Wednesday, May 11, 2016

CUTI LABOUR DAY : JALAN-JALAN KUCHING, SARAWAK (Part 1)

Yeaahhhh setelah lebih kurang seminggu balik dari bercuti-cuti sakan di Kuching, akhirnya kucoretkan jua kisahnya di sini hahaha...

Konon-kononnya kan, masa tengah jalan2 kat sana rasa mcm tergedik2 sangat tangan ni nak blogging pasal percutian ni. Kononnya ja lah kan...hehehe

Mula-mula asalnya kami plan nak ke Sabah. Saja nak bawak anak2 naik flight. Masing2 dah komplen lama sangat tak naik flight katanya.... plus, Nana & Nini pun mmg tak pernah kami bwk naik flight pun. Kesian la pulak kan... so cari punya cari tiket ke Sabah utk tarikh tu takde yg sesuai. So tukarlah plan ke Sarawak..tak kisahlah asalkan boleh jalan2 dah best gila dah.

Saya bawak mak sekali. Tapi menantu dia yg belanja hehhehe. Mak datang dari Kangar naik bas hari Jumaat tu. Flight kami pada 30 April 2016 hari Sabtu pukul 2.00 pm. Kami ambik limo je jemput kt rumah senang tak payah nak bayar parking kereta dh kt airport.

 


 Nana & Nini first flight trip. Luckily depa quite behave. Dapat tgok movie & makan dah elok.

 Sampai Kuching dalam pukul 3.50 pm gitu, Mak Teh & anaknya si Mat Arip lisukun dah siap sedia menunggu. Alhamdulillah...untung kami ada Makteh kat sana. Semua dia uruskan. Dari cari hotel, sampai jadual tempat jalan2, tips2 berguna dan mcm2 lagi. Yang paling best, siap bagi kami pinjam kereta selama 4 hari 3 malam kami kat sana! Mmg tak terbalas dah jasa depa sekeluarga.


 Lepas check-in hotel kami berehat sekejap tunggu maghrib. Oh, kami stay kat 56 Hotel namanya. Hehehe actually alkisahnya hotel ni last minute booking.

Asalnya makteh nak ambik homestay utk kami since kami beramai-ramai. Sampai the day, bila makteh call utk re-confirm, rupa-rupanya dia baru sedar yg dia tersalah bagi tarikh which is 30 May instead of 30 April hahaha. Tu yg dia kelam kabut carikan hotel as replacement. Alhamdulillah rezeki kami dapat bilik yg selesa dan berbaloi2... Sebab masa ni kebetulan tengah start minggu kempen utk PRU Sarawak. Aiyaaaa...quite a wrong timing jugak lah tapi masa booking tiket tu mana tau nak PRU time ni...

Malam lepas Maghrib kami terus ke Waterfront dalam bandaraya Kuching. Kat sini boleh jalan2 sepanjang sungai tu...ada gerai2 jual cenderamata dan lain2. Boleh lepak2 sambil tengok basking. Kami pilih utk keberang dgn naik sampan.








Lepas makan kat foodcourt seberang sungai tu, kami jalan2 ke belakang foodcourt tu di mana terletaknya kedai2 kek lapis yg glamer  seperti Mira Cake House dan Dayang Salhah. Tengoklah nama kek2 lapis tu...semuanya glamoruoussss gitewww...

 Haa yg ni aiskrim gula apong. Comel bangat! Hanya RM0.70 sebijik.

 Errrrkkkk...??? NO NO NO.

Nana & Nini enjoy sangat naik sampan. Tambang sampan ni kalau waktu siang 50sen je, kalau malam RM1.00 satu hala :)

Lepas jalan2 kami pun balik semula ke hotel utk berehat emandangkan esok masih ada aktiviti yg sedang menanti yeahhhh!!!

Okeh, bersambung next entri ya.