Thursday, June 5, 2014

Confirm GAGAL!

Baru-baru ni saya dapat email dari seorang
sahabat.

Dia kata...
"saya dah tak tahan.
saya nak give-up".


Pernah rasa macam dia?
Pernah rasa macam dah lost..
.,,,dan dah tak tahu nak buat apa...?

Sy terpanggil utk nak share...
3 langkah yang yg saya buat dulu...
masa sy rasa macam nak putus asa dulu.....

Masa bila dah cuba macam-macam
cara...belajar macam-macam benda...
tapi satu sen pun tak nampak hasil
lagi....

Macamana saya cuba bangkit
utk kembalikan semangat balik...

Dan sy juga akan cerita apa kaitan
penyanyi Jason Mraz dengan semua
ni....

Kalau anda dah 100% serik
dan menyampah dengan apa yang
anda buat sekarang...
...atau masih lagi tak nampak jalan
macamana nak capai apa yang
anda nak...

Ada 1 step pertama yang
anda kena buat dulu.

Langkah pertama:
Just Decide!


Buat keputusan! Buat keputusan
berapa banyak duit yang anda
nak, dan kenapa anda perlukan
duit tu.

Kalau ada hutang RM20,000,
dan anda perlu duit sebab
nak bayar hutang tu dalam 3 bulan..
just decide....

"Aku nak bayar hutang aku sebanyak
RM20,000 dalam 3 bulan supaya
aku boleh start tidur dengan lena"
Tiap2 hari bangun pagi...ulang balik
matlamat anda nih...


Atau anda mungkin perlu RM20,000
dalam 3 bulan sebab nak
kumpul duit untuk kawin.

Just decide...

"Aku nak RM20,000 dalam
3 bulan supaya boleh kahwin
dengan orang yang aku sayangi"


BUAT KEPUTUSAN!
buat keputusan yang anda
nak RM20,000 dalam 3 bulan.

So, sekarang, kita dah tahu yang
anda perlu buat RM6,000 sebulan...kan?

Nak tak nak...anda mesti
jana RM6,000 sebulan utk
capai matlamat RM20,000
dalam 3 bulan.

Kebanyakan kes....memang
tak dapat capai 100% tepat
dengan apa yang kita mintak.

Tapi biasanya....memang
akan dapat cium bau-bau
bacang sikit....

Mungkin anda dapat
20K tu dalam masa 5 bulan...

...dan bukan 3 bulan seperti
yang diharapkan...

Tapi 5 bulan pun kira OK apa?!

yang penting....
Just decide.

Bila dah decide...then
boleh teruskan ke langkah kedua:

Tanpa buat keputusan tu,
anda akan hilang panduan.
Tak tau nak buat apa.
Dan lost...sebab anda pun
tak tahu apa yang anda sendiri
nak.

Kalau lepas decide pun
kita kandas....biasanya disebabkan
oleh 2 benda ni saja....

1. Anda main-main...
2. Anda takut....


Jadi 2 langkah seterusnya...
pastikan anda tak buat 2 benda
di atas ni.

Langkah Kedua:
Jangan main-main!


Biasanya kita main-main
ni bukannya apa...

tapi sebab terlalu distracted.
Terlalu banyak godaan dari
pelbagai arah.

Busines MLM yang baru launch lah.
Teknik dan strategi blog terkini lah.
Produk-produk baru lah.
Buat duit dengan blog lah.
Buat duit dengan clickbank lah.
Buat duit dengan domain lah.

Haiyaa...!!

Pilih SATU je yang paling sesuai
dengan kemahiran, atau jiwa kita...
DAN yang dah terbukti ada pasaran
yang bagus..


Kalau yang SATU kita pilih ni
pun kita kandas...toksah mimpi
nak pilih benda2 yang lain tu.

Confirm akan KANDAS jugak...

Pilih satu, dan selagi tak dapat
capai kejayaan kecil...jangan
putus asa.

Kalau ia terbukti pasaran yang
orang lain boleh buat...boleh
kaya...takda sebab yang anda
pun tak boleh buat juga.

Jangan mimpi anda boleh capai
kejayaan lain dengan bertukar ke
'projek' anda yang seterusnya...

Bila dah dapat kejayaan kecik...
dari projek yang sesuai dengan
jiwa anda....
atur langkah utk dapat kejayaan
yang lebih besar sikit.

Lepas tu, lama2 makin mahir..
Dan bila dah mahir...anda dah
boleh buat duit dari situ sambil
pejam mata....

Langkah Ketiga
Jangan takut!


Perasaan 'takut' ni salah satu
perasaan yang banyak membunuh
impian orang.

Contohnya...
bila nak cuba sesuatu yang orang
ajar....kadang-kadang kita tak nak
buat....sebab takut gagal.

"Kalau fail macamana ek? Penat je
nanti".


Takut gagal ni membunuh semangat
yang besar...dan saya tak salahkan
sesiapa.

Kita sebagai manusia pernah
merasai perasaan gagal, kecundang,
kena reject - ia perasaan yang
membuatkan kita tak selesa.

Jadi kadang-kadang logik otak
kita dah mula berubah....

kita akan tipu diri kita sendiri..

"Hmm...baik aku buat benda
lain lah....kalau gagal, nanti
rugi je masa Rugi je duit."

Meh saya nak cerita sikit.

Anda tak perlu takut gagal lah.
....sebab.....anda CONFIRM
akan gagal...

Cuba cerita sikit.....siapa
yang selalu berjaya 100%
setiap kali?


Pemain bola paling power
pun kena 'try' banyak kali
sebelum masuk gol.

Mak kita masak gulai pun
berkali-kali test baru dapat
rasa yang betul-betul sedap.

Setiap kali saya buat promosi,
mesti cuma 2 dari 10 cubaan
yang berjaya.

.....dan...Jason Mraz...

Saya minat betul lagu
Jason Mraz... tajuk
I won't Give Up.

Album dia yang latest....
ada 12 lagu....pernah
masuk nombor satu dalam
carta Itunes.

Nak tahu berapa buah lagu
yang Jason Mraz kena tulis
sebelum dia betul-betul
pilih utk dimasukkan dalam album?

Dia tulis 80 buah lagu!

Dan dia cuma pilih 12 lagu dari
80 lagu yang dia tulis...

Sehebat mana pun orang tu,
ada pengalaman banyak mana pun...
sekuat mana pun.....

takkan ada yang terus berjaya
100% setiap kali dibuat.

Pasti ada kegagalan.

So..skarang saya dah bukak
pekung...kan?

Anda tak perlu takut gagal..
Sebab confirm GAGAL punya.

Apa yang anda perlu buat..
adalah GAGAL...dan belajar
dari kegagalan tersebut.

Itu saja cara untuk anda
lebih matang, dan lebih
layak untuk terima rezeki
yang anda mintak....

Itu hadiah dari
kegagalan - secebis ilmu
yang berharga.

Tak mati punya kalau gagal.
Kereta tak kena tarik punya.
Rumah tak meletup punya.

Takkan ada UFO yang tiba-tiba
datang menyerang bumi.

Just do it.


Credit to : My sifu - Mr. Faisal Abdullah