Thursday, September 30, 2010

MALL OF DHAHRAN & IKEA

Sesapa yg terbaca cepat sgt, sila la layan gambar2 ni dulu ye. I x sempat menulis, my babies dh terjaga. kena layan depa dulu. Hehehhe...nanti i edit later..

Okeh dah siap setel sang puteri dua beradik bersiram dan bersantap, barulah boleh mak dayang nak berblogging...

Back to cerita asal, Mall of Dhahran nih terletak kat jalan nak ke Al-Khobar tu jugak. hahahha sebenaqnya I pun xtau nak habaq kat mana.tapi mmg jalan yg sama jek nak ke Al-Khobar. yg penting, ada GPS, masuk je nama tempat,dia akan guide.easy.hehehe...

Kat dalam mall ni biasalah,tempat shoppinglah. Akan tetapi, tempat ni masih agak baru, so byk lagi kedai yg "opening soon". Bila kami sampai, elok2 jek time azan Asar. so bila masuk, kedai2 semua tgh padam lampu. tapi baguslah jugak kan, kami pun boleh terus solat dulu. kalau tidak, mau terlajak waktu kalau dh ralit bershopping.

Satu benda yg i nak puji, kat Saudi ni, surau-surau yg disediakan di kebanyakan mall yg kami dah pi, mmg best, besar, luas, selesa n macam masjid! Mcm kat Dhahran Mall ni, surau dia siap sedia tempat utk kanak2 main (supaya x kacau mak-mak yg tgh solat), and tempat wuduk pun sgt luas, with auto-sensor pipes lagi. Cuma tu lah...i still wonder, why depa takleh buat toilet n surau kat R&R depa tu lawa2 camnih???

So lepas solat Asar kami round2. Amet suggest to carikan clothes as preparation for winter. Masuk Debenhams and belikan long socks for the sisters. then jalan2 lagik, just dapat one winter coat for Zuzu. utk Yaya punya x dpt cari yg sesuai, so postponed lah dulu.

Baru jek plan nak gi makan Chili's, tetiba dah azan Maghrib. huhuhuu... tak sempat nak terkam masuk, pintu restoran dah kunci... nampak pulak Tony Roma's, terliur telan air liur jek la... nak tunggu kedai bukak, mcm lambat jugak. so Amet suggest kami pi Ikea n solat Maghrib kat sana jek. Huhuhu...gudbye Tony, nanti i datang lain kali okeh...

IKEAActually Ikea ni berhadapan jek dgn Dhahran Mall tuh. tapi sbb naik keta nak kena masuk trafic light dan u-turn segala bagai lah. (Gambar Ikea di atas diambil dari parking Dhahran Mall).

Lepas solat, kami makan dulu kat cafe Ikea nih. biasalah menu Ikea, wajib ada Swedish meatball tuh. memula niat I mmg nak mkn meatball.pastu bila tgh queue tu, terorder plak Chicken Stir Fry+Rice. Bila makan....hmmm kecewa lagilah nampaknya...Nasib baik I ada sambar sepinggan Caesar Salad tadi, boleh la buat isi perut.

Amet plak mkn nasik dgn herbs fish (apa ke nama ntah). Yg penting, depa punya portion kat sini mmg ala Arab lah, penuh menggunung pinggan! An Oreo Cheesecake for Zuzu, and Nugget+fries for Yaya.

Zuzu ada misai mcm ayah..

"Kakak nak bilik kaler pink mcm nii..."

"Apa? ingat hangpa besaq, hangpa anak pak arab aku takott? Ade haku kesah?" - Yaya

Setelah meronda semua showroom, kaki pun dah lenguh. Maka baliklah ke istana hamba nun di Jubail. Oh oh apa yg I beli? Hehehhe... tak banyak pun. Just beli cermin, curtain rods (4 batang), meja yg empat segi tu (trademark Ikea nih), throw pillow (2 bijik), rak buku, cartoon cutains (utk bilik tuan puteri - konon2 je, mcm la mau tido sendiri), dan lain2 barang dapur (ibu punyalah banyak sekali heheheh). And ntah Hantu Raya mana hasut I, semua barang nak beli kaler MERAH. meja, bantai, curtain, sampaikan ke senduk pun I pilih kaler merah huhuhu..

Cuma tak puas hati sikit, sbb x dapat cari mangkuk2 kecik yg colourful tu. mmg betoi2 serbaguna mangkuk tuh. I pun just bawak 2 bijik jek dari KL, kalau bawak 1 set bukannya berat mana pun, iskkk....