Sepanjang perjalanan hidup kita ni mmg kita tak akan
berhenti dari belajar benda2 baru. Kadang2 ada benda/ perkara yg berlaku
membuatkan kita rasa sgt geram, nak marah, benci dan sebagainya. Tapi bila
difikirkan semula (Kalau saya, setelah habis marah biasanya baru nak fikir
semula!) semua tu ada lah pengalaman. Pelajaran baru dalam buku hidup kita. Dan
sebenarnya ia istimewa!
Okeh, to cut it short, ada lah sorang budak dalam opis
saya nih hampir setiap hari dok tanya kat mana saya nak lunch/tapau. Actually
dia pun baru join the company, tapi lambat sikit dari saya.
So bila dah dok tanya2, saya pun selalu la jugak offer
dia if she wants to join me. Lagipun saya selalunya hanya akan pergi tapau kat
gerai depan ofis tu ja, jarang sekali nak keluar makan tempat jauh2 dan hebat2.
Tapi bila saya ajak dia, antara jawapan yg diberikan
ialah :
"Saya takut nak keluar sebab orang cerita kat luar
ni selalu ada kes ragut."
"Saya takut nak keluar, kat depan tu ada banyak
anjing."
Dan macam2 jawapan takut lagi yg dia selalu bagi.
Actually I x kisah pun. Sebab bukan I yg ajak dia. Tapi
dia yg nampak mcm nak ikut tapi taknak ikut. So bila lama2 asyik Tanya dan bagi
alas an yg sama I pun dh mula rasa bengang. Dalam hati "Apa benda la
sangat yg hang takut ni. Semua benda nak takut. Mcamana hang nak hidup dik
oiiii kalau semua benda nak takut????"
And for me, I mmg dah chop dia ni ialah style yg pompuan
leceh & mengada-ngada. Seriusly aku
tak boleh blah pompuan slow mcm ni!
Sampailah yesterday, dia cakap " Kak, sebenarnya
saya teringin saya nak ikut akak gi tapau. Tapi suami saya tak bagi saya keluar
langsung. Pagi2 masa dia hntar saya dtg keja, dia akan suruh saya tapau siap2.
terpaksa lah saya makan nasik
sejuk yg tapau dari pagi...."
Oh my God!!! Rasa bersalah gila dok buat bad assumptions about
her…
So what I get from her story?
1.
Belajar – bersyukur dgn my life yg tak terlalu
terkongkong. Thank you Amet, tak pernah halang I keluar makan. And you’ll never
do right?
2.
Belajar – kenali dulu seseorang before buat
sebarang andaian buruk mengenainya.
3.
Belajar – bersyukurlah kepada Allah yg
menganugerahkan keselamatan sepanjang I keluar makan/tapau. Tak pernah lagi
kena kejar anjing
Semoga kita semua sentiasa berada di dalam lindungan
keselamatan dan rahmat-Nya. Amin….