Thursday, May 23, 2013

A COLOURFUL LIFE

Alhamdulilah... setelah semua dugaan berlalu, I feel much better... Lega. Dugaan itu banyak memberikan I tunjuk ajar dan pengajaran. Now, I ada satu prinsip : No pay, no way! Hahahahaha




Alhamdulillah jugak, Tupperware Aryana semakin mendapat sambutan. Day by day, i receive calls, SMSs, Watsapps and emails... There are soooo many Tupperware lovers out there rupa-rupanya!!! Hihihihi....



Thanks a lot to all my customers, friends and families for your support to Tupperware Aryana. You all really make my days as colourful as Tupperwares!!! Hahahaha...



And despite that one the very exceptional case, all my customers sebenarnya sangat2 bagus, baik dan jujur... And the best thing is not fussy...Yeaahhhh a big applause to all of u!!!!



Seriously mcm tak percaya. Bila start dapat orders from orang luar yg kita tak kenal, and then after that they turn to be a royal customer, turn to be a friend, then a group of friends, rasa mcm best and excited sangat. Then after a while, I started deliver to Sabah & Sarawak – that’s where I learned how you should handle a parcel postage effectively. Nak guna Pos Laju? Pos Domestic? Nak kena ikut ukuran volume metric or timbangan? How to pack things without extra charges...Yes, I learned a lot! Alhamdulillah..



Then few days back, I received an order from India. Yes, and she really wants me to deliver her order immediately and she doesn’t care on the postage rate just because she would like to have a wonderful Tupperware Malaysia as her collection! Alhamdulillah...



Just last week, I was invited to attend Tupperware Brands Director Recognition Rally. And I was so proud that I was selected to be on stage to receive the Director recognition award!!! Yeaahhh... it’s not mine anyway...Hehehe... I just tolong ambik orang punya award. But anyhow it has been a great motivation for me to get my own.

My hand carrying the Blue Ribbon - 1 Star Director :)

 On the stage with VIPs..muka I x nampak sbb duduk kt hujung sana..

Ok I ada kt belakang sekali, sapa jumpa bleh dpt setengah bijik Tupperware!


Yang penting ada baanyakk free gifts when you attend any Tupperware events!!! Yeayayy!!!

I’m sharing this happiness with you all, my friends... If you feel this will also make you happy, exciting, and wants to have more pleasurable funs, lets join Tupperware Aryana team and you’ll definitely feel the difference! Its not just all about money, but its lots of fun surrounded with COLOURFUL things! :D

Monday, May 20, 2013

CERITA RILEK SIKIT...

Okeh enough after 2 stories yg quite stressful. Now nak share tempat yg best utk lepak and dating and chillex --> tiru bahasa org muda : chill + rilex (kwn2 sebaya I mesti xtau nih hahaha).

Well actually tempat nih nak bawak family anak beranak satu van pun okeh.. no problem sbb tempat dia mmg saaangat luas and spacious. So dgn suasana ala-ala country garden, ada water-fountain, ada buai, mmg rasa lega bila masuk dlm nih.

Oh lupa plak nak ckp nama tempat/cafe ni ialah Bonjour Garden. Yeah practise your French now :)

 Location : Kota Damansara, dekat dgn area Giant, lorong yg ada Bank Islam dan lain2 hahaha.. alaaa... silalah Google address sendiri ye...senang je nk cari nih... (mode : malas) 

Oh kenapa muka I kembang. Oh sebab muka syiok hari tu cuti lepas mengundi, anak2 ikut Kak Ngah so me & Amet berdua-duaan grocery shopping & dating :)

 Kekasih gelapku cuba melindungi wajahnya dari dikenali ramai & menjadi publisiti murahan.

Tapi dia bukan kekasih gelapku... dia kekasih hatiku yg berwarna gelap. Hahahahahahaha

This one is quite good... Chocolate Volcano apabendantah nama dia...

I hope to taste the real Cinnamon roll, but it's not as per expected. Its more raisin-sweet than cinnamon...

