Thursday, June 26, 2014

KISAH LELAKI TUA BERKAIN PELIKAT YANG KAYA DUNIA & AKHIRAT

Salam sayang kawan-kawan Yue Yusof semua :)

Hari ini I nak mencuri sedikit kesempatan untuk berkongsi kisah yang sangat kaya dengan ilmu & jiwa.... Bacalah. Semoga membawa manfaat untuk kawan2 semua juga...

Disclaimer : Kisah ini bukan dari saya ye, tapi saya kongsikan dari Dato' Dr. Roslan punya page.

Saya jumpa lelaki tua ini. Selalu lepas Asar dia iktikaf di Masjid. Baca al Quran. Umur 70an. Duduk rumah dekat masjid. Rumah agam besar dan menarik. Hartanya disana sini, bangunan komesil tengah bandar. Milikan rm35 juta.Pendapatan pasif kutip sewa rm70k sebulan. Belanja rm20k. rm50k sedekah dan infaq. Dia tenang bersendirian meladeni anak cucu.
Saya mahu ambil gambar. Dia menolak. katanya malu. Saya minta formula. Dia berikan 15. Saya catat dan mahu kongsikan. Bolehkah saya kongsikan?
1.Pertama, dia kata muliakan ibu bapa. Doa ibubapa adalah segala galanya. Ia tiada hijab terus termakbul. Raikan ibubapa. jaga mereka sepanjang usia. Doakan mereka apabila telah tiada.


2. Jaga masa. Ia datang dan berakhir. Urus masa antara 5 waktu solat. Atur kerja dengan sebaik cara. Pada setiap waktu ada perkara yang kita mulakan. Ada di masjid sebelum azan. masuk waktu terus solat. Selepas solat bertebaran berusaha cari rezeki.


3. Berdoa dengan khusyuk. Serah pada Allah. Tawakal. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.


4.Namun begitu kena usaha. Usaha pagi petang siang malam. Usaha sungguh sungguh. Usaha bermula dengan pasang niat. Lepas itu buat buat buat. Sampai dapat. Tidak dapat, usaha lain pula. Masa buat baca al Quran. Maka dia pun nasihatkan saya, "Orang yang membaca surah Al-Ikhlas satu kali sama ganjarannya dengan memperoleh ganjaran membaca sepertiga Al-Quran. Jadi jika membaca surat Al-Ikhlas tiga kali mendapat ganjaran seperti membaca satu Al-Quran. Rasulullah SAW pernah bertanya “Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangka masa dua-tiga minit?” Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah UmarAl Khattab r.a telah mengatakan adalah mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat. Ali Abi Talib r.a pun membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juzuk kitab Al-Quran. Apabila membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juzuk Al Quran. Sabda Rasullullah SAW: “Sesiapa membaca ‘Qul huwAllahu Ahad’ sebanyak 3 kali, dikurniakannya pahala seperti pahala orang yang membaca Al-Quran sekali khatam.” Lelaki tua itu berkata, mulut dia tidak berhenti baca surah al Ikhlas. Kadang kadang sampai 1000 kali sehari. Dan tiap lepas asar masa dia iktikaf dan baca Al Quran.

 5. Jaga Kesihatan. Jaga kesihatan. jaga kesihatan. Banyak berjalan kaki. Banyak minum air masak atau air mineral. Jaga makanan.

6. Hidup kena buat target. Ada wawasan. Ikat perut. Usah membazir. Mula dengan makanan. Makanan dan minuman mesti habiskan. Usah lagak orang kaya, padahal kita teman pada syaitan. Sentiasa belanja orang. Mkan dikedai kecil. Perhatikan kebersihan kedai. Apabila bersih masuk. Disitu kita temui ramai orang susah. Belanja mereka.

7. Waktu maghrib usah ada atas jalan. Apabila dalam perjalanan berhenti. Cari masjid. Apabila dirumah, tutup pintu rapat rapat. Malam buang sampah sarap. Basuh pinggan mangkuk. Pastikan semua teratur sebelum tidur. Gunakan waktu antara maghrib dan isyak untuk tuntut ilmu agama. Boleh dengar orang mengajar. Boleh juga baca kitab. Lepas Isyak buat kira kira untung rugi. Siapakan bahan untuk kerja esok hari.

