Wednesday, January 29, 2014

PENGALAMAN BERSALIN ANAK KE-EMPAT (PART 1)

Salam ceria semua…

Today I berazam nak publishkan pengalaman bersalin anak ke empat, si jantung hati Amani Zahirah. Dah masuk 70 hari umurnya hari ni…baru ibu sempat nk menaip kisah kelahiran si comel sayang..

Okeh, let me do sedikit kronologi menjelang detik-detik kelahirannya ye… I know, preggy mommies yg sedang excited tunggu saat2 manis tu mesti sedang google info bout the birth process n kawan2 lain punya experience kan… hehehe..because I did the same too!

9 Nov 2013, Sabtu
Masa ni ada orientation n placement test for Zuzu at Sek. Keb. BRP. Terpaksa attend jugak utk bagi sokongan n semangat kat dia. And on the same time of course lah ibu rasa excited jugak sbb first time anak nak masuk sekolah Darjah 1!
Dah rasa tak larat sangat-sangat dah. Sepanjang 3 kali mengandung dan bersalin, tak pernah rasa tak larat dan berat mcm ni. Rasa mcm nk mintak cuti terus. Tapi since due date given is in December 2013, so rasa mcm lama sgt pulak nk bercuti.
Malam tu, I buat proposal utk makan Mee Bandung Udang Galah at Restoran Bisik-bisik, Shah Alam. Ajak Kak Ngah n family sekali. Ni kira mengidam la konon.  

Tapi yg makan lebih org kt dalam gambar tu haaa....

10 Nov 2013, Ahad
Hari ni pulak sports day n jugak penutup persekolahan tadika for Zuzu n Yaya. Pun I join jugak. Siap nk join parents activities lagi tp teacher depa ckp better not… Hahaha tak sedar diri.

 Yaya is dancing!

Zuzu with partner ;)

Oh masa ni, my cousin Own ada kat rumah. Saja dia jalan2 from UM tido kt umah kami nk main2 dgn budak2 kecik tu. So dialah yg byk tolong jaga anak2.

Petang tu hntar Own balik UM, and kami teruskan perjalanan ke Port Dickson. Masa nak kemas baju masuk beg tu seriously rasa mcm nk suruh Amet tinggal je I kt rumah huhuhu… Tak larat sgt2 dah nk gerak. Tapi anak2 punya pasal, ibu sanggup atasi segalanya.

11 Nov 2013, Isnin
Hari ni kami semua apply cuti utk celebrate birthday Yaya at Ancasa All Suites, Port Dickson. Supposed her besday is on 12/11 but we just went earlier sbb senang sambung terus cuti from weekend. Enjoy the holiday very much! Dalam sakit2 kaki tu, sempat jugak la I swim 2-3 round. Siap berlumba berenang dgn Zuzu & Yaya lagi. Mengalahkan anak2!
Us @Port Dickson

12-15 Nov 2013 
Sakit celah peha tu on n off. Tapi mmg stress gila time nih. Sebab? Sebabnya... My dear Amet kena outstation to Singapore pulak on 20-22 Nov. Aduiii.... tengah time kita tak larat ni lah boss pun nk hntaq..tp xpalah dlm hati I redha je. Segala kemungkinan n kebarangkalian telah diambilkira dan persediaan emergency back up telah dibuat.

17 Nov 2013
Tak larat nk masak, so keluar lunch kt Sg. Buloh town. Tetiba terasa mcm nak makan goreng pisang cheese seperti yg kulihat dlm instagram Siti Zubaidah few weeks ago. Terus ajak Amet pi cari makanan tersebut. Maka diturutilah hajat org mengandung ni, mencari goreng pisang nun tempatnya di Kajang! Hehehe.... 
I cakap kt Amet "Lepas makan goreng pisang cheese ni, sure ibu beranak punya!" 


 
Restoran Cibiuk, Kajang.

 
Ini lah Goreng Pisang Cheese yg menjadi igauanku....

 Memang order goreng pisang semata-mata (tapi 2 pinggan ok). Air pun x order sbb dh siap tapau kt Starbucks drive-thru hehehe...

18 Nov 2013, Isnin
Pegi keja mcm biasa. Tak ada rasa apa-apa pun. Cuma mcm biasa sakit pinggang n penat.

19 Nov 2013, Selasa
5.30 pagi - ke Stesen Bas Duta ambik my cousin, Hanis yg dtg dari kampung. Saja ajak dia mai teman while Amet kt Singapore. Sebab takut I tak sihat ke, tak larat ke, kesian pulak budak2 ni kang tak terjaga.
On the way tu rasa mcm period pain sangat2. Tapi mcm malas layan dah sebab last 2 weeks pun ada rasa yg sama tapi tak beranak pun. So i just go along with the pain. Layan je lah...

7.00 pagi - Pi kerja mcm biasa. Sakit tetap ada. But become more intense. Tapi takdelah serius sgt. Tapi sbb dlm hati tu dah takde jiwa nk bekerja, so I excuse utk pi klinik dgn alasan not feeling well hehehe.

10.30 pagi - Jumpa Dr. Ratna. Mengadu kt dia rasa sakit like period pain since pagi tadi. So dia cakap nk scan. Result scan tunjuk saiz baby cukup-cukup 37 weeks. So dia cakap better cek "jalan" terus lah. 

To my suprise - opening is 3-4 cm! Hoooreaaayyyyyy!!!! Yabedabedooo!!!!

Doc tanya if I want to be warded now. I ask her back "Dah nak beranak ke doc?" --> Soalan tak logik utk ibu yg dh 3 kali beranak okeh.... Tapi sbb gabra, aku main hentam je brtanya. Hahaha.

Doc ckp "If rumah u dekat2 sini boleh lah kalau nk balik dulu. Kalau rasa sakit sgt2 dtg hospital balik. Ingat lagi kan rasa nak bersalin mcmana? If not, esok dtg masuk wad lah (konfiden gile dia yg I akan bersalin esok). Btw, saya bagi admission slip utk esok dulu ye."

 Slip Kemasukan Wad @Putra Medical Centre, Sg. Buloh.

So i balik lenggang kangkung. Sebab apa nak balik rumah? Sebabnya..... Beg hospital langsung tak siap lagi!!! Beg pun tak tau letak mana. Mungkin dalam stor? Baju2 ibu n baby belum pilih lagi, minyak angin, stokin, kurma, blablabla semua pun taktau aku letak mana...Ngggeeeeee.....

Lagipun jarak rumah ke PMC ni tak dalam 5 minit je! Insya Allah... sempat kot! Hehehe...

Okeh, Sekian utk Part 1. Nanti i sambung kisah seterusnya di PENGALAMAN BERSALIN ANAK KE - EMPAT : Part 2 (KLIK).