Monday, August 22, 2011

MENCARI CINTA

Subhanallah.... Maha Suci Allah yg telah memberikan nikmat Ramadhan yg tak terhingga indahnya kepada kami....

Sudah masuk 10 terakhir Ramadhan, dan bakinya hanya beberapa hari saja lagi. Bagaimana perasaan sekarang? Sedihkah Ramadhan akan pergi? Gembirakah hari raya akan tiba?

Suatu ketika dulu, selama beberapa tahun yang lalu, I telah membiarkan Ramadhan pergi berlalu begitu saja. Puasa memang puasa, tapi pengisiannya....kosong.

Ramadhan at that time was just like another month after another for me. Macam biasa2 saja. Tidak terasa "roh"nya. Tidak terasa gembiranya berada di bulan mulia tu.

For me, it was just like other normal days, except I tak makan minum di siang hari. Tiba time berbuka bukan main lagi merata-rata restoran nak mencuba makanannya. Lepas makan lepak sembang2. Setakat Maghrib tu adalah berenti solat jap. Tapi yg lain2, yg sunat2... entah ke mana.

Dulu2 masa remaja ada jugak ke terawikh. Bila start keja dah mula cilok sikit dgn alasan penat keja, ada jemputan berbuka dari supplier (yg depa tu non-muslim x solat xpalah, yg kita tumpang sekaki ape cer?), pastu berbuka dgn kawan2 sambung pulak dgn round2 shopping mall. Org tgh khusyuk berterawikh, I pulak tgh huu-haa-huu-haa sana sini.

Pastu dah kawen ada jugak la selang seli jgk terawikh. Pastu ada baby, tahun tu x dapat terawikh jugak dgn alasan nak jaga baby pulak. Pastu ada baby lagi satu. So tak terawikh lagi. Pastu dah takde baby tp mcm2 alasan ada.... Bila dh kt rumah, jgn kata solat terawikh, yg wajib pun dh akhir2 waktu, sbb banyak sgt cerita drama tv yg best2. Quran pun x sampai 3 juzuk. Kononnya sibuk byk keja rumah, buat susu anak, tp sebenarnya layan tv sampai sahur.

That was Ramadhan for me masa tu. Langsung tak rasa apa2 bila ada kawan2 SMS "Sedihnya Ramadhan akan meninggalkan kita" or " Ramadhan kami menanti utk bertemumu lagi" (masa tu FB x glemer lg kot). For me it's just ucapan raya yg biasa. Tak rasa sedih pun. It was just like "ok... dah nak habis puasa! dh nak raya!" Tu je.... I was so-o-o bad kan....

Maybe lifestyle kita kt Malaysia tu yg kadang2 buat kita leka. Bukanlah I nk bangga I ada kt negara org, so nk cakap budaya kt sini lebih bagus. Tapi just terpikir, klu kt tanah air tercinta tu, belum start puasa lagi dah start iklan "buffet berbuka" kt sana sini kan. So bila dh join buffet ni, rasa rugi klu mkn sikit pastu nk balik kan. So haruslah lepak smpai kedai nk tutup. Makan, dan makn, dan makan lagi. Baru berbaloi dgn duit yg dilaburkan. Bukan I nak kutuk kawan2 yg berada di sana, tapi sebenarnya suatu masa dulu, itulah yg I buat.

Pada masa orang lain tengah sibuk memborong pahala, I pulak sibuk sgt borong baju raya. Masjid, surau, lintas buat tak tau je.

I bukanlah nak berniat nk menghina sesiapa, bukan pula suka hati nak bukak pekung di dada. Tapi inilah keluhan hati yg suatu masa dulu tidak pernah merasa indah dan nikmatnya Ramadhan. Bukanlah maksudnya pula sekarang ni I dah cukup baik, dah cukup perfect. I juga masih mencari dan mencari cinta dalam Ramadhan yg teramat mulia ni.

Andai kata kawan2 terbaca entri I kali, mari lah sama2 kita beringat utk merebut segala barakah yg ada di dalamnya. Ia datang hanya setahun sekali. Jika pun ia akan berlalu pergi meninggalkan kita, biarlah ada "sesuatu" yg kita dapat daripadanya. Insya Allah, semua peringatan ini adalah utk diri I sendiri, semoga menjadi iktibar utk kawan2 juga..

Jom tengok video ni. WAJIB TONTON tau!!!



P/S : Ada sambungan lagi, tp nanti bila free I tulis ok. Banyak juzuk lg tak habis ni!!! Adoiiiii!!!!