8. Usah takut jumpa orang. Walaupun 5 minit mahu berjumpa. Pergi sendiri. Usah pakai posmen apabila depani soal penting. Kita rangkak panjat bangunan. Tunggu. Biarlah kita ambil masa berhari hari perjalanan. yang penting sampaikan dengan tangan sendiri. Tenung mata dan baca "ayat ayat pengasih". Hehehe.

9. Balik malam, usah cakap penat. Usah cakap letih. Usah cakap sakit. Apabila sakit senyum.Allah sedang luruhkan dosa. Lepas sakit kita lagi bertenaga. Siapakah dalam dunia yang tidak pernah rasa sakit. Jatuh. dihina. Semua termasuk Rasulullah SAW. Namun, baginda ajar kita maafkan semua orang.

10. Niat mahu kaya. Niat mahu bantu ramai orang. Niat mahu jadi manusia berguna. Niat itu macam tulis surat. Dulu tiada internet, Macam tulis surat la. Salah tulis alamat akan sampai salah tempatlah surat itu. Maka tulis alamat betul betul. Niat mahu kaya, supaya kita dapat bantu ramai lagi orang. Mahu membahagiakan ramai orang.

11. Mula berniaga, usah buat pinjaman. Cukup dengan apa yang ada ditangan. Itu masa kita belajar. Berniaga ini seni. Kita sahaja tahu maksud lakaran. Terbakar tangan biasa. Namun, dengan duit sedikit kita tak rasa sangat panasnya. Usah samakan orang dengan kita. Mereka lain tak serupa. (Kedai mula mula di mulut sahaja.) Senyum mesra, mulut manis. Usah sombong. sentiasa tegur dan sapa manusia. Kita berniaga dengan manusia.Berniaga dengan siapa sahaja. Andai kata kita kaki surau. Berniaga dengan orang surau tidak jadikan kita kaya. Berniaga dengan semua orang walaupun dia haprak keparat. Yang penting tunai. Ada duit kita cerita. Ada barang kita jual.

12. Modal kita adalah daya penarik yang pada diri kita. Daya penarik adalah ciri yang ada dalam diri ang buat orang lain rasa senang dengan kita. Cari ilmu tentang produk. Apabila orang tanya jawab dengan lancar dan petah. Jelas. sebut satu demi satu. Usah ragu ragu dan termanggu. Kongsi bukan jual. Ingat sentiasa kongsi dengan semangat membara. Orang jatuh cinta dengan semangat kita.

13. Apa lagi..ahaaa..masa mula niaga biar mendalam dulu. Usah cepat mahu melebar. Fahamkah apa pakcik cakap. Maksudnya biar berjaya satu demi satu.Apabila mula guna modal sendiri, kemudian buat sungguh sungguh sampai berjaya. Lepas dah nampak hasil, mula lebarkan. Masa itu boleh la mahu buat pinjaman. Kita sudah ada ilmu bisnes. (Cukuplah tu. Masa ni Lelaki Tua Berkain Pelikat sudah mahu berhenti. Saya senyum peluk dia dan kata, "baharu ada 13 anak sungai di syurga. Tambah sampai 20". Saya buat contengan kata dia dalam kepala)

14. Kita kena buat promosi apa jua yang kita bisnes. Produk tak boleh bercakap. Sejak bila pula lah produk boleh bercakap. Orang kena tahu apa yang kita buat. Caranya buka bank emosi dengan setiap pelanggan kita. Pelanggan yang puas hati datang lagi. Datang lagi. Sekarang pun Pak Cik masih buat bisnes sikit sikit. Perumahan. Pak Ciik buat lima rumah sekali siap. Siap baharu jual. Pak Cik buat cantik. Jual mahal. Orang beratur mahu beli. Jual barang siap. Usah jual barang dalam laut yang tidak tahu tersangkut pada pukat atau tidak. Tidak berkat begitu.

