Tarikh travel : 13-15 Feb 2013
Tema : Backpackers
Objektif : Swimming, snorkelling, looking for paradise-look-beach and sea, menghayati keindahan alam ciptaan Ilahi. Objektif sampingan : Honeymoonlah konon... :)
Pengangkutan Pergi
1. Arau – Hatyai = Train
From Arau, Train depart @7.45 am. Harga tiket Arau -Padang Besar = RM6.00/person. Tiket tak perlu beli kat kaunter. Naik je terus atas train, nanti ada mcm kondukter bas zaman sekolah dulu2 jual tiket.
Mcm kami hari tu, train sampai lewat. So selamber badak jalan kaki pi breakfast kt gerai depan nu. Jauh jugak la sebab kami berjalan kaki. Backpackers kan.. mana boleh naik kereta... Tetiba nampak org ramai keluar dari stesen tu. Alamak!!! Train dh sampai. Apa lagi berlari pecut la kejar train tu. Mmg train dh gerak pun. So melompat naik train yg sedang bergerak tu, sebijik mcm cerita Hindustan! Tercungap2 dua laki bini kelam kabut hahahaha...
Sampai kt Pdg. Besar, semua kena turun pi cari kaunter Imigresen Malaysia & Imigresen Thailand. Lepas tu boleh jalan2 cari mkn sbb train akan tukar kepala dan ini mengambil masa selama 1 jam. Part tunggu menunggu ni mmg standard la klu nk jadi backpackers
(u alls akan dengar I ulang2 perkataan backpackers ni beribu-ribu kali dlm entri ni ya – sbb we terlalu bangga jadi backpakers hahahaha)
Ok, lepas tu naik semula train tu. Beli tiket kt kaunter sebelah imigrresen tu je. Boleh bayar guna duit RM atau Thai Bath. Harga tiket = RM6.00/person jugak...
Sampai Hatyai beli Sim kad & prepaid. Starter pack TB70 sahaja...
Total tempoh perjalanan termasuk penantian sambung menyambung train ialah = 3 jam.
*Kat stesen ni ada makcik jalan2 buat currency exchange. Kalau nak tukar boleh jugak tp biasa lah mahal sikit. Better tukar siap2 kt semenanjung Malaysia. Tapi sebenarnya kami pun tak tukar siap2 kt Malaysia sebab tak sempat + malas juga hehehe.. So padan muka lah dapat duit mahal.
2. Hatyai – Krabi Town = Van
Sepatutnya, eta (estimated time of arrival) ialah 9.30 (Thai time) or 10.30 (Malaysia time) à Jam Thai awal sejam dari Malaysia. Tapi since dari Arau lg train tu dh lambat, so kami smpai Hatyai around 10.45 (Thai). From train station, jalan kaki ke town Hatyai utk cari van ke Krabi. Sambil jalan singgah mkn dan jamu2 mata. Tempat shopping di Hatyai ni sangat sangat ssangat baaanyyaakkkk & mengiurkan ye...
Lunch kat sini dulu. Order nasik goreng biasa ja. Tapi sedap gila!!!
Singgah farmasi beli ni.. sangat murah compared price Malaysia. Great!
Memula plan nak cari satu travel agen ni kat Lee Garden Plaza. Pastu dh smpai depan tu ada tut-tut and driver dia suggest pi cari van kt Hatyai Bus Station. So oklah, naik tut-tut to bus station. Harga dari depan Lee garden Plaza – stesen bas = TB40/person.
*Anggarkan TB10 = RM1 (lebih kurang).
Sampai kat stesen bas tu ada banyak travel agen / kaunter tiket. Boleh pilih yg mana suka. Kami dh malas nak jalan2 cari, so bila sorang agent tu mai offer TB290/person ambik ja lah. Mmg dah survey sebelum harga tiket van lebih kurang around TB270 – TB350 utk Hatyai-Krabi.
Tiket van Hatyai - Krabi.
