We all balik kampung a day before Hari Raya. This year is Amet’s turn. Ya, walaupun kampung kami ni cuma dipisahkan sepelaung je jauhnya, tp still kena buat turn jugak nk beraya rumah sapa dulu. Hehehe...
HARI RAYA PERTAMA
Pagi2 me & Zuzu sempat ikut orang pergi solat sunat Aidil Fitri (setelah kelam kabut mandi dan bersiap sbb dh lewat!). Nana & Yaya belum bangun so tinggal kt Umie.
After balik solat ialah makan2 dan sesi bermaaf-maafan serta photoshoot!!! Yeahhhh part ni yg paling penting hahahaa
*Caution : This Entry is fully-loaded with gambar*
Our Growing Family :D
The Girlsss in the house!!!
The Boys - spesies hampir pupus!
Everyone say : Selamat Hari Raya!!!
Then siap2 barang2, nak balik kampong sebelah FIL iaitu kat Jitra, Kedah. Actually kt sana pun dh tak ramai sgt sedara yg masih ada. First of all, kami menziarahi pusara sedara mara yg telah meninggalkan kami – Tok, Teh, Wa, dan tak dilupakan the little Fatimah Azzahra, our niece yg meninggal ketika dilahirkan in May baru-baru ni...Al-Fatihah utk semua...
Then, ke rumah Maksu. Paling syiokkkk lah sbb dapat makan laksa seperti yg didam-idamkan. Laksa maksu mmg the best on the world lah. I tambah tak hingat berapa pinggan! Puas hati makan sampai mengah! Hahahaaha
Then pi rumah Pak Lang, pastu balik rumah arwah Tok & Wan utk rehat, solat dan lepak2. Yg syiok lagi sbb di sini buah-buahan sdg membuak-buak keluar dari pohonnya...
Mmg best lah budak-budak ni main kutip-kutip buah. Ayah tukang kait. Ibu pulak tukang makan.
Busy sungguh kuli-kuli tok ayah...
HARI RAYA KEDUA
Plan utk hari ni ialah utk menyambut kedatangan tetamu ke rumah sahaja. Kami tak keluar ke mana-mana pun. Lagi pun hari Jumaat masa agak terhad. Yang lelaki pergi masjid. Geng pompuan pulak masak-masak...
Tetamu pertama selepas solat Jumaat ialah Nizam & anak-anak. Rasa sebak bila mata bertentang mata dgn anak2 arwah sahabat kami, Yas. Alhamdulillah mereka semua sihat dan nampak "kuat".
Terbayang-bayang wajah n senyuman arwah sbb raut wajah anak-anak ni seuanya mirip Yas...
After Asar, kami menerima kunjungan Eli & Family pulak. Tapi punya ralit sebang sampai lupa nk snap gambar sekeping dua :p
Malam nya, kami bertolak balik kampong I pulak...
HARI RAYA KETIGA
Pagi-pagi dh bersiap sedia pi beraya kat Kg. Sentua Utan Aji a.k.a rumah Tok Limah dan Cik Ton dan Ngah (sebelah my mom). Kat sini mmg tempat feveret Zuzu & Yaya sebab ramai sepupu sepapat yg dok layan depa. Memang selalunya sini ialah tempat paling meriah dan gamat dgn gelak ketawa kalau balik kampung.
After that semua keluar gi kenduri kt Kg. Abi (sedara mara sebelah Tok Limah). Masih ramai tok-tok sedara yg ada, tp kebanyakannya I dh ingat2 lupa sbb jarang2 berjumpa kan...huhuhu... Singgah beraya umah Wa Doyah, bila balik penuh kereta dia kirim buah cempedak di luar pagar. Seriusly balik kali ni mmg hari2 breakfast n minum petang – cucuq cempedak! Rugi time tu tak bawak balik Mineral Coffee, klu tidak sure tak cukup kotak punya!!! Hahahaha...
Satu-satunya gambaq raya yg sempat snap masa kt kampung I. With my tok & wan. Semoga terus dipanjangkan umur...Amin...
Gambar dgn mak, ayah dan adik2 langsung tak ambik/terlupa sbb semua asyik berjalan ke sana ke sini. Huhuuhu...
HARI RAYA KEEMPAT
Ok, hari ini hari utk beraya di rumah kawan2 pula.... Actually disebabkan masa yg agak terhad, kami semua decide utk berkumpul at one point ja – iaitu di rumah Fir.
Every year, acara berjumpa my BFF ni mmg wajib!
HARI RAYA KELIMA
Hari terakhir kat kampung... Bertolak balik KL at about 11 am.
On the way, sempat singgah kejap rumah arwah Yas kt Simpang Pulai. Teringin sangat nk jumpa Fasihah sbb hari tu dia x ikut. Si Fasihah ni g sebijik muka Yas. I ni pulak since masuk tol Simpang Pulai dh start mengalir airmata. Tetiba rasa rindu tak terhingga mencengkam pada arwah...
It took us almost 14 hours to reach home! Huwaaaa!!!! Penattttt!!!!!