15. Apabila bisnes sudah maju, usah berlagak. Dahulu Pak Cik suka gunting rambut kedai Nawi. Dia tanya "Bagaimana Pak Cik mahu gunting rambut? Pak Cik jawab , "Dengan senyap senyap tapi cantik". Anak fahamkah apa Pak Cik cakap ni? Jawab saya, "Faham Pak Cik, saya juga gunting rambut disitu sejak umur 15 tahun". Hehehe. Maksudnya usah gosip sana gosip sini, balun orang sana balun orang sini. Usah peduli rambut atas kepala orang lain. Apa yang utama rambut kita tersisir rapi.

Bijak anak ni. Apa nama? Yesss. Dia sudah tanya nama saya. Mkananya saya sudah dapat Mentor Lelaki Tua Berkain Pelikat.

16. Anak..ingat kita hidup sungguh sebentar, macam main bola sahaja. 90 minit tamatlah permainan. Itulah lebih kurang bandingan hidup didunia ini. Kita kejar bola. Cuba jaringkan gol. Apabila sampai tiupan wisel, tahulah keputusan. Apabila malaikat maut datang jemput kita, habislah kita. Ada dunia kekal abadi di sana. Usahlah kita berlagak sombong masa berjalan atas bumi Tuhan ini. Paku yang nampak tidak rapat ke papan, akan diketuk oleh Tuan Rumah. Itulah perumpamaan hidupan. Rapat ke bumi. Sujud pada Tuhan. Bacalah surah ar Rahman ayat 46, "Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua syurga"

17. Pak Cik bersyukur sampai ke tahap ini. Pak cik bersyukur. Syukur itu tandanya apabila Pak Cik rasa tak layak terima, namun Allah berikan juga. Pak Cik habiskan masa dalam waktu kecemasan ini dengan memandang yang memberi nikmat bukan pada nikmatnya. Anakku bersyukurlah. Masih punya masa mengatur tapak menjejaki orang hebat dalam agama. Dunia ini tidak lebih dari sayap nyamuk sahaja. Usah letak dunia di hati. Tetapi berusahalah supaya dunia dalam genggaman tangan kita. Pak Cik pakai kereta besar, bukan untuk apa namun Pak Cik mahu menikmati apa rasa sayap nyamuk itu. Kalau sayap nyamuk itu sudah rasa nikmatnya, bayangkan nikmat di syurga.

18. Anak..Apabila mahu makan nasi, dapatkan beras. Cakap cakap dan sembang sembang tidak hasilkan beras. Rajin usaha. sampai waktu solat. Solat itu tiang agama. Usah terjerat dengan penyakit umat akhir zaman. Mereka cintakan dunia. Takutkan mati. Hakikatnya mati itu pasti. Namun, jangan kerana takutkan mati duduk atas masjid semata mata dan harapkan hidangan turun dari langit. Tidak boleh begitu. Cuba beri masa untuk semua perkara. Umur macam Pak Cik sekarang, hari hari biasa, 6 jam tidur. 6 jam bekerja. 6 jam duduk atas masjid. 6 jam bersama anak cucu cicit. Anak, ada Pak Cik ingat, Nabi SAW sebut, "Peliharalah lidahmu, luaskan rumahmu dan tangislah dosamu". Cuba anak check siapa perawinya. (nota: Hadis riwayat at Tirmizi)

19. Anakku kita bukan orang sufi. Mereka lain. Kita orang biasa, "Apabila kemiskinan datang bertandang mengetuk di pintu, kasih sayang segera terbang keluar ikut jendela. Saat itusahabat dekat mula menjauh, kesusahan bagaikan banjir besar menghanyutkan segalanya pergi dan ianya hanya kembali apabila kita kaya semula Rajinlah berusaha. Wang bukan segala galanya. Namun banyak perkara dalam dunia sekarang perlukan wang anakku. Wang bukan raja. Wang adalah hamba perkasa yang memudahkan banyak perkara. ramai orang sedikit sedikit sebut Tuhan, pada hal hati mereka bersimpang simpang.

