Saturday, December 31, 2011

KENANGAN 2011

Hari ni adik tak berapa sihat. Malam tadi masa tgh tidur badan dia panas sangat. Jadi ibu x boleh berinternet ria or tulis blog panjang2 sbb bila dia dh demam mcm2 la request dia.

Just nak ambik kesempatan mengucapkan selamat tinggal utk tahun 2011. Memang terlalu banyak kenangan tahun ni. Yang manis, yg pahit. Tapi yg selalu terkenang2 n bermain2 dlm fikiran mestilah kenangan2 sedih kan. Kalau yg happy2 tu sat saja dh lupa.

Hmmm kenangan/peristiwa paling besar tahun 2011 ni telah mencatatkan sejarah perpisahan 2 insan yg paling I sayangi ... :( Apa-apa pun I sentiasa mendoakan kehidupan mereka sentiasa bahagia walaupun sudah di haluan masing2....

Dan banyak juga berita2 kematian kawan2 n kenalan pada usia yg sgt muda... [Hari ini, hari terakhir 2011 terima berita kematian senior sekolah SMKAP. Takziah kpd family Kak Ayu (KLIK UTK BACA TULISAN TERAKHIR BELIAU) ] dan berita rakan2 sekolah yg ditimpa penyakit kronik... (semoga kamu smua terus kuat n bersemangat ya) dan mcm2 berita yg boleh diambil pengajaran & iktibar.

Dan tak kurang juga pelbagai dugaan juga ke atas diri sendiri... yg menjadi peringatan dan lebih menguatkan semangat, serta lebih mengenal selok-belok utk menempuh kehidupan penuh berwarna-warni....

Apa-apa pun, hidup mesti diteruskan. Susah mahupun senang. Selamat datang 2012.


Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, December 28, 2011

UMRAH

Alhamdulillah, last weekend we have safely performed our 4th Umrah. Syukur ilallah atas rezeki dan panggilan dari-Nya. Kali ni kami pilih untuk join rombongan bersama KRMJ. Walaupun kami travel dgn menaiki bas, tapi Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan terlalu lebih baik berbanding dengan Umrah pertama dahulu.

Mungkin disebabkan Visa umrah belum dibuka kepada org luar (selepas musim haji), maka hanya org tempatan sahaja yg memenuhi jalan dan kota Mekah.

Alhamdulillah semua R&R yg disinggahi adalah memuaskan (read : toilet ok la... boleh guna, ada air and tak terlalu comot. but still jgn harap wangi dan lawa mcm PLUS hahahaha)

PERJALANAN
Kami bertolak jam 6 pm (selepas solat Maghrib) dari Jubail. Singgah makan jam 8.30 pm di R&R (mana entah). Kalau pergi rombongan dgn KRMJ, makanan biasanya akan disediakan (Dinner). Tiba di Miqat jam 8.15 pagi.

MIQAT
Alhamdulillah, keadaan di Miqat juga tidak begitu sibuk. Malah bilik air yg I gunakan, kebetulannya cuma ada I dan anak-anak sahaja (dgn 10 bilik mandi yg kosong - pilih yg mana suka!) Maka kami dapat mandi dgn tenang dan selesa. I tak begitu pasti dgn jemaah wanita yg lain mandi/berihram di mana sbb I org paling last turun dr bas kerana nak kejutkan anak2 bangun tidur. (tapi akhirnya Amet bagitau mereka menyewa bilik kerana Amet telah dilantk menjadi pegawai kebajikan dlm rombongan itu).

Alhamdulillah, walaupun tinggal I seorang diri bersama anak2 kecil, (sedang suami menjalankan tugasnya menjaga ahli rombongan lain sbb ada yg pertama kali mengerjakan Umrah), semua urusan di sini dapat diselesaikan dgn amat mudah sekali.


MEKAH AL-MUKARRAMAH
Kami tiba di Mekah pada jam 11.15 am dan ditempatkan di Hotel (lupa nama haha). Selepas lunch kami terus ke Masjidil Haram. Ya, kedudukan hotel kalau datang dgn rombongan mmg seperti yg telah dijangkakan, adalah agak jauh jaraknya. Namun begitu ia adalah lebih dekat berbanding rombongan pertama dahulu. Walau bagaimanapun, kami bersyukur kerana masih diberikan hotel utk mandi dan urusan2 lain, berbanding mereka2 yg terpaksa tidur di sidewalks dan masjid sahaja.

Selepas solat Zohor, I mengerjakan tawaf while Amet menjaga anak2. Kami bergilir2 sehingga selesai Sa'ie dan bertahallul selepas Asar.

