Tuesday, August 11, 2015

BAJU MUSLIMAH UNTUK ANAK-ANAK

 NAK SHOPPING??? KLIK PADA GAMBAR PUN BOLEH.....

Haaa... sebelum ni ramai kawan-kawan yang tanya saya kat mana beli baju Muslimah yg jenis kain Cotton untuk anak-anak kan?

Meh sini saya nak share link dia...mmg BEST GILA shopping dgn Sweet Muslimah ni. Berpusing mata sebab bajunya semua sweet-sweet belaka.

Oh, bukan saja ada baju utk anak-anak, tapi untuk ibu-ibu jugak.

Okeh JOM KLIK SINI ya kawan-kawan -->> goo.gl/UciBJq

Atau KLIK GAMBAR NI nak tengok full collection dari Swet Muslimah :)

Jom jom dapatkan baju yg menutup aurat sempurna, dengan harga yang amat berpatutan :) 

TIPS SHOPPING GROCERY SEMASA DALAM PANTANG (BERSALIN)

Last weekend, we had a small makan-makan session with families n few friends. And lots of Zuzu & Yaya's schoolmates as they wanted it to be. Because besday Zuzu was on Ramadhan, so masa tu tak sesuai nak buat apa2 kan.

Kebetulan among the tetamu ada few new mothers, and newborns in the house. Hehehhe...

So memandangkan they see me as "ibu yg banyk pengalaman a.k.a banyak anak" so they were asking related questions.... :)

One of the topics was "macamana awak beli barang2 runcit semua? Ke Amet mmg pandai beli barang runcit?"

Hahahahhahahhaa... bab Amet "pandai" beli barang runcit tu mmg buat saya gelak tahap pengsan!

Encik Amet kesayangan saya ni, kalau barang rucit mcm Milo, susu dan barang2 yg jelas tertulis nama dia kat situ mmg lah dia pandai beli. Tapi...kalau kita kirim barang basah, walaupun dah whatsapp gambar sekalipun, baliknya mesti ada yg tak kena. Hahahaha...sorry ye bang...ada sesi mengutuk sikit kat sini. :P


OK, so apa jawapan saya?

Hah, masa saya mula pantang dgn Si Nana tu lah saya mula kenal dgn Tesco Online.


Visit www.tesco.com.my

Senang je shopping dgn Tesco online ni, sbb delivery time dia kita boleh pilih. kecuallah slot tu dah full, then kena pilih time lain. Tapi, delivery charge mmg diorg caj dlm RM10, kecuali kita ada dapat voucher etc.
Pembayaran boleh dibuat secara COD, atau dgn credit card masa diorang sampai, means dia bawak card reader tu sekali. So easy pitsy. So masa tu mmg saya tak ada masalah nak beli ikan ke, ayam ke, sayur mayur buah muah semua dapat mengikut keinginan hati.

Masa dalam pantang Si Nini pun sama, saya teruskan dgn online grocery ni. Cuma kadang2, selain Tesco, saya ada jugak guna servis dari Redtick.


Sama je jugak kaedah dia. Pilih apa benda yg kita nak order, delivery time then nanti tunggu je lah sampai depan pintu rumah grocery anda semua tuh.

So, mommy-mommy yg masih dalam pantang, jangan bagi alasan dah nak keluar2 rumah nak beli barng apa semua na.... Duduk diam2, buka laptop, and order saja ayam ikan online hehehe..

And actually, semua ni pun saya guna jugak masa Amet pi outstation lama2 ke, di mana saya tak berupaya nak mengheret keempat-empat orang puteri yang melompat2 ke supermarket. 

Sekian, semoga mendapat manfaat ya :)

Friday, August 7, 2015

RESEPI KUAH KACANG IBU MERTUAKU YANG PALING SEDAP!

The truth is, saya tak pernah langsung kot buat kuah kacang. Ke pernah sekali? Ntah tak ingat. Means kuah kacang is something rare in my kitchen hahhahaa.

Walhal, di rumah mak mertua saya, kuah kacang ialah hidangan wajib semasa HAri Raya termasuklah Raya Korban. Even sumtime, MIL akan buat jugak walaupun bukan time raya.

Maka terlihatlah di situ bahawa saya "rajin" sgt menolong MIL masak kt kampung kan. Hehehehe....

Tiba masanya last week, encik Amet request saya buat kuah kacang & nasi himpit. Alamak!!!!
Pecah peluh jantan saya! Hahahaha

Apalagi, dgn tempek muka lawa tak malu, wasapp lah ke MIL, mintak resepinya yg sangat tersedap lazat tak terhingga tu.

Yang bestnya, dgn beraninya kuah kacang ni saya hidangkan pada sedara mara Amet yg kebanyakannya mmg superterer punya buat kuah kacang! Hahahaha...dan setiap kali depa rasa, saya akan tanya "ok dak?" and any suggestion for improvement hehehe... Budak baru belajar kena la merendah diri...tak rugi pun kan...

