Thursday, April 16, 2020

CATATAN SEJARAH COVID-19 TAHUN 2020

Catatan Sejarah utk dikenang suatu ketika nanti
Tajuk: COVID-19 @ Virus CORONA
Peristiwa ini akan terpahat sebagai sejarah penting negara. Hari ini 15 April, sejarah besar dalam bidang pendidikan.. 
🇲🇾 Peperiksaan UPSR dibatalkan
🇲🇾 PT3 dibatalkan
🇲🇾 SPM dan STPM ditangguhkan sehingga Mac 2021
Takkan sesekali aku lupa, setahun sekali FB akan remind. Jika panjang umur, kita akan membaca, mengingati dan mengimbau kejadian ini, walaupun ia bukanlah kenangan manis untuk kita kenang. 😭
18 MAC - 31 MAC 2020 : Fasa 1
01 APR - 14 APR2020 : Fasa 2
15 APR - 28 APR 2020 : Fasa 3
Perintah Kawalan Pergerakan seluruh 🇲🇾
Dan juga negara lain
📍 harga minyak jatuh sehingga RM1.25/liter
📍Semua pejabat di seluruh Malaysia diarah tutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kerja - kerja dilaksanakan sepenuhnya dari rumah.
📍Semua sekolah dan pendidikan dilaksanakan di atas talian. Anak- anak mula rindu akan sekolah.
📍Penjarakkan sosial sentiasa diutamakan
📍Pita pelekat dilekatkan di atas lantai - lantai kedai untuk menentukan jarak selamat 1 meter di antara pelanggan
📍 Restoran dan kedai - kedai makan ditutup, hanya dibenarkan bungkus sahaja. 
📍Hanya beberapa orang sahaja dibenarkan berada di dalam kedai.
📍Kedai bukan keperluan asas dan perniagaan tidak berkaitan pembekalan makanan diarah tutup.
📍Keseluruhan acara dan musim sukan di seluruh dunia dibatalkan serta merta 
📍 Konsert, perlancongan, festival, acara hiburan dibatalkan.
📍Majlis perkahwinan dan pelbagai sambutan majlis bersama keluarga dibatalkan.
📍Tiada lagi jemaah di masjid, dan rumah - rumah ibadat ditutup. Tiruppati, Mekkah, Vatican city ditutup pintu sepenuhnya.
📍Tidak dibenarkan perkumpulan 50 orang atau lebih, kemudian diubah kepada 20 org atau lebih, hanya dibenarkan 10 orang atau kurang dari itu dibenarkan.
📍Taman permainan kanak - kanak ditutup.
📍Kekurangan stok penutup muka, gaun,
dan sarung tangan untuk kegunaan pekerja barisan hadapan.
📍Kekurangan alat bantuan pernafasan
bagi pesakit kritikal.
📍Berlakunya pembelian panik sehingga kekurangan alat pembasmian, tiada sabun cuci tangan, tiada cecair pembersih tangan
📍Rak - rak di kedai menjadi kosong.
📍Kilang - kilang pembuatan, kilang penyulingan dan perniagaan lain telah menukar perkhidmatan mereka dengan membantu menyediakan visors, penutup muka, cecair pencuci tangan dan PPE.
📍Kerajaan telah melaksanakan sekatan jalan di setiap kawasan dan tertutup kepada pergerakan yang tidak penting.
📍Tiket kapal terbang murah, namun kita tidak boleh keluar melancong.
📍Sidang media dari Kementerian Kesihatan di keudarakan setiap hari.
📍Kemaskini kes baru, yang telah sembuh dan pesakit yang meninggal dunia dilakukan setiap hari.
📍 Jalan raya menjadi kosong tanpa kelibat manusia.
📍Ramai orang memakai penutup muka dan sarung tangan apabila keluar.
📍 Pekerja perkhidmatan penting menjadi takut untuk keluar rumah.
📍Pekerja kesihatan pula, menjadi takut untuk pulang ke rumah dan berjumpa keluarga.
📍 "Mendatarkan lengkung graf" itulah yang sering dikatakan, bersama dengan kata-kata " Kita lakukan ini bersama" dan "Kita harus menang" 
Ini adalah Novel Coronavirus ( Covid-19) suatu penyakit pandemik, yang diwartakan pada 18 mac 2020 😭😭😭😭
Kenapa saya copy paste status ini?
Kerana, satu hari nanti, status ini akan muncul di paparan ingatan FB saya, dan ia memberikan peringatan kepada saya, supaya menghargai nyawa ini dan orang - orang yang kita sayang.
🤗🤗🤗
Nikmat mana lagi yang telah kita dustai?
Bersyukurlah. Dan sentiasa berterima kasih
Lakukan kebaikan antara satu sama lain - sayangi antara satu sama lain - dan sentiasa menyokong antara satu sama lain
Kita semua adalah satu ! ❤️🇲🇾❤️🇲🇾❤️

Wednesday, April 15, 2020

HARI KE-29 MALAYSIA PKP (PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN)

Hari ini betul-betul mencatatkan sejarah.

