Wednesday, May 18, 2011

RE-START OUR LIFE IN JUBAIL

Finally, kugagahi jua tangan ini membuat entri. Ooohhh..sebenarnya masih belum bersemangat utk re-start semula kehidupan di bumi Jubail ni. Tapi apakan daya, kehidupan harus diteruskan. Eeewaaahhhh.......kemain berjiwang karat tuh. Dah, jom enjoy sikit dgn gambar2 yg menarik sepanjang percutian.


Lentok @KLIA

Flight kami from Dammam tiba kat KLIA pukul 6.00 pagi. Then nak kena tunggu flight KL-Aloq Setaq pukul 2.00 petang! Haaaaa... kira sendiri lah berapa jam transit kt KLIA tuh. 8 jam cek oiii..... Dengan tak cukup tido atas flight malam tadi, mmg mata kami dah jadik "meauw" kata oghang peghelih (berpinar-pinar + pening2 lalat).


Dah dapat naik flight ke alor setar tu, mmg I adalah menjadi penidur yg sangat flat tak hengat donia dah. Anak2 melompat kacau abg peramugara hensem ke hapa, lantak lah. Yang penting, ibu harus tido sepuas2 hati.

Oih, ada cerita sensasi!!! Rupa-rupanya kat seat depan seat I tu, ialah cik Ana Rafali! Rupa-rupanya dah lama encik Amet tu nampak dia kt airport tapi dia langsung tak kenal siapakah itu, adeeeiiiiiiiii............. sehinggalah masa I duduk tu, tetiba nampak cik Ana ni mai duduk depan I, so I habaq kt Amet. Baru lah Amet ni " Ooooo..........yaa kaa....yg ni ka Ana Rafali..."

Then bila turun airpot A.S barulah masing2 gedik2 eksaited. Hahaha... termasuklah AyahChik yg menjemput kami. Cehhhh...semua pakat nak tumpang glemer I....


Kontroversi giler bila ambik gambaq ni, pakat dok komen kata MUKA CIK ANA ni SAMA DGN MUKA I. baca betul2 --> bukan muka I sama dgn dia, tapi muka dia yg sama dgn I. Hahahahhahahahaha.............. ayat bajet saya artis glem ye.....

Pasti anda semua sudah mahu muntah hijau kan??? So, I stopkan dulu entri setakat ini. Esok I sambung lagi dgn gamabr2 yg lebih hangat drpd biasa! Tunggguuuuuuuuuuu.............