Yaya pulak akan menduduki peperiksaan UPKK yang tak kurang pentingnya.
Namun, perkara yang amat merisaukan ibu buat masa ni ialah tahap penguasaan matematik Zuzu. Nak kata lemah sangat tu tak jugak, tapi dah agak lamalah tak pegang A dalam exam. Saya noticed, sejak bermula Tahap 2 (Darjah 4 dan seterusnya), result dia semakin menurun.
Antara perkara yang saya observed pada Zuzu ialah :
Careless mistakes!
Kalau ibu bagi latihan sendiri di rumah, dan ibu cek jawapan, baaanyak yang dia dah buat jalan kira betul, tapi the final answer is wrong. Contoh macam jawapan tu ialah 2150, dia akan terrrrrrrsalah kira like 1150 mcm tu. Oh... Sayang duhai sayang... Selalu jugak saya berleter hal ni pada dia. Sayang sebab kita bukan tak pandai kira, tapi careless!
Tuudiaaa bila Cikgu Ibu tanda kertas, siaplah penuh komen! Careless mistake. Careless lagi! Hahahha
Nombor 1 jadi nombor 0. Gerammmmm ja rasa kannn.... ðŸ˜
Contohnya kalau soalan tu mintak kirakan Perimeter. Tapi yang dikiranya Luas. Aduhaiiiilah sayang.... Ni pun kadang-kadang saya sampai level hentak meja juga nak bagi dia ingat betul-betul. Mungkin dengan peristiwa macam tu, masa nak jawap exam nanti dia akan ingat "Oh, hari tu ibu dah hentak meja. Perimeter = ukur lilit." Hahahaha. Semoga berkesan dalam ingatan mu duhai anakku.
KBAT
Hah, bahagian ni kadang-kadang saya pun rasa kesian pada budak-budak sekolah nih. Berputar belit soalan dan cerita dia tu. Selalu kita dengar budak-budak tak dapat nak jawap, tak cukup masa dan sebagainya kan...Sebab ni lah. Sebab depa perlu baca, hadam, muntahkan balik cerita tu dalam bentuk ayat matematik. Kadang-kadang kesilapan berlaku di sini hanya dengan sedikit "twist" pada "perkataan" dalam soalan tu. Part ni ibu hanya boleh pesan kakak baca betullllll-betullllll soalan tu, dan GARISKAN KATA KUNCI apa yg dia nak.
Dengan homework yang agak banyak, adakalanya hati ibu ni rasa kesian sangat nak paksa dia buat extra latihan. Tapi... Kalau tak push sekarang, bila lagi. Saya hanya mampu bagi ayat penguat semangat pada dia.
"UPSR ni sekali saja dalam hidup kita, kakak usahalah sehabis-habis baik na."
"Kakak penat ni sat saja. Dah tak lama. Bulan 9 ni dah exam. Kita hanya ada 6 bulan sahaja lagi nak pulun. Saatttt ja lagi na."
💖Semoga Allah bantu anak sulung ibu ni dengan semangat yang hebat. Dengan pemahaman para NAbi dan Rasul. Dengan ilmu yang berkat dan membawa manfaat. Aamin.... 💖