Pada awalnya saya mendapat tahu tentang Sidang Media Khas Menteri Kanan Pendidikan Malaysia akan diadakan pada pukul 4 petang hari ini. Maka saya get ready awal-awal terpacak depan TV menunggu siaran ni.




Semestinya pengumuman tentang persekolahan anak-anak ni adalah sesuatu yang amat dinantikan oleh kebanyakan ibu bapa.

Walau pada hakikatnya dalam hati macam dah dapat rasa dan ada instinct yang sekolah pastinya tak akan dibukak terlalu cepat sebab bahaya ancaman kesihatan pada anak-anak terlalu tinggi dan berisiko.

Alhamdulillah sebagaimana dijangka, Menteri Kanan Pendidikan telah mengumumkan SEKOLAH TAK AKAN DIBUKA LAGI buat masa ni. Dan hanya akan dibuka bagi pelajar Tingkatan 6 dan mungkin Tingkatan 5 dahulu bagi memberi ruang untuk jarak sosial sesama pelajar. Itupun belum ditentukan lagi bila nak bukaknya.

Ibu ni bukanlah happy sangat anak-anak tak pi sekolah. Serabut jugak depa duduk di rumah hahaha.

Tapi risau pada kesihatan depa melebihi segala-galanya. Biarlah rumah kita bersepah sikit asalkan anak-anak terjaga dan tak berisiko.


Yang paling sejarahnya ialah, untuk Yaya, Peperiksaan UPSR 2020 ni telah dibatalkan.

Ohhhh...Sayangnyaaaaa. Sedih jugak ibu dengar berita ni. Rasa nak nagis pun ada. Bukan apa, terkenang-kenang kita dok berusaha dari awal tahun hari tu. Pergi tuisyen, buat study group, kelas tambahan everything. Nampak ada harapan dah pada mata dia bersedia untuk ambik UPSR.

Ya lah, UPSR ni kira pengalaman pertama nak duduk dewan exam tau. Mestilah excited kan.

Tapi apa pun demi kesihatan, kita terpaksa berkorban..


Walau bagaimanapun, peperiksaan bagi menggantikan UPSR tetap akan dibuat. Macamana caranya wallahu'alam... MAsih dalam perbincangan KPM.

Mungkin exam macam exam akhir tahun. Atau kalau wabak Covid19 ni masih berleluasa, kemungkinan exam secara online akan dibuat.

Namun, menurut KPM pembatalan UPSR ni tak akan menjejaskan kemasukan murid ke Tingkatan 1 tahun 2021 nanti. Segala tugasan yang diberi semasa PKP ni juga akan diberi penilaian oleh guru-guru.



Tuesday, April 14, 2020

HARI KE-23 MALAYSIA PKP (PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN)

Beberapa hari lepas kan kami ada buat Cinnamon Roll. Memandangkan masa tu amet ada kat rumah, maka dia telah menyaksikan betapa berpeluh dan bertungkus-lumusnya saya dan anak-anak menguli tepung untuk nak hasilkan roti yg gebu.

Maka beliau telah mengeluarkan arahan rasmi untuk membeli BREAD MAKER! Yeayyyyyy!!!

Bukan sahaja arahan, malah siap dipaksa-paksa lagi uuntuk place order time-time yg kita tengah dok kalut masak tu jugak. Haihhhh.

Maka saya lantas membuka Lazada dan memilih sebuah bread maker. Macam biasa pilihan saya pastilah bermula dengan yang paling murah, berserta dengan good reviewlah of course.

Dalam sekelip mata, saya telah memilih Khind BM750 ni sebab murah + banyak good review + kaler dia PINK! Bolehlah matching-matching dengan FOOD PROCESSOR (klik) saya ni. Hahahaha.


Cara nak guna dia pun senang dan simple. Lagipun diorang ada siap bekalkan buku resipi sekali dalam tu. Masuk sekaligus semua bahan, insya Allah mudah.

Untuk first time guna ni saya pilih untuk buat Chocolate Swirl Bread. Saya pakai setting 'soft bread' dalam preset menu dia tu.

Khind BM750 ni akan ada bunyi beep sebanyak 2 kali.

Beep pertama = kalau nak tambah apa-apa bahan lain. Contoh mcm kismis ke, kekacang ke, coklat dan sebagainya.

Beep kedua = masa untuk kita keluarkan doh dan buat bentuk. Contoh kalau nak buat sosej roll ke, nak buat roti bentuk bunga ke, nak buat bun kecik-kecik ke gitu.