20. Cuba sedaya upaya supaya ada wuduk pada tubuh kita. Ianya adalah cara terbaik cucikan diri. Cuba mandi setiap kali sebelum masuk waktu. Tidak dapat kerana banyak masa di pejabat, mandi 3 kali sehari. Sebelum subuh, sebelum maghrib dan sebelum isya'. InsyaAllah kita rasa bersih dan tenang dari segi luaran. Sewaktu berdiri mahu solat, rasakan ketakutan luar biasa. Kita sedang menghadap Allah Raja dan Tuan kepada segala Raja. (saya sambung minggu depan apabila dapat bersama dengan Lelaki Tua berkain pelikat ini lagi).


Insya Allah... I will follow his guide. Simple tapi Power!

Thursday, June 5, 2014

Confirm GAGAL!

Baru-baru ni saya dapat email dari seorang
sahabat.

Dia kata...
"saya dah tak tahan.
saya nak give-up".


Pernah rasa macam dia?
Pernah rasa macam dah lost..
.,,,dan dah tak tahu nak buat apa...?

Sy terpanggil utk nak share...
3 langkah yang yg saya buat dulu...
masa sy rasa macam nak putus asa dulu.....

Masa bila dah cuba macam-macam
cara...belajar macam-macam benda...
tapi satu sen pun tak nampak hasil
lagi....

Macamana saya cuba bangkit
utk kembalikan semangat balik...

Dan sy juga akan cerita apa kaitan
penyanyi Jason Mraz dengan semua
ni....

Kalau anda dah 100% serik
dan menyampah dengan apa yang
anda buat sekarang...
...atau masih lagi tak nampak jalan
macamana nak capai apa yang
anda nak...

Ada 1 step pertama yang
anda kena buat dulu.

Langkah pertama:
Just Decide!


Buat keputusan! Buat keputusan
berapa banyak duit yang anda
nak, dan kenapa anda perlukan
duit tu.

Kalau ada hutang RM20,000,
dan anda perlu duit sebab
nak bayar hutang tu dalam 3 bulan..
just decide....

"Aku nak bayar hutang aku sebanyak
RM20,000 dalam 3 bulan supaya
aku boleh start tidur dengan lena"
Tiap2 hari bangun pagi...ulang balik
matlamat anda nih...


Atau anda mungkin perlu RM20,000
dalam 3 bulan sebab nak
kumpul duit untuk kawin.

Just decide...

"Aku nak RM20,000 dalam
3 bulan supaya boleh kahwin
dengan orang yang aku sayangi"


BUAT KEPUTUSAN!
buat keputusan yang anda
nak RM20,000 dalam 3 bulan.

So, sekarang, kita dah tahu yang
anda perlu buat RM6,000 sebulan...kan?

Nak tak nak...anda mesti
jana RM6,000 sebulan utk
capai matlamat RM20,000
dalam 3 bulan.

Kebanyakan kes....memang
tak dapat capai 100% tepat
dengan apa yang kita mintak.

Tapi biasanya....memang
akan dapat cium bau-bau
bacang sikit....

Mungkin anda dapat
20K tu dalam masa 5 bulan...

...dan bukan 3 bulan seperti
yang diharapkan...

Tapi 5 bulan pun kira OK apa?!

yang penting....
Just decide.

Bila dah decide...then
boleh teruskan ke langkah kedua:

Tanpa buat keputusan tu,
anda akan hilang panduan.
Tak tau nak buat apa.
Dan lost...sebab anda pun
tak tahu apa yang anda sendiri
nak.

Kalau lepas decide pun
kita kandas....biasanya disebabkan
oleh 2 benda ni saja....

1. Anda main-main...
2. Anda takut....


Jadi 2 langkah seterusnya...
pastikan anda tak buat 2 benda
di atas ni.

Langkah Kedua:
Jangan main-main!


Biasanya kita main-main
ni bukannya apa...

tapi sebab terlalu distracted.
Terlalu banyak godaan dari
pelbagai arah.

