Friday, May 11, 2012

ZUZU SI KURUS KEDING

Salah satu isu bagi kaum ibu-ibu ni ialah apabila anak kurang selera makan / kurus / picky eater.

Dalam kes ibu Zuzu nih, agak berlainan sikit. Sebab si Zuzu ni hakikatnya sangat suka makan dan memang makan dgn banyak yg amat. Sekali hadap nasik kalau kena lauk feveret dia, sampai 3 kali bertambah! Lebih pun ada!

Tapi masalahnya..... fizikal badan si Zuzu nampak amatlah kurus keding, kering mcm Osman Kering. Inilah yg agak membimbangkan. Nampak x confidet jek bila dia jalan mcm nak tumbang kena tiup angin. Aduh laa kakak..... kesian kadang2 tengok dia. Tapi bukanlah dia tak larat or tak bertenaga ke hapa. Dia ok jek. Cuma bila kadang2 ibu ternampak tulang temulang kt badan dia tu yg rasa kasihan yg amat kat anak ibu nih.


Macam2 cara dah cuba. Bagi makan multivitamin. Bagi ubat cacing. Bagi minum susu tambahan. Still jugak dia mcm tu. Selim melim. Ada kemungkinan dia punya metabolisma tinggi. Tapi mcm tak best la pulak slim sgt time budak2 nih. Kalau dh remaja esok slim takpe.

Si Zuzu ni kejanya mmg order makanan jek kalau kt rumah. Sekejap nak pancake, satgi nak roti butter gula, satgi nak roti telur, satgi nasik goreng kicap. Memang ibu yg malas pun terpaksa jadik rajinlah masak utk dia huhuuhu... Cuma bab sayur-sayuran tu tak dapatlah nak tolong. Memang gabra mcm ayah dia kalau nampak sayur! Hmmmmm..... apa nak diakata kan, like father like daughter laa..... Gggrrrr!!!!!!!!! 


Berbeza dgn si adik ni pulak, habis sayur2 dalam fridge ibu dia kutip buat snek! Haaaa............ ni baru like mother like daughter :D

Apa-apa pun, ibu sentiasa mendoakan semua anak-anak ibu sentiasa dalam keadaan sihat n membesar dgn baik. Rasanya takpalah kot dia kurus sikt. Nak buat cemana, maybe ikut keturunan ibu n ayah yg dah mmg selim bab model SlimWorld ni kot kan..... Tapi tengoklah jugak, kalau kurus sampai asyik tumbang, jatuh n tak bleh berjalan tu haruslah ambik emergency action kan...

Okeh sekian. Anak-anak mari kita makan!!!

p/s : ibu masih memasak dgn gigihnya sehingga hari ini. Semalam buat laksam lagi okehhh....tapi masakan khas untuk kanak-kanak sahaja. kalau aunty2 n uncle nk datang rumah, I masak kt kedai je....hahhahaa