Wednesday, August 12, 2015

ISU SUSU IBU vs SUSU LEMBU ~ USTAZAH FATIMAH SYARHA JADI GLAMER!


Para ibu...harap bertenang semua ya....

Sabar..sabar...sabar... Ya Allah Ya Sobur..kurniakan kami semuakan hati yang sabar...

Walau apa pun ucapan Ustazah tempoh hari dalam rancangan Fiqh Wanita di TV3 tu, marilah kita berdamai hati & memaafkan beliau. Sekurang2nya kita anggap sahaja itu kekurangan beliau sebagai manusia, insan. Kita ni mcmana? Takkanlah langsung tak pernah buat silap?

Jawapan sebenar kepada isu tersebut pun rasanya ramai yang dah tahu jugak kot. Well, sebagai bekas pelajar Biologi dari UM *ehem ehem* saya pun tak bersetuju dengan kenyataan ustazah tu... DNA mmg tidak dapat diserap secara begitu sahaja hanya melalui usus. Kecuali jika terdapat unsur-unsur radiasi dan lain-lain faktor yg mengubah strukturnya.  Tapi tidaklah saya terus mencemuh & mengutuk beliau. Lagipun mmg dah terlalu banyak ilmu yg saya belajar dgn beliau dalam pelbagai rancangan di kaca tv sebelum ni.

So, takkanlah hanya dengan satu kesilapan ni kita terus nak menghukum beliau dengan kata yang bukan-bukan, kan?

Dn saya rasa, dengan isu ini, ramai antara kita (termasuklah ustazah juga) yang dah berpeluang mendapat ilmu baru. Ya! Sepatutnya kita berterima kasih kepada Ustazah Fatimah Syarha kerana memviralkan isu ini.

Kalau tak diketuk, semua diam bersembunyi di sebalik telaga. Sekali dah kena hantuk, melompat semua keluar share ilmu di dada.... Hahahaha bagus2....

Kepada ibu-ibu yang berminat untuk mendapatkan SUPPLEMENT MILK BOOSTER YANG LAZAT, JOM KLIK SINI YA ---->>> MILKIN' MAMA LACTATION COOKIES