Kami terus tinggal di masjid sehingga Isyak memandangkan hotel agak jauh. Semua bekalan n keperluan anak2 mmg I dah bawa secukupnya.

ANAK-ANAK
Alhamdulillah, kali ini adik n kakak sihat sepenuhnya. Syukur sangat2 kpd Allah kerana memudahkan urusan ibadah. Adik n kakak juga berjaya bangun seawal 4.30 pagi dan berjalan ke masjid (yg agak jauh dan kena mendaki sikit) utk bersolat Subuh! Tahniah kpd anak-anak ibu & ayah! Cuma sedikit cabaran apabila adik 'poopoo' 2 kali dan ibu terpaksa menyeret mereka ke toilet yg agak jauh. Dan kakak pulak sekejap "jadi" sekejap tidak. Hehehe.... begitulah cabaran kalau bawak anak-anak kecil.


Align Center
Suasana sebelum solat Subuh di kawasan Kaabah

BERJUMPA KAK NONI
Semasa dalam perjalanan untuk solat Subuh (dah masuk dalamMasjidil Haram), di satu tangga nak turun ke kawasan Kaabah, tiba-tiba ada seorang wanita bertelekung datang menegur "Assalamalaikum Yue.." dan terus memeluk I. Tergamam sebab rasanya tak pernah jumpa org ni dan dia tahu nama I pulak! (sempat perasan lagi tu!) "Ni Kak Noni...ni anak2 akak..." Hahahhaaha.... barulah I tau rupa2nya ini Kak Noni yg selama ini "berjumpa" di alam maya. Kami sempat bersalaman sahaja sbb masing2 sibuk nak ambik tempat utk solat.

Semasa bersarapan di D'Saji, kami kebetulan berjumpa lagi. Kali ni barulah sempat sembang panjang sikit. Kak Noni ni sebenarnya ialah super-duper senior I kt SMKAP merangkap bekas pelajar my MIL dan sudah tinggal di Jubail dlm sebulan lebih. Tak sangka betul jumpa di tanah barakah nun jauh dari Jubail. Masa dok kt sini, tak terjumpa pulak. To Kak Noni and family, nant jgn lupa mai rumah kami noo....


HAJARUL ASWAD
Walaupun telah beberapa kali mengerjakan Umrah, sebenarnya I masih belum pernah berpeluang untuk mengucup Hajarul Aswad. Bukan tak teringin, tp biasanya mmg orang terlalu padat dan rasanya mcm tak terdaya utk I rempuhi tolakan yg ganas di situ.

Selepas Subuh dan bersarapan, I terus mengerjakan tawaf wida' (memandangkan selepas itu ialah waktu solat Jumaat dan bas akan menjemput kami selepas Jumaat). Semasa tawaf, setiap kali sampai di rukun Hajarul Aswad, I asyik merenung dan bertanya sendiri dalam hati "Bila laa aku nk berpeluang cium kamu?" Dan pasa masa itu hanya jemaah lelaki sahaja yg sedang mengerumuninya. Selesai tawaf wida' I mengambil kesempatan berdoa di Multazam. Tiba2 ada sorang makcik Arab merayu pada polis penjaga utk membenarkannya mencium Hajarul Aswad. Sebaik sahaja encik polis itu meneyebut "Ya Hajjah" (memangil jemaah perempuan utk ke situ), tiba2 bagaikan segerombolan wanita berpusu ke Hajarul Aswad dan terus menolak I yg berdoa di Multazam. Dalam beberapa minit sahaja, tiba2 I dah berapa di depan Hajarul Asawad!
Subhanallah!!! Terus I berdoa secepat yg boleh dan mengucup batuan hitam itu dgn air mata kesyukuran yg tak terhingga.

Alhamdulillah, I tak sangka dalam keadaan pregnant mcm ni, Allah berikan I kekuatan dan peluang yg sekian lama I tunggu2 dan harapkan. I mmg dapat rasakan mmg tak ada sesiapa pun yg tersentuh kawasan perut I semasa tolak-menolak tu. Betapa besarnya payung rahmat dan lindungan Allah....


KEPULANGAN
Kami selamat tiba di Jubail jam 5 pagi keesokannya dgn perjalanan yg lancar. Di kesempatan ini I nak ucapkan ribuan terima kasih kepada aunty2 (Kak Nik, Kak Izan, Kak Zira & anak2, dan Kak Hasanah & anak2) yg banyak menjaga dan melayan kerenah Zuzu & Yaya yg superaktif dan banyak mulut nih (mmg baaanyak sangat mulut si Zuzu ni, tak percaya? baca blog Abg Eric(KLIK) nih hahahha...)


