Apa yg I tulis bukanlah penulisan ilmiah kerana I bukanlah ilmuan hebat. Tapi ini hanyalah sebuah kisah benar yang ditakdirkan Allah, pertemuan indah dan hebat 2 insan yang mendetikkan cinta pada yg Maha Agung...
Baru je nak mula cerita, air mata dah membuak-buak, macamana nk tulis ni.. :))
Since bulan puasa last year, I mmg pergi terawikh kt masjid yg sama mcm tahun ni. So mmg ada lah beberapa muka yg I dah familiar. So bila I muncul lg kt masjid tu tahun ni, ada yg dtg bersalam n bertanya khabar mcm dh lama kenal :) Tapi... ada jugak yg buat kering muka monyok je. Taktaulah apa masalah dia, maybe dia tak suka org luar kot (mmg ramai org arab yg perrangai mcm ni, tak suka org luar). Takpelah lupakan pasal org tu.
Ditakdirkan Allah, adalah sorang makcik ni. I tak perasan dia ada ke tak tahun lepas. Tapi since the first day I jejak kaki kt masjid tahun ni, dia lah yg paling mesra dgn I. Mula2 perkenalan sekadar senyum2, pastu bersalaman, bertanya khabar. Pastu sembang sikit2, dia ckp dia ada anak lapan! So mmg nampak lah sifat keibuan dia tu... Dan dia suruh I panggil dia "Mama", Masya Allah.....
Lepas tu, setiap kali dia datang masjid, kami akan berpelukan. Lama dan erat. Setiap hari mcm tu. Dan style arab ni, diorang akan laga pipi sebelah je. Makcik ni pun buat mcm tu, kucup pipi I siap melekat lipstik lagi. Lepas tu mesti dia akan gelak dan sapu2 pipi I bg bersih balik. Dengan Zuzu n Yaya pun dia akan buat benda yg sama.
Makcik ni nk kata lawa sgt tu tak lah jugak. Tapi muka dia mmg manis, senyuman dia nampak menarik tertarik, wajah dia tenang dan cool jek. Dan dia mmg dh tak berapa larat, solat pun kdg2 berdiri kdg2 duduk atas kerusi.
Kat masjid ni pulak ada 2 org imam. Biasanya mereka akan selang seli jadi imam, setiap 4 rakaat. Ditakdirkan satu hari tu, Imam ke-2 ni mengimamkan solat witir di mana di rakaat terakhir dibacakan doa qunut. Entah kenapa, masa dia bacakan doa tu, tiba2 I rasa mcm sebak sgt, terus menangis. Padahal nak kata I paham sepenuhnya maksud doa tu tak lah jugak.
Lepas solat makcik tu panggil I, dia tnya "Anti ma'lum haza du'a? Mafhum?" (Kamu faham ke maksud doa tu?)
Dalam malu-malu I pun cakap "Shuwair-shuwair..." (paham sikit2 je).
Pastu makcik tu cakap lagi "Ad-du'a fi 'arabi, al-quran fi 'arabi..... bla bla bla..." (heheheh I dh tak ingat bhsa arab yg dia ckp sbb I mmg x pndai sgt pun). Tapi maksud nasihat dia masa tu lebih kurang ialah "kamu kena belajar faham bahasa arab. sebab doa biasanya dibaca dlm bahasa arab. Al-Quran pun dalam bahasa arab. kalau kamu tak faham, kamu tak akan rasa hidupnya ibadat kamu."
Bila balik, I fikir mmg betul sgt lah apa yg makcik tu cakap. Kdg2 bila imam baca ayat panjang2 mulalah kepala merewang ingt nk pergi Panda lah, nk pi market lah. Tapi kalau paham maksud, mesti I lebih fokus kan.
Keesokannya I pun google lah maksud doa yg dibacakan. Mmg betul, bila dengar imam baca doa keesokannya, bergegar rasanya hati ni. Takut, kesal, sesal, syahdu, semua ada. Subhanallah.... Ya Allah Ya Fattah, hanya Engkaulah yg dapat membuka pintu hati manusia, dan membuka jalan utk kami mencari kebaikan. Alhamdulillah.....
Rupa-rupanya penyediaan tisu yg I ceritakan dulu bukanlah sekadar utk mengelap peluh. Tapi mereka gunakan utk mengelap air mata dan air hidung tatkala hati mereka sebak dan tersentuh dgn doa yg sungguh menyentap jiwa tu! Astaghfirullah.... dah lama depa dok menagis menyesali dosa2 dan mengharapkan keampunan Allah di Ramadhan yg suci ni. I jek yg baru tersedar dari lamunan.
Alhamdulillah, syukur kepada Allah yg telah "menghantar" makcik ini kepada I. Yang memberi peringatan kepada I.
Berbalik kepada cerita makcik tu. Suatu hari dia bawak kan buah tangan dalam paper bag utk Zuzu n Yaya. Tapi masa tu I x nmpak dia yg bagi sbb I kt hujung sini, dia pulak hujung sana. Bila Zuzu bawak beg tu kt I and cakap ada org bagi,I ingat Zuzu ni ambik beg org so I suruh dia pi letak balik. Lepas solat kami pun terus balik.
Beberapa hari dia tak ke masjid. I rasa maye dia tak sihat kot. Suatu hari tu dia datang, nampak tercungap2 jek. Belum habis penat berjalan dia terus datang peluk I kuat sgt, mcm dah lama betul x jumpa. Pastu dia pun bagitau lah I "Haza haqibah fi ha helwah..." (Beg yg dalam dia tu ada gula2 n coklat) Oooooo.... barulah I tau, rupa2nya dia la yg bagi. Terus la I mintak maaf kt dia. Tapi susahla I nak terang pnjang lebar kat dia, I pun x pandai cakap arab. Isk kesian betullah... Setakat cakap "Masya Allah, syukran, ana aasif ana ma fi ma'lum haza min mama.." (Terima kasih, saya mintak maaf, saya taktau tu drpd mama - tapi gile broken my arabic! Hahahaha...). Harap2 dia paham lah apa yg terpendam dlm hati I nih.
Begitulah indahnya sebuah pertemuan yg diaturkan Allah. Kami tak pernah mengenali. Malah kami tidak memahami bahasa antara kami dgn sempurna. Tapi terasa indahnya silaturrahim ini, tajam menusuk ke dalam jiwa. Indah tersemat di hati.
Hari ni I dah start "bercuti." Dan I rasa I akan bercuti hingga ke akhir Ramadhan. Dan selepas itu masjid akan ditutup untuk muslimat, sehinggalah Ramadhan seterusnya. Maksudnya I tak akan berjumpa dgn Mama lagi.... I tak pasti di mana rumahnya dalam beratus-ratus rumah di sini. Dan I pula masih tak pasti, mungkinkah Ramadhan ini adalah Ramadhan terakhir kami di Jubail.... Wallahu'alam.....
Walau aku tidak bersamamu
Jangan engkau lupakan diriku
Walau aku tiada di sisimu
Jangan engkau lupakan namaku
Walau kamu
Jauh di mataku
Jangan aku hilang dalam kalbu
Saat kamu samar mengingati
Jangan aku terus kau lupakan
** Jgn Lupa Namaku : Pompa Bensin