Wednesday, August 15, 2012

WORK, CURRENTLY

Asyik2 cerita pasal kalut tak habis2 kan. Macam la I sorang jek yg working mother, yg ada anak 3. Ramai lagi kot org yg lebih ramai anak, yg keja lebih jauh tapi tak bising2 pun? Oh, maybe dia takde blog, kot? Hahaha

So baiklah kali ni taknak cerita yg kalut2 lagi. Meh nak cerita sikit pasal pekerjaan I yg terkini, since ada kawan2 yg dok bertanya dan tertanya2. Yang tak tanya pun boleh baca sbb I tau uolls mesti bertanya dlm hati tapi malu2 kucing nk tanya kt I kan? Hahaha

Well, as usual I akan bekerja dgn benda2 yg ada kaitan akta2 dan perundangan. Sejak zaman awal2 grad lagi memang dh buat keja nih. Tapi bukan bermakna I nih seorang lawyer. I graduate Biology, mana mungkin tetiba jadik lawyer, (loyar buruk boleh). Jadi, siapakah saya? (soalan teka teki selalu bunyi mcm ni kan?)

Saya sekarang bekerja dgn sebuah syarikat pembuat ubat-ubatan, dan saya bertaggungjawab untuk memastikan ubat-ubatan ini didaftarkan di bawah Kementerian Kesihatan, serta tidak mengandungi bahan2 terlarang untuk keselamatan korang semua. Kalau saya tak buat keja betul2, ia akan menyebabkan kilang saya disita, dan korang semua berada dalam bahaya! Baik kan saya, menjaga keselamatan anda semua? Hahaha

Biasanya, sejak 10 tahun bekerja, untuk jawatan yg lebih kurang sama ini, I akan diletakkan di bawah production/QA department. Biasanya jugak I lah orgnya yg akan masuk makmal, buat analisis2 tertentu, buat report makmal, buat dokumen, buat checking dgn guidelines and regulations, dan seterusnya berhubung dgn kementerian2 dan badan2 yg berkaitan. Bila dah namanya kena masuk makmal/production, takde maknanya kau boleh bersiap melawa pakai skirt kasut tinggi segala. Pakai je lah seluar lusuh beli kat Giant dgn sandal Bata. Lepas tu kau akan diselimuti oleh labcoat & safety shoes, atau paling malang – kasut boot. Tak gempak ok. 
 
Tapi kali ini I ditempatkan under Marketing department. Tahu sajalah kalau org2 marketing ni selalunya geng2 yg bergaya sakan, yang drop dead gorgeous. Maka I pun menjadi salah seorang daripada mereka – everyday gorjes! Hahaha. Jgn jeles kawan2 seangkatan yg masih perlu turun ke kilang n makmal :D
 
Dengan itu, dunia terasa semakin ceria! Every morning, walaupun terpaksa keluar lebih awal, I tetap bersemangat to go to work. Tak mengapa memandu 40 minit, asalkan boleh sarung seluar A|X dan sepatu Aldo. Boleh pakai perfume dan eyeliner melentik! Hahaha
 
Bila masuk ofis saja, ruang hadapan sekali ialah pantry yg dipenuhi dgn pelbagai jenis minuman dan snek yg mengiurkan. Nasib baik sekarang ni bulan puasa, kalau tidak pastinya sehari 18 kali I ulang-alik ke situ. Harap2 I tak gain weight lah lepas raya ni hahaha
 
Okeh, berbalik kepada keja (serius). Kali ni I lebih byk bermain dgn chemicals yg sebelum ni jarang ditemui sepanjang kerjaya. Sebab sebelum2 ni semua chemicals yg terlibat dengan urusan I  ialah yg edible, yg boleh dimakan. Tapi kali ni, semuanya yg non-edible, sebaliknya hanya untuk topical (sapuan luar badan) sahaja. Maka namanya agak pelik2. Terbelit lidah pusing kepala menghafal segala methyl, isopropyl, parabens, phosphates, amides dan segala macam lagi. Memang takes time utk I get used dgn beratus-ratus chemical yg digunakan di sini. Bukan setakat hafal nama, kena tahu Trade namenya (cth : mee segera, trade name : Maggi), kena tahu functionnya, limitnya berapa % agar tidak melanggar undang2 dan produk menjadi merbahaya. Macam2. But, currently I enjoy doing it. New things to learn. Menambah pengalaman hidup.
 
Ok, ramai jugak kawan2 nak tahu I kerja di area mana kan? Baiklah, diumumkan office I skrg ialah di Setia Alam. Ya, rumah I di Sg. Buloh. Maka jaraknya ialah around 30km sehala. Tempoh perjalanan dalam bulan puasa ni ambil masa dlm 40-45 minit. Adakalanya masa balik keja boleh jadi sampai 1 jam lebih. Tapi ada satu hari minggu lepas, I was stuck dlm jam yg entah apa2, sampai 2 jam! Harap2 lepas raya ni traffic akan lebih lancar, amin.. Tapi selalunya, I akan keluar tepat 5.30 pm dan berjaya sampai rumah babysitter around 6.15 pm. Itu saja yg I mahu – cepat sampai jumpa anak2.
 
Hmm.. oklah itu saja kot. Apa2 pun nama company terpaksa dirahsiakan untuk keselamatan semua pihak :)