Us @Baitullah Al-Haram

Adik nak main kamera...


Kakak pulak request nak tangkap gambaq....


Wada'un Kaabah... ilalliqaa'.... (Selamat tinggal Kaabah, semoga berjumpa lagi)

Monday, December 26, 2011

PERMATA HATI

Sudah 2 hari I rasa sedih bercampur gelisah. Sebaik tiba pulang dari tempat yg penuh ketenangan, terus disambut berita kematian. Walaupun kematian ini bukan berkenaan sesiapa yg bersaudara mahupun bersahabat dgn I, tapi yg menyentuh hati ialah : dia mati ketika melahirkan (maternal mortality).

Pagi-pagi buta I on FB, ada x-schoolmate yg keja kt H**Z letak berita tu kat wall dia. Sempat jgk I chatting dgn dia tnya bout that case since dia tgh postcall (she was in-charge of that patient masa dia masuk ke ICU). Katanya memula kes tu happen masa kt private hospital, then bila dh teruk baru diorang send to govt hosp. [Sorry I x bleh disclose byk perkara takut salah fakta mahupun menjadi fitnah kepada si mati]. Then Umie (my SIL) pun ada letak berita tu sbb si mati adalah adik kpd kawan dia.

Apa yg menjadi igauan I sekarang, tetiba I rasa mcm takut pulak nak menghadapi saat bersalin nanti. Maybe selama 2 kali bersalin ni I tak pernah fikir apa2, tak pernah nak ambik tahu hal2 complication lepas bersalin etc.

Entah, maybe kebetulan atau apa, bulan November lepas, I baru jek tau about my x-housemate (tapi berkenalan dlm 2-3 hari je pastu dia pindah keluar) yg jugak meninggal masa deliver. Masa tu ada org letak berita dia dlm FB jgk, and siap letak link blog kawan dia yg menceritakan cause of death and so, tapi I langsung tak endah, tak kesah nak baca pun. Bagi I, ajal dia dah sampai (Kejam!)

Now bila dikejutkan sekali lagi, baru I rasa "terkejut". Saat ni baru teringat ;

Ada aku kesah ke pasal tubuh badan aku masa aku mengandung? [Tak ada].

Masa doc scan and cakap ada nampak mcm cyst, ada aku kesah? [Tak ada. Doc suruh jumpa pakar, aku lari balik kampung.]

Masa kt hospital Kangar tu, nurse cakap gula mcm lebih sikit, ada aku kesah? [ Tak ada. Bagi aku, itu cuma gestational diabetes, kejap je nanti lama2 dia hilang la...Pastu bila aku d balik sini, nurse sampai pi cari kt rumah sbb aku tak pi buat MGTT hehehe].

Bila org cakap jangan buat keja berat2 sangat masa mengandung, aku boleh duduk diam ke? [No way mannn.... biasala setakat keja2 mengemop ni takde masalah... nak angkat kerusi ubah2 perabot pun aku buat...].

Supplement yg doc bagi ada makan ikut arahan? Pemakanan ada jaga? Caffein intake dah stop? [No no no....]

Now setelah mendengar 2 kisah ni, baru kelam kabut nak membaca sana sini tentang bahaya n ancaman masa pregnant. Memang I tak suka nak memanjakan diri, tapi memang sepatutnya ada hadnya jugak buat keja masa mengandung ni. Bukanlah tak boleh setakat nak sapu sampah, sidai kain tapi barlah berpada-pada. Org selalu kata " Kalau tak jadi tak apa, kalau dah jadi menangis air mata darah pun tak guna". Betul, sangat betul.

Sekurang2nya I jaga dan hadkan apa yg mampu. Sekurang2nya I kena fikir tentang "hidupan kecil" yg di dalam perut, yg masih fragile (kalaupun I dah berlagak sangat, perasan kuat takmau fikir pasal badan sendiri). Fikirlah tentang dia.

Hari ni sepanjang hari baru sibuk nak baca about fetal distress/bayi lemas, punca-punca, penyebab, cara/perkara yg boleh membantu mengelakkannya. And one of the ways to avoid fetal distress ni ialah mmg kena sangat atas batang hidung sendiri : stop/less caffeine. Sebab takut the fetus over active bila si ibu ambik caffeine byk sgt, (kalau setakat secawan dua tu boleh dimaafkan lagi la, klu dh 4-5 cawan....) so the baby akan bergerak terlampau active dan akhirnya membelit diri dgn tali pusat.(Hilang pulak link ni, nanti kalau jumpa I letak balik). Itu baru satu. Banyak lagi sebab musababnya. Nak kena baca, nak kena amalkan. Banyak yg I dah lalai dan leka.

