Monday, May 16, 2016

CUTI LABOUR DAY : JALAN2 KUCHING, SARAWAK (Part 2)

Belum baca  PART 1? KLIK SINI ye... :)

Hari kedua.

Pagi-pagi seawal jam 7.00 pagi kami dah bersedia untuk memulakan aktiviti. Ya, sangat awal! Hahaha...kalau kat rumah jgn haraplah nak bangun awal mcm ni masa hari cuti.

Target kami pagi ni ialah ke Pasar Serikin. Mcmana nak ke sana? Pakai Waze je hehe. Okeh kami kena keluar awal sbb jaraknya lebih kurang 45km dari Kuching. On the way kami mencari-cari tempat untuk breakfast, tapi nampak gayanya tak jumpa sbb sepanjang jalan hingga ke Bau mmg dimonopoli oleh kaum Cina. Jadi agak sukar nak jumpa kedai makan Halal.
 Lalu kami singgah di Petronas dan bertanya tempat makan Halal. Kata pekerja tu cari Pasar Besar Bau nanti ada foodcourt Melayu kat situ. Alhamdulillah jumpa tempatnya dan kami mkn heavy breakfast sbb rasanya mcm susah dah nk cari makan area ni.

  Yaya masih terlena sbb kena bangun awai hehhee

 Kami taktau plak harga udang kat sini mahal gila! Rupanya yg kami ambik sorang sekor tu udang galah, lebih kurang harganya dlm RM7-8 walaupun kepala je besar. Total kami mkn pagi utk 4 pinggan nasik je hari tu ialah RM50 huhuhu... Terkena lah..

Kami teruskan perjalan sampai ke Serikin. Jalan jemmmmm yg teramat sangat bila dh almost sampai tu. Maybe sbb minggu tu long weekend plus nk dkt mngundi jgk kot.

Rupanya Serikin ni macam ala-ala pasar Wang Kelian kalau kt Perlis. Mcm Pasar Tani gitu. Sembang2 dgn penjual kt situ pun depa cakap pasar ni buka sabtu & ahad je. Sabtu full day smpai petang, ahad half day je.

 Keropok pelbagai bentuk menarik. Tak beli pun.

 Mcm ni lah gambarannya... tempat parking luas tp byk kereta. So kena brsabar sikit nk dpt parking.

 Haaaa... apa lagi jom shopping! Yang 3 beradik tu dok meeting nk shopping apa lagi tu..


 Nini yg buat perangai...merengek memanjang... so ayah hadiahkan babrbie doll ni lega la skt.

 Nana pun dapat. Mesti kena ada sorang satu :)

 Baju kelawaq motif Sarawak. Lawa2... saya pun beli jgk satu walaupun masih breastfeed Nini h...
Tak lama lg boleh la pakai kot keh3...

 Setelah memborong dlm 15 helai kain batik, 5 helai baju kelawaq, makanan2 kering sikit, kami pun balik...
Cuaca panas gila bila dh masuk tengah hari. Budak2 mmg awal2 lagi Amet dh hangkut masuk kereta. Kesian pulak takut demam ke hapa, susah nk jalan2 nanti.

 On the way balik singgah lah kt Wind Cave ni.

 Muka pun dh belengas sangat2 sbb berpanasan kat Pasar Serikin tadi huhuhuhu..


 Nak masuk kena bayar..bukan free.. lagi satu klu tak bawak lampu suluh kena sewa hrganya dlm RM4 ke RM5 lebih kurang.

 Maktok takut nak masuk bila tgok amaran ada ular dalam tu heheheh


 Nini domei-domei yg sat ok, sat nanges, sat mrengek, sat manja, sat mengamuk.. Adoi...

 Kami masuk separuh jalan sbb pjg jln dlm gua ni... yg hitam2 dalam gmbar tu bukan taik tau. Itu adalah Batman! Byk gila kelawar dlm ni...

Tapi mmg saya yg penggemar alam semulajadi ni sgt2 taksub dgn stalactite& stalagmite yg terbetuk dlm Wind Cave ni. Mmg kagum! Subhanallah...
 
 Balik tu kami smpai Kuching dh dalam pukul 4 ptg. Mkn tghari kt Atok Kopitiam. Hmmm... rasanya mcm susah sikit nk jumpa jenis gerai2 nasik campur kt sini. Ke sbb kami taktau mana nk cari? Hahaha




Masing2 kelaparan.. saya & Amet order nasik ayam bakar. Sedap. Tp for me its kurang pedas lah. Mak order Nasik ayam penyet, Yaya - Nasi ayam crispy and Zuzu - Mee kari. Semua sedap.


