Sedihnya ya bila dikenang-kenang yang kita akan menyambut Ramadhan tahun ini dalam suasana yang amat jauhhhh berbeza dari kebiasaan kita selama ini..
✅Tiada Bazar Ramadhan
✅Tiada Solat Terawikh di surau dan masjid-masjid
✅Tidak boleh berbuka puasa beramai-ramai (Iftar Jama'ie)
✅Tak dibenarkan balik kampung untuk berpuasa bersama keluarga
Dan pelbagai peraturan PKP yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia demi kebaikan dan kesejahteraan semua rakyatnya. #kitajagakita
Nampaknya Ramadhan kali ini mungkin akan nampak kurang meriah dari sebelum-sebelum ini. Dari pandangan mata kasar kita, ya itulah nampaknya.
Namun, kita sentiasa perlu ingat...Apa yang Allah susun itulah yang paling cantik dan elok untuk kita semua. Allah sayang kita. Allah Ar-Rahman Ar-Rahim Yang Maha Penyayang Maha Belas-Kasihan.
Mungkin dengan cara begini, kita tak sibuk keluar ke sana ke sini nak beli barang sesuka hati sampaikan membazir masa dari beribadah.
Mungkin masa yang kita terkurung begini dalam bulan yang mulia ini, masa yang sangatttt Allah nantikan untuk kita semakin dekat dan rapat denganNYA. Masa ini yang kita perlu manfaatkan untuk ganti semula masa-masa yang telah kita bazirkan untuk perbuatan lagha kita selama ini...
Dalam membuat persiapan Ramadhan dalam musim PKP ni, kita siap sediakan barang keperluan sebaik-baiknya. Cukup, tapi bukan membazir.
Insya Allah, mungkin tahun ini, Allah mahukan kita berpuasa yang sebenar-benar PUASA.
Puasa menahan lapar dahaga. Dan paling UTAMA, PUASA MENAHAN NAFSU TAMAK HALOBA.
Tahun ini, Allah nak kita berpuasa dalam penuh SEDERHANA.
Itu yang Dia sedang aturkan. Kehidupan kita sudah jauh selama ini. Bila masuk Ramadhan, kita sibuk nak shopping. Beli itu ini, beli baju raya, tudung raya, kasut raya. Beli kuih muih membuak-buak di Bazar Ramadhan sampai membazir. Kejinya hidup kita selama ini.... 😓
Dia mahu kita balik pada asal. Pada hikmah fitrah Ramadhan itu diwujudkan --- bersederhana & bersabar.
Insya Allah...