Saturday, August 29, 2015

DESSERT : AGAR-AGAR SANTAN ROS PANDAN


Assalamualaikum...Selamat berhari minggu semua..

Hah pagi ni, awal-awal pagi saya berkerajinan nak menaip. Kena sampuk hantu mesin taip kot semalam. Hahaha.

Minggu ni cuti panjang sikit kan, nak sambut Hari Merdeka.

So kita tolak tepi dululah urusan mendobi baju sekolah semua, kita berblogging lah dulu hahhaha. Sedang elok si Nini domey-domey tu pun belum bangun lagi. Boleh lah ibu coffee-ing sambil blogging ala-ala kt Starbucks gitu...

Alhamdulillah, minggu ni sangat membahagiakan. Hari Selasa lepas kakak bawak balik report card sekolah agama dan tunjuk kat ibu...... Kakak dapat Nombor 1!!!! Alhamdulillah...alhamdulillah.... walaupun ini hanya ujian prestasi penggal kedua, tapi pencapaian kakak nampak semakin meningkat dari satu pengga ke satu penggal. Bermula dari darjah 1 dia dapat no.32 hehehhe...kemudian meningkat no.24, then jadi 18 dan seterusnya...sampailah Peperiksan Pertengahan Tahun (penggal pertama) yg lepas kakak dapat No.2... Syukur...sekurang2nya ibu rasa lepas sesak nafas ibu jadi drebar sekolah hari-hari hehehe...

Amet asyik cakap terima kasih sbb ibu berhenti kerja dan tengok2kan anak2 belajar. Hmm... actually bab ni ibu masih belum boleh buat sepenuhnya. Maklumlah, depa balik sekolah agama dh pukul 11pg, rehat sekejap makan mandi then ke sekolah kebangsaan pulak. Balik tu dh hampir malam pukul 7. And bila dh malam, si Nini & Nana pulak nak menempek dgn ibu. Jadi kalau ibu ajar depa study pun lebih kurang gitu-gitu ja, sambil2 Nini menangis, sambil2 Nana koyak & conteng. Penat & pening sungguh jadinya.
Ibu cuba sajalah buat sekadar terdaya.... Ayah pulak jarang2 dpt balik awal. Kalau dh balik pun takkanlah nk terus jadi cikgu tusyen dlm kedan penat2 gitu kan..

So, apa yg ibu buat sebenarnya? Ibu main hembus-hembus & tiup-tiup saja dalam nasik depa! Hahahhaahaha...

Mak-mak sekalian..jgnlah ada yg terbeliak mata pulak! Hehehe. Maksudnya, saya masak sambil berselawat, berzikir, berdoa...sbb itu sahajalah kesempatan yg saya ada dan saya yakin Allah akan alirkan doa ibu yg ikhlas utk anak-anaknya.... Cubalah! Saya pasti kawan-kawan akan mendapat hasil yg sangat mengujakan insya Allah :)

Then hari Khamis tu, Yaya pulak bawak report cardnya dan dia dapat no.9 berbanding peperiksaan lepas pada no.18. Alhamdulillah! Rasa terharu sungguh. Syukur tak terhingga kpd Allah yg menganugerahkan kejayaan & kegembiraan utk kami semua...

Oleh itu, ibu buatkan dessert ni utk menghargai & meraikan kejayaan adik & kakak. Kalau nak tengok resepinya silakan, dijamin sangat mudah & senang!

RESEPI AGAR-AGAR SANTAN ROS PANDAN
~1 pek serbuk agar-agar 10 gm
~1 liter air (4 cawan)
~200 gm gula pasir (lebih kurang 1 cawan)
~200-250 ml santan pekat (1 cawan)
~1 biji telur ayam - masukkan dalam santan dan kocak sikit dengan garfu
~Secubit garam
~1-2 sudu besar sirap rose  
~ 2 helai daun pandan - dibasuh dan disimpulkan

Cara-cara:
  1. Masak 1 liter air bersama gula dan serbuk agar-agar hingga gula larut.
  2. Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur, garam dan sirap rose. Masukkan juga simpulan daun pandan.
  3. Kacau dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana. PENTING!! Bila menggelegak, biar seketika lebih kurang 1-2 minit atau boleh kuatkan api dapur dan biar adunan mengelegak kuat sambil dikacau-kacau. Kacau ni untuk mengelakkan adunan membuak dan melimpah dari periuk. Pandai-pandailah adjust api dapur tu ye. Nanti akan kelihatan adunan santan jadi berbintil-bintil. Tutup api.
  4. Basahkan loyang atau apa-apa acuan kegemaran dengan air. Kemudian tuang adunan agar-agar santan dan biarkan mengeras. Simpan di dalam peti ais untuk mendapatkan agar-agar yang sejuk.

TIPS DAN NOTA NAZ:
  • Banyak orang yang tertanya-tanya kenapa bila membuat agar-agar santan, tidak mendapat 2 lapisan seperti yang sepatutnya walaupun masing-masing selalunya dah ikut betul-betul resepi yang mereka guna. Jadi, tipsnya ialah selepas memasukkan santan ke dalam periuk, biar adunan menggelegak lama sikit dalam 1 minit atau lebih. Ataupun, selepas masukkan santan, bila adunan mula mengelegak, kuatkan api dapur hingga adunan mengelegak kuat. Tapi kena hati-hati jangan sampai adunan membuak dan melimpah keluar dari periuk. Kacau-kacau adunan dalam 1 minit. Insyallah..confirm anda akan mendapat hasil agar-agar yang mempunyai 2 lapisan selepas keras nanti.
  • (edited-13/09/2012) Kalau yang suka lapisan santan tu nipis jer, kurangkan kuantiti santan di dalam resepi ye. Nanti dapatlah lapisan santan (yang bahagian atas tu), nipis sikit berbanding dengan bahagian bawahnya.

Taraaa... Inilah hasilnya. Cantik & jelas 2 lapisan agar-agar ni bila ikut tips cik Naz.

Anak-anak mintak utk bawak beal ke sekolah :)