Monday, May 25, 2020

SELAMAT HARI RAYA PKP 2020!

ALhamdulillah... Akhirnya kita dapat juga menyambut Hari Raya Aidilfitri untuk tahun ni. Tanda kemenangan kita melalui Ramadhan yg mulia. Tanda kemenangan kita menahan sabar dan hawa nafsu, walaupun time bukak posa tu...paham-paham ja lah kan hahahaha. Melantak seghupa sebulan tak makan! 😆😆😆


Syukur tak terhingga, walaupun masih dalam PKPB, kita semua dibenanrkan menyambut Hari Raya dalam keadaan berjaga-jaga.

So hari Raya Pertama ni, awal-awal lepas solat, bersiap, sarapan ketupat rendang apa semua di rumah sendiri, kami bertolak ke rumah adik saya, Kak Ngah di Shah Alam. Asalkan tak merentas negeri, rakyat dibenarkan berkunjung ziarah. Dan pastikan bilangan pengunjung tak melebihi 20 orang.






Tuudiaaaa... Punya banyaklah kami posing. Takdak kerja lah katakan.... 😹😹

Kalau balik kampung mesti sibuk nak siap sedia itu ini, sambut tetamu apa bagai kan.. Ini hanya tinggal kita kita jurrr.. Nak buat apa lagi.

 Kak Ngah, Najib & Nisriin.

Kami semua @Rumah Kak Ngah.

Alhamdulillah, dah puas lepak makan-makan, dan membawang kami pun balik rumah... On the way tu Intan & Pak Sheikh bagitau depa nak mai beraya kat rumah kami.

Lebih kurang pukul 3 petang mcm tu depa sampai dan kita makan lagi! Yeayyyy!!!

 Ok takleh salam-salaman na.... Stay Safe hehehehe

 The Kiddos....

 Alhamdulillah... Happy cara kita 💖

The Sheikh's

Syukur selalu apa yg kita ada hari ini. Walaupun tak dapat balik kampung, tak bermaksud kita tak perlu sambut Hari Raya kan. Alhamdulillah....

Semoga Malaysia terus aman, semakin baik dan pulih dari Covid19 secepat mungkin amin.....

Wednesday, May 6, 2020

HARI KE-50 MALAYSIA PKP

Ya, dah masuk hari ke-50 kita ber-PKP atau sekarang dah tukar kepada PKPB (perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) bermula 3 hari lepas (Isnin).

Dalam PKPB ni, rakyat dibenarkan bergerak dengan lebih banyak kelonggaran berbanding PKP. Namun harus mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Antaranya ialah menjaga social distancing, memakai face mask & hand sanitizer, mengelakkan ke tempat-tempat crowded dan sebagainya.

Semalam, saya cuba meninjau ke SB Mall kat Sg. Buloh ni, atau lebih dikenali dengan panggilan The Store bagi penduduk kat sini. Nampaknya orang ramai beratur panjang di luar pintu masuk mall kerana ada limit yang boleh masuk ke sana. Pelanggan juga diambil suhu badan sebelum dibenarkan masuk. Dan ada pak polisi jugak yang buka pondok utk mengawasi suasana kat situ.

Rupanya bila saya dapat masuk, orang ramai menuju ke Pejabat Pos yang terletak kat dalam tu. Panjang betul barisan. Saya jangkakan ramai yg nak buat pengeluaran ASB tu. Maklumlah raya dah nak dekat, dan keadaan ekonomi pulak kurang stabil buat masa ni. Sedih...


Saya dah mula bawa anak-anak keluar naik kereta. Sekadar ronda-ronda ambik angin dan kena cahaya matahari sikit. Tapi saya masih tak benarkan depa turun ke mana-mana kedai yang saya singgah. Cukup dapat keluar tengok-tengok sahaja dulu. Saya takmau risikokan depa dengan keadaan yg tak menentu di luar sana.


Kami masih dalam state of berhati-hati sepanjang masa. Dalam keadaan mcm ni, tiada jaminan untuk kita selamat dari dijangkiti. Hand sanitizer mesti sentiasa ada dalam handbag. Mask sentiasa pakai bila melangkah saja kaki keluar rumah. Ini NEW NORMAL kita.

Untuk berbuka puasa, biasanya saya masak sendiri. Kecuali kuih muih dah ada orang jual sikit-sikit so kami beli saja. Bila ada masa terlebih kerajinan baru saya buat hehehe.

Saturday, May 2, 2020

BILA ANAK PEREMPUAN SULUNG KALI PERTAMA DATANG HAID

How time flies so fast!

Anak sulung ibu, Ain Zulaikha a.k.a Zuzu dah mula datang haid hari ni. Her very first menstrual cycle! Haruslah ibu rasa sangat eksaited dan masukkan dalam blog ni sebagai memory hehehe.



Alhamdulillah, Zuzu dah berumur 13 tahun, senang sikit nk ajar tatacara penjagaan kebersihan dan semua tu. Kadang-kadang kesian juga bila tengok ada kawan-kawan yg start period awal as at darjah 4 or darjah 3. Rasa macam masa tu kita punya kencing berak pun tak berapa nak ketahuan hala lagi! Tapi Allah Maha Mengetahui lah kan. Tahulah Dia atur macamana utk setiap hambanya.

Ibu eksaited betui tadi. Lepas berbuka puasa, depa semua nak mandi dan bersiap-siap utk solat. Tetiba dia panggil ibu pi tengok. Sekali tengok ja ibu cakap "Hah period lah ni."

Yaya pulak cakap "taklah kakak berak kot ni". Hehehehe.

Terus ibu pi bagi laporan kat ayah. Ayah pulak cakap "Kakak! Kakak dah boleh kawenlah!"

Hahahaha.

Terus ibu bukak kelas ulangan cara pakai pad, cara buang pad dengan betul, cara cuci panties yg terkena darah dan lain-lain. Hujung-hujung nanti nak kena ingatkan semula tatacara mandi wajib pulak.

Oh tak lupa juga, ibu ingatkan dia untuk tanda kalendar memandangkan ini bulan Ramadan. Maka dah wajib kena qada' puasa nanti.

Alhamdulillah. Semoga semua norma dalam perjalanan kehidupan ini kakak dapat lalui dengan mudah. Amin.....

Ibu yang eksaited anaknya dah baligh.
8 Ramadhan 1441H