Wednesday, August 15, 2012

WORK, CURRENTLY

Asyik2 cerita pasal kalut tak habis2 kan. Macam la I sorang jek yg working mother, yg ada anak 3. Ramai lagi kot org yg lebih ramai anak, yg keja lebih jauh tapi tak bising2 pun? Oh, maybe dia takde blog, kot? Hahaha

So baiklah kali ni taknak cerita yg kalut2 lagi. Meh nak cerita sikit pasal pekerjaan I yg terkini, since ada kawan2 yg dok bertanya dan tertanya2. Yang tak tanya pun boleh baca sbb I tau uolls mesti bertanya dlm hati tapi malu2 kucing nk tanya kt I kan? Hahaha

Well, as usual I akan bekerja dgn benda2 yg ada kaitan akta2 dan perundangan. Sejak zaman awal2 grad lagi memang dh buat keja nih. Tapi bukan bermakna I nih seorang lawyer. I graduate Biology, mana mungkin tetiba jadik lawyer, (loyar buruk boleh). Jadi, siapakah saya? (soalan teka teki selalu bunyi mcm ni kan?)

Saya sekarang bekerja dgn sebuah syarikat pembuat ubat-ubatan, dan saya bertaggungjawab untuk memastikan ubat-ubatan ini didaftarkan di bawah Kementerian Kesihatan, serta tidak mengandungi bahan2 terlarang untuk keselamatan korang semua. Kalau saya tak buat keja betul2, ia akan menyebabkan kilang saya disita, dan korang semua berada dalam bahaya! Baik kan saya, menjaga keselamatan anda semua? Hahaha

Biasanya, sejak 10 tahun bekerja, untuk jawatan yg lebih kurang sama ini, I akan diletakkan di bawah production/QA department. Biasanya jugak I lah orgnya yg akan masuk makmal, buat analisis2 tertentu, buat report makmal, buat dokumen, buat checking dgn guidelines and regulations, dan seterusnya berhubung dgn kementerian2 dan badan2 yg berkaitan. Bila dah namanya kena masuk makmal/production, takde maknanya kau boleh bersiap melawa pakai skirt kasut tinggi segala. Pakai je lah seluar lusuh beli kat Giant dgn sandal Bata. Lepas tu kau akan diselimuti oleh labcoat & safety shoes, atau paling malang – kasut boot. Tak gempak ok. 
 
Tapi kali ini I ditempatkan under Marketing department. Tahu sajalah kalau org2 marketing ni selalunya geng2 yg bergaya sakan, yang drop dead gorgeous. Maka I pun menjadi salah seorang daripada mereka – everyday gorjes! Hahaha. Jgn jeles kawan2 seangkatan yg masih perlu turun ke kilang n makmal :D
 
Dengan itu, dunia terasa semakin ceria! Every morning, walaupun terpaksa keluar lebih awal, I tetap bersemangat to go to work. Tak mengapa memandu 40 minit, asalkan boleh sarung seluar A|X dan sepatu Aldo. Boleh pakai perfume dan eyeliner melentik! Hahaha
 
Bila masuk ofis saja, ruang hadapan sekali ialah pantry yg dipenuhi dgn pelbagai jenis minuman dan snek yg mengiurkan. Nasib baik sekarang ni bulan puasa, kalau tidak pastinya sehari 18 kali I ulang-alik ke situ. Harap2 I tak gain weight lah lepas raya ni hahaha
 
Okeh, berbalik kepada keja (serius). Kali ni I lebih byk bermain dgn chemicals yg sebelum ni jarang ditemui sepanjang kerjaya. Sebab sebelum2 ni semua chemicals yg terlibat dengan urusan I  ialah yg edible, yg boleh dimakan. Tapi kali ni, semuanya yg non-edible, sebaliknya hanya untuk topical (sapuan luar badan) sahaja. Maka namanya agak pelik2. Terbelit lidah pusing kepala menghafal segala methyl, isopropyl, parabens, phosphates, amides dan segala macam lagi. Memang takes time utk I get used dgn beratus-ratus chemical yg digunakan di sini. Bukan setakat hafal nama, kena tahu Trade namenya (cth : mee segera, trade name : Maggi), kena tahu functionnya, limitnya berapa % agar tidak melanggar undang2 dan produk menjadi merbahaya. Macam2. But, currently I enjoy doing it. New things to learn. Menambah pengalaman hidup.
 
Ok, ramai jugak kawan2 nak tahu I kerja di area mana kan? Baiklah, diumumkan office I skrg ialah di Setia Alam. Ya, rumah I di Sg. Buloh. Maka jaraknya ialah around 30km sehala. Tempoh perjalanan dalam bulan puasa ni ambil masa dlm 40-45 minit. Adakalanya masa balik keja boleh jadi sampai 1 jam lebih. Tapi ada satu hari minggu lepas, I was stuck dlm jam yg entah apa2, sampai 2 jam! Harap2 lepas raya ni traffic akan lebih lancar, amin.. Tapi selalunya, I akan keluar tepat 5.30 pm dan berjaya sampai rumah babysitter around 6.15 pm. Itu saja yg I mahu – cepat sampai jumpa anak2.
 
