Sunday, September 12, 2010

EID MUBARAK

Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua…

Suasana Raya di Jubail ni nampaknya langsung tak ada! Bermula dgn malam raya yg kami harapkan dengan Takbir , rupa-rupanya langsung tak kedengaran. Amet and MIL has gone to masjid untuk bertakbir. Tapi rupa-rupanya hanya solat Isyak berjemaah jek. Lepas tu semua cabut balik umah.And tempat solat wanita pun dikunci. Rasanya wanita Arab ni just keluar ke masjid masa terawikh jek.

So lepas balik from masjid, Amet bawak I pergi beli brg2 dapur kot-kot ada tetamu nak datang umah (walaupn pada firasat I mmg takde sapa yg akan datang). At first, Amet cadangkan beli dinner set. Waahhh…klu pompuan lain mesti dh terus rembat, but not me definitely. Instead I just want to buy few pieces of plates jek. And thinking of one serving bowl, maybe.

Round punya round, I fikir kalau org x datang, membazir jek beli pinggan segala bagai. So we decided to just buy paper plates n cups hehehhehe….alaaa buat jek ala-ala open house kan biasa pakai paper plates jek??? But maybe Amet kesiankan kat I yg terlalu bersederhana ni, so he rewards me with this…

Ini hadiah Hari Raya untuk saya..syukran jazilan ya habibi Amet...

Itu pun at first I cakap “Tak payahlah..membazir la...” But since he insist to hadiahkan, so tak cukup tapak tangan, sekarung beg plastic I siapkan.

Pagi Raya pulak, Amet and MIL jugak yg pergi masjid. since the princesses tak bangun lagi, I have to tunggu depa kat rumah. While on the same time membakar macaroni untuk dibawak ke tempat beraya nanti. Solat sunat aidil fitri dikatakan stat at 5.30 am kat sini. So Amet and MIL keluar umah at about 5.20 am mcm tu since masjid kat belakang umah jek.

Tak lama lepas tu, I dengar depa dah balik. Eh, so fast ke solat raya kat sini? Rupa-rupanya depa x dapat pun bersolat sbb jemaah dh penuh melimpah ruah sampai ke tepi-tepi jalanraya. And MIL pulak cakap, langsung tak nampak kaum hawa kat situ. So, bleh agak lah mcmana life wanita kat sini kan?

After that kami bertolak ke Ibn Zahr Beach Camp, dimana KRMJ (Kelab Rakyat Malaysia Jubail) berkumpul. Kat sini, adalah sikit suasana hari raya. Mmg awal-awal dh diinformkan, tak perlu pakai abaya.so bleh la masing2 melaram dgn baju raya tradisional Malaysia.

Kaum bapak mcm biasa...bersembang 24 jam...

Kelihatan Presiden Jumaa AnNisa' Kak Nina and Kak Norma sibuk menyusun juadah

Sesi makan-makan dan cakap-cakap (gossip xdek lagi sbb belum ada geng)

Me and MIL (mak sdg sedih ingat anak-anak lain kt Malaysia)

Yaya yg sentiasa membuas tidak kira hari raya atau hari-hari...

Sambil makan-makan adalah acara bersembang dan berkenalan especially for me, org yg paling baru kat sini. Most of them terkejut I sampai dlm bulan puasa (hehehe kalau lah I tahu raya kat sini mcm ni, sah I x dtg lagi hahahhaha).

Then after Solat Jumaat, ada sorang member buat aqiqah. Maka hidangan lunch ialah khabsa kambing! Ohhh….mula2 I tengok nasik tu, alahai..berketul2 daging kambing, besar2 plak tu, errkkkk….

Disebabkan ramai sgt kawan-kawan dok ajak makan, I pun dgn paksa-rela cedok la skt nasik dgn secubit kambing (ohh it’s KAMBING okeh). Bila I suap jek kat mulut, eh ok lah plak. Betul ke kambing nih? Takdek bau hamis pun? Bukannya I tak pernah nak try mkn kambing. Dah berkali-kali I cuba suap kat mulut before this. Tp belum masuk mulut, bau dia I dh takleh tahan. But this time, mcm takdek bau kambing langsung. Hmmm…last-last habislah jugak sepinggan khabsa kambing I makan hahahhaha…

Lepas makan kami pun balik umah and golek-golek. Gitu jek lah raya kat sini….macam pergi makan kenduri jek.