort tu. So cepat-cepat ajak Amet naik kereta pi pulak sebelah sana yang sebelum sampai Avani tu.


 Haaa... Baru lah lawa sikit.


Dah semakin gelap.

Perfect sunset.

Tapi tak perfect sangat. Sepatutnya boleh sapai lebih awai sikit tapi disebabkan seketui kereta yg buat lawak tengah jalan, selowwww yg amat, maka kami sampai masa sunset dah nak habihhhh...Huhuhu





Ikan jenahak bakaq + Ketam bercili + Udang buttermilk + Sayur campur. Nasik 5 pinggan. Fresh orange sejag. Neskape aih segelaih. Total RM159.


Restoran ni kami pernah pi makan dah masa pi Gold Coast Sepang 7 tahun lalu. Teringat-ingat lagi kelazatan dia sebab tu mai lagi sini. 😋

Itu saja aktiviti kami di Bagan Lalang untuk kali ni. Jalan-jalan makan-makan, dah kenyaq balik 😴😴😴