Masa hari pertama Aryana dilahirkan, masa kt wad lagi I dah siap tahnikkan dia. Mmg awal2 lagi I dh prepare bawak kurma Ajwa (kenangan bwk balik dari Madinah ni) dalam beg ke hospital. Sebab ada baca dalam buku mana ntah, Rasulullah terus tahnikkan cucu dia masa baru je lepas dilahirkan. Kalau biasanya masa Zuzu & Yaya dulu, tunggu time mak bidan datang cukur rambut, baru tahnik sekali. Tapi kali ni I dh bertekad nk terus buat masa hari first lagi. So dengan sedikit doa dan selawat, I pun sapukan kurma yg dilecek dgn air ke lelangit dia. Hmmmm... kemain suka rupanya!!!
Pastu bila balik umah, kali ni Amet basuhkan dan siapkan sendiri urusan uri. Biasanya dia cuma tukang tanam ja sbb urusan cuci mencuci dan nak letak garam kunyit
27/5/2012 - masa umur Aryana 5 hari tali pusat dia dah jatuh. Alhamdulillah... cepat pulak kali ni. Biasa kakak2 tu mmg atas 10 hari baru jatuh :)
Cukup umur Aryana 7 hari, kami cukurkan sendiri kepala dia supaya tumbuh rambut baru dan kulit kepala dapat dibersihkan dari sisa2 vernix. Selain tu, kalau rambut dicukur bersih, ia dapat mengelakkan daripada terkena penyakit kulit di kepala seperti kudis/bisul dan juga mngelakkan masalah rambut gugur serta kelumumur. Memandangkan kami tak dapat balik kampung dalam masa terdekat ni (sebab Zuzu dh bersekolah dan susah nk cuti kerana silibusnya agak advance n laju), so terpaksalah kami cukur sendiri rambut si kecik ni. Kemungkinan besar kami hnya akan balik kg masa kenduri ayah chk nanti which is hujung bulan June. So masa tu mcm dh terlalu lmbat. Jadi lebih baik buat yg dapat ikut sunnah iaitu masa 7 hari. Tak perlu nak tunggu majlis2 kendri kendara berendoi bagai, cukup buat yg perlu sahaja. Untuk aqiqahnya insya Allah kami plan akan dibuat kemudian (setelah ibu sihat n kuat dan dapat melaram penuh bergaya!)
Hahaha.... rupa-rupanya cukur rambut budak kecik ni tidak semudah yg disangkakan ye. Tengok tok bidan buat masa kt kampung dulu mcm senang jek :P Tapi kami cukur rambut dia ni ambik masa sampai 2 hari! Hari first cukur tu, pisau cukur mcm tak berapa sesuai. Tapi sbb dh lewat petang, kami terpaksa stop sbb nk mandikan dia dulu. So esoknya baru beli pisau cukur baru dan sambung cukur semula :D
Ni yg masa first day - half botak!
OK... yg ni dah siap fully skinhead :D |
Amacam? Terer tak mak bidan & pak bidan terjun ni cukur rambut???
Pastu potong kuku Aryana pun I potongkan jek bila tengok kukunya dh panjang. Kalau ada tok, dia selalu pesan kena potong pada bilangan hari-hari tertentu. Hehehe.... takpa tok, insya Allah takda apa aih potong bila2 pun asalkan dia tak cakaq muka dia.... :D