Friday, July 23, 2010

MEDICAL CHECK-UP

Alhamdulillah…I dah pun selesai buat medical check-up pagi tadi. I sampai depan hospital Tawakkal lebih kurang jam 9.30 am.

Oh, mesti ada yg tanya, why I choose hospital Tawakkal yg sememangnya agak jauh dari umah I kat sungai nu kan. Okeh, FYI, utk medical check-up bg urusan work & resident visa to KSA nih, hanya ada beberapa hospital yg disenaraikan sahaja yg embassy luluskan. And kebanyakannya ialah KPJ Group punya hospitals.

I nih mula2 ingat nk buat kat KPJ Damansara Specialist, tapi disebabkan hari tu I ingat x dapat e-pin, so I buat la appointmen kt tawakkal. Sebab menurut Firestar, hospital lain mmg wajib ada e-pin, otherwise diorang xnak buat.

Okeh cerita masa check-up nih plak….kebanyakan test yg biasa dibuat masa medical kita nak masuk kerja, or masa masuk university tu lah : urine, x-ray, blood, physical etc etc lah. Tapi satu extra test yg I rasa amat jarang dilalui ialah : stool a.k.a air besar! Argghhhh… ini lah saat plg tension sepanjang2 I buat check-up hari nih. The lab astnt just bagi you sample bottle, then ko usahalah mcmana sekali pun, asalkan ada sample kat situ haa!

So pengajaran/peringatan utk sapa2 yg nak buat medcal check-up utk ke KSA nih, silalah makan banyak2 sehari sebelum anda membuat check-up, dan pastikan anda tidak “membuang” sebelum anda ke hospital! Hehehheehe…

So, result katanya akan siap dalam masa 3- 4 hari insya Allah…

Lain-lain info :

1. Fee utk package medical check-up for KSA : RM410

2. Kena bawak form (agen bagi) + gambar pasport

3. Kanak-kanak bawah 5 tahun TAK PERLU buat check-up nih.

4. Oh kena (WAJIB) ambik Meningtis injection, harga lain (additional) RM112.