Friday, April 24, 2015

17.04.2015 ~ TOK CHE TOM KEMBALI KE RAHMATULLAH

Hari Jumaat lepas, masa tu pukul 10.15 malam. Telefon berbunyi dan saya tengok nombor mak. Terus terdetik berdegup dalam dada. Macam tau saja berita yang mak nak cakap.

Tepat jangkaan hati, mak dalam esakan bagitau tok baru sahaja menghembuskan nafas terakhir. Saya call Kak Ngah bagitau dia. Then call Amet yg masih lagi di ofis masa tu. Amet suruh saya siap-siap untuk bertolak balik kampung.

Hampir jam 12 malam kami bertolak. Sampai di Perlis pukul 6.00 pagi.

Tok saya ini sebelah ayah. Dia comel orangnya. Kulit putih, genit, lemah lembut. Yang paling saya ingat dia pandai menguruskan kewangan, dan dia juga selaku akauntan kepada Wan yang mmg berniaga sejak dahuu kala sampailah sekarang. Tok pun ada bisnes sendiri. Ada minyak angin homemade berlabelkan namanya, ada rempah mandian orang bersalin.

Tok dah berpuluh tahun menghidapi pening kepala yang tak diketahui puncanya. Merata berubat tapi serangan pening yg teruk sekali sekala membuatkan dia merana. Akhrnya dalam lebih kurang 6 bulan terakhir ini, tok dikenalpasti menghidap kanser paru-paru. Itulah asbab yg tertulis di dalam surat kematian tok.

Selama tok sakit dan terlantar di hospital, saya hanya dapat melawat sekali sekala kerana jarak yg jauh dan anak2 bersekolah. Ayah adalah orang yg paling sentiasa berada dgn Tok. Saya bangga tengok ayah. Tak ramai anak yg dapat buat bakti besar mcm tu. Ayah bersabar siang malam menjaga Tok. Bagi makan, lap badan, tukar pampers.

Cuti sekolah bulan Mac2015 yg lalu... dengan anak-anak kami temankan Tok di wad.

Alhamdulilah semua urusan terakhir untuk Tok berjalan sangat mudah & lancar. Wajah tok yg saya cium nampak sangat putih berseri-seri. Al-Fatihah.