Sepatutnya I dah ambik iktibar, masa I nak lahirkan Yaya, I memang bleeding dgn banyaknya. Mcm air dalam belon yg terpecah keluar. "Fresh blood! Fresh blood!" (I dengar nurse2 tu berbisik2 dan ada yg tererit sbb gelabah hahaha). Tapi sebab I tak rasa sakit atau apa, I tak ambik kisah. I pun tak tahu punca sebenarnya smpai hari ni. Bila I curi baca report, they write sumthing about placenta blablabla which I didnt really understand their medic term. Tapi maybe sbb I selamat melahirkan, dan kedua-dua ibu n anak hidup (Alhamdulillah) so kes diabaikan begitu sahaja dan I pun tak ambik kisah. Maybe, if masa tu I terus bleeding dgn banyaknya, I pun akan jadi mcm tajuk berita 2 orang sahabat itu..... :(

Walaupun maklum bahawa kematian pasti akan datang menjemput dan tak tahu bila, tapi selagi terdaya, sebagai seorang ibu, I harus sedar I ada banyak tanggungjawab. Bukan sekadar nak jaga diri sendiri. Tapi anak-anak, sama ada yg sudah dilahirkan, mahupun yg akan dilahirkan. (Oh suami tak dilupakan ya ;p). Semoga Allah memberikan I kesihatan yg baik, dan umur yg panjang, supaya I dapat menjaga semua permata hati I sebaik-baiknya.... Amin....

Wednesday, December 21, 2011

Cuti Sat

i dont know why tetiba jek laptop I mcm buat hal.bukak firefox xleh, bukak IE xleh.asyik sangkut. hmmm.....

ingtkn nk cerita bout the Plants & Garden Exhibition (last week pegi). tp dh x bleh plak.kt hp ni mls nk taip pnjang. by the way sesiapa yg interestd nk beli bunga ke, pokok bunga ke, flower pot ke and brg2 deko garden boleh la ke sana @Fanateer beach (Nurina? maybe u can go there this weekend)

okeh i need to off now.nak kena packing n siap2.nak pi cari peace of mind di Baitullah Al-Mukarramah.bertolak ptg ni insya Allah....



Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, December 20, 2011

MOTIVASI HARI INI

Tetiba hari ni I TERtonton Mak Iti a.k.a Dato' Siti dalam rancangan Bella (youtube - KLIK), and of course lah rancangan tu kan cakap omputih.... so nampak lah sikit kdg2 dia macam x paham soalan, or salah jawapan or maybe dia gabra. Tapi tak pe lah as long as dia BERANI terima jemputan tu dan cakap omputih kt dalam TV, live pulak tu, kira hebat la kan (cehhh... camana boleh tersokong Mak Iti ni padahal I tak pernah langsung terasa minat kat dia).

Apa yg I rasa boleh ambik pengajaran di sini ialah, kena berani mencuba. Tunggang terbalik, salah silap belakang kira. Kekadang I ni pun masa menulis kemain, pastu time nak converse tergagap-gugup jugak. Kalau takut2 nanti orang sembur English kita berterabur, sampai bila pun tak pandai. Alaaaa... biasa laa... kita kan Melayu.... bukan omputih!

Teringat satu peristiwa masa kat restoran, I panggil waiter nak komplen that their mashed potato tu mcm masam sikit. Tetiba yg datang tu was the restaurant manager. Terus terkejut biawak, I pun cakap " Errrr... this potato is DESTROYED......." And he just smile calmly and took the plate away.....

Haaaaaa kauuuu!!!!!!!!!!!! Sekali DESTROYED la pulak yg keluar!!!!!! Lebih kurang dalam 10 minit pastu baru I mcm terpikir "Eh aku cakap DESTROYED ke tadi? Bukan patut cakap SPOILED ke???"

Giler tebal muka rasa mcm transformer dah..... Hahahaahaha tapi apa nak buat, terlajak perahu boleh ditarik, terlajak kata... biar kan lah mereka menggelak kan daku di belakang dapur.... Hahahahhahaa....


Okeh, sekian kisah pengajaran untuk hari ni. Mari layan menu lepas geram this week hehehe....



The Rojak Sotong Kangkung...


The Sambal Tempe Kering


and The Asparagus + Baby Jagung



* Sotong kembang dari Lulu Hypermarket. Tempe dari Toko Puncak.

xoxoxoxo!!!

Sunday, December 18, 2011

ADAT BERJIRAN

Hmmmm... jiran sebelah rumah kami ni katanya pintu dia problem. So tuan rumah decide pecahkan dinding untuk buat pintu baru.

