Sunday, February 24, 2013

TRAVELOG : KRABI (PART 2)

DAY 2

7.00 am – me & Amet dh ready dgn segala kelengkapan dan turun bawah utk breakfast. GR Tour pesan semalam get ready by 8.00 o’clock nanti ada org jemput.

  Siap ada buah manggis utk breakfast dia. Yg bestnya sebelah meja kami tu ada family omputih dok terkial-kial kopek buah manggis siap guna pisau dok kikis kulit manggis tu. Last2 Amet gi tunjuk mcmana nk pecahkan kulit nya hehehehe....

8.15 am – seijik tut-tut sampai depan hotel utk jemput dan bawa kami ke GR Tour.
 
Sampai sana, dah ramai jugak geng2 seangkatan yg nk join island hopping sedang menunggu. Agak lama tunggu di situ, boat belum sampai.

Almost 9.00 am – mula bergerak ke pantai utk naik bot.

Dont forget your sunblock. We used Sunplay SPF65+ mmg takdak kesan sunburn langsung! Tips : Barang2 cosmetic ni better beli kt Thailand sbb teramat sangat murah compared Malaysia price for same brand. 

 On the boat :)

 Lebih kurang 45 minit, sampailah at our first stop – Bamboo Island.

 Jernih sangat sangat sangat!!!

Pasirnya yg halus n putih bersih, air yg jernih, mmg cukup membuatkan jiwa rasa tenang sangat-sangat... Mula2 konon takmau mandi lagi. Tapi tak tahan la tengok air dia yg lawa sangat tu. Hahahaha... terus terjun berenang-renang ke tepian. Tapi pemandu bot kami tu cuma stop for 45 min ja kt situ. Mana cukup. Tak puas menjamu mata dengan tempat yg sangat-sangat indah tu...
 
Tempat kedua – Viking Cave.

Kat Viking Cave ni bot lalu dan stop utk tengok je. Tak boleh turun sebabsini ialah kawasan larangan sebab sini ialah tempat pengumpulan bird's nest. So utk mengelakkan pencemaran ke atas kualitinya, tiada pelancong yg dibenarkan masuk ke sini...

Tempat ketiga – Maya Bay.

Subhanallah.... Breath-taking. Speechless.
 
 Laluan nak masuk ke Maya Bay - keindahan yg tersembunyi.

  Here we are!!!

Ok siapa pernah tengok movie The Beach lakonan Leonardo D'caprio? Haaa... kt sinilah tempat dia berlakon cerita tu!!! So klu nak tengok lebih detail keindahan dan kecantikan Maya Bay ni, download balik cerita tu hahaha...

 Tsunami evacuation route - kebanyakan pulau2 di sekitar Krabi ni mmg antara kawasan yg teruk kena Tsunami pada tahun 2004 dulu....

Lepas tu kami dipanggil naik balik bot. Bot bergerak jauh dari pantai. Sampai tengah2 laut tu, driver boat pun cakap "Ok boleh terjun sekarang!!!!" --> Dialihbahasakan :)


Apa lagi, terjunlaaa!!! Semua orang terjun. Tetiba eh ada sorang lagi tertinggal atas bot! Siapa????

Hahahahahahaha... siapa lagi...hero buah hatiku ni laa... siap dressing pakai safety jacket bagai. Itu pun takut lagi nak terjun dalam ayaq!!! Adoiiii... geramnyaaaa!!!! Penat I bawak mai sampai Krabi ni tau!

Bini dia mana?????
 
Hahahahahaha dah tak ingat laki dah... dasar hantu ayaq!!!
 
Tips snorkeling : Jgn pakai tudung ada awning sbb nanti susah nk pakai mask & snorkel. Pastu better bawak snorkel set sendiri sebab yg depa provide tu x berapa nak fit elok, so ada masuk ayaq dalam mask menyebabkan view x berapa best. Lagipun agak menggelikan n krg hygiene sbb dh xtau berapa ribu org menggigit benda tu... yucks!
 
Tempat keempat – Phi Phi Don

 
Kat Phi Phi Don ni ada few restaurants. And kebanyakan package mmg singgah sini utk bagi pelancong2 makan. Lunch ni dah mmg included in the package. So sampai je, terus serbu buffet tu, x perlu bayar2 dah.

 Oh it's Halal too... Even our drebar bot tu pun asyik cakap "Dont worry I am Muslim" Hehehe...


  Ada kedai souvenir jugak kt PhiPhi ni... kami jalan2 je cuci mata, x beli apa2 pun...


Tempat kelima – Monkey Bay.

As usual bot berhenti kt tengah laut, dan suruh kami terjun! Kat sini pun cantik sangat2 air dia. Jernih. Crystal clear. Tapi kali ni I dah x berminat nk snorkeling sbb snorkeling set dia yg tak best tu. So rasa mcm x berapa enjoy. Just terjun sekejap berenang2  biasa ja. Frust jugak lah. Tapi dh malas nk fitting snorkeling set tuh. Bila dh balik, rasa mcm regret pulak :( Ruginyaaa rasa.... bukan senang nk jumpa air lawa mcm tu... isk isk isk...


Tengok orang naik Long Tail Boat ni rasa best jugak. Kalau ada extra days mmg I ingat nk try naik ni, tp time is so limited. Huhuhu... Insya Allah ada rezeki next time nk mai lagi and nk naik long tail. Rasa mcm lebih rileks sbb slow2 je jalan2 tengok pemandangan. 

Kalau naik speed boat mcm kami ni, mmg kena pastikan anda tiada osteoprosis sbb dia  punya laju menyebabkan hentakan yg kuat bila bertemu big wave. Phewwww... sakit jugaklah pinggang ni...

Haaaa... kalau nk tiket yg lebih murah, bleh naik bot ramai2 mcm ni. Ada beran? Hehehehe

 
***Included in the island hopping package ni : Transport pergi n balik dari hotel ke pantai/naik bot. Free Lunch (Halal). Hidangan buah-buahan on the boat. Air minuman / air karbonat on the boat (anytime ambik sendiri).
 
Okeh... rsanya setakat ni dulu cerita about island hopping. For the next part, I will cerita about jalan2 sekitar Ao-Nang beach on our last day plak. And maybe will add on few tips yg kami belajar sepanjang out backpacking trip nih :)

Oh, by the way, on first place, apa yg membuatkan I teruja dan tergedik sangat nak visit tempat nih? It's simply because of my cousin's video that inspired me! (He's a professional film-maker now!)

Gulf of Thailand by Rewan Ishak.

Till then. Happy Watching!!!