But Alhamdulillah, most of them like it! Phewwww...(lap peluh jantan).
And my SIL pun cakap its similar to mak punya kuah kacang. Eeeewahhhh...kembang hati cik adik nih tau..

Oklah, kalau nak try rasa sedap kuah kacang ni, boleh lah cuba resepi ni ya. Tapi MIL saya mmg tak bagi sukatan. Dia sebut senarai bahan je. Yang lain pandai2 hang lah agak2, sapa suruh malas tolong mak kat dapuq kan... Hahahha. Ok lets check it out!

RESEPI KUAH KACANG MARVELLOUS IBU MERTUAKU
==============================================

Kacang tanah (goreng dgn sedikit minyak & kisar kering)
Bawang merah ~ dimayang (kena banyak baru sedap)
Lengkuas ~ diketuk
Serai ~ dititik
Cili kering ~ dikisar
Minyak masak ~ utk menumis
Gula pasir 
Gula melaka
Garam
Perisa (saya guna Knorr Pasti Sedap)
Udang kering
Daging / Ayam ~ optional

Cara-caranya :
1. Tumis bawang merah, lengkuas, serai sampai naik bau.
2. MAsukkan cili kisar. Masukkan udang kering. Jika suka boleh masukkan daging / ayam.  Tumis sampai masak & naik minyak.
3. Masukkan kacang tanah yg telah dikisar. Masukkan air sedikit demi sedikit. Agak-agak kuah tidak terlalu likat atau terlalu cair.
4. Biarkan hingga mendidih dan mendapat kepekatan yg diingini. Masukkan perisa, gula & garam. 

***Pesan Mak : Gula pasir & gula melaka elok kalau letak lebih sikit daripada kita gunakan semasa buat sambal tumis biasa, sebab kuah kacang ni sedap jika agak kemanis-manisan.



Okay, itulah resepi kuah kacang yg tersedap di abad ini :) Simple je kan. Selamat Mencuba...

Thursday, July 30, 2015

MESIN JAHIT MINI DARI LAZADA

Taadaaaa..... Hahahha ni first time saya try shopping dari Lazada. Amet lah yg pandai2 sangat download apps Lazada ni kat henfon saya. Tu lah, kan dah terbeli. Hehehe....

Yang bestnya sbb Lazada ni offer payment COD. Oh baguslah, saya mmg malas bab nak add new account dlm m2u... mmg diorang ni pandai kan nak menjayakan urusan jual beli. Huhuhu...

Alkisahnya, saya mmg dah lama mengidam sangat nak try menjahit. Last sekali saya menjahit (pakai mesin jahit) rasanya time subjek Kemahiran Hidup Tingkatan 3 dulu! Itupun sbb terpaksa buat projek utk exam.

Saya bukan tak minat sgt nak menjahit ni. Tapi bila mula ada sangkut, jahitan putus ke, nak kena bukak balik, betulkan balik, pasang benang yg dah habis kt sekoci...haaa bab ni yg buat saya lemah semangat.

Tapi zaman skrg ni, dgn adanya pelbagai kedai fabrik yg canggih manggih dan comei lotei, membuatkan saya rasa mcm eksaited pulak nk cuba menjahit. Lagipun sbb adik saya Kak Ngah lah yg selalu tayang kain comei2 tu membuatkan saya terliuq!

Spotlight Store yg ada lots of beauuuuuutiful fabrics. Oh My!!!


Okay.... so ini lah dia my Mini Sewing Machine. Its so cute! It was delivered by Ta-Q-Bin yg best & bersopan santun!


Taadaaa.... opening ceremony....
Oh, by the way, saya dh claim ni as hadiah besday dari encik Amet. 
Actually, I was thinking nak request for Brothers' machine. Tapi takut tak bersungguh2 pulak, so I better try2 dulu lah kan. If I show a good performance I believe mesti besday tahun depan boleh dapat kan encik abang? Hehehe...

Semua ada lengkap. 3 biji sekoci yg dah dililit benang, ada foot pedal, power supply etc.
Oh, mesin ni pakai elektrik tau. Bukan pakai bateri cikai2 punya :P


Haaaa.... ini lah hasil jahitan saya yg pertama... Boleh la kan setelah dekat 20 tahun tak menjahit..
Kira bertuah sgt lah mesin tu boleh bergerak. Haahahaha
Kain tu pun semua belas ihsan Kak Ngah bagi perca-perca kain dia punya...takut nak beli kain cantik2 lagi, kot tak jadi kang membazir...


My target for next project nak buat yg lebih comei lotey mcm ni insya Allah...

Till then, wish me luck!

Tuesday, July 28, 2015

SHOPPING DEKO-DEKO @SSF HOME DECO

Lepas Zohor semalam Nana ajak pegi "soppin". Dia tak nak tido pulak, biasanya tu mmg time tidur dia. Oklah ibu pun lepas solat, terus siap-siap bawak dia pi shopping hehhe...

