Monday, October 17, 2011

THE HEALING POWER OF AL-QURAN

Alhamdulillah... today rasa very very much better dari 2 hari yg lalu.

Semalam masa hantar Amet nak pi keja, badan I mmg menggeletar, menggigil mcm org eskimo padahal aircond mmg tak pasang langsung.Kepala pulak mmg nampak bintang mcm nak tumbang. Then I said to him "Abg, I feel so bad la...Dah la gemuk, badan pulak lemah tak larat. I'm so bad..."

He replied " Yes, you are. You really bad."


Okay. Tenkiu. I love u so much Amet. No kisses today.


Then I terus baring dgn badan yg tak berhenti2 shaking. Kepala terus memberat mcm ada batu Caves kt atas ni.Kalau ikut mulut hari2 biasa I mmg nak curse je lah. Tapi ingat ingat, sekarang kena jaga mulut dgn perkataan yg elok2 bak ibu mithali ya.

Tapi still, dalam terketar2 mcm pesakit Parkinson tu kugagahkan jua diri ini merebus ayam utk buat sup. *sila tepuk tangan utk I yg gagah ini*

Sampai time Zohor, lepas solat I nekad utk baca surah Yaasin (setelah insaf mendengar ceramah Ustaz Kazim Elias tentang the healing power of Al-Quran). Letak segelas air kt sebelah, dan I baca sambil berbaring. Mmg betul2 tak boleh bangun dah time tu.

Dah selesai baca, I minum air tu dan sapu2 sikit kat muka.

Pastu SMS mak, telling her how bad my condition is. Sob sob... I miss your urut2 mak... but I miss the bihun sup kat pantai Kuala Perlih much more... ok, no.

Sambil baring2, I tengok youtube kt henfon. Dalam lembik2 tu ada hati lagi nak cari video "excercise for prenancy". Bila dah dok belek video tu beberapa kali, terasa nak bangun buat workout.

Magically, bila I berdiri tu, tetiba rasa mcm terus hilang segala yg pening mcm nk pecah kepala tadi, yg loya mcm nak muntah sebakul, yg menggigil semua tiba2 je hilang in a blink! Subhanallah... Allahu Akbar... Begitulah hebatnya ayat suci Al-Quran al-kareem....

Terus je I bangun dengan cergas dan cerdasnya dan buat exercise sikit2. And Alhamdulillah, walaupun ada jugak pening sikit2 sebelah petang tu, tapi dapat rasakan ia berkurangan sebnyak 70%. dan mmg I maintain jek sampai ke malam . biasanya time orang tengok tv, I mmg merengkok melepek la sorang2 dalam bilik.... tapi semalam mmg makan berulang2 kali, dan diriku terasa ceria bagaikan mentari!!! Hahahaha....


Sarapan di hari yg gembira :D


Alhamdulillah... Ya Allah, semoga Kau terus kurniakan daku kesihatan yg baik, dan kekuatan supaya aku dapat menjaga keluargaku dan ibadahku. Amin......



*Oh, sesiapa yg berminat nak buat some stretching (for preggy mom), I think this video from Dr.Cathy (KLIK) is awesome. Oh and this one jugak (KLIK). Jom senaman :)