Hmm.. oklah itu saja kot. Apa2 pun nama company terpaksa dirahsiakan untuk keselamatan semua pihak :)

Wednesday, August 8, 2012

ARYANA BATUK & SELSEMA

Cerita backdated. Dah lama masuk kan gambar kat blogger tapi tak sempat nak menaip.

Actually malam I memula nak masuk keja tu Aryana dah start batuk2 sikit. Dan selsema. Yang paling kesian sbb mcm ada bunyi kahak tp dia tak pandai nak klearkan her throat. So dia mcm rimas. Tido pun tak berapa lena, so do I.

The next day bawak dia gi PMC pukul 3 pagi sbb nampak dia mcm rimas sangat sbb congested nose and kahak pun sounds worse. Terus mintak doc buat suction sbb tau dah setakat mkn ubat mmg lambat nk baik sbb dia x pandai keluarkan secretion.

Alhamdulillah lepas suction terus tertido soundly. Masa tu jumpa GP jek. So dia buat reference letter utk jumpa Paed Specialist on Saturday.

Mmg last week tu pegi keja pun tak berapa best. Risau jek dalam hati ni. Sebab takut bila dia batuk kadang2 dia termuntah, so takut dia tersedak ke apa, nauzubillah.... Tapi disebabkan tu minggu pertama keja, terpaksa la kuatkan hati dan semangat. Plus malam2 tido tak menentu, mmg kepala pun dah weng habis. I remember ada satu hari tu I sampai termuntah2 kt ofis sbb pening yg teramat sgt.

Then, weekend tu pagi2 buta I dh bangun siap bawak Aryana jumpa specialist, Dr.Marina. Kali ni doc bg nebuliser dulu untuk loosekan kahak2 kat dalam before buat suction. Mmg lepas suction nurse cakap byk gila secretion dia. Then Dr. Marina explain why it happens and bg education to us about all the medicines yg dia akan bagi nanti. Great! Suka sgt doc yg mcm ni sbb she explain in details how to make the medicine works better etc.


 Aryana was sleeping masa nurse pasangkan neb kat dia.... maybe she feels a lil bit lega kot time tu..

Poor my girl, kecik2 dah terpaksa ambik antibiotik :(

After balik from clinic tu, I terus buatkan jadual ubat ni utk dia. This time I mmg nekad nak lebih berdisiplin to follow the timing. Mmg kesian sgt2 tengok keadaan dia. Selalunya Aryana ni klu malam2 mmg kaki tido. Tak pernah dia nak berjaga malam kecuali utk menyusu (itupun mata xnak bukak). But now, bila nampak dia takleh tido nyenyak, plus ibu pun kena ikut sekali tak bleh lena dibuai mimpi, mmg nak kena betul2 bagi ubat lah kali ni. Lagipun kebetulan that week ada cuti Nuzul Quran, so in 3 days ibu akan jadi nurse sepenuh masa :)

Alhamdulillah lepas habiskan antibiotik (3 days), selsema dia dh fully recovered. Kahak and batuk mula kurang on day-4. And by today, Aryana dh mula tido nyenyak semula and she starts to play and laugh too!

Alhamdulillah... :)


Saturday, August 4, 2012

MY FIRST DAY BACK TO WORK

5.00 am - Bangun sahur.

Amet : Satgi nak keluaq pi keja pukui berapa?

Me : Pukui 6.30 pagi dah kena ada atas kereta. (dgn muka konfiden habis)

Lepas sahur, solat subuh, landing jap kat depan tv.

Terjaga dengar Aryana nanges. Alamakkkk!!! Dah 6.30 pagi tak mandi lagi!!!!!

Mandi & siap keletung keletang ambik baju baby, baju kakak2, pampers, bedak blablabla......

Siap! Hangkut semua masuk kereta. Zuzu naik keta ayah. Yaya & Aryana naik keta ibu.

Oppsss... Susu EBM lupa ambik. Masuk balik ambik EBM dlm peti ais.

Dah masuk keta. Oppsss... cooler bag tinggai. Masuk lagi dlm umah.

Okeh dah siap kunci pintu semua. Baru nak gerak, tiba2...

Amet : Beg sekolah kakak ambik dak?

Me : Alamak, tak ambik!

OK, kena bukak semula pntu rumah yg ada 3 jenis kunci.

Siap ambik beg sekolah kakak. Kunci pintu.

Amet : Oooppp!!! Beg keja ayah pulak tingai..

OK, bukak lagi pintu rumah yg ada 3 jenis kunci.

Ada apa2 lagi yg tinggai? Ok takdak, siap setel boleh jalan.

Keluar rumah ialah pada pukul 7.12 am -__-

7.20 am - sampai umah Nek Yah
7.24 am - gerak dari umah Nek Yah ke opis masing2.
7.30 am - sampai tol Sg. Buloh dan jem bermula..........
Jem. Jem. Jem. Jem. Jem. Damn.....

8.10 am - sampai opis. Ingatkan dah awal gila.

Boss datang "Yus, FYI, our working hour starts at 8.00 am ya...."

Huhuuhu... nampaknya mmg nak kena keluar before 7.00 la lepas ni :-|