Malamnya kami makan kt Restoran Seafood dgn family makteh. Semua ada anak beranak dia sekali. Meriah satu kedai hehehe.

 Eh, dh turn tp tak turn jugak gmbar ni.



Saya bagitau makteh yg saya teringin nk cuba Pucuk Midin yg gamer kt sana. Rupa2nya dia ni spesies pucuk paku cuma daunnya tak berapa ada. Oooo...kalau mcm tu mmg feveret tekak sayalah! Byk saya mkn pucuk midin mlm tu. Nasib baik tak "angin" sbb org kata jenis2 pucuk paku ni jenis makanan berangin. Alhamduillah...

Wednesday, May 11, 2016

CUTI LABOUR DAY : JALAN-JALAN KUCHING, SARAWAK (Part 1)

Yeaahhhh setelah lebih kurang seminggu balik dari bercuti-cuti sakan di Kuching, akhirnya kucoretkan jua kisahnya di sini hahaha...

Konon-kononnya kan, masa tengah jalan2 kat sana rasa mcm tergedik2 sangat tangan ni nak blogging pasal percutian ni. Kononnya ja lah kan...hehehe

Mula-mula asalnya kami plan nak ke Sabah. Saja nak bawak anak2 naik flight. Masing2 dah komplen lama sangat tak naik flight katanya.... plus, Nana & Nini pun mmg tak pernah kami bwk naik flight pun. Kesian la pulak kan... so cari punya cari tiket ke Sabah utk tarikh tu takde yg sesuai. So tukarlah plan ke Sarawak..tak kisahlah asalkan boleh jalan2 dah best gila dah.

Saya bawak mak sekali. Tapi menantu dia yg belanja hehhehe. Mak datang dari Kangar naik bas hari Jumaat tu. Flight kami pada 30 April 2016 hari Sabtu pukul 2.00 pm. Kami ambik limo je jemput kt rumah senang tak payah nak bayar parking kereta dh kt airport.

 


 Nana & Nini first flight trip. Luckily depa quite behave. Dapat tgok movie & makan dah elok.

 Sampai Kuching dalam pukul 3.50 pm gitu, Mak Teh & anaknya si Mat Arip lisukun dah siap sedia menunggu. Alhamdulillah...untung kami ada Makteh kat sana. Semua dia uruskan. Dari cari hotel, sampai jadual tempat jalan2, tips2 berguna dan mcm2 lagi. Yang paling best, siap bagi kami pinjam kereta selama 4 hari 3 malam kami kat sana! Mmg tak terbalas dah jasa depa sekeluarga.


 Lepas check-in hotel kami berehat sekejap tunggu maghrib. Oh, kami stay kat 56 Hotel namanya. Hehehe actually alkisahnya hotel ni last minute booking.

Asalnya makteh nak ambik homestay utk kami since kami beramai-ramai. Sampai the day, bila makteh call utk re-confirm, rupa-rupanya dia baru sedar yg dia tersalah bagi tarikh which is 30 May instead of 30 April hahaha. Tu yg dia kelam kabut carikan hotel as replacement. Alhamdulillah rezeki kami dapat bilik yg selesa dan berbaloi2... Sebab masa ni kebetulan tengah start minggu kempen utk PRU Sarawak. Aiyaaaa...quite a wrong timing jugak lah tapi masa booking tiket tu mana tau nak PRU time ni...

Malam lepas Maghrib kami terus ke Waterfront dalam bandaraya Kuching. Kat sini boleh jalan2 sepanjang sungai tu...ada gerai2 jual cenderamata dan lain2. Boleh lepak2 sambil tengok basking. Kami pilih utk keberang dgn naik sampan.








Lepas makan kat foodcourt seberang sungai tu, kami jalan2 ke belakang foodcourt tu di mana terletaknya kedai2 kek lapis yg glamer  seperti Mira Cake House dan Dayang Salhah. Tengoklah nama kek2 lapis tu...semuanya glamoruoussss gitewww...

 Haa yg ni aiskrim gula apong. Comel bangat! Hanya RM0.70 sebijik.

 Errrrkkkk...??? NO NO NO.

Nana & Nini enjoy sangat naik sampan. Tambang sampan ni kalau waktu siang 50sen je, kalau malam RM1.00 satu hala :)

Lepas jalan2 kami pun balik semula ke hotel utk berehat emandangkan esok masih ada aktiviti yg sedang menanti yeahhhh!!!

Okeh, bersambung next entri ya.