ARE YOU READY TO GLOW?
Heheheh pompuan kalau nampak je perkatan cantik, lawa, glow, berkilau, beauty sure kompem tak boleh berganjak dah kan?? Kan???
Well, me pun sama!!! Dh namanya pompuan..sure lah nak cantik saja. Eh anak2 I yg semuanya pompuan tu pun dah pandai bercantik-cantik tau! Heh, Nana yg belum sampai 2 tahun tu pun dah pndai cakap "Nak kikaapp!!" Maksudnya -->>> Nak mekap!! Hahhaaha!
Okeh, meh I nak share sikit Tips nak dapatkan kulit cantik gebu gebas gitu...
1. Cuci muka setiap hari (dengan pencuci yg lembut). Tapi jgn terlebih cuci sebab boleh menghilangkan kelembapan semulajadi kulit. Cukup 2-3 kali je sehari.
2. Amalkan membaca selawat ketika membasuh muka & mandi. Sambil niat dalam hati memohon kesihatan dari sebarang penyakit. Jgn niat kerana nak menunjuk-nunjuk ya... itu takmo!!!
3. Untuk menaikkan seri wajah, amalkan meminum air rebusan herba seperti kunyit hidup + daun inai + serai + halia. rebus n campurkan dgn madu serta diminum semasa suam. Hmm... ni mmg betul2 elok tau klu diamalkan. i ada buat masa dlm pantang hari tu...mmg mak bidan suka sangat tgok muka I merah n pucat lesi mcm pontianak! Hahaha. Tapi skrg dh makin malas pulak nk buat.....
4. Ingat selalu ->> Niat utk kita cantik ni bukan utk bermegah2 dgn kecantikan, tetapi untuk suami, mennyenangkan mata org memandang dan berurusan dgn kita. Jgn lah muka belengas, badan berbau, baju kusut masai. Adoiiii..... kita sendiri nk bekerja pun tak semangat. Inikan pulak kawan2 sekeliling. Kesian depa sakit mata tau!
5. Banyakkan pengambilan buah-buahan & sayur-sayuran yg fresh. Sedap & berkhasiat!
6. Jaga kebersihan luar & "dalam". Dalam ni ada 2 maksud jugak hehehe...
a) Dalam - bermaksud penjagan bahagian intim : kena bagi bersih n bebas kuman ya...jgn smpai mengluarkan bau yg tidak diingini....
b) Dalam - bermaksud kebersihan & kecantikan "hati", iaitu jaga perasaan & hati kita sebaik mungkin kerana wajah yg cantik, ceria & menyejukkan mata memandang sebenarnya bermula dari hati yg baik!!!
Okeh, sekian dulu. Tenkiu membaca wahai kawan2 yg cantik semua :)
JANGAN LUPA VISIT & LIKE FB PAGE >>> AMANI BEAUTY SHOPPE <<<