I takdelah nak sibuk sbb ni mmg rumah tuan rumah, bukan rumah I. Suka hati dia lah nak pecah ke nak roboh ke, cuma yg sangat-sangat tak best dan tak suka bila dia tak notis kami awal2. Bila tukang2 semua dah datang, baru dia call nak bagitau "keja dah nak mula". And kena pulak time tu kami kat luar, so mmg tak prepare apa2 pun. Ggggrrrrrrr!!!!!!!!! Kalau dah arab tu, arab jugak laaa!!!!!


Tengok??? Betul2 sebelah pintu kami yg dia pecahkan tu. Kononya pintu dia yg lama tu tak bleh bukak, so dia buat pintu baru. Pada firasat I dia nk pecah dua rumah tu supaya dapat penyewa tambahan. Cehhh... alasan lama la...



Depan pintu kami yg dilonggokkan batu bata. Tu tak kira dia punya serpihan tajam2 kt depan pintu lagi, dengan debu tebalnya lagi...


And sbb dia tak notis awal2, tengok la nasib lap kaki I tu.... jadi tempat lapik batu bata simen dan debu?


Selipar n kasut ... hmmmmmmm... mau tak hangin la madam ni nak kena basuh kasut2 ni pulak!!!

Pakcik, kalau pakcik habaq awai2, kami boleh la sumbat pintu ka tak bagi masuk debu... simpan kasut ka... awat laa pakcik oiiiii..............

Saturday, December 17, 2011

DOA ADIK

Beberapa hari lepas tiba-tiba Amet tanya I "Eh, ibu dah tak mabuk2 ka? Dah takdak muntah2 or rasa apa2 ka?"

Hahahahahahahhaha..... I tau sebab apa dia musykil sangat tanya soalan tu.

Mesti dia sedang konpius sama ada I betul2 tengah pregnant ke tak. Hahahahhahaha....

Actually kadang2 I pun rasa benda yg sama. Sebab, kalau masa expecting cik Zuzu n Yaya dulu, I rasa I lah preggy mom yang paling the most lembik and bermasalah sekali di dunia ini. Kalau kira campur tolak bahagi darab algebra semua, ada lah dalam separuh daripada 40 weeks tu yg I ok kot.

But this time is totally different. Hari tu mmg agak teruk la. But then, after masuk about 10-11 weeks I rasa mcm terover cargas dan cardas! Macam tetiba in a blink hilang gitu jek alahan. Pastu makan punya lah lalu. Kalau 2 kali pregnant yg dulu, bab makan lah yg paling mandom sekali.

So Amet paksa I pi buat check-up lagi (pada hal masa balik Malaysia hari tu baru je scan). Then dah buat check-up mesti la confirm I pregnant!!! Alhamdulillah..... it's about 17 weeks now. And masa scan hari tu can already clearly see the heart (it's beating!), the kidneys, the spine, the two legs n hands, almost nak siap complete dah semuanya, and the baby was so excited sbb tau org nak tengok dia berpusing sana-sini tak duduk diam langsung! Subahanallah... syukur padaMu Ya Musawwir.....


Gulppp... part yg paling tak best - calcium & iron - urrrgghhhh........


Then lepas balik tu, I solat Asar n continue with Al-mathurat (bila kena time rajin...). Kebetulan adik Yaya ada kat sebelah. So dia pun mintak satu buku mathurat utk dia.... then tengah2 I dok baca tu, tetiba dengar Yaya baca doa dgn kuatnya, dengan berlagu ala-ala taranum lagi. Bunyinya..........

"Yaa Allahhhh Ya Allahhh...bagilah ibu beranaaakk baby...."

Hahahaha mau nak terburai perut I dgr dia dok ulang 2-3 kali doa tu. Yang paling lawak sebab dia buat ala2 lagu mengaji tu. Entah mana la dia terfikir nak doakan ibu mcm tu hahahaha....
Apa2 pun terima kasih la sayang... sebab mendoakan ibu. Huhuhu...walaupun lawak, tapi ibu sungguh terharu dgn doa adik...

* Cuma sekarang ni rasa mcm takut2 sikit sbb org selalu cakap kalau time mengandung susah, time bersalin senang (so far Alhamdulillah, mmg I masuk wad/labor room dlm 2-3 jam je pastu dah selamat...). Tapi kali ni, dah senang sikit masa mengandung ni, agak2 mcmana la time bersalin nanti? Isk, tak baik betul la fikir negatif camni kan. I harap dan berdoa sangat2 agar kali ni pun dipermudahkan segalanya.... Kawan-kawan tolong doakan I jugak ye... Amin....