3. Krabi Town – Klung Muang Beach = Taxi sapu
Ok, ni part paling haru biru. Rupa2nya hotel that I booked tu is not in famous amous-Ao Nang Beach. Tipah tertipu bang! Bila kami tunjuk nama hotel tu kat driver, dia cakap
“Ooo this beach no people go. Taxi expensive. 600 bath for 2 person. No 500, no 700.” Haaaa.... maksud dia x lebih, x kurang tp 600 bath. Pull stop. No bargain. Take it or leave it. Since hari pun dh hampir senja, and badan pun dh malas nk berjalan mencari transport lain, we had no choice. Tapi seriously mmg rasa ralat gila time ni sebab tiket Hatyai -Krabi p\yg jauh gila tu pun baru TB580/2 person, tp kali ni 30 mins away pun sampai TB600! Huhuhu... apo nk buat...bkn ada transport sendiri pun..
4. Klung Muang – Ao Nang = Moto (sewa)
Abou 6.00 pm baru kami sampai hotel and check-in.
Kami stay at hotel murahan je..RM86/night only.. backpackers la katakan hahahhaa
Boleh tahan la hotel ni... Lawa jugak, hotel agak baru, tapi tak best sgt la sbb x dapat duduk Ao Nang. Klung Muang ni ada beach jugak tp x berapa happening. More tu ala-ala kampong life. On one side, quite ok jugakla utk rest sbb sunyi n privacy ja. Nearby our cheap hotel, ada jugak yg expensive ones like Sheraton, Sofitel etc. Lepas solat Maghrib, kami decide utk sewa moto utk jalan2 since taxi utk ke area kami tu mmg mahal. Bila tanya taxi dari Klung Muang – Ao Nang semuanya charge TB400. Gila mahal!
Scootering... :)
So sewa moto is a better option sbb it only cost TB250/24 hours only.
The next day, dia kurangkan pulak sewa for TB200/day ja hehehe... Sewa
moto tak susah sbb hotel ni provide the service. If not, bleh jalan2
sendiri kat luar mmg ada byk org sewa moto kt sini.
Dapat ja moto, terus jalan2 nak cari money changer sbb hotel tu credit card reader dia boleh rosak la pulakkk!!! Adehhh...habihla cash nk buat shoping... Tapi area sini mmg mahal gila exchange, so kami decide merempit terus ke Ao Nang.Memula tanya org situ depa ckp 15km nk ke sana. Dok fikir boleh ke
sampai. Tapi mengenangkan zaman bujang dulu boleh ja merempit satu KL
xtau berapa puluh km, so setakat 15km tu apalah sangat...
Bleh ambik duit direct kt ATM jugak, tp servis fee TB150 per transaction ye... Rugi!
5. Ao Nang – Phi Phi Islands = Speed Boat
Smpai Ao Nang terus teruja. Happening gila! Lepas makan kt gerai, kami jalan2 merayau cari Island Tour package utk next day. Tapi memandangkan masa tu time cuti kot, so hampir semua travel agen yg kami tanya cakap trip ke Phi Phi Island dh habis... yg ada cuma trip ke pulau2 lain. Dah almost tahap berputus asa, kami nekad nak singgah for the last one agent. I ckp klu xdak jugak, kita ambik ja lah package trip pulau lain pun... dah malas dah..
GR Tour - mahal sikit. Tapi yg lain tiket dah habis...
Mcm tak percaya, bila tanya kat agen G.R Tour ni, dia cakap ada few seats lagi, one last boat utk Phi Phi trip. Tapi, harganya mmg special la... biasanya boleh dapat around TB900 – 1100 je. Tapi hari tu kami terpaksa hulur TB1500/person! As usual – take it or leave it. Ha kalau tak take, mmg tak payah cari la tempat lain. Mmg fully booked! Mengenangkan dah bersusah payah kami berbackpaking sampai ke Krabi ni, alang2 ambik ja la..entah zaman bila pulak nk sampai taktau lah kan...
Trip untuk ke islands tour ni ada mcm2 jenis. Sama ada nak naik speed boat or long tail boat. Dan mcm2 pilihan islands. So boleh pilih mengikut selera masing2. I ni yg tergedik2 sgt pilih Phi Phi package sebab tujuan utamanya ialah nak ke Maya Bay -> salah satu tempat tercantik kat dunia ni!
Okeh. Sekian dulu cerita bab transportation. Nanti I sambung cerita lebih detail tentang island tour yg sangat mengujakan!