Monday, April 1, 2013

CUTI-CUTI KIDZANIA

Semalam kami semua telah bercuti. Kami mmg telah plan to apply a day leave. Zuzu n Yaya pulak ponteng sekolah. Hahahaha. Gembiranya! Hahahaha. Aryana sorang jek yg rilek x perlu fikir pasal cuti-cuti bagai.
Kami bercuti kerana ada tujuan n hasrat yg telah sekian lama dipendam. Tujuan kami ialah hendak pergi ke Kidzania. Hahaha.

Zuzu n Yaya dah lama meminta utk ke Kidzania. Tetapi ibu n ayah menyuruh mereka menabung dahulu. Kami cakap kami tidak ada duit sebab tiket ke sana sangat mahal. Jadi sesiapa yg hendak pergi hendaklah menyimpan duit dan tidak boleh membazir membeli coklat, keropok atau aiskrim petang2. (Tetapi sebenarnya petang2 mereka pau ibu ke kedai, dan balik rumah mintak duit ayah utk menabung. Mereka ialah kanak2 yg sangat bijak.) Jadi,beberapa hari lepas ayah mengira duit mereka sudah cukup iaitu sebanyak RM67 seorang.

Sampai di Kidzania kami membeli tiket di kaunter ala-ala tiket flight Air-Asia.

Harga tiket adalah seperti berikut :

Kanak-kanak : RM 60/person
Dewasa : RM35/person
Bayi 2 tahun ke bawah : Percuma


At the ticket counter. We asked them to go by themselves hehehe
Ohhh!!! Lupa nk cakap mengapa kami mengambil cuti pada tengah2 minggu dan tidak pergi saja pada hari weekend atau musim cuti sekolah? Ini kerana kami tidak mahu pada masa orang yg terlalu ramai kerana dengan itu kami tidak dapat enjoy sepenuh hati. Jadi kami pilih hari bekerja di mana kami jangkakan tidak ada org yg datang dan hanya keluarga kami sahaja yg akan bermaharajalela di situ. Kami adalah sangat tamak.

Sebaliknya jangkaan kami meleset. Terdapat beberapa romboongan kecil budak2 sekolah dan tadika pada hari itu. Dan juga ramai keluarga lain juga. Tapi tidaklah terlalu sesak dan kami dapat mencuba hampir kesemua jenis pekerjaan. Cuma ada beberapa pekerjaan yg tidak sempat dicuba kerana kami sampai di sana agak lewat iaitu almost jam 1 tgh hari kerana ada beberapa orang ahli rumah yg bangun lewat. Gggrrr!!!


Kerja di kilang farmaseutikal macam ibu yeayyyyy!!!! Belajar buat vitamin and dapat gaji + sebotol vitamin percuma!


Kerja kilang Vitagen. Dapat sebotol vitagen yg "dibuat sendiri". Tapi yg ni tak dapat gaji :)



Dengar taklimat dan cara pengurusan gigi sebelum boleh jadi dentist yg berjaya :)


Attending cooking school to be a great chef


Kejap. Belum habis cerita lagi. Terpaksa publish sbb x bleh save plak blogger ni huhuhu.