Masa ni beep kedua, so saya keluarkan untuk sapu chocolate filling dalam doh tu. Lepas tu gulung-gulung pusing-pusing putar belit campaklah balik dalam BM tu. Ni sebab saya nak buat loaf ya.

Kalau adik kakak nak buat roti pelbagai bentuk tu, boleh lah off terus BM lepas second beep tu. Nanti roti yang dh dibentukkan susun kat tray dan bakar dalam oven biasa.



Alhamdulillah... Kejadiannya yang amat memberansangkan untuk kali pertama guna BM hehehe.
Saya prefer roti yang liat-liat sikit macam kat tempat omputih tu. Kalau yang terlampau gebu gebas tu saya cepat muak. So saya tak ada letak bread softener or improver or emulsifier ke apa dalam adunan ni.

So its up to you lah nak makan jenis roti yg macamana. Kalau nak lembut mcm gardenia tu boleh letak softener & improver sikit.


Semua ahli dalam rumah cakap sedap roti ni. Maybe sebab ada choc swirl tu kot. Kalau ibu buat roti benggali nanti sure tak ada yang makan hahaha.


Alhamdulillah... Terima kasih Amet for the lovely pink gift 😘😘💝💝

Wednesday, April 8, 2020

HARI KE-22 MALAYSIA PKP (PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN)


Bangun pagi tadi, betul- betul, inilah perasaan saya yang pertama sekali saya rasakan pagi ni.

Rasa betul-betul dah give-up. Saya dah tak ada nak letak harapan yang Covid19 ni akan habis dalam masa beberapa bulan ni.

Kalau tengok report kes setiap hari kat Malaysia ni, bertambah 100+ kes baru. Setiap hari.
Dan pertambahan kes baru ni pun ada hari yang mencatatkan lebih 200 kes.

So kalau macam ni, rasa macam jauhlah harapan yang PKP ni akan ditamatkan pada 14 April ni. Mustahil sebab kes tak pernah menurun atau kurang dari 100 pun.

Graf : Kredit to FB Dr. Fuad Latip

Saya dah mula tension berada dalam rumah. Ya, sebab 24 jam stay at home dengan suami & anak-anak ni bukan benda mudah ya. Semua nak kena jaga, nak kena uruskan. Fizikal & mental. Nak jaga makan minum, urusan mengemas rumah, pakaian dan nak kena uruskan emosi masing-masing yang setiap sorang dengan ragam masing-masing. 

Plus now, anak-anak kena belajar dari rumah, which means saya kena jadi guru utk pelbagai level darjah 1, 2, 6 dan tingkatan 1. Oh My!

And the truth is, my very own emotion is already drained! Saya rasa sangat penat mentally & emotionally. Sungguh, bila saya tengok langit dari tingkap petang ni, saya betul-betul rasa nak menangis!

Ya Allah... Tiada tempat lain untuk kami memohon selain hanya Engkau yang memiliki segala Kuasa & Kekuatan, dan sesungguhnya kami tak berdaya melainkan dengan KekuatanMu.

Semoga mereka yang masih bersembunyi dengan virus dalam badan tu cepat-cepat tampil buat pengakuan. Kesian kat orang lain terpaksa berkurung sebab kamu!

Tuesday, April 7, 2020

HARI KE-20 MALAYSIA PKP (PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN)

Perghhhhh dah sampai hari ke-20 ya kita semua kena kurung. Aduhai, speechless dah nak cakap macamna perasaan hati ni.

Sedih ada, letih ada, geram, marah, tak larat dan macam-macam perasaan bercampur baur dah sekarang ni. Tapi apa pun, kami tetaplah bersabar. Ya lah kalau keluar pun membahayakan diri. Kalau tak kena penyakit, kena tangkap polis!

Ya Allah...Kami mohon dan merayu atas KebesaranMu, hapuskanlah bala tentera ini... Kami memang tak terdaya dan tak mampu menandingi kehebatanMu Ya Allah.... 😢

Untuk aktiviti anak-anak di rumah hari ni, depa sibuk nak buat Cinnamon Roll. OKlah jom kita buat.

Dah masuk dapur nak sediakan ingredients "Alamak! Yis dah habis!"

Mintak ayah keluar pi cari kat kedai. Tapi kebanyakan kedai semua dah habis yis... Almaklumlah, roti pun tak banyak kat pasaran skrg ni. So mesti ramai yg buat roti sendiri kat rumah kannnn...

So ayah try pi cari kat baking shop. Ada, tapi yang besar gedabak ni ja yang tinggai. Haaaa ambik kau! Boleh bukak kilang roti kalau macam ni! Hahaahahahahaha!



