Hai semua!!!
Lama betui saya tak ngapdet di sini. Asal ngadap laptop ja, buat kerja lain. Heehhehe.
Ada yang berniat nak bercuti ke Pulau Redang? Pergilah, saya rekemen 800% memang best gilaaa!!!
Kami pergi bersama-sama family sahabat baik, family Sheikh & Intan bersama anak-anaknya.
Actually kami punya plan ni agak last minute. So bila nak cari pakej mmg byk yg dah habis. Sebab kebetulan masa tu long weekend.
Alhamdulillah agen kami, Syikin bersungguh0sungguh cuba dapatkan pakej utk kami. Mula-mula dapat Asmadi ni kami macam...alaa boleh je lah... Ingatkan tak best sgt la kan. Hahahahahaha. Dont judge org kata. Pi dulu baru tawww!
Okeh, jomlah tengok serba sikit cerita kami ke sana pada bulan April yg lalu. Semoga serba sedikit info yg saya share ni dapat bantu kawan-kawan bercuti di sana dgn selesa.
TARIKH PERCUTIAN : 22-24 APRIL 2017 (Sempena cuti pertabalan Agong)
PENGINAPAN : ASMADI RESORT & SERVICES
PENGANGKUTAN : KERETA (KL-KT)
FERI (KT - REDANG)
HARGA PAKEJ : RM360 (DEWASA)
RM180 (KANAK-KANAK)
RM60 (TIKET FERI UTK NINI 4 TAHUN)
Kami bertolak dari KL - KT pada hari Jumaat malam, sampai di sana waktu Subuh. Lepas solat Subuh di masjid, kami terus ke Jeti Syahbandar, cari parking kereta. Parking caj ialah RM7 sehari. Jadi total masa balik tu kami byr RM21 setiap kereta.
Sampai di jeti kami jalan2 cari bekpes dulu. Lepas tu agen kami datang, dia berikan tiket feri utk ke pulau. Utk kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas WAJIB ada tiket feri. Tapi utk harga pakej hanya dikira bg kanak-kanak berumur 5 tahun ke atas sahaja.
Feri bergerak dari jeti pukul 10.30 pagi. Ambil masa dalam 1 jam 30 minit. Kami tiba di pulau dalam pukul 12 tgh hari.
Sampai sahaja di pulau, kami disambut oleh pekerja dari Asmadi Resort. Yang bestnya, dia ambik kami dgn van yg dah direnovate - takde pintu takde tingkap. Superspecial edition! HAhahahaha.
Kami semua atas van Asmadi. Mana ntah gambar van comel tu dari luar. Cari tak jumpa hehehehe.
Sampai sahaja di Asmadi, kami disambut dgn Lunch yg sedia terhidang. Alhamdulillah... Memang tengah lapaq sangat!
Lepas check in dan solat Zohor, kami rehatkan diri sekejap. Pukul 3 petang bermula aktiviti pertama iaitu melepak di Pantai Teluk Dalam.
Wahhhhhhh best sangat pantai ni sebab tak ramai orang di sini dan agak privasi. Jadi kami boleh lah buat perangai loklaq dan tak senonoh hahahahaha. Yang bestnya, kami diberi 2 orang bodyguard dr Asmadi utk menjaga keselamatan kami sekeluarga. Yang sorang tu nama Pak Uda, yg sorg lg saya dah tak ingat. Tapi depa 2 org ni mmg baguih dan mesra dgn kanak-kanak. Jadi bolehlah mak ayah ni henjoy mandi sepuas-puasnya.
Masa ni pak uda & kawannya suruh kami berlatih snorkeling siap-siap. Kot-kot ada yg sesak nafas ke pakai mask, takleh balance badan ka bila pakai safety kacket, jadi masa nilah nak training semua tu.
TIPS : Untuk balancekan badan dalam air secara menegak (berdiri dalam air), buat gerakan kaki mcm tengah kayuh basikal dalam air tu.
Mak-mak budak henjoy! Hahahahaha
Dah petang balik lah semula ke Asmadi, lepak-lepak jalan-jalan sat kat luar tu. Best suasana kampung sini. Nyaman dan tenang.
Malam tu tak ada apa aktiviti, lepas makan dinner yg disediakan (termasuk pakej), kami besembang-sembang saja dgn penghuni lain dan staf-staf Asmadi. Sebab kami ni terlebih peramah jadi semua orang kami berkenalan.