Ok lega lah sikit boleh rehat and lepak chit chat chit chat after few hectic and mental-tiring incidents... But life must go on. Ramai lagi manusia dgn pelbagai ragam yg I akan jumpa and banyak lagi problems & matters to overcomesepanjang hidup ini...

Tuesday, May 14, 2013

BANYAK LAGI YG KENA BELAJAR TENTANG RAGAM MANUSIA..

Dah lebih setengah bulan tak update kat sini ya. Sebenarnya, baaaaaaaaaaaaaanyaaakkkkkk sangat2 perkara yg terjadi dalam tempoh masa x update tu. Dan semua cerita ceriti tu melompat2 dalam kepala mintak diblogkan. Tapi keadaan fizikal dan biological tuan blog ni agak kurang stabil. So lama lah bertangguh....


Actually I baru saja melalui minggu yg penuh dgn nafas tercungap-cungap, sesak dada, sesak kepala, stress, sakit hati, geram, marah, nak pukul orang... Hmmm entahlah. Semakin hari semakin I belajar utk kenal hati budi dan ragam manusia. Rupa-rupanya banyak lagi manusia jahat, hati busuk dan tak berhati perut kt dunia ni! Dipendekkan cerita, orang ni beli Tupperware dgn I dgn nilai RM2000++ dan tidak membuat bayaran!!!!

Masa I hantar barang dia cakap akan pergi bank-in skrg, dan xnak bagi cash sbb banyak sangat konon2nya dia takut nk pegang duit banyak2 dlm tangan. So kami sama2 keluar, dia pergi ke arah bank, I pergi ke kereta. Bodoh! I mmg bodoh sbb percaya semua org punya hati baik dan jujur! Smpai malam, sampai esok, sampai hari seterusnya I tunggu dan tunggu akaun masih tak berubah angka. I pergi semula ke hospital tempat dia menjaga anaknya yg sakit, nurse bgtau dia dah discharge. Dengan airmata kecewa, kami terus buat report polis dan I hntar SMS ringkas “Saya dh buat report polis.” The next day dia call and inform dia akan transfer separuh dari jumlah itu. Alhamdulillah berkat pertolongan dan doa dari suami dan keluarga, I terima sejumlah RM1K hari itu.

Tapi hutangnya masih belum langsai. Dia minta pula utk pulangkan separuh dari barang2 yg dia dah ambil. Tak apalah, I tak kisah asalkan I tak kerugian. Kalau sampai dah teruk mcm ni, tak apa pulangkan saja barang2 tu. Insya Allah I yakin ramai lagi customer lain yang akan membawa rezeki.

Tapi smpai hari ini, she is yet to return barang2 itu. Dan juga sejumlah duit lagi yg masih berbaki. I dh bgtau hari Ahad lepas nak pergi ambil, tapi dia bagi alasan anaknya sakit teruk jadi dia tidak sempat utk berurusan. I yg baik hati ini, mengenangkan anak kecil yg sakit, masih cuba bersabar. I masih lagi bg peluang pada dia. At least sampai hujung mingu ni. Kalau tidak, salinan repot polis itu akan mula memainkan perananannya.

I mmg tak pandai untuk terlalu berburuk sangka pada orang. Tapi hidup di zaman yang lebih ramai orang tak beriman dgn Tuhan ini, I perlu belajar untuk mempertahankan diri. Perlu ada rasa buruk sangka, perlu ada rasa was-was, hati sendiri perlu jahat dan busuk sedikit, dan yg penting perlu ingat manusia yg baik tu mmg dah tak ramai!!!! Wallahu’alam.....

Semoga Allah lembutkan hati dia utk langsaikan semua hutangnya dgn segera dan memudahkan urusan perniagaan I selepas ini. Aminnnn....

*Alhamdulillah atas bantuan nurse & polis, kami dapat alamat rumah dan no telefon suaminya. Jadi apa-apa hal selepas ini, harap2 maklumat tersebut dapat membantu.