Tuesday, May 14, 2013

BANYAK LAGI YG KENA BELAJAR TENTANG RAGAM MANUSIA..

Dah lebih setengah bulan tak update kat sini ya. Sebenarnya, baaaaaaaaaaaaaanyaaakkkkkk sangat2 perkara yg terjadi dalam tempoh masa x update tu. Dan semua cerita ceriti tu melompat2 dalam kepala mintak diblogkan. Tapi keadaan fizikal dan biological tuan blog ni agak kurang stabil. So lama lah bertangguh....


Actually I baru saja melalui minggu yg penuh dgn nafas tercungap-cungap, sesak dada, sesak kepala, stress, sakit hati, geram, marah, nak pukul orang... Hmmm entahlah. Semakin hari semakin I belajar utk kenal hati budi dan ragam manusia. Rupa-rupanya banyak lagi manusia jahat, hati busuk dan tak berhati perut kt dunia ni! Dipendekkan cerita, orang ni beli Tupperware dgn I dgn nilai RM2000++ dan tidak membuat bayaran!!!!

Masa I hantar barang dia cakap akan pergi bank-in skrg, dan xnak bagi cash sbb banyak sangat konon2nya dia takut nk pegang duit banyak2 dlm tangan. So kami sama2 keluar, dia pergi ke arah bank, I pergi ke kereta. Bodoh! I mmg bodoh sbb percaya semua org punya hati baik dan jujur! Smpai malam, sampai esok, sampai hari seterusnya I tunggu dan tunggu akaun masih tak berubah angka. I pergi semula ke hospital tempat dia menjaga anaknya yg sakit, nurse bgtau dia dah discharge. Dengan airmata kecewa, kami terus buat report polis dan I hntar SMS ringkas “Saya dh buat report polis.” The next day dia call and inform dia akan transfer separuh dari jumlah itu. Alhamdulillah berkat pertolongan dan doa dari suami dan keluarga, I terima sejumlah RM1K hari itu.

Tapi hutangnya masih belum langsai. Dia minta pula utk pulangkan separuh dari barang2 yg dia dah ambil. Tak apalah, I tak kisah asalkan I tak kerugian. Kalau sampai dah teruk mcm ni, tak apa pulangkan saja barang2 tu. Insya Allah I yakin ramai lagi customer lain yang akan membawa rezeki.

Tapi smpai hari ini, she is yet to return barang2 itu. Dan juga sejumlah duit lagi yg masih berbaki. I dh bgtau hari Ahad lepas nak pergi ambil, tapi dia bagi alasan anaknya sakit teruk jadi dia tidak sempat utk berurusan. I yg baik hati ini, mengenangkan anak kecil yg sakit, masih cuba bersabar. I masih lagi bg peluang pada dia. At least sampai hujung mingu ni. Kalau tidak, salinan repot polis itu akan mula memainkan perananannya.

I mmg tak pandai untuk terlalu berburuk sangka pada orang. Tapi hidup di zaman yang lebih ramai orang tak beriman dgn Tuhan ini, I perlu belajar untuk mempertahankan diri. Perlu ada rasa buruk sangka, perlu ada rasa was-was, hati sendiri perlu jahat dan busuk sedikit, dan yg penting perlu ingat manusia yg baik tu mmg dah tak ramai!!!! Wallahu’alam.....

Semoga Allah lembutkan hati dia utk langsaikan semua hutangnya dgn segera dan memudahkan urusan perniagaan I selepas ini. Aminnnn....

*Alhamdulillah atas bantuan nurse & polis, kami dapat alamat rumah dan no telefon suaminya. Jadi apa-apa hal selepas ini, harap2 maklumat tersebut dapat membantu.