Dan tetiba pengurus Asmadi mengusulkan cadangan yg agak bernas - Trip Penyu. Wahhh!!! Best jugak ni. Tapi kena tambah sedikit extra caj iaitu RM100.
Haaaa... Ni baru jumpa gambar van Asmadi yang comel sangat tu.
Dalam bot, masing2 menempek sun protector. Almaklumlah geng anak dara ramai. Nana & Nini sat tidoq, sat bangun. Yaya & Rafiq pasangan ideal tak berenggang hahahha.
First tempat snorkeling kami dibawa ke Shark Point, tapi masa tu shark takmau datang. Katanya sebab dia takut dgn ikan Yue ni. Hahahahahaha
Lepas tu saya dah tak ingat nama pint-point lain yg depa bawak. Tapi semuanya mmg best. Yang syioknya bila pi snorkeling dgn Team Asmadi ni, anda tak perlu risau tentang MASA. Selagi tak puas, selagi tu lah kita tak akan balik hahahaha. Sebab byk review yg saya baca dari kawan-kawan lain, snorkeling dgn team lain mmg betul2 ikut masa yg telah ditetapkan. So sekejap saja dah kena panggil balik. Huhuhu....
Cik Siti Aisyah
Cik Nini asyik tidoq ja... Masa ni dia baru lepas demam, baju mandi pun taknak tukaq. Tapi mandi, tidoq, mandi, tidoq. Best laa tidoq dlm bot, rasa mcm naik ndoi kan.
The gossip girls. Zuzu, Yaya, Nana.
Haa masa ni best, sampai ja kt area penyu point ni, terus sang penyu-penyu ni semua mai berkumpui kat kami. Jinak & manja sangat! Masa ni dah agak tengah hari. Jadi cahaya terang benderang dgn air yg membiru jernih, Subhanallah.... Mmg speechless lah!
Ibu dapat bawak Nini yg baru bangun tengok TURTLE LIVE depan mata! Subhanallah!
Lepas penyu ni, kami balik dulu ke hotel utk lunch & solat. Petang nanti akan bersambung snorkeling sesi ke-2 ke Taman Marine.
Bestnyaa tengok balik gambar-gambar ni semua. Air tu Ya Allah..... Takmo balikkkk!!!!
Petang tu kami sampai ke Marine Park. Sini mmg port paling best utk anak-anak kecik main pantai sambil snorkeling. Sebab air jernih, pantai mendatar, ikan pun banyak sangat. Ikan cantik-cantik tu kat tepi pantai ja tau! Best!
Subhanallah!!!! Nak cakap apa lagi.... Mmg tak boleh cakap lah. Cantik sangat!
Pasir kat Marine PArk. Nak tidoq atas tu pun boleh! Mcm tepung ja....
Nah main-main lah puas-puas dgn ikan yg jinak-jinak ni. Nak tangkap bawak balik goreng pun boleh.
Akhirnyaaaa.....Dah lewat petang, kami terpaksa jugak melangkah kaki balik.... Huwaaaaaa!!!
Esok pagi, kami bangun awal. Lepas brekpes sempat lagi ajak Pak Uda awak pi mandi pantai sekali lagi sebelum bertolak balik. Hahhahaha. Parah betoi geng ni! Kebetulan feri utk ke jeti bertolak dalam pukul 1.30 tgh hari. So kami kemas beg siap-siap dan pi mandi pantai. Lepas tu, sampai hotel mandi salin baju, Lunch dan terus gerak ke jeti. Huwaaaa!!!!
Memang sadis gila nak tinggalkan Redang ni. Semua moyokkkk ja time nak balik. MAsa mai masing-masing kenyih sampai telinga. Insya Allah ada rezeki, tahun depan kami mai lagi! Aminnnnnn....
Sedikit TIPS utk bantu percutian lancar di Redang :
1. Bawak banyak makanan ringan/ makanan segera utk makan atas bot masa pi snorkelling. Especially yg bawak anak-anak ramai mcm kami ni. Memang depa akan lapaq. Bawaklah mcm roti, sandwich, bun, keropok kerepek giteww ya.
2. Bawak air kosong. Minum air banyak sebab pulau mmg panas & kering.
3. Kalau takmau kulit tan sgt lepas balik nanti, bawak sun protector. Tapi jgn pakai tebal sangat sebab ia sebenarnya boleh memusnahkan batu karang sob-sob sob.
4.Saya syorkan bawak tikar utk anda golek-golek tepi pantai yg nyaman itu. Mmg best!
Bye Redang, we will meet again in 2018!