Tuesday, May 24, 2011

MINGGU TERAKHIR DI MALAYSIA...OOHHH...

Hmmmm.... minggu terakhir tu mmg tak plan pi mana-mana. Tapi mmg busy gila jugak. Time tu lah kelam kabut nak visit sedara mara, nak setelkan tugasan (oh kami sebenarnya balik menjadi buruh kasar dgn task mengecat rumah parents I yg nak berkenduri bulan 6 nih, dan mengemaskini rumah parents in-law yg sdg merepair bumbung) dan macam-macam hal last minute lagi.

Minggu last ni jugak lah nk cari **barang2 nak bawak ke sini, dan time ni jugaklah nak pulun makan segala makanan idaman yg belum makan lagi!


Yaya bermesra dgn lembu, itik dan rabbit @Kg. Tok Kuning. Among the most memorable ones...

Suasana yg sentiasa memberi ketenangan, kegembiraan, keceriaan dan kepuasan setiap kali menarik nafas dari fresh air di tepian bendang....

Tapi akhirnya, hari yg TIDAk dinanti-nantikan itu tiba jua... Huuuwaaaaaaa!!!!

@Alor Setar Airport.... Masing-masing muka "tak rela ku pergi.."


Nasib baik bila sampai kt KLIA ada yg sudi menemani kami. Yang paling awai sampai ialah Ummie & Ayah Long, diikuti oleh Pah Farah, kemudian Cik Jujue a.k.a Sigma & Kamal dan jugak Kak Ngah & Najib.

Dan sebagai mengubati kedukaan, Cik Sigma telah membawa Nasi Ambang yg sangat super duper marvellous ini!!! Seriously, sangat2 recommended utk anda semua. Sesuai utk makan sendiri, mahupun utk apa jua majlis kerana ia di pack dgn kemas dan mudah dibawa ke mana sahaja. Apa lagi, nombor telefon dah ada kat bungkusan tu, call jek Wak Kamal nih. Tak pun KLIK SINI utk order. (Ehem ehem... I dah promote sakan nih. I claim komisen bila balik M'sia next time ye...heheheh).

Inilah tokei2 Mr & Mrs. Nasik Ambang (kalau rasa pernah nmpak muka dia kt TV, syyhhhh.... dok diam-diam. Mmg I kawan dgn celebrity.)

Sob sob sob...... So long... and goodbye....


** Ok, Tips/pesanan utk kawan rakan yg akan ke Jubail ni, antara barang2 dapur/masakan yg digalakkan dibawak dari Malaysia ialah : Kicap, Sos Cili, Rempah2 Kari, Sup Bunjut, Ketupat Nasi segera (bagi yg malas mcm I), rempah2 lain spt. Rempah Kurma / Soto, Bawang Goreng, Keropok Ikan, Cili Kering (bwk la byk2), Ikan bilis, Udang kering, Bunga Kantan, Daun Kesum (ni kdg2 ada jugak jual kt sini tp jarang2 ada). Oh lagi satu klu anda berminat bleh bawak margarine, sbb sini agak sukar utk cari margarine. Kalau ada pun, tak berapa best. Yang banyak kt sini ialah butter. Sekian.