Yeayyyy! So ada cukup ingredients semua, kita mulalah mix mix mix.

Kami tak ada breadmaker ya. So kita uli pakai mixer biasa jurrrr.


 Pembantu ramai... Tapi time nak berkemas tinggai ibu sorang ja la...


 Alhamdulillah, doh menjadi elok. Lembut, gebu dan kenyal-kenyal chewy gooey gitu. Just like the Cinnabon! Hehehe.


Buat mini size ja, senang nak makan.



Masa cuti PKP ni veryday kena cari idea tak bagi anak-anak bosan & bergaduh. Aduhai, tang bab bergaduh berkelai tu ibu taktau nak cakap apa dah. Kadang2 jerkah, kadang2 biar ja lah.... Tak larat dah huhuhu.

Friday, March 27, 2020

HARI KE-10 MALAYSIA PKP (PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN)


Hari ni kadar pertambahan kes harian menurun sikit berbanding semalam. Alhamdulillah.

Tapi masih ada kes kematian huhu. Dan masih ramai jugak pesakit yg dalam keadaan kritikal / dalam ICU.

KL & Selangor tetap di kedudukan teratas memandangkan  kepadatan penduduk di sini. Johor di tempat ke3 tertinggi sebab terdapat 2 tempat yang "panas" dgn jangkitan sehingga mereka terpaksa buat total lockdown huhuhu.

Apa pun, saya & anak-anak masih kekal berada di rumah. Last sekali keluar ke kedai masa baru balik dari kampung hari tu, hari Ahad. Lepas tu genaplah 5 hari berkurung. Beli siap-siap dah lauk pauk sayur semua selagi boleh muat peti ais.

Hari ni jugak PM Malaysia, Tok Ayah Muhyiddin Yasin buat pengumuman PERIHATIN atau PAKEJ RANSANGAN EKONOMI untuk bagi bantuan pada semua rakyat yg terjejas terutama dari segi ekonomi.

Kesian...Ramai betul rakyat yg sedang menderita sekarang. Ramai peniaga kecil yg dah tak ada pendapatan langsung.

Saya juga teringat sangat dekat mak, sebab mak adalah pekerja harian di kantin sekolah. Bila sekolah tutup, kantin tak buka, maksudnya terputuslah income mak. Mujurlah PM faham situasi rakyat, insya Allah mak pun akan dapat terima bantuan nanti.


Saya dan anak-anak juga buat solat hajat hari ni. Memang Mufti minta seluruh rakyat Malaysia buat solat hajat serentak selepas Solat Zohor hari ni (Solat Jumaat telah ditangguhkan berikutan Covid19 ni).

Semoga keadaan semuanya semakin baik. Semoga ada ubat dan vaksin yang dapat ditemukan. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita semua dan mengangkat musibah ini amin....

Wednesday, March 25, 2020

HARI KE-8 MALAYSIA PKP COVID-19

Hari ini, sudah masuk hari ke-8 MCO atau PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) bagi seluruh rakyat Malaysia.

Entah kenapa, pagi ni hati saya terasa sayu sangat.

Bangun pagi, terus rasa nak menulis di sini.

MCO ini dimulakan dengan perintah dari Perdana Menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yasin minggu lepas, berikutan peningkatan kes positif Covid-19 dan juga kemattian.

Dengan adanya MCO ni, hampir semua rakyat Malaysia terasa kesannya. Life upside down. Macam saya yg berniaga, dah tak boleh terus berniaga. Apatah lagi bisnes saya berkaitan dengan perjumpaan client face to face. Memang takdak harapanlah.

peniaga-peniaga kecil lain pun sangat terkesan. contoh yg berniaga nasi lemak, kuih muih atau kedai-kedai elektrik, kedai basikal, dan sebagainya...langsung tak boleh buka. kalau yg berniaga makanan tu, ada orang tolong buat delivery rumah ke rumah, ok juga. kalau yg kakak-kakak yg jenis tak boleh drive, ibu tunggal dan sebagainya....macamana? sedih kan...

Bagi yang masih dapat gaji, alhamdulillah. NAmun diharapkan agar anda jgnlah membazir. Sebab kita tak tahu apa yg akan datang lagi. Kalau ada duit lebih, boleh tanya jiran-jiran atau saudara-mara yg mungkin dalam keadaan memerlukan.

Di sana-sini orang mula menghadapi kekurangan barang-barang runcit. Sebab ramai yg buat "panick buying" beli semua barang-barang keperluan dengan kadar yg terlalu melampau. Sampai orang lain tak sempat nak beli. Aduhai.....

Saya harap keadaan ini semakin pulih. Semua pesakit Covid19 pulih. Ekonomi Malaysia dan seluruh dunia pulih.