Busines MLM yang baru launch lah.
Teknik dan strategi blog terkini lah.
Produk-produk baru lah.
Buat duit dengan blog lah.
Buat duit dengan clickbank lah.
Buat duit dengan domain lah.

Haiyaa...!!

Pilih SATU je yang paling sesuai
dengan kemahiran, atau jiwa kita...
DAN yang dah terbukti ada pasaran
yang bagus..


Kalau yang SATU kita pilih ni
pun kita kandas...toksah mimpi
nak pilih benda2 yang lain tu.

Confirm akan KANDAS jugak...

Pilih satu, dan selagi tak dapat
capai kejayaan kecil...jangan
putus asa.

Kalau ia terbukti pasaran yang
orang lain boleh buat...boleh
kaya...takda sebab yang anda
pun tak boleh buat juga.

Jangan mimpi anda boleh capai
kejayaan lain dengan bertukar ke
'projek' anda yang seterusnya...

Bila dah dapat kejayaan kecik...
dari projek yang sesuai dengan
jiwa anda....
atur langkah utk dapat kejayaan
yang lebih besar sikit.

Lepas tu, lama2 makin mahir..
Dan bila dah mahir...anda dah
boleh buat duit dari situ sambil
pejam mata....

Langkah Ketiga
Jangan takut!


Perasaan 'takut' ni salah satu
perasaan yang banyak membunuh
impian orang.

Contohnya...
bila nak cuba sesuatu yang orang
ajar....kadang-kadang kita tak nak
buat....sebab takut gagal.

"Kalau fail macamana ek? Penat je
nanti".


Takut gagal ni membunuh semangat
yang besar...dan saya tak salahkan
sesiapa.

Kita sebagai manusia pernah
merasai perasaan gagal, kecundang,
kena reject - ia perasaan yang
membuatkan kita tak selesa.

Jadi kadang-kadang logik otak
kita dah mula berubah....

kita akan tipu diri kita sendiri..

"Hmm...baik aku buat benda
lain lah....kalau gagal, nanti
rugi je masa Rugi je duit."

Meh saya nak cerita sikit.

Anda tak perlu takut gagal lah.
....sebab.....anda CONFIRM
akan gagal...

Cuba cerita sikit.....siapa
yang selalu berjaya 100%
setiap kali?


Pemain bola paling power
pun kena 'try' banyak kali
sebelum masuk gol.

Mak kita masak gulai pun
berkali-kali test baru dapat
rasa yang betul-betul sedap.

Setiap kali saya buat promosi,
mesti cuma 2 dari 10 cubaan
yang berjaya.

.....dan...Jason Mraz...

Saya minat betul lagu
Jason Mraz... tajuk
I won't Give Up.

Album dia yang latest....
ada 12 lagu....pernah
masuk nombor satu dalam
carta Itunes.

Nak tahu berapa buah lagu
yang Jason Mraz kena tulis
sebelum dia betul-betul
pilih utk dimasukkan dalam album?

Dia tulis 80 buah lagu!

Dan dia cuma pilih 12 lagu dari
80 lagu yang dia tulis...

Sehebat mana pun orang tu,
ada pengalaman banyak mana pun...
sekuat mana pun.....

takkan ada yang terus berjaya
100% setiap kali dibuat.

Pasti ada kegagalan.

So..skarang saya dah bukak
pekung...kan?

Anda tak perlu takut gagal..
Sebab confirm GAGAL punya.

Apa yang anda perlu buat..
adalah GAGAL...dan belajar
dari kegagalan tersebut.

Itu saja cara untuk anda
lebih matang, dan lebih
layak untuk terima rezeki
yang anda mintak....

Itu hadiah dari
kegagalan - secebis ilmu
yang berharga.

Tak mati punya kalau gagal.
Kereta tak kena tarik punya.
Rumah tak meletup punya.

Takkan ada UFO yang tiba-tiba
datang menyerang bumi.

Just do it.


Credit to : My sifu - Mr. Faisal Abdullah