Tersebutlah kisah, sepatutnya Peperiksaan Akhir Tahun utk sekolah kebangsaan diaturkan pada 19 Okt, tetapi pada masa tu jerebu mmg berada pada tahap yg teramat sgt kritikal. Setelah hampir seminggu sekolah dicutikan, pada hari Rabu tu Amet telah membuat pengumuman kpd kami semua utk balik kampung. Yeaayyyyyy!!!!!!
Oooo La La La!!! Semua menari-nari mengemas beg nk balik kampung. Syok la balik time bukan musim cuti. Jalan lapang, R&R pun tenang... Maka lupalah kami kpd peperiksaan... Hahhahaaha
Kebetulan pula, minggu tu ialah Hari Konvokesyen utk adik ipar & biras saya, Cikngah Ayu & Zul. So mmg enjoylah. Dgn buat BBQ, dgn mandi kolam. Eeewaahhhh dh mcm cuti sekolah pulak.
Sebaik habis event konvo hari Ahad tu, kami pun balik lah ke KL. Sampai rumah dlm pukul 2 pagi.
Next morning, Zuzu & Yaya rasa mcm malas2 pulak nk pi sekolah KAFA. Oklah, takpa ibu bg chance rehat sbb long distance travel kononnya. Bila petang, depa pun pi sekolah kebangsaan, and as per expected mmg exam starts hari tu. So berbekalkan latihan yg kami buat beberapa minggu yg lalu, berserta doa & tawakkal kpd Allah mereka pun menduduki peperiksaan....
Yang bestnyaa...... kawan2 depa dari sekolah KAFA cakap..... PAGI TADI START EXAM UTK SEKOLAH AGAMA JUGAK!!!!
Aiyakkkkkk!!!! Rasa nak pengsan dh ibu bila dpt tau. Dah la sebijik habuk perkataan pun tak baca langsung utk sekolah KAFA. Mmg tak buat persediaan langsung2. Sebab ingat lambat lagi examnya...since cikgu pun tak ada bg surat atau desas desus apa sebelum ni.... aduhhhh...
So esoknya, ibu siap buat surat permohonan reseat exam gantian. Dan anak2 pun dgn redho pi lah jawap exam tanpa persediaan apa2. Nak bersedia apanya, dh la minggu ni jgk exam sekolah kebangsaan. Aduhaiii...
Maka saya pesan pada anak2... DOA BANYAK2. DOA LEBIH DARI USAHA. DOA LEBIH DARI BACA BUKU. INGAT KAT ALLAH, MINTAK KAT ALLAH. HANYA ALLAH YG AKAN TOLONG KAKAK & ADIK.
Kebetulan pulak, time tu saya pulak "cuti" solat. Huhuhu tak dapatlah nak buat solat hajat utk anak2. Rasa ralat sangat2. Tapi saya ingat ceramah Dr. Wan Maseri ttg doa dgn Asmaul Husna. Terus saya amalkan sepanjang masa anak2 dalam minggu exam tu.
Bacaannya saya ada letak di SINI.
Kami habiskan exam dgn penyerahan sepenuhnya kepada Allah. Tawakkal setelah buat sehabis baik.
Seminngu selepas itu, keputusan mula keluar sikit demi sedikit. Dan setiap kali mereka bawak balik kertas exam, saya hanya mampu tersenyum dan mengucap syukur sepenuhnya kpd Allah... kadang2 senyum sampai menangis.... Masya Allah.... terima kasih Allah jadikan anak2 saya cemerlang, bijak dan cerdas.
Akhirnya, semua result keluar. Dan hasilnya...
Sekolah KAFA
Zuzu : Mid Sem No. 7, Sem Akhir No. 2
Yaya : Mid Sem No. 12, Sem Akhir No. 5
Zuzu menerima Anugerah Tempat Ke-2 dalam kelas di sekolah KAFA.
Sekolah Kebangsaan
Zuzu : Mid Sem - Dalam Kelas : 32/38, Dalam Darjah : 112/225
Sem Akhir - Dalam Kelas : 9/38, Dalam Darjah : 23/225
Yaya : Mid Sem - Dalam Kelas : 7/38, Dalam Darjah : 32/227
Sem Akhir - Dalam Kelas : 8/38, Dalam Darjah : 32/227
Peningkatan terlalu mendadak utk Zuzu, melayakkan dia menerima anugerah khas - Peningkatan Prestasi di sekolah.
Alhamdulillah.... mmg mengalir air mata bila dia tunjuk surat tu. Iya, walaupun bukan dapat No. 1 tp nampak kesungguhan dia berusaha 'bangun' dari kejatuhan semester lalu. Itu yg sangat2 ibu suka.
Yaya pulak dapat anugerah matapelajaran terbaik (Muzik) hehehe... ibu rasa sbb suara dia yg terlalu nyaring tu, asyik2 suara dia ja kot yg cikgu dengar dalam kelas hahahaha...
Alhamdulillah.... semua happy. Dan yg paling penting, mereka belajar mengenal erti berdoa, meminta & bertawakkal sepnuhnya kepada Allah. Inilah part yg paling penting kerana ilmu ini akan mereka aplikasikan sepanjang kehidupan, insya Allah...