Destinasi yg dituju ialah SSF Home Deco Mart kt Sri Damansara. Sekangkang kera je jaraknya dari rumah ni. Tapi ni baru kali kedua setelah 5 tahun yg lalu saya ke sana. Hehehe... teruk kan.

Biasanya dulu kalau pergi pun hanya utk beli pewangi rumah dia yg best tu je. Tp hari ni mmg berniat nk cari barang deko sikit. Yang paling utama niat di hati ialah nak cari cermin besar utk letak kat dinding yg kosong mcm rumah tak berpenghuni (kata encik Amet).

Sampai sana, mmg geram sgt tengok high chair dia lawa-lawa sangat!
Geram sbb saya dah pun beli 3 bijik high chair dari IKEA yg so-so saja....


Suka sangat2 dengan deko ala-ala antik & vintage mcm ni. Mmg ada niat nk buat. Tapi kena tunggu semua anak-anak dara kt rumah tu besar dulu... Kalau tidak mmg takde lah nk bersusun gini deko ibu...


Laluan sepanjang tangga dia pun letak mcm2 barang yg mengiurkan.... Hihihi


Nana yg suka sangat dapat shopping walaupun bukan barang2 dia... Tapi lama2 dia bosan jugak tunggu ibu memilih bunga. Seriously duduk dalam kawasan bunga kat sini mmg rasa hilang di alam lain dah!


Cermin mcm lawa jugak. Saya mmg cari yg segi empat panjang mcm ni. Tapi klu boleh nak frame kayu sbb nk matchkan dgn console table kayu jati kt rumah tu. Hmmm... kena survey tempatlain lagi lah. So far saya dh cari few kedai tp masih tak jumpa yg berkenan di hati....

Kat SSF ni banyak jugak cermin deko ni. Mcm2 corak & bentuk ada. 

Haaaa.... akhirnya hasil tangkapan saya dari SSF untuk hari ini, FLOWERS! Hahahaha...puas sangat hati sbb dh lama saya mengidam nk letak bunga dalam rumah. Tapi selalu rasa tak yakin yg Nana & Nini tak angkat sentuh bunga2 ibu tu. Tapi semalam rasa mcm nak cuba beli jugak! Kalau diusik jgk oleh makhluk2 halus tu nanti, terpksalah ibu buat rak tinggi ke macamana pulak. Harap2 semua behave lah hendaknya....

Yg bunga roses kecik2 tu seikat hanya RM5.90 sahaja (dlm gambar ni saya guna 3 ikat). Pasu dia beli kt IKEA dh lama dulu.

Yg bunga roses putih besar tu ada campur hydrangea sikit2, seikat RM29.90, pasu pun saya beli semalam kt SSF harga RM25.90 dan batu-batu tu pun beli kt sana jgk, RM3.90 sepeket (yg ni sy pakai 3 peket).

Selain tu saya beli jugak tray cupcakes yg 3-tier harga hanya RM19.90 sahaja. Oh, dan saya juga dh mendaftar sebagai VIP member SSF. Lepas ni makin kerap la kot ke sana hehehe...

Ok till then, bye!

Sunday, July 26, 2015

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 2015

Assalamualaikum semua...

Just update gambar saja lah utk entri raya ni no... tulis panjang2 pun xdak sapa pun nk baca hahahha.

okeh, lets menjamu mata with our RAya pics!

Keluarga "kecik" kami.... mengembang gaun puteri-puteri sekalian... :) 

My lovingly Mak mertua & Anak menantu 

Geng sepupu sepapat.. tapi Nini xde dlm pic sbb dia sdg meraung kt belakang tabir hehehe


Keluarga besar sebelah Amet
Punyalah susah nak dpt snap gambar sopan santun dan lengkap mcm ni tau... ada yg meraung, ada yg nak lari, yg nak main ipad, yg nk mkn ceklat....aduih macam2 ragam dgn si kenit2 semua... tapi Alhamdulillah berkat kesabaran fotografer dan ketereran mereka menjadi pak lawak kt depan, semuanya selamat difotokan heheheh.....

Ni dgn mak-mak sedara depa sebelah Mak saya... ni ja lah gambar yg ada...kalau dh berjumpa brsembang bercerita langsung x ingat dh nk bergambar...

Ada gambar dgn ayah. Mana ntah saya cari x jumpa pulak. Nanti jumpa saya tempek.

Till then, bye

Friday, July 24, 2015

BLOGGING FROM MACBOOK AIR

Hehehehe....

Baru nak try-try dengan hadiah harijadi yg ke 34 dari abg sayangku... dah terror skit kita update pnjang skit na...

Bye

*ok, ini ialah update versi terjah dari encik Amet. Biasanya i xde buat cerita show off mcm ni kan hahahha. I'll update very very soon!