Semalam I rasa contraction yg macam agak kuat. Lebih kuat la jugak daripada setiap hari-hari sebelum ni. Keras gilerlah perut sampai rasa sakit hingga ke hujung2 pangkal sana. (Tapi actually mcm confuse jugak antara "contraction" dgn "baby movement" hehehehe.... masih tak terer2 lagi....) Dan banyak kali pulak mengeras tu. Sampaikan masa nak drive gi ambik kakak pun rasa sakit giler nak keluar-masuk dalam kereta.
Pastu ada jugak rasa perut bergegar-gegar. Gulpppp! And kepala pun pening2....
Kebetulan Amet ke Cyberjaya masa tu. So I SMS dia if dia dh setel keja, terus balik lah untuk stand by. Takut pulak kot2 dia dok melepak kat Cyber, nanti take time pulak nk rempuh traffic jam segala.
Tak lama pastu, Amet SMS : Ok, abg dh sampai kt Esso Sg.Buloh. Siap2 satgi kita pi hospital.
Hehehehehehe..... sengih jek I baca SMS tu. I bukan nak ajak dia gi hospital pun. Just nak dia stand by kt rumah jek in case of emergency... :)
Kesian jugak kt dia. Everytime nak bersalin mesti dia yg terlebih eksaited nak jadik ambulans :D
Hmmm actually mmg rasa sakit tu ada. Sakit mmg sakit. Tapi this time I rasa mcm nak cuba bertahan sampai betul-betul-betul sakit, sampai rasa mcm betul-betul-betul baby nak terkeluar. Kira mcm agak-agak dilation dah sampai 8cm ker...... or rasa kepala baby almost crowning ker... baru nak gerak gi hospital hehehe...boleh gitu?
Bila Amet sampai, masuk dalam rumah tengok I tak siap pun lagi. Dia pun tanya "Eh sakit dak ni? Bila nak pi hospital ni?"
Actually I sendiri pun tak tahu bila masa yg sesuai nak hospital. Selalu kalau dengar kisah orang lain, orang pi hospital bila ada show - macam pecah air ketuban ke, or bila sakit contraction terlalu kerap dan sangat sakit. Tapi I ni dah 2 kali bersalin, tak pernah pun pi hospital aas sebab2 tersebut.
Masa Zuzu, I pi hospital sebab BP naik tinggi sikit, and kebetulan masa tu mmg dah 39 weeks+. And itupun kebetulan hari tersebut I gi checkup kt klinik kesihatan and doc refer I ke hospital sbb BP tinggi. So balik rumah rilek2 je dulu sbb tak rasa apa pun. Tak sangka bila sampai hospital jalan pun dah bukak 4cm, so terus siap utk bersalin. Takde pun sakit2 dalam kereta, or any show. Bila doc dh pecahkan water bag, baru start rasa sakit nak bersalin.
Masa Yaya, I gi hospital sbb bangun pagi nak siap gi keja tetiba blood show came in big gush. Tapi pun takde rasa sakit. Sikit pun takde rasa apa2 cuma darah je melimpah ruah. Even hari or malam sebelum tu pun mmg takde rasa feeling nak terberanak ke apa. Mmg tak prepare nak gi hospital pun lagi sbb due pun lambat lagi. Bila sampai hospital, doc check, jalan dh bukak 4cm. So same case, after doc pecahkan water bag baru start rasa sakit and bersalin.
So sebenarnya I tak pernah ada pengalaman "rasa sakit contraction" yg sebenar masa kat rumah. So macam taktau bila nak gi hospital??? (Kalau tengok drama TV, best jek kan. Rasa sakit, pastu air ketuban pecah, pastu kalut2 gi hospital... hehehhe)
Rasanya kalau nak tunggu air ketuban pecah, mmg tak kot sbb dah 2 kali beranak tak pernah pun air pecah sendiri. Semua kena cocok dgn doctor. Amet cakap perut I ni terlebih tebai, sampai air ketuban pun takleh pecah huhuhu....
Hmmm... so apa lagi simptom2 lain yg boleh membawa I ke hospital???
** Setakat sakit sikit2 ala-ala period pain mcm hari tu I taknak pegi menyerah diri dah la.... buang masa jek kot...